BOLEHKAH REMAJA 18 TAHUN KEBAWAH MENCARI KERJA ONLINE? (5 IDEA YANG BERKESAN UNTUK REMAJA MENCARI DUIT ONLINE)

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Menjadi remaja pada zaman sekarang, di Malaysia bukan perkara yang mudah. Dengan taraf hidup yang meningkat dan mahu atau tidak mereka perlu mengikut arus kemajuan yang mana agak memerlukan duit.  Daripada kasut, smartphone, laptop dan bermacam-macam lagi. Belum dikira lagi kos untuk meluangkan masa bersama kawan-kawan, paling kurang, ianya memerlukan tambang kenderaan awam.

Ramai ibu bapa yang tidak mahu atau dalam fasa berjimat untuk memberi duit kepada mereka untuk dibazirkan sebegitu terutama jika mereka sedang menyimpang wang untuk mereka sambung belajar.

Ramai remaja yang mencari kerja secara online untuk membayar cos mereka tadi, terutama yang tiada kenderaan dan perlu menggunakan kenderaan awam setiap hari yang mana memerlukan kos. Mereka juga sibuk semasa dengan jadual sekolah dan tidak ada masa untuk melakukan kerja-kerja sambilan. 

Sebenarnya, terdapat banyak side income yang boleh mereka lakukan untuk menampung perbelanjaan mereka dan meringankan beban ibu bapa.

MENGAPA REMAJA PERLU MENJANA PENDAPATAN

 

Selagi mana tidak mengganggu pelajaran mereka, kebaikan mencari pekerjaan untuk menampung perbelanjaan melebihi dari keburukan.

Sebagai contoh, dengan mencari pekerjaan akan mengajar remaja untuk menguruskan duit dari usia yang muda. Remaja akan belajar asas-asas tentang menyimpan  wang, bajet untuk membeli sesuatu yang diingini atau sesuatu yang diperlukan dan belajar untuk membuka akaun bank.

Mereka juga akan belajar tentang skill bercakap terutama jika mereka percaya mereka patut dinaikkan gaji dalam organisasi tersebut, kerja selepas sekolah merupakan satu perkara yang baik tetapi perlulah dipantau oleh ibu bapa

Jika remaja mempunyai minat untuk mencari kerja, terdapat banyak cara untuk memupuk mereka untuk melakukan kerja part time. Walaupun mereka tidak  menjumpai kerja kerja kerja tradisional seperti pelayan di kedai makan atau mempunyai isu kenderaan. Sebenarnya terdapat banyak kerja-kerja online yang mereka boleh pilih untuk berkerja.

KERJA PENULISAN UNTUK REMAJA

Mengambil upah untuk menulis adalah merupakan salah satu kerja online yang terbaik untuk remaja kerana ianya akan membantu remaja tersebut dari segi kewangan dan skil menulis. Tetapi mereka perlulah mempunyai skill menulis yang baik. Di Malaysia terdapat banyak website yang menjadi medium kepada orang ramai untuk mencari pekerjaan secara online. Antara pekerjaan yang boleh dibuat oleh mereka adalah mengambil kerja menulis artikel atau copywriting yang mana pekerjaan ini tidak memerlukan  tahap skill yang tinggi.

Antara platform website yang boleh didaftarkan adalah :-

  • Freelancing.my 
  • Favser.com
  • Kaodim.com
  • Fivercom
  • Servishero.com

Banyak lagi sebenarnya. Cuma Google sahaja. Sesetengah website yang dinyatakan mempunyai syarat-syarat yang perlu diikuti. Syarat yang paling perlu diutamakan adalah syarat umur. Perlu untuk diambil kira berapa had minimum umur untuk mendaftar di platform tersebut

MULAKAN BLOG

Blogging bukan hanya untuk orang dewasa sahaja. jika anda remaja yang mempunyai kemahiran tentang sesuatu topik ataupun berkongsi pengalaman ataupun pandangan terhadap sesuatu perkara ataupun isu, anda boleh mula untuk berblogging. Berblog merupakan aktiviti yang mudah dan hampir percuma dan berpotensi  untuk menjana pendapatan sampingan.

Untuk mulakan blog memerlukan pengawasan daripada ibu bapa atau penjaga, meminta bantuan mereka untuk menolong anda dalam kerja-kerja yang memerlukan skill yang tinggi seperti, proofreading, menjawab email daripada syarikat ataupun jenama yang mungkin mahu iklankan produk mereka di dalam blog ataupun membantu promosi jenama mereka di dalam social network anda. Semakin ramai orang yang membaca di blog, semakin banyak pendapatan yang boleh dijana.

MENGAJAR TUISYEN UNTUK KANAK-KANAK

Mengajar tuisyen kanak-kanak merupakan salah satu cara yang baik untuk remaja menjana pendapatan. Tambahan jika remaja tersebut mempunyai minat dalam mengajar, anda boleh mempromosikan diri anda untuk mengajar anak-anak di kejiranan masing-masing ataupun mempromosikan diri anda di website yang di nyatakan sebentar tadi.

Apa yang diperlukan adalah, buku untuk mengajar yang boleh dibeli di kedai-kedai buku dan alat-alat tulis.

MENJAWAB KAJI SELIDIK DI WEBSITE

Banyak syarikat yang cuba untuk memperbaiki kualiti produk mereka untuk digunakan oleh generasi yang akan datang. Mereka sanggup membayar duit untuk mendapatkan informasi daripada  generasi tersebut. Kebanyakan daripada orang ramai tidak mahu membuat pekerjaan online ini disebabkan bayaran yang sedikit. Walaubagaimanapun ia merupakan pekerjaan yang sangat senang untuk membuat duit secara online dan sesuai untuk remaja. Menjawab kaji selidik tersebut boleh dibuat pada bila-bila masa walaupun sedang menonton drama ataupun rancangan televisyen.

