cadangan kerja terbaik yang boleh dibuat dari rumah

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Zaman sekarang, kerja dari rumah menjadi semakin popular dan mendapat permintaan

Ada juga yang berhenti dari  kerja sedia ada, dan bertekad untuk kerja dari rumah sahaja kerana kerja dari rumah mempunyai masa yang flexible, tingkatkan kebahagian dan kurang tekanan berbanding kerja di luar.

Seorang yang jenis bermotivasi dan mempunyai disiplin yang itnggi, kerja dari rumah sangat digalakkan dan mungkin anda akan lebih Berjaya untuk ceburinya. Seorang suri rumah juga digalkkan untuk menambah pendapatan keluarga.

Tetapi perlulah ingat, kerja dari rumah ini memerlukan disiplin yang tinggi dan amat tidak digalakkan untuk berhenti kerja semata-mata untuk kerja di rumah. Perlu untuk pastikan pendapatan yang serius dapat dijana terlebih dahulu sebelum berhenti kerja yang sedia ada.

IDEA KERJA DARI RUMAH YANG BERKESAN

Terdapat banyak peluang untuk menjana pendapatan dari rumah dengan tidak kira umur, jadual, dan sebagainya, yang penting adalah usaha dan skil. Pilih kerja yang sesuai dengan skil dan minat untuk memastikan kerja tersebut dapat dijalankan dengan baik dan berkesan.

1. KERJA PENGIKLANAN FB

Bayangkan berapa banyak bisnes tempatan di area anda, yang sedang membangun (bukan bisnes syarikat besar,Saji, Seri Murni etc). bisnes ini tidak mengambil kelebihan pengiklanan di Facebook yang mana ia sangat berkesan.

Bisnes-bisnes seperti ini mungkin ada Facebook page, tetapi kebanyakan mereka tidak menggunakan servis pengiklanan yang disediakan oleh Facebook. Disini anda perkenalkan diri anda sebagai Pakar Pengiklanan Facebook .

Yang menariknya, skil untuk mempelajari ilmu pengiklanan fb ini boleh dibuat secara online dan jika hendak lebih berkesan, pergi ke consultant yang menyediakan khidmat kelas untuk mempelajari kemahiran ini . Seterusnya, jumpa bisnes tempatan dan bantu mereka untuk berkembang.

Apa kerja ini buat? Pekerjaan ini membantu bisnes kecil tempatan mengembangkan penjualan. Berikut antara kerja yang dibuat:-

  • Buat pengiklanan di Facebook berdasarkan matlamat client
  • Capai bilangan pengunjung mereke di Facebook
  • Mengurus dan memantau iklan mereka di Facebook

Berapa banyak pendapatan dapat dijana? Ini bergantung kepada hasil yang anda berikan kepada client anda. Kebanyakan agensi atau individu pengiklanan mengenakan cas secara bulanan sebagai upah mereka untuk  menguruskan iklan, dan ada juga yang mengikut peratus keuntungan setiap barang yang dijual melalui Facebook page berkenaan

Selalunya, income bulanan boleh mencapai sehingga RM 1000 hingga RM 2000 atau lebih ergantung kepada keberkesanan iklan yang dibuat.

Bagaimana nak menjadi pakar pengiklanan Facebook: cara yang terbaik untuk mula membuat perkara ini adalah dengan mengikuti kelas-kelas untuk mengurus facebook ads. Di Malaysia terdapat banyak sifu yang mengajar anda menjadi seorang yang berkemahiran dalam bidang ini. Sifu-sifu ini akan mengajar anda strategi dan cara unruk membuat iklan di FB dengan cara yang berkesan.

Antara apa yang akan belajar dengan ikut kelas-kelas ni:

  1. Belajar cara set up system FB ads untuk bisnes tempatan
  2. Cara mencari prospect yang sesuai dengan bisnes
  3. Cara tukarkan prospect menjadi pelanggan

Banyak cara dan strategi, tetapi kebanyakan kelas adalah berbayar, jadi rugi kalau dah ikuti kelas tetapi tidak mempraktikkan ilmu tersebut.

