TENTANG HUSTLEAIM.COM
Jika anda disini, mungkin anda tertanya-tanya tentang kami dan kami amat gembira untuk berkongsi mengenai siapa kami. Pihak Hustleaim.com bertungkus lumus, mengkaji, mencuba sendiri, untuk memberikan idea dan pandangan yang terbaik untuk pembaca. Jujur atas pandangan yang dikemukakan adalah prinsip kami. Jika kami tidak memberikan apa-apa manfaat kepada pembaca, bermakna kami tidak buat apa yang sepatutnya. Semoga sedikit perkongsian daripada website ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua.
Boleh Percaya atau tidak isi di Hustleaim?
Mesti ramai yang tertanya-tanya tentang keberkesanan. Semua idea dan isi dari Hustleaim adalah melalui pengalaman dan pembacaan penulis sendiri yang mana penulis rasa boleh dipraktikan di Malaysia dengan berkesan. Bergantung kepada situasi dan usaha pembaca sendiri. Bukan lah sesuatu yang dijamin berkesan.
Jika pihak kami mengsyorkan sesuatu produk untuk pembaca, ia merupakan kajian dan pertimbangan secara menyeluruh yang mana kami rasa ianya berfaedah untuk dikongsikan, pada akhirnya, ia bergantung kepada pembaca sendiri
Sebagai contoh, jika kami mengsyorkan apps survey yang boleh menjana kewangan, kami menasihatkan kepada pembaca untuk meneliti sendiri dengan lebih teliti. Sebarang kecacatan dari pihak ketiga adalah bukan dari pihak kami. Kami hanya berkongsi apa yang dirasakan perlu untuk kebaikan pembaca.
Siapa disebalik Hustleaim.com
Kami bersama satu kumpulan, terdiri daripada penulis kewangan yang mempunyai tugas yang sama iaitu membantu rakyat Malaysia terutama anak muda untuk mengatur kewangan dengan baik dan teratur, yang kami rasa amat penting dengan situasi di Malaysia sekarang.
Semua hasil penulisan adalah pendorong kami untuk berkongsi dalam bidang yang diminati dan kritikal: Kewangan. Kami berharap pembaca dapat mengambil manfaat dan mempraktikan di dalam menguruskan kewangan peribadi
Misi Hustleaim.com
Misi kami sangat simple : Kami mahu semua pembaca Hustleaim kurang risau akan duit dan meluangkan masa dengan perkara yang lebih penting dalam kehidupan sebenar. Dengan memberikan pembaca idea-idea, tips-tips untuk menjana pendapatan dan pengurusan kewangan yang sesuai dengan situasi di Malaysia.
Semoga sedikit perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua dan semoga berjaya !!
Sebarang pertanyaan emailkan di: hustlingsincebaby@gmail.com
Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com