CARA MELABUR TANPA MODAL ATAU MODAL YANG SEDIKIT
Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.
Melabur walaupun dalam kuantiti yang sedikit, kalau betul caranya boleh menjana keuntungan yang memuaskan. Disini Hustleaim akan memberikan idea atau cara untuk anda mulakan melabur dengan modal yang sedikit.
Kebanyakan orang, apabila mendengar terma “pelaburan” akan membayangkan seorang pelabur yang memakai kot dan memantau duit pelaburan yang berjuta-juta.
Betulkan mindset terlebih dahulu: Anda tidak perlu menjadi jutawan untuk mula melabur, tidak mengapa jika anda mempunyai modal yang sedikit asalkan anda mempunyai keinginan dan kesedaran tentang pentingnya melabur, anda boleh melabur. Modal yang sedikit tersebut akan bertambah jika betul strategi pelaburan yang digunakan, jangan risau.
Kunci untuk menjadi kaya adalah gaya hidup, tidak guna menjadi millionare tetapi gaya hidup billionare, duit akan habis juga cepat atau lambat.
Sekarang tahun 2020, pelaburan sudah semakin mudah, dengan hanya mempunyai smartphone dan sedikit modal, semua orang boleh melabur.
Bagi sesiapa yang tidak membuat apa-apa pelaburan lagi, tiada istilah terlambat, mulakan sekarang, yang terlambat hanya bagi yang menangguh, pelaburan adalah masa, semakin cepat anda mulakan, semakin banyak yang akan diperoleh.
Apabila sudah mulakan pelaburan dan melihat duit anda berkembang, percayalah, anda akan menjadi ketagih dan mahukan lebih lagi.
Jom kita tengok cara yang perlu dibuat untuk melabur tanpa modal atau modal yang sedikit.
1. MENABUNG BAGI YANG TIADA MODAL
Menyimpan dan melabur adalah perkara yang berkaitan, dengan melabur, kita semestinya menyimpan, tetapi dengan menyimpan tidak semestinya kita menabung.
Khusus kepada mereka yang mempunyai tiada modal langsung, anda perlu menyimpan sedikit wang terlebih dahulu. Untuk melabur mesti ada modal, simpan sikit demi sedikit, setiap pengorbanan yang dibuat sekarang akan membuatkan hasil pada masa hadapan.
Kejayaan tidak akan sampi bergolek, langkah yang pertama adalah yang paling sukar iaitu untuk mulakan, cuba untuk menyimpan RM 10 seminggu di dalam tabung, mungkin seperti tidak banyak, tetapi apabila konsisten, dalam setahun ia menjadi setengah ribu ringgit. Jadikan menabung satu kebiasaan.
Artikel Berkaitan
2. MELABUR DI DALAM ROBO ADVISOR
Robo advisor adalah satu pelaburan yang mudah dan berkesan. Ianya boleh disertai oleh sesiapa sahaja tiada sekatan. Bagi yang tiada pengalaman dan mempunyai modal yang sedikit, kami amat sarankan untuk anda melabur di dalam robo advisor.
Di dalam pelaburan ini, yang melabur untuk anda adalah robot, intelligence yang sudah disetkan oleh pakar supaya pelaburan yang dibuat selamat.
Wahed Investment
Antara platform robo-advisor yang selamat dan sudah berdaftar serta berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia adalah Wahed Investment. Kami amat sarankan sesiapa yang baru hendak melabur dengan modal yang rendah untuk melaburnya disini.
Bagaimana hendak melabur di dalam Wahed Investment?
- Memuat turun apps Wahed Investment, anda boleh klik DISINI
- Setelah memuat turun aplikasi, buka apps dan login, banyak perkara yang perlu diisi dan dijawab, untuk mengetahui kadar pengetahuan anda tentang pelaburan dan untuk memastikan keselamatan akaun anda terjaga. Jawab soalan dengan jujur.
