LANGKAH PENTING DAN CARA MENJADI SEORANG YOUTUBER
Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.
Menjadi seorang youtube memang satu profession yang menyeronokan dan boleh membuat duit. Mereka buat video tentang topik yang mereka sukai dan buat duit, jana pendapatan, kan? Semua nampak menjadi youtube merupakan suatu yang seronok dan mudah, tetapi realitinya ianya bukan mudah seperti yang disangka.
Tanya semua youtuber yang berjaya, semua ada masa susah mereka yang tersendiri, ada yang hamper berenti, ada yang usaha siang malam, untuk menjadi seorang youtuber yang terkenal. Jangat ingat tiada pelaburan yang mereka buat untuk menjadi sampai ke tahap itu, proses yang lama sebelum mereka berjaya. Tetapi ianya tidak mustahil.
Disini kami senaraikan langkah-langkah dan cara yang perlu dibuat untuk menjadi seorang youtube yang berjaya.
1. TENTUKAN APA MAKNA KEJAYAAN BAGI ANDA DAN JANGAN LUPA MAKNA KEJAYAAN TERSEBUT.
Ramai daripada mereka yang menceburi bidang Youtuber ini menjadikan duit sebagai penanda aras kejayaan, sebenarnya makna kejayaan seorang Youtuber lebih daripada itu. Jika anda menjana duit yang banyak dengan buat kerja yang anda benci, adakah ianya dikira sebagai kejayaan? Kejayaan boleh datang dalam pelbagai cara, mungkin kejayaan boleh dianggap sebagai kebahagian. Buat sesuatu yang diminati
Minat merupakan satu element yang penting untuk menjadi Youtuberr yang berjaya. Mesti pernah terdengar daripada mereka yang telah berjaya menyatakan mereka mula membuat video di Youtuber bermula dengan saja-saja sahaja kerana minat.
Jadi, minat penting atau tidak?
Iya, sedar tidak sedar, minat merupakan element yang penting. Kalau tiada minat dan hanya mengharapkan duit sahaja, kemungkinan bersar anda tidak akan bertapak lama dalam industri ini.
Jika makna kejayaan bagi anda adalah dapat menyampai mesej yang baik kepada orang ramai, ia adalah satu kejayaan yang sangat bagus. Apabila anda hampir berputus asa, ingatlah kepada kejayaan yang anda ingin dikecapi.
2. FIKIRKAN SATU NICHE DAN KONSEP YANG MENARIK ATAU BERGUNA
Youtuber adalah video. Menurut sebuah interview di Business Insider, di Youtuber, jumlah tontonan video dalam satu hari adalah sebanyak 5 billion video. Gila! Semua ada niche mereka sendiri. Dan niche yang bagus akan lebih menyerlah.
Ini bermakna anda juga perlu begitu, fikirkan satu niche yang bagus untuk para penonton dan menyerlah daripada channel yang lain. Niche tersebut juga perlulah tiada pada channel lain. Jangan terlampau cliché dan duduk pada satu tempat sahaja.
Dapatkan idea daripada channel Youtuber di luar negara, apa yang tiada di Malaysia, dan ciptakan untuk tontonan rakyat Malaysia.
Channel Youtuber Brosgang TV, merupakan satu contoh yang baik. Video pertama sahaja sudah mencapai 1 juta penonton, kenapa? Kerana tiada lagi channel yang membuat content seperti content mereka. Mereka mempunyai niche yang bagus. Hakikatnya, di luar negara sudah ada channel yang memaparkan niche yang sebegitu, antara channel yang sudah popular luar negara adalah To Catch a Cheater, UDY dan banyak lagi.
Channel tidak semestinya berkonsepkan hiburan, channel juga boleh berkonsepkan informasi, ajar perkara yang baru kepada penonton. Sebagai contoh, channel AlepJustFix dan Kitabuatdia, memaparkan tentang informasi kereta yang mana ianya berguna untuk penonton untuk dibuat di rumah.
Jadi, apa yang perlu dibuat?
Fikirkan satu niche dan konsep yang menarik, kalau anda ada rakan yang ingin bersama membuat video, fikirkan bersama dan listkan sebanyak yang mungkin. Selepas sudah senaraikan kesemua idea, perlahan-lahan tapis satu persatu idea tersebut, fikirkan anda di tempat penonton, adakah ianya relevan dan memenuhi cita rasa penonton. Tapis sehingga tinggal satu idea. Dan mula bekerja untuk mengembangkan idea tersebut.
