JENIS-JENIS PELABURAN MENGUNTUNGKAN DI MALAYSIA YANG SEMUA WAJIB TAHU (DAN BAGAIMANA IANYA BERFUNGSI)

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Pelaburan adalah satu yang amat menakutkan bagi sesetengah individu. Ini kerana mereka tidak mengetahui dengan lebih mendalam. Tak tinggal juga individu yang menyatakan pelaburan hanya untuk orang kaya sahaja. Ini satu mindset yang tidak betul dan perlu diubah.

Pelaburan ada banyak jenis dan cara. Artikel ini akan memberikan gambaran kepada anda untuk mengetahui jenis pelaburan, risiko dan sebagainya. Mungkin anda juga boleh memutuskan pelaburan mana yang sesuai dengan portfolio anda. Jika anda seorang yang tidak berpengalaman tetapi mempunyai modal yang banyak, mungkin boleh pertimbang untuk mencari penasihat kewangan yang berkaliber untuk memberi panduan dengan lebih jelas.

PASARAN SAHAM/STOCK MARKET

Stok market merupakan pelaburan yang kebanyakannya tahu. Ia merupakan satu pelaburan yang semakin popular. Dengan teknologi sekarang, semua transaksi hanya secara online. Zaman dahulu list harga pun lihat di surat khabar.

Secara mudahnya, apabila anda membeli saham, ini bermakna anda membeli sebahagian dari milikan syarikat tersebut. Semua pasaran saham yang terdapat di bursa boleh dibeli. Tetapi mempunyai harga yang berbeza bergantung kepada prestasi syarikat itu sendiri.

Antara syarikat yang disenaraikan di dalam Bursa Malaysia adalah Maybank, CIMB, Nestle, TNB dan banyak lagi. Ada berates syarikat yang disenaraikan, patuh syariah dan tidak patuh syariah.

Bagaimana buat duit dengan pasaran saham?

 

Apabila anda membeli milikan sesebuah syarikat, dengan strategi yang mantap, dengan harapan harga saham syarikat tersebut akan meningkat. Sebagai contoh, harga satu unit saham Nestle yang anda beli adalah RM4.00, setelah 2 minggu harga tersebut meningkat menjadi RM4.30. Jadi kenaikan saham tersebut RM0.30 sen. Anda jual saham tersebut dan anda untung RM0.30. Faham? Ini contoh secara mudah, kenaikan selalunya dikira dalam bentuk peratusan.

Tetapi ingat, pelaburan ini mempunyai risiko yang tersendiri, apabila saham tersebut tidak meningkat dan menurun menjadi RM 3.80, kerugian yang anda tanggung adalah RM0.20, tidak termasuk upah broker. Upah broker bergantung kepada broker yang digunakan. Untuk membanding harga broker di Malaysia, boleh lihat di SINI

Apa yang perlu dibuat?

 

Semua pelaburan memerlukan ilmu terlebih dahulu sebelum melabur dalam sesuatu saham. ilmu pelaburan boleh didapati di mana-mana. Secara percuma dan berbayar. 

Secara Percuma : Youtube dan Google adalah antara sumber ilmu pelaburan yang percuma. Antara website yang dipercayai untuk mempelajari tentang saham adalah Investopedia, website ini menyediakan bayak informasi tentang perdagangan dan kewangan. Untuk website di Malaysia, Majalah Labur merupakan salah satu website yang mengupas tentang pelaburan dengan baik.

Secara Berbayar: Untuk mempelajari mengenai pelaburan di Malaysia secara berbayar. Anda boleh mengikuti kelas-kelas yang dijalankan oleh sifu-sifu pelaburan di Malaysia. seorang mentor penting untuk memastikan perkara yang dipelajari adalah betul dan mereka boleh memperbetulkan kesilapan yang anda lakukan. 

Antara sifu-sifu pelaburan yang terkenal di Malaysia adalah Tuan Asri Ahmad, Tuan Alwi Adam dan Tuan Faizal Yusuf Kenanga. Mereka sangat berpengalaman dalam pelaburan di Malaysia dan mempunyai teknik-teknik berkesan yang tersendiri.

Kalau anda berminat untuk membeli buku dan belajar mengenai asas pelaburan, kami sarankan untuk membeli Ebook COMBO E-BOOK SAHAM 101 & 201 oleh Tuan Alwi Adam , yang mana merupakan seorang sifu pelaburan di Malaysia. Ebook ini sangat sesuai untuk pelabur baru dan lama kerana ia menceritakan perihal saham di Malaysia dengan terperinci. Daripada A hingga Z. Untuk dapatkannya, anda boleh klik DISINI

Buku juga antara medium yang boleh digunakan untuk mempelajari ilmu pelaburan. Antara lain yang kami sarankan adalah ebook SISTEM SAHAM, untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh klik DISINI

Beliau juga menyediakan kelas  kepada sesiapa yang berminat.

