15 Cara Untuk Jana Pendapatan RM 100 Sehari Secara Online

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Pihak Hustleaim telah berjumpa dengan pelbagai individu yang sudah terbukti berjaya menjana wang dengan konsisten setiap hari. Dengar dan baca kelihatan seperti mudah, tetapi hakikatnya untuk menjana pendapatan tersebut dengan konsisten memerlukan masa dan usaha yang panjang.

Lihat usaha mereka yang berjaya sememangnya mencemburukan, jadi kami bertanyakan apa yang mereka ini lakukan sehingga berjaya menjana pendapatan yang stabil secara online.

Berikut adalah antara idea dan cara mereka-mereka yang berjaya lakukan dan sudah terbukti berjaya di Malaysia. Tetapi ingat, ia bukannya skim cepat kaya, ia semua perlukan usaha dan kajian.

1. Google Adsense

Ramai antara mereka yang menggunakan Google Adsense untuk menjana pendapatan secara online. Samada dengan website atau youtube kedua-duanya boleh menjana duit dengan Google Adsense.

Untuk yang baru hendak berjinak-jinak dalam bidang online, Google adsense adalah cara yang paling mudah. Anda hnya perlu daftar, Google berikan anda code untuk diletakkan dalam website dan paste kannya. Selepas itu Google yang akan lakukan selanjutnya.

Anda akan dibayar setiap kali pembaca atau pengunjung website anda klik iklan yang diletakkan. Perlu anda ketahui untuk mendapat income yang stabil dari Google adsense anda perlukan platform yang ramai pengunjung terlebih dahulu.

Tiada pengunjung bermakna tiada klik. Platform tersebut yang agak perlukan usaha dan masa untuk dapatkan.

Untuk ketahui lebih lanjut tentang cara buat duit dengan Google Adsense ada boleh bacanya DISINI 

2. Post Penajaan

Jika anda ada satu platform seperti blog atau website, syarikat akan hubungi anda untuk terbitkan post tentang mereka di platform anda.

Untuk satu post, boleh mencapai sehingga ratusan singgit untuk satu post bergantung kepada kualiti platform tersebut dan dalam sebulan boleh mencapai hingga ribuan ringgit. Jangan terkejut.

Jika anda berminat dengan cara ini, kami di Hustleaim menasihatkan anda untuk percaya syarikat tersebut terlebih dahulu. Buat sedikit kajian tentang syarikat tersebut. Pastikan syarikat tersebut bukan satu penipuan dan berkualiti, anda juga perlu jaga kualiti post untuk pembaca anda.

3. Affiliate Marketing

Jika anda mencari pasif income secara online di internet, pasti anda pernah terjumpa tentang affiliate marketing. Afiiliate Marketing adalah anda mempromosikan produk syarikat lain dan mendapat keuntungan daripada usaha promosi tersebut.

Jika anda telah bina audience anda, anda boleh mulakan untuk mempromosikan barang tersebut. Produk yang anda hendak promosikan perlulah sesuai dengan audience anda sendiri.

Sebagai contoh, jika anda seorang icon bersolek, jadi anda perlu mula mempromosikan barang yang berkaitan dengan alat solek. Dengan mempromosikan produk yang berkaitan dengan niche anda, peratus untuk mendapat jualan adalah lebih tinggi dan terjamin.

4. Freelance ( Penulis)

Industry penulisan tidak mati lagi. Industry ini Cuma berevolusi, daripada fizikal ke Digital. Ia adalah bagus kerana ia membuka peluang kepada orang ramai menceburi bidang ini. Jangan lepaskan peluang ini.

Jika anda mahu menceburi dengan mendalam dalam bidang ini, lakukan freelance dahulu sebagai permulaan. Sebagai seorang freelance, anda boleh tentukan sendiri harga, clients, dan topik yang anda suka.

Setelah anda dikenali dan mempunyai nama, portfolio dan pengalaman yang banyak, anda boleh tingkatkan lagi rate harga servis anda dan untuk membuat RM 100 sehari, ia adalah satu perkara yang amat mudah.

Pilih satu niche yang anda minat supaya anda boleh konsisten dan tulisnya dengan gembira. Jika anda ada pengalaman tentang komputer, software dan sebagainya. Jadi penulis tentang teknologi.

