CARA MENGURUSKAN GAJI BULANAN DENGAN BAIK

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Dapat gaji setiap bulanan ni memang indah sebab gaji ini ibarat ganjaran untuk seseorang yang penat bekerja setelah keluar pagi balik petang . Belum lagi kena hadap jammed lagi selepas tu nak bayar bil itu ini dengan keadaan ekonomi sekarang mana lah tak stress.

Jadi , lepas dah dapat gaji terus nak habiskan ke? Kemudian sebelum masuk gaji dah terpinga takda duit nak makan apa.  Lagi baik kalau anda dapat elakkan dan hidup boleh lah chill dengan gaji tersebut apabila anda bijak menggunakan gaji tersebut. Apa dan bagaimana? Jom cuba 7 langkah-langkah mudah dibawah.

1. UTAMAKAN KEPERLUAN.

Kebiasaanya membeli ni selalu ikut emosi yang mana barang itu tak penting pun. Kononnya kita dah cukup rasional membuat keputusan semasa membeli dengan menggunakan bermacam alasan sedangkan dihujung hari barang itu tak penting dan tidak diguna.

Sebagai contoh, pergi butik nampaklah diskaun terus rasa nak beli lagi lagi kalau ada promo ‘buy 1 free 1’. Rasa menyesal tak beli maklum lah takut habis stok pula lalu terus ambil dan bayar. Senario ini nampak biasa tapi ini lah perkara yang boleh dielakkan.

Keperluan, Kehendak dan Kemewahan

Lebih baik, jika anda pecahkan perkara yang anda nak beli kepada 3 bahagian iaitu keperluan, kehendak dan kemewahan.  Keperluan itu seperti makan minum, tempat tinggal, dan pakaian manakala kehendak seperti kereta, astro dan langganan surat khabar serta kemewahan seperti bercuti, minum air starbuck dan modify kereta.

Perkara yang jatuh bawah kehendak dan kemewahan boleh dipotong atau ditangguhkan. Perkara ini nampak remeh tetapi kalau dikumpul untuk setahun membawa kepada jumlah yang besar.

2. RANCANG SEBELUM PERJALANAN MEMBELI BELAH

Jarang orang akan merancang apabila membeli belah dan akan membawa  kepada pembaziran. Pada awalnya nak beli 10 barang tetapi balik rumah bertambah menjadi 20 pula. Oleh tu, perancangan sangat lah penting sebagai panduan dari tersasar membeli barang yang tidak perlu.

Nak merancang ini pula tak susah, tak perlukan tenaga sekalipun seperti mengangkat barang berat. Perancangan boleh dilakukan di aplikasi nota dalam telefon pintar atau kalau nak secara old school boleh guna kertas dan pen untuk tanda.

Sediakan senarai barang yang perlu dibeli dan jadual perjalanan samada membeli seminggu sekali atau dua minggu sekali. Langkah ini juga dapat membantu dalam pemilihan barang secara cepat apabila sudah ada perancangan yang rapi sekaligus menjimatkan masa.

Artikel Berkaitan

3. MENGAMALKAN PERATURAN 50/20/30

Individu yang mengesyorkan peraturan 50/30/20 ialah Senator Amerika Syarikat, Elizabeth Warren. Perkara asas dalam peraturan ini ialah menetapkan beberapa peratus dari gaji yang diperolehi kepada 3 bahagian iaitu keperluan asas, kehendak atau kemewahan dan simpanan.

Begini cara untuk bahagikannya,

Sebanyak 50% digunakan untuk keperluan asas yang mana melibatkan sewa atau barangan dapur namun peruntukan ini harus selari dengan kos keperluan bulanan anda. Kemudian, sebanyak 30% diperuntukkan untuk kehendak,kemewahan atau keinginan seperti keahlian gim, makan luar dan keahlian Netflix.  Lebihan 20% untuk membayar hutang dan disimpan seperti wang simpanan kecemasan dan pelaburan skim persaraan.

Walaupun peratusan simpanan ini lebih kecil berbanding yang lain, namun Warren percaya simpanan yang sedikit lebih baik daripada tidak mempunyai apa-apa. Tidak perlu mengira setiap sen yang keluar tetapi hanya perlu cakna tentang peruntukan yang dilakukan.

4. KEMPEN HIJAU

Sebelum tu apa maksud kempen si hijau? Kalau nak tahu, maksudnya ialah kita menyimpan setiap RM5 yang didapati setelah berbelanja. Langkah dimulakan dengan mencari tabung yang lutsinar seperti botol air mineral plastik yang sudah tidak digunakan.

Tidak perlu membeli tabung yang baru. Apa yang seronok tentang tabung ini ialah senang nak masukkan duit tapi susah nak ambil balik kerana perlu memotong botol jadi kurang lah hasrat nak ambil duit itu semula. 