3. BELAJAR SELOK BELOK PEMBIKINAN VIDEO
Video editing merupakan salah satu skill yang penting dalam menjadi Youtuberr. Zaman sekarang, untuk belajar sesuatu perkara, semua ada di internet dan ianya percuma. Belajar dahulu basic-basic untuk membuat video. Di fasa permulaan, tidak perlu skill yang terlampau rumit, cukup sekadar basic sahaja kerana skil-skil tersebut boleh didapati sepanjang anda menceburi bidang ini.
Sediakan alat-alat yang diperlukan, untuk permulaan, mungkin anda boleh gunakan camera phone sahaja. Apabila sudah berkembang nanti, jangan lupa untuk upgrade alat-alat tersebut.
Untuk asas editing video, mungkin anda boleh rujuk di SINI. Ia betul-betul asas sahaja dan ianya mencukupi. Untuk sesuatu yang lebih rumit dan complex, mungkin anda boleh lihat tutorialnya di Youtuber, Channel Bai banyak berkonngsi ilmu tentang cara untuk membuat video.
Jika anda mempunyai modal, tidak salah untuk mengikuti kelas atau program yang memberi tunjuk ajar tentang ilmu ini. Semuanya bergantung kepada anda, ilmu terdapat di mana-mana.
4. SEDIAKAN SATU PLAN
Mengembangkan channel Yotube sama seperti mengembangkan business. Ianya memerlukan strategi dan pelan. Perlahan-lahan kembangkan jenis topic yang anda hendak mulakan. Sediakan satu jadual yang mana anda letakkan informasi tentang:-
- Video tentang apa
- Bila hendak dikeluarkan
- Bila untuk memulakan pembikinan video
- Berapa target views, like untuk video tersebut
- Berapa bilangan subscriber untuk masa-masa tertentu
Jika no 4 dan 5 tidak mencapai target tidak mengapa, bukan mudah untuk senang. Yang penting tidak berputus asa.
5. JANGAN ABAIKAN SEARCH ENGINE OPTIMIZATION/SEO
Sama seperti langkah lain, SEO merupakan satu langkah yang amat penting. Jangan abaikan, saya tahu, ada sesetengah pembaca memang akan abaikan, mereka rasakan mereka tidak tahu dan malas untuk amnbil kira, jadi mereka abaikan. Jangan. SEO sangat penting.
Youtuber juga merupakan enjin carian yang perlu untuk diterokai cara mengoptimumkan penggunaannya dan ia sentiasa ada pembaharuan yang perlu untuk diambil tahu.
Apa itu SEO?
SEO merupakan akronim kepada Search Engine Optimization. Ia adalah proses untuk mendapatkan traffic dengan cara “percuma”, “organik”, “editorial” dan “natural”. Okay, mudahnya bagaimana hendak mencari sesuatu di Google, mesti anda mahukan website anda berada di page yang pertama, bukan kedua dan ketiga.
Jadi, bagaimana hendak menjadikan website anda di page yang pertama? Jawapannya adalah SEO. Banyak lagi fungsi SEO sebenarnya.
Tips SEO untuk Youtuber
Kami akan senaraikan beberapa SEO yang boleh digunakan dalam mengoptimumkan penggunaan enjin carian Youtuber anda. Untuk lebih details anda perlu membuat sedikit kajian, banyak lagi tips SEO untuk Youtuber. Website Blog.Hubspot juga ada memberikan ilmu ini secara percuma. Anda boleh search di Youtuber tentang SEO ini.
Antara SEO Youtuber adalah:-
- Namakan video yang hendak diterbitkan menggunakan keyword yang sesuai
- Mengoptimumkan video description
- Tag video anda dengan keyword yang popular
- Kategorikan video dengan kategori yang betul
- Gunakan thumbnail yang menarik perhatian penonton
- Guna fail SRT untuk terjemahan
Dan banyak lagi. Jangan malas hendak belajar untuk mendapatkan cara SEO yang betul. Ia akan betul-betul membantu untuk anda berjaya dalam industri ini
6. URUSKAN PENONTON DENGAN BIJAK DAN BERKESAN
Seperti yang semua tahu, antara ukuran kejayaan channel Youtube adalah berdasarkan bilangan subscriber. Semakin banyak subscriber sesebuah channel semakin banyak tontonan yang boleh diperoleh secara konsisten.