5. Coaching

Adakah anda seorang yang berbakat dalam mengajar orang? Adakah anda mempunyai pengalaman dalam membantu seseorang mencapai sesuatu? Jika ya, pertimbangkan untuk menjadi seorang coach.

Ini adalah billion ringgit punya industry, ramai orang yang memerlukan bantuan untuk mencapai sesuatu dalam hidup, selain membantu orang anda juga boleh menambah baik diri anda.

Jangan sempitkan fikiran anda tentang bidang ini, coaching tidak semestinya sukan sahaja. Banyak jenis coaching yang boleh diceburi seperti mengaji, bisnes, berenang, komputer dan banyak lagi.

Sebagai contoh, anda seorang coach bisnes untuk orang yang mempunyai masalah dalam bisnes. Anda bantu mereka keluar dari masalah tersebut. Kenal pasti masalah, kelemahan dalam bisnes mereka dan bantu mereka perbaiki.

Untuk memulakan bisnes ini semestinya anda perlukan kemahiran itu sendiri. Pilih satu bidang yang anda mahir atau mahirkan diri anda dalam satu bidang. Promosikan kelas yang anda buat. Jangan risau, jika kelas anda betul-betul berkualiti, lambat laun akan ramai orang yang mahu mengikutinya.

6. Produk Digital

Banyak jenis Produk Digital yang boleh dibuat dan sudah dibuat, tetapi jangan risau ianya sentiasa ada peluang.

Antara produk digital yang mudah dibuat adalah produk yang boleh di cetak di rumah. Terdapat banyak produk seperti ini yang terdapat di pasaran. Sebagai contoh, template resume, bajet harian, plan diet, checklist, dan sebagainya.

Untuk dapatkan Rm 100 dengan cara ini memang tidak mustahil, pelbagaikan jenis produk yang dijual dan belajar cara untuk mempromosikannya.

7. Jual Kursus Online

Jika anda mempunyai yang skill yang tinggi dalam sesuatu bidang atau ilmu yang menarik yang anda mahu kongsi bersama dengan orang ramai, boleh pertimbangkan untuk mencipta kursus secara online.

Banyak kursus online yang dijual di pasaran online sekarang kerana ianya mudah. Ia hanya perlu cipta dan jual. Tetapi pastikan ianya memberikan manfaat kepada orang yang mengikutinya.

Sebagai contoh,

Jika anda seorang yang mahir dalam ilmu fotografi, anda boleh cipta satu produk online tentang bagaimana untuk mengawal camera dan bagaimana untuk menghasilkan satu gamba yang cantic.

Jika anda seorang yang mahir dalam ilmu tanaman, anda boleh cipta satu produk online tentang cara menanam pokok di dalam rumah dan bagaimana untuk pastikan ianya sentiasa segar.

Memang ianya mudah tetapi ianya mudah bagi anda bukan orang lain. Mereka yang lain memerlukan ilmu tersebut untuk memastikan mereka mencapai apa yang mereka mahu.

Internet sememangnya mencipta peluang kepda semua orang untuk membuat duit tidak kira individu professional atau individu yang sekadar hobi. Jika anda mejual produk anda dengan harga RM 50 setiap satu, fokuskan untuk jual 2 sahaja setiap hari. Ianya adalah tidak mustahil.

8. Jana dari Pelaburan Online

Untuk mendapatkan RM 100 sehari dengan cara ini anda perlukan modal yang besar dalam pelaburan melainkan anda tahu cara trading untuk short term. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan anda boleh lihatnya DISINI 

Jika anda tidak mahu yang berisiko tinggi, anda boleh lakukannya di Wahed Investment, pelaburan Robo Advisor semakin mendapat tempat di Malaysia. Jangan ketinggalan untuk menjadi salah seorang pelaburnya!

Artikel Berkaitan

9. Sponsored Social Share

Seperti penajaan di post blog anda, penajaan di media social adalah di mana syarikat akan membayar anda untuk postkan tentang mereka di media social anda seperti di Facebook, Instagram, Twitter dan lain-lain lagi.

10. Jual barang secara online

Antara cara yang sudah menjadi kebiasaan untuk semua orang, jual apa jua barang yang anda mahu jual di media social seperti di Facebook.

Jika anda ada barang untuk dijual, cuba lakukan pengiklanan di Facebook atau website seperti Mudah.my. Menjual barang secara online adalah antara cara yang amat menguntungkan dan skill penjualan terebut amat mahal dan diperlukan.