Ilmu juga dalah salah satu bentuk pelaburan yang bagus, walaupun hasilnya sukar untuk dilihat dengan mata, tetapi ianya amat penting dan perlu untuk dilaburkan. Untuk pelaburan, kami tidak sarankan untuk belajar sendiri, perlu ada mentor dan bacaan yang betul untuk memendekkan learning curve.

PELABURAN BOND

Bond adalah untuk debt security. Syarikat-syarikat yang berhutang akan mengumpul duit dari pelabur yang ingin melabur dalam jangka masa tertentu. Bahasa mudahnya, anda pinjamkan duit kepada sesebuah syarikat atau kerajaan.

Apabila sampai dalam tempoh waktu yang di tetapkan, bond tersebut sudah matang, anda akan mendapat kembali duit yang dilaburkan dan faedah dalam kadar tertentu.

Pada 2012, suruhanjaya sekuriti melancarkan Malaysian Retail Bonds And Sukuk  yang memberikan pelabur runcit platform secara terus untuk melabur di dalam bonds.

Kadar faedah daripada bond selalunya lagi rendah daripada pasaran saham tetapi pelaburan bond mempunyai risiko yang lebih rendah dan ianya untuk jangka masa panjang. Risiko rendah tidak bermakna tiada risiko, risiko tetap ada. Syarikat yang anda beli bond boleh jadi bankrupt, bond daripada kerajaan juga kadang-kala bermasalah tetapi ianya jarang berlaku. Walaubagaimapun ia tetap dikira sebagai satu pelaburan yang sangat selamat.

PELABURAN HARTANAH/REIT

Beli dan memliki hartanah adalah satu pelaburan yang sangat menguntungkan dan sudah terbukti di Malaysia. Ianya sudah dibuat selama beratus tahun oleh manusia dan ianya masih relevan sehingga kini. Bukan sahajaa relevan, malah semakin mendapat sambutan, terutama di Malaysia.

Terdapat beberapa cara untuk menjadi pelabur di dalam hartanah. Ianya adalah menjadi pemilik hartanah, cara ini sesuai untuk sesiapa yang yang mempunyai skill tentang jual beli sewa rumah dan mempunyai kesabaran untuk menguruskan penyewaan. 

Ianya boleh menjadi pelaburan yang sangat menguntungkan jika anda sendiri mempunyai ilmu hartanah, buat semuanya sendiri, tanpa mengupah sesiapa untuk membuatnya untuk anda.

Untuk melabur di dalam kawasan ini memerlukan modal yang besar dan banyak. mahir marketing juga penting untuk memastikan semua pelaburan yang dibuat berbaloi.

Antara cara lain yang boleh diambil kira adalah, Unit Amanah Pelaburan Hartanah/Real Estate Investment Trust dan House Flipping, yang mana pelabur ini akan membeli rumah dan jualnya semula dengan harga yang berbeza. 

Antara strategi mereka adalah dengan membeli rumah lelong yang murah, baiki, kemaskan rumah tersebut dan jualnya dengan harga yang jauh lebih mahal berbanding harga yang dilelongkan. 

Apa yang perlu dibuat?

 

Terdapat banyak langkah dan strategi untuk pelaburan hartanah yang mana anda boleh dapat dengan belajar. Antara website yang menyediakan ilmu ini secara percuma adalah GilaHartanah.

Untuk bahan bacaan, kami amat sarankan ebook tentang Ebook Rahsia Rumah Lelong, anda boleh dapatkannya DISINI. Ebook ini ditulis oleh seorang peguam hartanah yang juga merupakan pelabur yang berpengalaman di dalam bidang pelaburan ini. Sedikit sebanyak anda boleh belajar dari pengalaman dan strategi beliau tentang selok belok hartanah dari sudut mata peguam dan pelabur.

MUTUAL FUND/UNIT TRUST/PELABURAN DANA BERSAMA

Mutual fund adalah sejumlah duit dari ramai pelabur yang akan dilaburkan di dalam pelaburan tertentu. Mutual fund boleh dilaburkan dalam bentuk aktif dan pasif. Bagi pelaburan yang aktif, akan ada Fund Manager yang akan pilih syarikat dan pelaburan yang dirasakan selamat.

