Asas Strategi Marketing Yang Usahawan Wajib Kuasai

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Tidak semua bisnes kecil mempunyai budget yang tinggi untuk marketing produk mereka seperti syarikat besar dan kadang kala satu individu perlu buat banyak perkara dalam bisnes tersebut menjadikan masa mereka terhad.

Marketing adalah satu aspek yang sangat penting dalam bisnes dan ia sememangnya mencabar. Kebiasaannya usahawan kecil dan baru akan mendapati marketing yang mereka buat belum cukup bagus tetapi mereka tidak tahu cara untuk memperbaikinya.

Usaha yang mereka buat tidak membuahkan hasil yang diharapkan, ini antara sebab yang terbesar mengapa ramai usahawan baru menyerah kalah.

MARKETING BUKAN SEKADAR PENGIKLANAN

Iklan adalah satu bentuk marketing dan marketing bukan hanya iklan sahaja. Iklankan produk anda ke sesetengah tempat tidak akan mampu untuk mencipta satu bisnes yang berjaya.

Ingat marketing bukannya satu tindakan sahaja tetapi ianya proses yang memakan masa bukan sehari dua. Untuk berjaya dalam marketing banyak perlu diambil kira seperti strategy, kos, dan planning.

Sekarang untuk menjalankan marketing bukan seperti dahulu, ianya tidak lagi menjadi satu proses yang rumit, anda hanya perlu lakukan strategi yang betul dan tepat bersesuaian dengan audience anda.

Disini kami sediakan 6 asas strategi marketing yang anda perlu dalami agar dapat meningkatkan sales produk anda.

1. Online

Bicara tentang marketing online, memang sangat luas dan hebat. Jadikan bisnes anda online adalah satu perkara yang WAJIB pada zaman sekarang. Boleh katakan, jika bisnes anda tidak terdapat di Google, bisnes anda tidak wujud pun sebenarnya.

Banyak ilmu marketing online yang perlu anda kuasai dan ramai usahawan yang sudah terbukti berjaya dengan hanya menggunakan marketing secara online.

Media social, content marketing, copywriting, website, fb ads, ig ads, community approach, e-book, Youtube, tweeting influence, kempen email, newsletter, taja artikel, SEO dan banyak lagi. Semua ini boleh dibuat dengan hanya duduk dihadapan laptop sahaja.

Social media seperti ini digunakan oleh syarikat-syarikat besar untuk produk mereka jadi mengapa tidak anda? 

Boleh dikatakan pada zaman teknologi ini, marketing secara online adalah yang paling kuat dan perlu dikuasai oleh semua usahawan.

2. Sediakan kelas/produk percuma

Manusia gemar sesuatu yang percuma, hal ini memang tidak dinafikan. Tetapi tahukah anda benda percuma yang anda berikan tersebut boleh menjana duit? Pernah tak anda mendapat e-book atau kelas percuma dari mana-mana syarikat? Jika ya, ia sebenarnya satu bentuk marketing produk mereka

Tidak semestinya mereka menjual produk di dalam produk percuma, tetapi kadang kala mereka hanya mahu sebarkan tentang jenama mereka kepada anda.

Cuba sediakan satu kelas percuma kepada audience anda dah lihat berapa ramai yang datang  dan ambil perhatian. Dalam kelas tersebut, promosikan produk anda dan sebarkan tentang produk anda. Dalam marketing ini juga disebut sebagai “brand awareness”.

Jika anda mempunyai bisnes service, berikan mereka perkhidmatan asas anda secara percuma terlebih dahulu dan jika mereka berpuas hati, mereka akan datang kembali dan bayar untuk servis yang sama atau lebih advance.

3. Bisnes Networking

Strategi ini antara strategi yang tidak menggunakan kos tetapi perlukan usaha dan masa. Banyak group-group di media social atau group bisnes yang terdapat di merata-rata tempat. Jangan malu untuk join group mereka dan kenal seramai yang boleh.

Faedah perkara ini kepada bisnes anda adalah amat besar, semakin ramai yang kenal anda dan tahu apa yang anda buat, tidak mustahil mereka juga perlukan anda dalam bisnes mereka juga.