11. Iklan dari Youtube

Di Malaysia, sejak tahun 2015, rakyat sudah membuka mata dengan menjana duit melalui Youtube. Kejayaan demi kejayaan sudah diperoleh melalui platform ini oleh rakyat Malaysia.

Dengan ramai yang mula berjinak, persaingan juga semakin bertambah. Untuk menjadi Youtuber berjaya tidak mudah tetapi tidak mustahil. Apa yang anda perlukan adalah skill editing video, peralatan asas dan komitmen.

Untuk menjana pendapatan melalui platform ini, anda perlukan jumlah tontonan dan subscriber yang tertentu. Tetapi jangan risau, hendak mulakan sahaja susah, setelah anda tahu selok belok dan subscriber yang ramai, perkara akan menjadi lebih mudah.

Artikel berkaitan

12. Beli dan jual platform online

Orang membeli dan menjual website sepanjang masa dengan banyak sebab dan jika anda kenal atau pandai memilih website untuk dibeli, tidak mustahil anda boleh menjana pendapatan daripadanya dengan mudah.

Di Malaysia, aktiviti ini tidak seaktif di luar negara tetapi masih ada. Untuk luar negara, jika anda mencari website untuk dibeli anda boleh belinya di Flippa.com. selain daripada website, anda juga boleh membeli Domains, online bisnes, blog, dan apps.

13. Tulis buku

Setelah anda mahir dalam bidang tersebut tiba masa untuk anda untuk tulis buku. Tidak kira lah buku fizikal atau digital.

Untuk mulakan menulis sesuatu buku tentang sesuatu, anda perlu memahami betul-betul bidang tersebut. Dengan itu, buku yang akan diterbitkan akan menjadi satu produk yang berkualiti.

Latih diri untuk menulis dengan baik dan tersusun terlebih dahulu. Perkara yang paling menarik dalam cara ini adalah anda hanya perlu terbitkan sekali sahaja dan anda boleh jualnya sebanyak dan selama mana yang anda mahu.

Dan, anda boleh tulis tentang apa-apa sahaja yang anda mahu, tetapi pastikan ianya berkualiti dan mempunyai nilai pasar.

14. Penaja jenama

Cara ini lebih kurang sama dengan penajaan di media social tetapi yang ini ianya lebih menyeluruh. Selain daripada social media, syarikat juga kadang kala mahu anda bekerja untuk mereka secara lebih mendalam seperti membuat video, membuatkan website, copywriting dan sebagainya

Bagi seorang blogger, mereka mempunyai banyak skill seperti menulis, membuat website, copywriting, research dan banyak lagi. Skill-skill ini yang diperlukan syarikat untuk mengembangkan syarikat mereka.

Berurusan semua secara online, ia amat mudah dan semestinya boleh menjana duit dengan cepat.

15. Industri photografi

Ada beberapa cara untuk menjadikan fotografi sebagai platform untuk menjana income. Satu caranya adalah dengan membantu sesebuah syarikat menonjol dalam laman online. Hari ini, internet sangat luas, semua syarikat perlu kehadapan dalam laman online. Inilah masa anda untuk menonjolkan diri!.

Antara jalan lain adalah dengan menjadi jurugamba majlis. Kebiasaannya majlis perkahwinan, jangan terkejut, bergantung kepada pengalaman dan hasil kerja anda, upah untuk satu sesi fotografi boleh mencapai ribuan ringgit. Jika anda bekerja setiap minggu atau sebulan 2 kali, tidak mustahil untuk mencapai target RM 100 sehari.

JANGAN BERTANGGUH UNTUK MULAKAN

Jana pendapatan Rm 100 setiap hari atau RM 3000 sebulan adalah satu perkara yang memuaskan.

Tetapi semua ini tidak akan terjadi jika anda gagal untuk bertindak. Daripada anda duduk di rumah menonton Netflix atau scroll Instagram, baik anda bangun dan mula untuk menjana.

Sejujurnya, semua yang dinyatakan diatas adalah tidak mustahil dan jika dibuat dengan strategi yang betul anda boleh jana lebih lagi dari RM 100 sebulan. Cari idea, buat kajian dan lakukan.

Kewangan anda pada masa hadapan adalah bergantung apa yang anda buat hari ini. Semoga Berjaya!!

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com