Fund manager merupakan seorang yang berpengalaman dan bijak dalam menguruskan pelaburan. Mutual fund akan dilaburkan pada pelbagai jenis pelaburan seperti pasaran saham, bonds, emas dan sebagainya. Bergantung kepada syarikat Mutual Fund tersebut

Mutual fund juga ada risiko mereka yang tersendiri, tetapi ianya diuruskan oleh fund manager yang berpengalaman. Jadi, risikonya kurang berbanding kita melaburnya sendiri.

Antara Mutual Fund yang terdapat dan terkenal di Malaysia adalah

Beza Mutual Fund dan Unit Trust

Unit trust pula lebih kurang sahaja dengan Mutual Fund yang membezakan hanyalah dari segi strukturnya sahaja. Mutual fund adalah syarikat pelaburan yang mengisu kan shares manakala unit trust pula adalah bukan syarikat tetapi ianya issue unit sahaja. Bank banyak mengeluarkan produk unit trust.

Antara Unit Trust yang terdapat di Malaysia adalah

Banyak lagi mutual fund dan unit trust yang ada di Malaysia, tetapi pastikan ianya berdaftar di bawah suruhanjaya sekurit. Untuk melihat syarikat yang berdaftar boleh lihat di SINI. Jangan mudah terjebak dengan skim cepat kaya. Tiada jalan mudah untuk kaya dengan cepat.

Strategi

 

Walaupun pelaburan ini mewakilkan pihak lain yang melabur untuk anda, dari pihak anda juga perlukan strategi untuk mengoptimumkan hasil daripada unit trust tersebut. antara strategi yang perlu dibuat adalah, memilih masa yang tepat untuk meletakkan duit di dalam akaun tersebut, terdapat masa-masa yang tertentu untuk mengoptimumkan pendapatan.

Strategi lain pula, memilih platform yang sesuai, akaun dari syarikat mana yang menawarkan keuntungan paling tinggi, berapa bonus yang diberi, dan sebagainya. semua perkara tersebut perlu untuk diambil kira bagi mengoptimumkan hasil dari pelaburan Unit Trust.
 

Untuk mempelajari dengan lebih mendalam tentang pelaburan ini, kami sarankan anda untuk membaca Ebook Rahsia Unit Trust oleh Khairul Ariffin. Beliau antara sifu pelaburan yang terdapat di Malaysia yang mana strategi yang beliau gunakan sudah terbukti berkesan.

PELABURAN EMAS

Memang tidak dinafikan, sejak zaman beratus tahun dahulu, emas antara logam yang plaing bernilai. Sehingga ianya menjadi satu simbolik kepada kekayaan. Menurut Investopedia, syiling emas telah dipercayai wujud sejak tahun 800BC dan emas tulen pertama dipercayai dibuat pada zaman permerintahan King Croesus of Lydia, zaman 300 tahun selepas syiling emas pertama.

Pelaburan emas sesuai dibuat oleh pelabur jangka masa panjang kerana ianya memakan masa untuk meningkat harga. Ia dikira sebagai satu bentuk pelaburan yang paling selamat. Kenaikan dan penurunan harga emas adalah bergantung kepada berita-berita antarabangsa bukan tempatan.

Pelaburan ini juga digunakan untuk mengelak inflasi mata wang. Banyak lagi kebaikan pelaburan emas. Kalau kita lihat, institusi kewangan seperti bank-bank juga melabur dan menyimpan emas di dalam simpanan mereka. Menurut usfund.com, United states merupakan negara yang mempunyai jumlah emas yang paling banyak iaitu 8,133.5 tan diikuti oleh German dan Italy.

Sekarang banyak cara untuk membuat pelaburan emas, pelabur boleh beli sendiri dan pegang di tangan atau mengikut program pelaburan emas yang disediakan oleh syarikat-syarikat. Masing-masing ada kelebihan dan kekurangn mereka sendiri. Pastikan pelaburan emas tersebut adalah patuh syariah.

Bagaimana pelaburan emas berfungsi?

Sifir pelaburan emas mudah sahaja, sama seperti sifir pelaburan lain, beli semasa harga rendah, dan jual setelah harga meningkat. Dengan situasi sekarang (semasa artikel ini ditulis, tahun 2020) harga emas semakin meningkat masa demi masa. Nasihat kami, jangan tunggu emas turun, kalau berminat terus beli dan simpan.

Untuk pelaburan emas, antara syarikat yang saya sarankan untuk membuat pelaburan adalah Public Gold, ia antara syarikat pelaburan emas yang paling dipercayai di Malaysia, samada dari segi keselamatan atau syariah.

Untuk mengikuti program pelaburan emas, anda boleh buka akaun pelaburan emas di Maybank Gold Investment Account, selain ianya selamat ia juga patuh syariah.