- Masukkan referral code hazzai7 untuk mendapatkan extra kredit sebanyak RM 20. Dengan memasukkan referral code tersebut juga, pihak kami akan mendapat sebanyak RM 20 sebagai referee. Sedikit sebanyak memberi semangat untuk memberikan panduan kewangan yang terbaik untuk anda.
- Bank in modal pelaburan ke dalam akaun tersebut. Minimum pelaburan di dalam Wahed Investment adalah RM 100. Jadi anda perlu memasukkan sekurang-kurangnya RM 100 ke dalam akaun tersebut. Semakin banyak modal yang di masukkan, semakin banyak pertambahan duit berlaku.
- Tunggu duit tersebut bertambah, anda juga boleh lihat kemana modal pelaburan anda dilaburkan di porrtfolio anda
Wahed Investment adalah pelaburan yang berlesen dan berdaftar dibawah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, ianya bukan satu skim cepat kaya, tetapi satu bentuk pelaburan yang ada risiko, tetapi amat rendah. Jangan takut hendak melabur menggunakannya. Sekuriti yang digunakan mereka juga setaraf dengan bank.
3. MULA MELABUR DI DALAM HARTANAH
Untuk mulakan pelaburan hartanah, anda tidak perlu untuk kaya terlebih dahulu. Di luar sana, terdapat banyak pilihan atau cara untuk melabur di dalam pelaburan hartanah.
Mungkin bagi sesetengah orang, hartanah adalah satu perkara yang berat dan rumit, perlu beli tanah, rumah, jual, cari pelanggan dan sebagainya. Tidak semestinya, pelaburan hartanah boleh dibuat walau dengan modal yang sedikit dan mudah. Bergantung kepada syarikat itu sendiri.
Untuk melabur dalan unit hartanah, anda boleh membeli share REIT tersebut daripada mana-mana entiti di Bursa Malaysia, ianya lebih kurang sama dengan membeli stok di market-market yang lain.
Real Estate Investment trust adalah antara pelaburan yang selamat untuk melabur di dalam hartanah. Malaysia antara negara di Asia yang selamat untuk melabur di dalam sector hartanah.
4. MELABUR DI KWSP
Jika anda mempunyai bajet yang rendah dan terhad, KWSP atau EPF merupakan satu pelaburan yang paling selamat dan bagus untuk semua orang. Ianya satu badan di bawah seliaan kerajaan Malaysia. jangan takut untuk melabur disini.
Bagi sesiapa yang sudah sedia mencarum di KWSP, anda sebenarnya boleh tingkatkan lagi jumlah caruman setiap bulan sendiri.
Sebagai contoh,
Anda sudah mencarum di KWSP sebanyak RM 200 sebulan oleh majikan, dan anda mempunyai wang lebihan yang hendak dilaburkan iaitu RM 100 setiap bulan. Apa yang perlu dibuat, anda pergi ke pejabat KWSP dan tingkatkan lagi jumlah carumah setiap bulan, RM 200 tadi kepada RM 100.
Sebelum anda membuat penambahan caruman, pastikan RM 100 penambahan tersebut adalah wang yang tidak digunakan setiap bulan. Jika anda was-was atau tidak yakin, takut anda perlukan duit tersebut pada bulan-bulan tertentu, melaburlah dengan cara yang lain.
KESIMPULAN
Terdapat banyak lagi cara yang boleh dilakukan untuk melabur dalam modal yang sedikit, dengan wujudnya teknologi, apps, sememangnya memudahkan dan semua orang boleh melabur. Apa yang perlu dibuat adalah kesedaran.
Anda berada disini, bermakna anda sudah mempunyai kesedaran. Tahniah. Sekarang, bergerak kepada langkah yang seterusnya iaitu bertindak, mula melabur dengan modal yang ada, jangan bertangguh.
Apabila sudah mulakan, semakin mudah untuk teruskan dan anda pada masa hadapan akan berterima kasih kepada anda yang sekarang. Jangan lupa subscribe di bawah unttk mendapatkan tips dan idea kewangan yang menarik dari kami. Semoga Berjaya!!
Artikel Berkaitan
Tinggalkan Pesanan
Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com
Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang
Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com
Anda Mungkin Berminat :-