Terdapat banyak website  yang menyediakan  medium untuk orang ramai menjawab kaji selidik dan dibayar. 

Antara syarikat tersebut adalah:-

  • Mobrog.com
  • My.toluna.com
  • Paidviewpoint.com
  • Triaba.com

INSTAGRAM

Had umur untuk membuat akaun instagram adalah anda mesti berumur 13 tahun ke atas. Instagram bukan sahaja tempat untuk berkongsi gambar tentang makanan ataupun gambar tentang kucing tetapi ianya juga merupakan satu platform yang boleh membuat duit secara serius.

Secara jujurnya, sesetengah akaun instagram yang mempunyai ramai follower boleh mendapatkan keuntungan lebih dari RM1000 lebih pada setiap post yang mereka pos di dalam akaun Instagram.

Jumlah duit yang boleh dibuat adalah bergantung kepada berapa banyak follower yang ada di dalam akaun tersebut dan serapat mana hubungan dengan follower akaun tersebut.

Anda boleh membuat duit dengan mempromosikan jenama yang ada di Malaysia ataupun affiliate marketing yang disediakan oleh  sesetengah  wabsite seperti Lazada, Zalora dan lain-lain lagi.  Lagi bagus menjual barang-barang produk sendiri ataupun servis sendiri.

Walaubagaimanapun ibu bapa perlulah mengawasi remaja-remaja di dalam instagram terhadap komen-komen follower ataupun mesej yang boleh mengancam remaja. (Jarang berlaku jika buat aktiviti yang betul).  Ibu bapa juga perlu masuk campur di dalam hal rundingan dengan syarikat-syarikat yang berberminat mendapatkan khidmat akaun instagram tersebut 

EXTRA: TIPS UNTUK MULAKAN KERJA SECARA ONLINE

Dapatkan Akaun Paypal

Kebanyakan website yang menyediakan online job memerlukan akaun paypal. Website ini membayar upah dengan menggunakan paypal. Untuk mencipta satu akaun paypal anda perlu panduan ataupun pengawasan daripada ibu bapa. 

Membuat akaun paypal adalah perkara yang mudah. Terdapat banyak panduan-panduan di dalam internet untuk mencipta satu akaun Paypal.  Jika remaja berumur kurang dari 18 tahun, mereka tidak boleh mempunyai akaun paypal. Peranan ibu bapa atau penjaga untuk membuka akaun dan bertindak sebagai holder akaun tersebut.

Pastikan Dalam  Pengetahuan Ibu Bapa

 

Anda cuba untuk membuat pekerjaan sampingan secara rahsia, dan jika tiba-tiba ibu bapa tahu yang anda mempunyai duit sampingan, ini akan merisaukan mereka.

Atas faktor keselamatan dan kelebihan lain, anda hendaklah memberitahu kepada mereka tentang pekerjaan tersebut. Beritahu kepada mereka yang anda sedang membuat kerja secara online untuk pelajar mencari duit lebih. Keinginan untuk bekerja pada usia yang muda adalah sesuatu yang bagus dan ibubapa sepatutnya menyokong remaja dalam hal tersebut. Lebih baik lagi ibu bapa membantu dan membuka lagi peluang yang mungkin remaja tidak terfikir.

Ibu bapa perlu memantau segala pekerjaan online, jika ia melibatkan rundingan dengan sesuatu jenama ataupun syarikat. Perkara ini penting untuk mengelakkan daripada tertipu atau ambil kesempatan ke atas remaja tersebut.

Teliti Minimum Umur

 

Sebelum mendaftar di dalam website-website yang dinyatakan tadi hendaklah terlebih dahulu meneliti had umur yang diperlukan untuk mendaftar di syarikat tersebut. Jika had umur tidak melepasi syarat yang ditetapkan, adalah sebolehnya dielakkan untuk terus mendaftar.

Jejak Pendapatan

 

Antara yang penting di dalam sesuatu bisnes ataupun pekerjaan ialah mengetahui sebanyak mana  wang yang yang telah dikumpul dan sebanyak mana yang telah digunakan. Untuk jejak pendapatan tersebut boleh menggunakan buku nota dan pensil ataupun excel spreadsheet. Paypal juga menyediakan summary tentang kewangan keluar masuk daripada akaun tersebut.

Dengan menjejaki pendapatan dapat memperbaiki strategi  penjanaan sel income, di mana kebanyakan wang tersebut datang dan sebanyak mana dilaburkan untuk perkembangan pendapatan.

KESIMPULAN

Idea-idea tersebut merupakan idea sahaja yang paling penting adalah tindakan dari pihak remaja samada hendak berusaha ataupun tidak.

Terima kasih kepada website yang menyediakan perkhidmatan tersebut yang mana ia memudahkan orang ramai terutama remaja untuk membuat pendapatan sampingan. Walaubagaimanapun terdapat banyak lagi cara untuk  menjana duit secara online.

Remaja juga boleh membuat kerja secara offline yang mudah sebagai contoh jika umur anda melebihi  15 tahun mungkin anda boleh menjadi seorang penjaga kanak-kanak di kejiranan. Remaja yang berumur 18 tahun ke bawah  tidak patut melepaskan peluang untuk menjana pendapatan sampingan hanya kerana berumur 18 tahun ke bawah.

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com