PELABURAN PERSARAAN

Apabila dengar tentang pelaburan persaraan, kami yakin, hampir kesemua pembaca akan fikirkan tentang KWSP/EPF. Iya, betul KWSP adalah salah satu bentuk pelaburan persaraan. Sebelum kita kupas tentang KWSP, kita buka fikiran kita terlebih dahulu.

Sebenarnya, banyak lagi syarikat yang menawarkan pelaburan persaraan. Antaranya adalah Citibank, Ambank, Prudentials dan banyak lagi, semua syarikat ini menawarkan skim pelaburan untuk menghadapai persaraan.

Sebenarnya, anda juga boleh membuat sendiri plan persaraan anda, bukak akaun ASB dan masukan duit secara bulanan dengan konsisten. Keluarkan apabila anda sudah bersara. Walaubagaimanapun, untuk yang bekerja swasta, mereka sudah ada KWSP.

Apa itu KWSP?

 

KWSP adalah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja yang mana ianya sebuah institusi keselamatan yang menyediakan faedah persaraan kepada ahlinya. Semua majikan diwajibkan untuk mendaftarkan staf mereka untuk mencarum di dalam KWSP ini untuk menjaga kebajikan mereka selepas bersara. Badan ini merupakan badan kerajaan di bawah penyeliaan Kementerian Malaysia 

KWSP antara satu bentuk pelaburan yang paling selamat, mereka akan leburkan duit anda dan memberikan dividen yang berpatutan. Kadar dividen yang diisytiharkan adalah tertakluk kepada pulangan pelaburan yang dibuat oleh pihak mereka melalui instrument yang diluluskan.

Memandangkan semua sudah sedia maklum tentang maklumat KWSP, jom kita tengok apa yang mungkin anda tidak tahu:-

  1. Selain daripada 8% daripada gaji, anda juga boleh tukarkan kadar 8% tersebut kepada kadar yang lebih tinggi. Tetapi sebelum tukarkan, ingat risikonya. Jika itu sahaja sumber pendapatan anda, kami nasihatkan, jangan naikkan terlampau banyak, simpan duit lebihan untuk kecemasan
  2. Selain daripada dividen, sebenarnya ada lagi kelebihan yang terdapat pada KWSP. Antaranya dalah, apabila pencarum mengalami masalah tidak mampu bekerja atau meninggal duni, waris daripada pencarum akan menerima bayaran ihsan daripada pihak KWSP. Bayaran tersebut adalah dari KWSP sendiri bukan dari pencarum lain. Walaubagaimanapun semuanya bergantung kepada syarat-syarat dari mereka.
  3. Sumbangan KWSP boleh ditolak daripadda cukai, maksimum jumlah adalah RM 6000 setiap tahun. Termasuk juga pengecualian insurans nyawa. Dividen yang diperoleh daripada badan ini juga dikecualikan daripada cukai

Untuk maklumat lebih lanjut tentang KWSP anda boleh layari official website KSWP di SINI.

PELABURAN MATA WANG ASING /FOREIGN EXCHANGE/FOREX

Forex adalah proses pertukaran satu mata wang asing kepada satu mata wang yang lain atas sebab-sebab tertentu. Di dalam kes pelaburan, sebab pertukaran adalah untuk berdagang. Di Malaysia, setahu saya tidak ada lagi badan yang mengawasi pelaburan ini. Kebanyakan transaksi yang dibuat adalah melalui platform luar negara. Kebanyakannya adalah melalui platform Singapor.

Tetapi, di luar negara, forex adalah antara pelaburan yang paling besar. Menurut laporan daripada Bank for International Settlements, perdagangan forex mencecah hingga $6.6 trillion satu hari.

Forex mendapat perhatian kepada para pelabur kerana pelbagai sebab, antaranya adalah kerana ianya tidak terlampau rumit dan mudah, dengan teknologi yang maju, pelabur boleh melabur bila-bila masa sahaja mengikut pelabur itu sendiri.

Untuk berjaya dalam pelaburan ini, anda perlu pandai menganalisis graf pelaburan, teknikal analisis, dan fundamental analisis. Pengetahuan tentang ekonomi dunia juga penting, apa yang sedang berlaku di luar negara, politik luar negara, berita ekonomi antarabangsa dan sebagainya.

Seperti pelaburan lain, forex juga mempunyai risiko mereka yang tersendiri. Pelaburan ini mempunyai risiko yang tinggi tetapi pulangannya juga tinggi.