2. DESIGNER

Design merupakan bidang yang luas, zaman sekarang semua syarikat perlukan designer, samada kecil atau besar. Bagi syarikat yang besar mereka menggaji designer sendiri untuk melakukan kerja design, bagi syarikat kecil yang tidak perlukan design setiap masa, mereka akan memberikan tugas tersebut kepada orang luar yang dibayar setiap kali buat kerja sahaja.

Antara yang mendapat sambutan dalah web design, bisnes-bisnes tempatan memerlukan website yang kelihatan professional untuk mengembang bisnes mereka dalam internet. Jika anda mengetahui asas-asas dalam bidang ini, mungkin anda sudah boleh mula mempromosikan sdiri secara kecil-kecilan untuk bisnes yang kecilan.

Designer yang professional boleh menjana pendaptan sehingga RM 10 000 untuk satu website. Bagi anda yang baru bermula, mungkin boleh letakkan harga yang murah tetapi hasil kerja memuaskan, mungkin dalam RM 500 untuk satu website.

Daripada jenama, warna, susun atur, semua penting untuk menjadikan website tersebut hidup dan ini memerlukan web designer.

Selain daripada mempunyai skil daam web design, antara software yang anda perlu pelajari adalah Adobe Photoshop dan Adobe Illustrator, untuk mempelajari software ini, anda perlu memasuki kelas-kelas yang disediakan dan jika anda mempunyai asas, untuk lebih mendalam, boleh mempelajarinya di internet, google, youtube dan sebagainya.

Untuk mencari pelanggan yang memerlukan kemahiran ini, anda perlu lihat disekeliling dan mencari bisnes-bisnes tempatan yang tidak mempunyai website lagi dan hubungi mereka atau mempromosikan diri anda di platform seperti mudah.my,upwork,jobstreet, dan sebagainya.

3. MENJAGA HAIWAN PELIHARAAN

Seorang penyayang terhadap haiwan? Dibayar untuk membuat sesuatu yang kita minati adalah suatu perkara yang terbaik dalam hidup. Di samping kita enjoy membuat perkara tersebut, kita juga dapat menjana pendatpatan melaluinya.

Menjaga haiwan peliharaan orang lain seperti kucing, hedgehog dan sebagainya boleh dibuat dengan dibayar upah. Kebanyakan orang yang bekerja atau bercuti dalam jangka masa yang lama, perlukan seseorang untuk menjaga haiwan peliharaan mereka supaya haiwan tersebut selamat.

Tidak ramai individu yang membuat servis seperti ini, jadi untuk anda yang sukakan haiwan, ini peluang keemasan. Beritahu jiran-jiran atau rakan-rakan mengenai servis yang anda lakukan untuk mencari pelanggan pertama. Dan promosikan juga servis berkenaan di platform seperti di atas.

Pendapatan yang dijana adalah bergantung kepada jangka masa haiwan tersebut di bawah penjagaan servis, ada yang hanya semalaman, dan ada yang sehingga seminggu.

4. KERJA DARI RUMAH : DATA ENTRY

Data entry amat penting dalam sesebuah syarikat. Selalunya perkara ini dibuat oleh kerani tetapi tidak semua syarikat mempunyai kerani atau kerja yang terpaksa dilakukan oleh kerani terlampau banyak. syarikat-syarikat ini akan mengupah orang luar untuk buat kerja tersebut

Kerja ini tidak memerlukan skil yang tinggi dan ianya amat flexible. Antara kerjanya adalah, update rekod syarikat, memindahkan info-info, atau memasukkan data yang sedia ada ke dalam software.

Jika anda seorang penaip yang bagus dan mempunyai skill pengurusan. ini kerja yang sesuai untuk anda lakukan di rumah.

