10 IDEA SIDE INCOME YANG TERBAIK UNTUK DIMULAKAN SEKARANG

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Zaman sekarang di Malaysia mempunyai satu kerja sahaja tidak memadai. Dengan kemajuan dan kenaikan taraf hidup. Mahasiswa perlu mencari side income lain yang sesuai untuk dimulakan. Walaupun anda belajar full time dan mempunyai masa yang terhad, hendak atau pun tidak anda perlu buat sesuatu.

Ya, memang tidak dinafikan mengambil jalan untuk menjadi usahawan merupakan satu jalan yang berisiko. Ia memerlukan pengorbanan yang tinggi. Tetapi ianya berbaloi untuk meningkatkan pengalaman dan skill anda sebagai seorang pelajar.

Sekarang kita bincang 10 idea terbaik yang boleh dimulakan sekarang.

1. AFFILIATE SALES AND MARKETING

Kalau anda seseorang yang dah ada blog, atau website sendiri adalah lebih baik untuk mulakan affiliate marketing. Di Malaysia banyak Affiliate program yang boleh anda join antaranya, Lazada Affiliate program, Photobook Affiliate program, Zalora Affiliate program dan banyak lagi.

Komisyen yang diberi berlainan, jadi sebelum join tu bandingkan lah dahulu. Kalau anda berjaya menjalankan affiliate program ni dengan berkesan. Kemungkinan besar ianya boleh menjadi passive income walaupun anda sedang bekerja fulltime.

Untuk mendapat komisyen dari AM, tidak perlukan blog atau website. Menggunakan platform seperti Facebook juga boleh dibuat.

2. FREELANCER

Okay, ni antara yang paling luas skop kerjanya. Anda gunakan skill yang anda ada samada design, copywriting, boleh bercakap banyak bahasa, pandai menulis, apa-apa sahaja skill yang anda ada, jadikan ianya satu pekerjaan untuk anda. Freelance designer, freelance translator, freelance kerja kerani, dan lain-lain lagi.

Untuk mulakan kerja ni, semestinya anda kena promosikan diri anda, sekarang, banyak platform yang menawarkan iklan secara percuma. Iklan kan diri anda. Antara platform yang menawarkan pengiklanan secara percuma adalah mudah.my, upwork.com, go.workana.com, freelancing.my, truelancer.my, dan banyak lagi.

3. PEMANDU PART TIME

Bagi yang mempunyai kenderaan, anda boleh lah join jadi pemandu part time. Kalau dekat university, mungkin anda boleh sediakan perkhidmatan prebet kepada pelajar lain yang tiada kenderaan. Hendak lagi menguntungkan join apps2 yang menawarkan program pemandu part time seperti Grabcar dan iDriver.

Tapi, sebelum anda start business ni buat homework dulu, kira berapa kos minyak, milage, tayar, masa, berbaloi atau tidak kerja pemanduan yang anda buat tu. Anda boleh buat business ni time weekend atau pun time malam. Pastikan jugak keselamatan anda sendiri dan  Berhati-hati memandu.

4. BISNES CATERING

Bagi pelajar yang gemar dan mempunyai skill memasak, anda boleh mulakan bisnes catering kecil-kecilan. Viralkan dan iklan kan masakan anda kepada rakan-rakan mahupun pensyarah. Kepada sesiapa yang berminat order dan anda masakkan untuk mereka. Kalau makanan anda betul-betul sedap, memang mudah untuk customer repeat order pada masa akan datang. Silap-silap haribulan dapat job kenduri nanti.

Kalau mendapat sambutan yang amat baik, mungkin boleh memikirkan untuk membuka restautant sendiri.

Artikel Berkaitan

5. BELI BARANG YANG ROSAK DAN JUAL KEMBALI.

Kepada yang mempunyai kemahiran teknologi gadjet dan membaikinya. Apa yang anda boleh buat, beli gadjet-gadjet yang sudah rosak, baiki dan jualnya semula dengan harga yang berpatutan. Zaman sekarang, ramai orang yang jual gadjet-gadjet yang rosak tanpa melihat punca kerosakan, atau memang nak tukar kepada gadjet baru yang lebih moden.

Realitinya, kerosakan yang terjadi merupakan satu kerosakan yang kecil dan mudah untuk dibaiki. Jika anda tiada kemahiran tersebut, boleh belajarnya di Youtube. Banyak Channel yang membuat tutorial membaiki gajet. Refurbish gadjet secara kecil-kecilan memang menguntungkan tapi perlukan kemahiran.

Untuk mencari gajet yang bermasalah mudah sahaja. Dan hendak jualkan kembali juga mudah. Di sini kami sertakan beberapa platform yang boleh digunakan untuk membeli dan menjual barang tersebut.