Walaubagaimanapun, sebagai seorang muslim, pelaburan ini perlulah dielakkan kerana hukumnya haram. Mesyuarat Jawatankuasa Perundingan Hukum Syarak Negeri Pahang Bil 1/2012  yang bersidang pada 14-15 Mac 2012, mesyuarat tersebut telah bersetuju memutuskan bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara. Selaras dengan itu, umat Islam adalah dilarang daripada melibatkan diri dalam perdagangan mata wang seumpama ini. Untuk makluman lebih lanjut, boleh rujuk di website rasmi Maybank dan di SINI 

PELABURAN CRYPTOCURRENCIES

Pelaburan ini merupakan satu pelaburan yang baru. Anda mesti pernah dengar Bitcoin, Bitcoin merupakan salah satu cryptocurrency yang paling terkenal. Banyak lagi pilihan sebenarnya.

Apa itu cryptocurrencies?

 

Cryptocurrencies adlah mata wang digital yang tiada kena mengena dengan sesebuah kerajaan. Anda boleh beli dan jual mata wang digital ini mengikut pemilik matawang tersebut. Pelaburan ini merupakan satu pelaburan yang palin berisko kerana ia mempunyai kadar turun naik yang tidak dijangka. Seperti perdangangan matawang, cryptocurrencies juga adalah dilarang oleh sebab tiada badan yang mengawal selia dan membawa kemudaratan. Untuk perbincangan yang lebih mendalam, anda boleh rujuk di SINI.

Pelaburan Robo Advisor

Robo-advisor dicipta untuk menjadikan pelaburan mudah dan berkesan. Bagi sesiapa yang tiada pengalaman dalam bidang pelaburan tetapi mahu pelaburan yang berkesan, ini adalah satu yang terbaik buat anda.

Apa itu Robo Advisor?

 

Robo advisor adalah platform digital yang menyediakan pelaburan secara automatik,  ianya melabur bedasarkan algorithm pengurusan pelaburan yang sudah ditetapkan, di dalam pelaburan ini, inteliigent akan menjejaki latar belakang pelaburan anda, dan ianya akan laburkan duit tersebut bergantung kepada tahap risiko yang sesuai untuk pelabur. Antara pelaburan yang dilaburkan adalah pelaburan emas, mutual, pasaran saham tempatan dan global, futures, dan lain-lain lagi.

Untuk melabur di dalam pelaburan ini tidak memerlukan modal yang besar, modal yang sedikit pun boleh, yang diperlukan hanyalah modal dan smartphone.

Di Malaysia, Robo advisor yang terkenal dan berdaftar dengan Suruhanjaya Security Malaysia dan berlesen adalah Wahed Investment. Selain daripada berdaftar, pelaburan yang dibuat di dalamnya juga adalah patuh Syariah, ianya amat sesuai untuk digunakan rakyat Malaysia.

Risiko pelaburan

 

Risiko pelaburan di dalam Robo Advisor adalah rendah dan selamat. Walaupun selamat, ianya bukanlah menjanjikan keuntungan 100%, ada juga pelaburan yang dimasuki mereka mendapat kerugian. bergantung kepada tahap risiko pelabur itu sendiri.

Apa yang perlu dibuat?

 

Untuk melabur, anda hanya perlu download dan install apps Wahed Investment di smartphone anda, atau klik DISINI atau boleh downloadnya manual di playstore atau app store dan daftar. Untuk referral code, anda boleh masukkan hazzai7.

Dengan mengisi refferal code kami, anda akan mendapat extra RM 20 daripada pihak Wahed Investment, dan kami juga akan mendapat RM 20. Minimum pelaburan yang oerlu dimasukkan adalah RM 100.

Sedikit sumbangan daripada referral code ini akan membantu kami terus memberikan informasi kewangan yang terbaik untuk rakyat Malaysia. Untuk laman web rasmi Wahed Investment, anda boleh rujuknya DISINI

KESIMPULAN

Terdapat banyak jenis pelaburan yang boleh dipilih, semuanya bergantung kepada kehendak pelabur itu sendiri, samada risiko tinggi, risiko rendah atau pelaburan jangka masa panjang, jangka masa pendek dan sebagainya. Melabur merupakan satu perkara yang penting, tidak kira muda atau tua.

Untuk melabur sesuatu, yang penting adalah ilmu, melabur tanpa ilmu adalah ibarat berjudi. Tidak tahu apa yang akan terjadi dan peratusan untuk rugi itu adalah tinggi.

Suka untuk kami ingatkan sekali lagi, jangan mudah percaya dengan skim cepat kaya di luar sana dan berhati-hati lah semasa mengumpul harta. Jangan lupa subcribe di bawah dan Semoga berjaya!

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com