Anda boleh mempromosikan servis anda di dalam platform online seperti upwork, freelance.com, jobstreet dan banyak lagi. Walaupun persaingan agak banyak, tetapi dengan cara dan strategi yang betul, tidak mustahil untuk berdiri lebih dari pesaing yang lain.

5. NURSING DARI RUMAH

Anda mempunyai sijil dalam bidang nursing, menjadi nurse secara maya boleh menjana pendapatan yang memuaskan. Memberi nasihat kepada pesakit dengan hanya di telefon dan internet, mungkin perlu ke rumahnya sekali sekala untuk memantau perubatan.

Untuk memulakan kerja ini, boleh pergi ke Hospital Swasta atau kerajaan dan tanyakan mengenai servis ini samada institusi tersebut menyediakan atau tidak kepada pesakit di Hospital tersebut, jika ada, isi borang dan tunggu panggilan dari mereka.

6. MENJADI TRAVEL EJEN

Travel agent merupakan satu kerja dari rumah yang menyeronokkan kerana disamping membantu pelancong melancong di Malaysia dengan lancar dan selamat, anda juga akan merasai pengalaman melancong itu sendiri.

Untuk menjadi seorang travel agent, seeloknya mendapat kelulusan daripada pihak berwajib.tetapi, ianya boleh dibuat secara kecil-kecilan.

Selain upah yang diterima daripada pelancong, komisyen daripada syarikat lain yang berkaitan juga boleh diterima. Sebagai contoh, boleh meminta komisyen daripada penginapan daripada hotel atau kedaicenderamata jika membawa pelanggan ke kedai mereka.

7. PENGASUH

Ini merupakan kerja di rumah yang paling biasa, sebelum adanya internet, ramai orang menjana pendapatan menjadi pengasuh kanak-kanak dan kerja ini masih relevan sehingga kini.

Tentukan umur berapa kanak-kanak yang akan dijaga dan beritahu kepada jiran-jiran. Walaupun sudah ada individu yang menjalankan servis ini, tidak mengapa anda masih boleh lakukannya dengan menawarkan cara penjagaan yang lain.

Sebagai contoh, apa yang selalu ditawarkan adalah penjagaan di rumah sahaja, ibu bapa perlu menghantar anak ke rumah pengasuh, kelainan yang anda buat adalah, anda sendiri pergi ke rumah mereka dan mengambil anak mereka ke rumah anda.

Ataupun mungkin boleh menyediakan khidmat menjaga dari segi kebajikan mereka, sebagai contoh, menghantar anak ke sekolah, mengambil mereka, dan menjaga mereka sehingga petang dengan memastikan anak mereka menyelesaikan kerja sekolah.

Perlu ingat bahawa, kebanyakan pusat asuhan tutup pada hari minggu dan cuti umum, mungkin inilah masa untuk mempromosikan servis anda atau mengambil upah yang lebih tinggi pada hari tersebut.

8. BERNIAGA SECARA ONLINE

Untuk menjadi seorang usahawan dalam internet, percayalah, semua orang boleh membuatnya. Ia tidak perlukan apa-apa sijil untuk mulakan. Tapi, seperti bisnes yang lain, bisnes online juga perlukan masa untuk menjadikan ia sebagai satu pendapatan yang selesa.

Banyak product yang ada sekarang yang boleh dijual, samada produk tempatan atau produk luar negara, semuanya mendapat sambutan yang hangat. Zaman sekarang, masyarakat kurang pergi ke pasaraya untuk membeli barang, semuanya dibuat secara online.

Bagi yang masih baru dengan bisnes online, mungkin anda boleh mulakan dengan dropshipping terlebih dahulu. Dropshipping tidak memerlukan modal, cuma perlukan media social dan kesungguhan. Setelah mendapat pelanggan yang tetap dan ramai, boleh ke step seterusnya iaitu menjadi agent.