Banyak cara untuk menguruskan dan pada masa yang sama meningkatkan subscriber channel Youtube anda. Antara cara untuk meningkatkan subscriber ada adalah dengan sentiasa membalas komen-komen yang ada di video.
Buatkan penonton berasa dekat dengan anda, kalau anda membuat tutorial tentang sesuatu, pastikan anda menjawab persoalan mereka dengan baik. Engagement dengan penonton adalah sangat penting. Sesetengah penonton adalah bukan subscriber. Jadi mungkin dengan berbuat demikian akan melapangkan hati mereka untuk subscribe chanel Youtuber anda.
7. PROMOSIKAN CHANNEL YOUTUBE YANG TELAH DIBUAT
Antara kesilapan Youtuberr baru adalah mereka tidak promosikan chanel mereka. Selepas mengupload video, mereka biarkan dan tunggu orang ramai untuk datang dan lihat. Tidak. Untuk permulaan, anda perlu untuk promosikan chanel Yotube tersebut, jangan hanya biarkan begitu sahaja.
Cara untuk mempromosikan video adalah dengan melalui platform lain seperti Facebook, Website, Instagram, dan social media yang lain. Jangan malu untuk memberitahu saudara mara, rakan-rakan dan ahli keluarga untuk menyokong anda. Minta mereka subscribe. Bilangan subscriber juga penting untuk mempengaruhi penonton untuk subscribe.
Penonton akan melihat, berapa subscriber anda, jika banyak, mereka akan lebih mudah untuk subscribe kerana mereka mengandaikan channel anda berkualiti. Itu la sebabnya, semakin banyak subscriber, semakin mudah untuk mengembangkannya.
Antara cara lain untuk mempromosikan chanel anda adalah dengan collaboration, Bahasa melayunya bekerjasama. Mungkin anda boleh hubungi Youtuber lain yang sudah agak kukuh untuk membuat video bersama anda. Dengan cara tersebut, chanel anda akan terdedah dengan penonton yang ramai.
8. BELAJAR DARI KESILAPAN VIDEO YANG LAMA
Walaupun sehebat mana pun seorang Youtuber, ianya akan sentiasa ada penambahbaikan. Analisis video yang lama dan baiki. Jangan mudah selesa dengan apa yang ada. Youtube menawarkan seksyen untuk menganalisis untuk melihat bagaimana video anda di terbitkan.
Analisa ini akan menunjukan secara general tentang penonton yang menonton video anda. Semua informasi-informasi tersebut amat penting. Informasi ini akan memberikan anda idea untuk penghasilan video yang akan datang untuk memastikan video anda perform dengan lebih baik daripada video lain.
Sebagai contoh, laporan daripada analisis ini menyatakan 50% daripada penonton video anda tidak subscribe channel tersebut. Jadi anda perlu fikirkan bagaimana untuk memastikan mereka subscribe chanel Youtube anda? Mungkin cara untuk memastikan mereka subscribe adalah dengan memberikan giveaway. Berikan giveaway kepada subscriber, minta mereka komen sekali. Mudah.
Contoh lain, laporan analisis menyatakan 80% daripada penonton adalah mereka yang berumur 20 tahun hingga 30 tahun. Buatkan sesuatu tentang laporan ini. Mungkin anda boleh berikan giveaway yang sesuai dengan golongan ini.
Banyak lagi contoh lain yang boleh dibuat. Jangan malas untuk sentiasa menambah baik chanel Youtube. Skill untuk edit video juga perlu diperkemaskan.
KESIMPULAN
Kesemua langkah yang kami sebutkan adalah penting. Jangan abaikan walaupun satu langkah untuk berjaya. Langkah-langkah ini kami ambil daripada informasi Youtuber dan pakar SEO yang sudah berjaya dan kami simpulkan untuk anda. Gunakan checklist ini untuk membantu anda menjadi Youtuber yang berjaya. Semoga Berjaya!
Tinggalkan Pesanan
Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com
Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang
Anda Mungkin Berminat :-