  1. Mudah.my 
  2. Group Facebook
  3. Carousell 
  4. Secondhand.my

6. START YOUTUBE CHANNEL

Ya, meluangkan masa untuk membuat video boleh menjadikan satu bines yang menguntungkan kalau buat dengan series dan komited. Kalau anda seorang penghibur yang baik atau seorang yang berkebolehan dalam pembikinan video, mengapa tidak untuk anda ceburi bidang youtube. Kalau chanel anda sudah mencapai beberapa ribu subscriber, chanel tu boleh generate income yang agak memuaskan.

Ramai youtube berjaya mencapai income sehingga 5 6 angka dan ada yang berjuta. Jadi memang jelas potensi Youtube untuk menjana pendapatan untuk pelajar. Sebelum ceburi bidang ni pastikan anda buat research dulu tentang selok belok hiburan dan video creator. Gadjet-gadjet yang berkualiti juga diperlukan untuk menghasilkan content yang berkualiti. Start daripada kecilan pun sudah memadai.

Dalam bidang ini, untuk mendapat pulangan yang selesa memerlukan masa. strategi dan skill yang tepat diperlukan.

Artikel Berkaitan

7. TOUR GUIDE

Malaysia antara negara yang menerima banyak pelancong setiap tahun.Kalau anda boleh berbahasa asing dan menetap di tempat berdekatan dengan destinasi pelancongan seperti Melaka, Kuala Lumpur atau pulau-pulau yang cantik.

Menjadi part time tour guide merupakan satu idea pendapatan yang berbaloi dan menyeronokkan.  Kalau anda jenis yang suka berinteraksi dengan pelancong asing dari pelbagai negara, idea ni juga sangat bagus untuk anda untuk menambah pengetahuan tentang dunia luar.

8. SERVIS CAR WASH

Ramai pemilik kenderaan yang tidak mempunyai masa untuk membersihkan kenderaan mereka sendiri. Dengan bahan-bahan yang mudah, seperti sabun basuh kenderaan, polishing wax, span, baldi dan paip getah, anda boleh start buat meraih pendapatan sampingan yang memuaskan.

Untuk menjadikan bisnes anda lain daripada yang lain. Buat servis bersihkan kenderaan di rumah. Jadi, pelanggan tidak perlu membazirkan masa menunggu sementara kereta di basuh. Pergi ke rumah mereka dan basuh kenderaan mereka. Air juga menggunkan air pelanggan. Modal dapat dikurangkan.

Anda boleh buat bila-bila sahaja di masa terluang. Ajak kawan anda untuk menjadikan ianya lebih menyeronokkan. Antara kerja part time yang mudah dan menyihatkan.

Apa yang perlu dibuat

  1. Sediakan alat mencuci kenderaan, seperti sabun, span, baldi dan sebagainya.
  2. Promosikan servis cuci kenderaan di perumahan anda
  3. Bersedia untuk mencuci

9. MODELLING

Kalau anda mempunyai paras rupa yang elok, dekat luar sana ramai pemilik-pemilik jenama perlukan seorang model yang layak untuk mempromosikan barang yang diniagakan. Apa yang anda boleh buat adalah, cari agensi-agensi modelling di Malaysia dan sign up, atau promosikan diri anda sendiri di jenama-jenama tersebut.

Bidang modelling ni merupakan bidang yang agak rumit, jadi buat homework dahulu dan praktis. Dapatkan tips-tips yang berguna di internet atau nasihat-nasihat daripada model-model veteran.

10. MENGAJAR KELAS TERTENTU

Pada era globalisasi ni, semua orang, tidak kira tua atau muda memerlukan ilmu dalam dunia digital, dari semudah-mudah menghantar email. Memang zaman sekarang perlukan ilmu-ilmu tersebut tambah-tambah orang yang sudah berusia tetapi perlukan kemahiran teknologi tersebut.

Kalau anda berkemahiran dalam bidang teknologi tersebut, mungkin anda boleh mengajar mereka, samada di rumah mereka atau melalui video online sahaja. Anda juga boleh set up website anda sendiri dan melakukan pembayaran secara online.

Selain daripada kelas tentang teknologi, anda juga boleh mengajar tentang sesuatu yang anda mahir seperti memasak, bermain alat muzik, fitness dan banyak lagi.

Untuk melakukan side income ini, yang mencabarnya bukan mengajar tetapi mencari pelajar untuk diajar. untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang strategi side income ini, kami amat sarankan untuk membaca strateginya DISINI. Dengan pembacaan dari Ebook tersebut, anda akan mengetahui strategi untuk meyakinkan orang dengan ilmu yang diajar, strategi mendapatkan pelajar, dan banyak lagi.

Amat disarankan bagi sesiapa yang hendak mulakan bisnes Hometuition, tidak rugi untuk melaburkan duit untuk ilmu yang boleh digunakan sepanjang hayat.

KESIMPULAN

Sebenarnnya, terlampau banyak peluang-peluang pekerjaan yang boleh dibuat oleh pelajar. Yang menjadi persoalan adalah samada rajin atau pun tidak. Dan ada dari pekerjaan tersebut memerlukan komitmen yang tinggi, tetapi mendapat pulangan yang berbaloi. Jadi tunggu apa lagi. Semoga Berjaya !!

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com