Kemudian, pergi pula ke step yang seterusnya, menjadi owner produk. Keluarkan produk sendiri, lantik ajen dan dropshiper. Tiada limit pendapatan dalam berniaga, semua bergantung kepada usaha dan rezeki.

Untuk berniaga secara online, apa2 sahaja yang ingin diniagakan, kami cadangkan anda membaca stategi berniaga di Shopee DISINI. Ia amat berguna kepada sesiapa yang ingin menjual barang di platform shopee, ianya juga menyediakan strategi untuk memulakan bisnes di Shopee tanpa memulakan modal. Ia dipanggil dropshipping. Bagi mereka yang series untuk berjinak dalam bidang ini, kami amat sarankan anda untuk mencubanya sendiri

Artikel Berkaitan

9. MENJAWAB ONLINE SURVEY

Kerja ini tidak ramai yang berminat untuk membuatnya secara tetap kerana, pendapatan yang dijana adalah tidak tetap dan sedikit, bergantung kepada survey yang dibuat. Kalau buatnya dengan konsisten, mungkin boleh menjana sebayar RM 100 – RM 200 sebulan. Untuk yang berminat membuat duit sampingan, boleh mencuba cara ini untuk buat duit dari rumah.

Kebanyakan website yang menyediakan perkhidmatan ini adalah secara percuma dan tidak berbayar, jika berbayar mungkin ianya satu penipuan, jadi berhati-hati.

Antara website yang menyediakan perkhidmatan ini adalah:

Website Mobrog antara website yang boleh dipercayai. Ramai sudah mencuba dan mendapat hasilnya. Mereka akan menghantar email kepada anda jika terdapar survey yang perlu dijawab. Mobrog merupakan website antarabangsa. Tetapi ia mempunyai website khas untuk negara Malaysia.

Sebelum menjawab, perlu untuk anda layak terlebih dahuli, terdapat beberapa soalan yang perlu dijawab sebelum mereka menentukan anda layak atau tidak untuk menjawab. Cara utuk memahami website adalah mudah kerana design website yang simple.

Yourvoice

Yourvoice merupakan website yang khas untuk negara Malaysia. Untuk luar negara, ia dipanggil OpinionWorld.

Terdapat banyak survey yang boleh dijawab dan ianya mudah untuk digunakan, Cuma perlu daftar dan jawab. Email juga mereka akan berikan kepada anda jika mempunyai survey yang perlu dijawab, kumpul mata dan tebus. Menggunakan Bahasa melayu yang agak kekok.

Yougov mempunyai website rasmi di seluruh negara. Begitu juga Malaysia.

Menyediakan perkhidmatan menjawab survey online dan menjana pendapatan untuk rakyat Malaysia. Antara website yang menarik bagi sesiapa yang ingin mencuba. Website ini mempunyai pilihan untuk berbahasa Melayu dan Bahasa melayu yang digunakan agak bagus. Tidak kekok untuk pengguna baru.

Website ini jugga mesra pengguna, design yang simple dan cantik tetapi terdapat butang yang mengelirukan.

YouGov menyediakan beberapa cara untuk menebus ganjaran, seperti Paypal, gift card, dan topup smartphone atau derma kepada badan kebajikan. Terdapat juga bahan bacaan berkaitan isu semasa yang boleh dibaca ketika anda bosan menjawab kaju selidik.

Ebuno

Website ini merupakan website antarabangsa yang boleh anda sertai dari Malaysia. Website yang masih baru dan potensi mereka masih tidak diketahui. Kena banyak bersabar untuk sertai kerana ianya agak rumit. Website ini juga menggunakan paypal untuk menjawab memberikan wang yang dijana.