Mereka juga boleh rekomenkan anda kepada rakan-rakan mereka jika mereka berpuas hati dengan servis yang anda berikan. Organisasi bisnes juga penting untuk anda ceburi, terdapat banyak peluang yang terhidang disitu untuk anda samada anda atau tidak sahaja.

4. Pertubuhan Amal

Apabila satu syarikat buat amal atau charity, ia bukan hanya sekadar beramal sahaja. Ianya juga sebahagian daripada cara mereka menyebarkan jenama syarikat. Selain daripada itu, syarikat tersebut juga akan mendapat reputasi yang baik dari masyarakat dan ini bermakna lebih banyak customer.

Tambah pula jika amal tersebut mendapat liputan media yang luas, boleh dikatakan marketing mereka sudah berjaya walaupun tidak nampak secara kasar. Jadi mereka telah mendapat 2 faedah dalam satu tindakan. Pertama, membantu mereka yang memerlukan dan kedua, marketing.

5. Mouth to mouth/rekomen

Marketing mulut ke mulut adalah satu yang paling berkesan untuk membuatkan seseorang itu menggunakan produk atau servis anda. Tambahan pula jika rekomen itu dibuat oleh orang yang mereka percaya.

Jadi, jangan takut untuk meminta pelanggan anda memberitahu rakan-rakan mereka yang lain tentang produk anda. Banyak bisnes yang gagal menggunakan strategi pemasaran ini dengan baik.

Tetapi pastikan produk yang anda berikan berkualiti tinggi dan pelanggan anda gembira dengan apa yang mereka dapat. Jika memenuhi syarat tersebut, tanpa meminta mereka akan memberitahu yang lain tentang servis anda.

Antara contoh yang terdekat kaedah pemasaran ini adalah kedai makan. Pernah tak rakan anda beritahu tempat makan di situ sedap, anda perlu cuba? Mesti anda rasa mahu ke sana juga bukan? Jadi, itu lah strategi pemasaran mulut ke mulut. Ianya simple tetapi amat berkesan.

6. Discount/Hadkan offer

Ini antara kaedah yang paling sering digunakan oleh syarikat-syarikat besar dan mengejutkan kaedah ini sentiasa berjaya.

Kurangkan harga produk anda daripada harga asal, letakkan had masa untuk discount tersebut. Masyarakat akan aware tentang discount tersebut dan cepat-cepat membelinya sebelum masa discount tersebut habis.

Tetapi kadang kala, kaedah ini banyak dimanipulasikan oleh sesetengah syarikat, kadang kala, haraga yang diletakkan adalah sama dengan harga asal. Mereka Cuma naikkan harga asal dan letakkan tanda discount.

Ini juga adalah satu bentuk marketing, tetapi ianya tidak bagus untuk membina kepercayaan pelanggan. Trust dari customer adalah penting untuk jangka masa panjang sesebuah syarikat.

Berikan mereka pengurangan harga yang betul, kurang untung tidak mengapa, jangan kurang kepercayaan.

7. Jalankan pertandingan

Perhubung dengan pelanggan melalui pertandingan adalah cara yang menarik. Kuiz atau games akan menarik perhatian mereka dan dengan ini anda boleh kumpulkan maklumat sebanyak mungkin tentang calon pelanggan anda.

Kesimpulan

Semua asas marketing tersebut tidak akan menjadi dengan baik jika tiada pelan yang bagus. Rangka terlebih dahulu dan cuba dan lihat hasilnya. Lihat apa yng boleh diperbaiki untuk masa hadapan.

Jangan harapkan satu cara sahaja dan jika boleh campurkan strategi-strategi tersebut untuk mendapatkan hasil yang lebih baik. Tiada satu strategi pun yang boleh menarik perhatian pelanggan dalam satu malam, semua perlukan masa.

Bisnes bukanlah satu skim cepat kaya. Ianya perlukan strategi, masa dan usaha. Dan jika anda konsisten dan tahu apa yang perlu dibuat. Jangan risau, percaya la lambat laun kejayaan pasti akan menanti. Semoga Berjaya!

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com