Kemudian, letakkan botol itu ditempat yang mudah dilihat dan bila tengok  duit makin menimbun barulah ada semangat nak menabung lagi dan lagi. Kempen ini juga lebih menarik jika ada matlamat yang specifik seperti duit belanja kahwin, duit melancong dan duit mengerjakan haji. 

Lebih seronok jika kempen ini dilakukan bersama keluarga dan anak-anak sekaligus mengeratkan keakraban antara satu sama lain.

Artikel Berkaitan

5. MEMBELI DENGAN BIJAK.

Seharusnya setiap orang perlu tahu tentang waktu pembelian agar ini dapat mengurangkan pembaziran di samping masih boleh berbelanja seperti biasa. Jadi apa yang dapat dibuat? Pertamanya,beli pada harga diskaun sememangnya sangat menjimatkan. Diskaun dapat diberikan oleh penjual atau dari permintaan pembeli yang mana sering dilakukan dalam tawar menawar.

Bagi yang kurang biasa tawar menawar, anda boleh juga melakukan windows shopping . Semak setiap harga di kedai yang berbeza untuk barang yang sama. Mungkin ada sesetengah kedai menjualnya lebih RM5, jadi anda sudah bijak memilih tempat yang lebih murah.

Selalu juga ada jualan murah pada setiap akhir tahun dan gunakan baucar atau kupon yang membantu menjimatkan duit.  Belilah dengan kuantiti yang banyak ketika jualan murah jadi tak perlulah anda berulang -alik ke pasar raya malah menjimatkan kos minyak dan parking.

Artikel Berkaitan

6. MEMBAYAR HUTANG DENGAN CEPAT

Apabila berhutang sudah semestinya ada faedah atau interest yang perlu dibayar. Lebih -lebih lagi apabila hutang bertambah dan faedah semakin tertunggak itu dapat melumpuhkan kewangan peribadi seperti kad kredit dan gadaian.  

Bayar segala hutang itu secepat yang mungkin. Jika anda meminjam duit untuk melabur atau memulakan perniagaan, pastikan membayar hutang itu setelah anda sudah dapat hasilnya. Jika anda dapat membayar hutang sebelum tempoh perjanjian, itu merupakan langkah yang terbaik.

7. MENGURUS WANG DENGAN MEMBUAT BELANJAWAN BULANAN.

Ada dua strategi yang boleh digunakan. Pertama ialah kaedah sampul bulanan dan kaedah sampul mingguan.

Kaedah yang pertama,

Setelah membuat belanjawan, kita bahagikan sampul kepada beberapa bahagian mengikut kesesuaian anda.

Mungkin ada sampul makanan, sampul sukan dan sampul outing dimana setiap satu mempunyai nilai bajet berbeza. Andai anda menetapkan bajet outing RM200 sebulan tetapi minggu pertama anda sudah menghabiskannya.

Maka, anda tidak perlu outing pada minggu seterusnya. Seterusnya, bajet dalam sampul sukan ialah RM50, tetapi pada bulan itu anda mengalami kecederaan dan tidak dapat bersukan seperti biasa maka wang tersebut boleh menampung bajet lain yang telah berkurang seperti sampul outing tadi.

Setelah menerima gaji keluarkan semua gaji anda dan mengira berdasarkan belanjawan lalu menyimpannya di dalam sampul yang dibawa ke mana mana sahaja.

Kaedah yang kedua,

Sampul mingguan. Caranya masih sama, bermula dengan membuat belanjawan.  Setelah menolak segala perbelanjaan, kira berapa baki yang tinggal daripada gaji tersebut.

Sebagai contoh gaji bersih RM3000 dan setelah ditolak segala perbelanjaan yang tinggal RM1400. Maka bahagikan kepada 4 minggu bersamaan RM350 seminggu. Jadi, asingkan siap-siap satu sampul untuk seminggu yang berisi RM350.

Maka, apabila keluar rumah untuk minggu pertama berbelanja menggunakan sampul pertama sahaja.

Pastikan beringat sepanjang 7 hari itu menggunakan sampul pertama agar mencukupi sehingga minggu seterusnya. Ada juga cara lain dengan membuka akaun bank yang mana lebih praktikal dan mudah.

Cara yang sama dan membuka 4 akaun bank yang berbeza. Ini tiada masalah dan mudah untuk membuat online banking dan transfer duit. Maka, dua cara ini sememangnya membantu dalam mengurus gaji bulanan.

KESIMPULAN

Duit itu tidak memberikan kebahagian tetapi dengan mempunyai perancangan kewangan yang kukuh menjadikan kita lebih bahagia. Apa yang lebih penting segala duit yang diperolehi itu datang dari sumber yang halal dan berkat.  Diharapkan segala langkah ini dapat membantu anda di luar sana dan mencapai kehidupan yang lebih baik.

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com