Extra: Perkara yang perlu dibuat

Banyak lagi website yang menyediakan servis menjawab kaji selidik. Untuk Berjaya dalam bidang ini, jangan bergantung kepada satu website sahaja, daftar beberapa website kerana kadang kala website tersebut tidak mempunyai survey untuk dijawab

Kebanyakan website menggunakan Paypal untuk memindahkan duit anda. Adalah dinasihatkan untuk mendaftar akaun paypal terlebih dahulu untuk memudahkan pemindahan ganjaran yang diterima.

10. MYSTERY SHOPPER

Mystery shopper adalah kerja secara rahsia dengan menilai prestasi syarikat, organisasi. Ini untuk memastikan syarikat memenuhi kualiti yang diinginkan atau mematuhi peraturan yang ditetapkan. Antara tugasnya adalah pergi ke premis berkenaan sebagai pelanggan dan mengumpul maklumat yang dikehendaki oleh syarikat tersebut

Identity shopper tersebut tidak didedahkan dan semua dibuat secara rahsia. Di luar negara, bidang ini semakin berkembang. Semua syarikat menyedari kepentingan data syarikat yang jujur dan tepat. Hampir USD 600 juta nilai pekerjaan ini.

Dan mengikut kajian, syarikat yang menyertai program ini prestasi meningkat sebanyak 11.1 peratus secara puratanya dan di Malaysia ianya semakin mendapat tempat.

Mereka berpendapat, hasil daripada informasi yang diberi oleh Mystery shopper terbabit boleh digunakan untuk mengetahui jenis latihan yang staff perlu jalani dan membuang staff yang mendatangkan masalah kepada syarikat.

Sebelum menyertai program ini, perlu untuk mendaftar terlebih dahulu, nyatakan maklumat diri dan menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh website tersebut.

Antara website yang menyediakan servis Mystery Shopper adalah:

Untuk menjadi sebahagian mystery shopper di dalam website ini adalah dengan mendaftar, isi form dan details secara online yang semua disediakan di dalam website. Anda tidak perlu untuk pergi ke pejabat dan menhadiri temuduga atau sebagainya. Semua secara online.

Antara jenis syarikat yang dibuat adalah syarikat, banking, kedai borong, restaurant dan hotel. Ganjaran yang diperolehi tidak semestinya dengan matawang, kadang kala dengan makanan kedai percuma, baucer dan sebagainya bergantung kepada syarikat.

Ditubuhkan tahun 2003, diasaskan oleh Dr. Allen the, website ini menyediakan perlbagai servis untuk client. Antara servis yang diberikan adalah mystery shopper. Untuk menyertai pergi ke website berkenaan dan daftar, jawab soalan yang ditanya dan mulakan shopping secara rahsia.

Popular juga menawarkan servis Mystery Shopper kepada pelanggan untuk menambah baik servis yang dibuat. Tujuan mereka lakukan servis seperti ini adalah untuk mendengan suara pelanggan dengan jujur. Mystery shopper akan disediakan arahan untuk menguji staff di premis buku tersebut.

Siapa yang boleh menjadi Mystery Shopper untuk Popular

  1. Semua pelanggan Kedai buku Popular
  2. Warganegara Malaysia yang berumur lebih 21 tahun.
  3. Bekerja atau tidak bekerja
  4. Tiada ahli keluarga yang bekerja sebagai staff Popular.

Ganjaran yang diperoleh adalah RM 50 gift baucer  daripda kedai buku tersebut.

Kesimpulan

Dengan adanya kemajuan internet yang mana beberapa tahun lalu, ia seperti tidak wujud, cara bekerja dari rumah mendapat banyak sambutan terutama dalam bidang teknologi. Semua dibuat secara online sahaja.

Jika anda mencari kerja yang tidak perlu pergi ke tempat kerja setiap pagi atau mencari part time selain kerja tetap, tidak ada masa yang sesuai untuk mulakan selain sekarang. Semua kerja-kerja tersebut mengambil masa dan banyak perkara yang perlu dipelajari.

Tinggalkan Pesanan

Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com