BAGAIMANA HENDAK MENJADI JUTAWAN SEBELUM BERUMUR 30 TAHUN. MUSTAHIL ATAU TIDAK?

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Menjadi kaya dan jutawan adalah topik yang mustahil bagi kebanyakan orang dan menyatakan bahawa ianya boleh dikecapi sebelum berumur 30 tahun dianggap sebagai angan mat jenin.

Grant Cardone, individu yang habis belajar di kolej pada umur 21 tahun, graduate dalam keadaan tiada wang dan pada umur 30 tahun, dia menjadi seorang jutawan. Dia kongsikan cara dia menjadi jutawan pada umur 30 tahun di Entreprenuer 

Di sini kami simpulkan langkah-langkah yang beliau buat untuk menjadi jutawan bersama dengan kajian lain yang terbukti berkesan.

BERMULA AWAL

Salah satu daripada senjata terkuat yang anda ada kerana untuk menjadi seorang jutawan, masa adalah amat penting. Bermula awal menyimpan dan melabur akan membuahkan hasil yang lebih banyak di kemudian hari.

Sebagai contoh yang mudah

Bayangkan anda berumur 16 tahun, dapat pekerjaan utama dan buka akaun ASB. Anda meletakkan sejumlah RM 5,500 ke dalam akaun tersebut setiap tahun, apabila anda berumur 30 tahun dengan pulangan 6% setahun, jumlah simpanan anda akan menjadi RM 122 500.

Semakin masa berlalu semakin banyak yang boleh anda masukkan  ke dalam akaun ASB, jika anda melabur dengan cara ini secara konsisten dan berkorban sedikit demi sedikit, tahun demi tahun. Tidak mustahil untuk mendapatkan RM 1 juta sebelum anda berumur 40 tahun. Lebih mengujakan lagi, simpan simpanan yag dibuat  secara konsisten dan lihat hasilnya selepas bersara. Memang berbaloi.

Ini menggambarkan pentingnya untuk mulakan dengan awal dan hebatnya ‘compound interest’ memainkan peranan dalam kekayaan seseorang. Compound interest ini antara sebab mengapa yang kaya semakin bertambah kaya.

MULA MENYIMPAN UNTUK MELABUR BUKAN MENYIMPAN UNTUK BANYAK

Satu-satunya sebab untuk menyimpan wang adalah untuk melaburkan wang tersebut. Masukkan wang tersebut ke dalam akaun pelaburan. Jangan gunakan wang yang disimpan. Biarkan ianya beranak walaupun di dalam keadaan kecemasan.

Menurut Cardone, sekurang-kurangnya dalam setahun, dua kali dia akan kehabisan wang sepenuhnya kerana dia meletakkan wang tersebut untuk pelaburan dan akaun pelaburan tersebut tidak diusik walaupun dalam kecemasan.

Sekarang, melabur bukanlah satu perkara yang merumitkan. Antara cara yang paling simple untuk melabur adalah dengan melabur di Amanah Saham Berhad. Kita tidak perlu untuk membuat apa-apa. Cuma buka akaun, masukkan duit, dan tunggu duit bertambah. ASB juga selamat dan dijamin oleh kerajaan.

Antara kunci untuk konsisten dalam melabur adalah dengan jadikan penambahan modal pelaburan secara automatik. Dengan cara ini, anda tidak akan nampak duit tersebut hilang dan anda akan belajar untuk hidup tanpa duit tersebut.

Artikel Berkaitan

PELBAGAIKAN PUNCA PENJANAAN KEWANGAN

Bekerja sepebuh masa boleh membantu anda untuk menambah pendapatan untuk dilaburkan. Tetapi, jika anda dalam perjalanan untuk menjadi jutawan. Anda perlu tambah sumber pendapatan selain kerja sepenuh masa.

Freelancing adalah sesuatu yang semakin popular di Malaysia. Berdasarkan Upwork. Di Amerika, ianya sudah menjadi satu trend. Diaanggarkan, 57 juta rakyat Amerika melakukan kerja freelance untuk menambah pendapatan mereka. Bermula dengan kerja semudah data entry, virtual assistance, sehingga pekerjaan professional seperti coding, design, dan sebagainya. Semua boleh dilakukan secara freelance.

Mungkin anda juga boleh mula untuk mulakan bisnes secara kecil-kecilan. Banyak lagi idea yang ada untuk menambah pendapatan anda. Membuka restaurant juga merupakan satu idea yang baik kerana zaman sudah mencapai kemajuan, semua orang sibuk bekerja dan tidak ada masa untuk masak di rumah. Ini lah peluang anda.

Artikel berkaitan

DISIPLIN

Rafael Badziag, iaitu seorang pakar dalam psikologi keusahawanan telah berbincang mengenai amalan billionaires di dalam bukunya The Billion Dollar Secrets: 20 Principles of Billionaire Wealth and Success.

Beliau telah meluangkan masa 5 tahun menemubual 21 orang billionaire yang berjaya dengan usaha mereka sendiri dan beliau telah menjumpai satu tabiat yang sama di kesemua billionair tersebut. Disiplin.

Orang yang tidak berdisiplin susah untuk menemukan kejayaan. Disiplin penting, semua perkara perlukan disiplin untuk berjaya. Sebab itu dari sekolah lagi, murid di ajar untuk disiplin mematuhi peraturan sehingga wujudnya seorang guru khas untuk memantau disiplin yang dipanggil guru disiplin.

CARI SEORANG MENTOR

Ramai antara kita yang lahir dari keluarga yang sederhana atau miskin dan kadang kala kita sudah terbiasa dengan idea dan prinsip kelas pertengahan ini. Mindset cukup lah dengan sekadar apa yang ada dan cukup untuk makan gaji adalah satu mindset yang tidak betul untuk menjadi jutawan.

Jadi apa yang perlu dibuat adalah cari seorang yang berjaya untuk jadikan sebagai mentor. Belajar cara mereka berfikir, kenal pasti mindset dan prinsip yang betul untuk berjaya dan tiru apa yang dibuat oleh mereka. Pilih satu mentor yang betul-betul sudah berjaya dan belajar dari mereka. Kebanyakan individu yang berjaya tidak lokek ilmu dan senang untuk berkongsi pengalaman.

Artikel Berkaitan

JEJAK MATLAMAT DAN KENALPASTI NILAI DIRI ANDA

Menyimpan dan melabur sebanyak RM 1 juta sebelum berumur 30 tahun merupakan satu matlamat yang besar dan memerlukan banyak pengorbanan. Sentiasa ingat kembali matlamat sepanjang tempoh simpan dan labur tersebut merupakan satu yang penting. Adalah tidak dinafikan yang kadang kala, mungkin kita akan terlupa matlamat kita dan berbelanja tanpa had.

Tidak mengapa, yang penting anda tersedar dan kembali balik ke landasan yang sepatutnya. Untuk menjejak matlamat secara berkala ini boleh dibantu dengan memecahkan matlamat yang besar tadi kepada matlamat-matlamat yang kecil.

Sebagai contoh, anda mungkin boleh setkan secara bulanan, atau suku tahunan atau tahunan matlamat kewangan yang sepatutnya tercapai. Untuk tahun pertama mungkin anda menyasarkan sekian-sekian jumlah, tahun kedua mungkin sekian jumlah yang lain. Ini akan membantu anda sentiasa ingat mengenai matlamat yang ingin dikecapi.

JANGAN SHOW OFF-SHOW UP

Menurut Cardone, dia tidak membeli kereta atau jam yang mewah sehingga bisnes dan pelaburan yang dibuat menjana pendapatan yang kukuh. Semasa dia menjadi seorang jutawan, dia masih memandu kereta yang biasa dan murah.

TARGET

Antara kesilapan utama kewangan yang pernah dibuat oleh Cardone adalah dia tidak berfikir cukup besar. Dia menyarankan kita jangan berfikir untuk dapatkan RM 1 juta tetapi fikirkan untuk mendapat RM 10 juta. Kekayaan dalam dunia ini tidak ada limit, yang limit hanyalah fikiran individu itu sendiri.

KESIMPULAN

Jutawan sebelum berumur 30 tahun bukanlah sesuatu yang mustahil. Sudah ada individu yang sudah buktikan. Panduan yang diberikan adalah berdasarkan individu yang sudah berjaya menjadi jutawan sebelum berumur 30 tahun. Ikuti panduan ini dan terus bertindak. Semoga Berjaya!

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com