Senarai 10 orang terkaya di Malaysia Untuk Dijadikan Motivasi

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Majalah perniagaan dari Amerika yang terkenal, Forbes telah mengeluarkan senarai orang-orang terkaya di Malaysia. Selain itu, dalam senarai ‘Malaysia’s 50 Richest’ yang dikeluarkan majalah tersebut, dapat diketahui bahawa pelbagai bidang perniagaan yang diceburi oleh para billionaire ini.

Apa yang lebih menarik, terdapat satu bidang yang menjadi persamaan antara mereka. Apakah bidang tersebut? Tanpa disangkal lagi bidang iu ialah bidang hartanah! Buat pengetahuan semua, 6 daripada 10 orang terkaya di Malaysia menjadikan hartanah sebagai salah satu portfolio perniagaan dan sumber kekayaan yang mereka kecapi pada hari ini.

Jadi, sudah terang lagi bersuluh terdapat peluang yang besar bagi mereka yang terlibat dalam perniagaan dan juga hartanah. Semoga dengan senarai mereka yang berjaya di bawah dapat membuka mata dan menjadi semangat untuk kita mengecapi kejayaan di masa hadapan. Teruskan berusaha dan kekal semangat!

1. ROBERT KUOK

(Pengasas Kuok Group & Shangri-La Hotels)

Nilai bersih kekayaan: USD 12.8 bilion (RM 52 bilion)
Umur: 95 tahun
Sumber kekayaan: Minyak Kelapa Sawit, Perkapalan, Hotel, HartanahPada usia 95 tahun, tidak asing lagi Robert Kuok merupakan orang terkaya di Malaysia dan terkenal sebagai pengasas Shangri-La Hotels & Resorts.

Sumber kekayaan terbesar beliau ialah Wilmar International yang dikendalikan oleh anak saudaranya, Kuok Khoon Hong. Beliau memulakan perniagaan dalam perdagangan beras, gula dan tepung gandum.

2. QUEK LENG CHAN

(Pengerusi Eksekutif Hong Leong Co.)

Nilai bersih kekayaan: USD 9.4 bilion (RM 38 bilion)
Umur: 77 tahun
Sumber kekayaan: Perbankan, Hartanah

Quek merupakan pengasas bersama Hong Leong Group Malaysia dan Pengerusi Eksekutif Hong Leong Company(M)Berhad. Sementara beliau mengendalikan operasi Hong Leong Group di Malaysia, saudara dan ahli billionaire menjadi ketua Hong Leong Group di Singapura. Satu fakta yang anda perlu tahu ialah beliau juga merupakan seorang peguam

Sumber gambar : nst.com.my

3. TEH HONG PIOW

(Pengasas Public Bank Berhad)

Nilai bersih kekayaan: USD 6.7 bilion (RM 27 bilion)
Umur: 89 tahun
Sumber kekayaan: Perbankan

Pada tahun 1966, Teh menjadi pengasas Public Bank Berhad dan menjadi pengerusi untuk beberapa tahun sehingga dia bersara pada 1 Januari 2019. Sepanjang perjalanan hidup di dalam dunia perbankan, beliau telah dianugerahkan sebanyak 45 anugerah termasuklah anugerah “Greatest Malaysian Banker of All Time” oleh Asia Pacific Brands Foundation.

Sumber gambar :  famousentreprenuer

4. ANANDA KRISHNAN

(Pengerusi Usaha Tegas Sdn Bhd)

Nilai bersih kekayaan: USD 6.2 bilion (RM 25 bilion)
Umur: 81 tahun
Sumber kekayaan: Telekomunikasi, Media, Perkhidmatan Minyak

Krishnan merupakan graduan lepasan Harvard Business School dan memperoleh Master of Business Administration (MBA) di sana. Beliau mempunyai kepentingan dalam Maxis , Astro Malaysia Holdings dan Bumi Armada. Pada masa ini beliau merupakan pengerusi Usaha Tegas Sdn.Bhd dan juga pemegang saham tunggal serta pengerusi PanOcean Management Ltd.

Sumber gambar : edgepro

5. LEE SHIN CHENG

(Pengerusi IOI Group)

Nilai bersih kekayaan: USD 5.4 bilion (RM 22 bilion)
Umur: 80 tahun
Sumber kekayaan: Minyak Kelapa Sawit, Hartanah

Lee menjadi ketua IOI Corporations Bhd sebagai pengerusi eksekutif dan ini merupakan salah satu satu syarikat perladangan kelapa sawit terbesar di Malaysia. Kilang penapis IOI di Rotterdam, Netherlands merupakan kilang penapis kelapa sawit terbesar di Eropah. Sementara itu, anak lelaki beliau mengetuai kumpulan harta tanah menggunakan nama yang sama.

Sumber gambar : malaymail

6. CHEN LIP KEONG

(Ketua Pengarah Eksekutif NagaCorp)

Nilai bersih kekayaan: USD 5 bilion (RM 20.4 bilion)
Umur: 71 tahun
Sumber kekayaan: Kasino, Tenaga, Hartanah

Sebagai seorang pengasas dan ketua pengarah eksekutif NagaCorp , Chen ialah orang pertama yang memenangi lesen kasino daripada Cambodia. Pada waktu ini, NagaWorld ialah kasino terbesar di Indochina dan Chen juga membina Naga2 berhadapan NagaWorld yang mana disambungkan dengan Nagacity Walk,sebuah tempat pusat membeli belah. Sebelum beliau menceburi bidang perniagaan, beliau merupakan seorang pakar perubatan

Sumber gambar : businessinsider

7. LIM KOK THAY

(Pengerusi Genting Group)

Nilai bersih kekayaan: USD 4.4 bilion (RM 17.9 bilion)
Umur: 67 tahun
Sumber kekayaan: Kasino, Hotel, Hartanah

Anak kedua dari Lim Goh Tong yang menjadi pengasas Genting Group, Lim Kok Thay telah mengambil alih peranan tersebut. Selain itu, beliau merupakan pengasas Bersama Genting Hong Kong Limited yang dikenali sebelum ini sebagai Star Cruises Limited. Sejak mengambil alih peranan dari mendiang ayahnya pada 2003, beliau telah mengembangkan kewujudan Genting secara meluas terutama dalam hiburan dan pelancongan.

8. LAU CHO KUN

(Pemilik pegangan terbesar Hap Seng Consolidated)

Nilai bersih kekayaan: USD 3.4 bilion (RM 13.8 bilion)
Umur: 83 tahun
Sumber kekayaan: Minyak Kelapa Sawit, Hartanah

Lau ialah pemegang saham terbesar di dalam Hap Seng Consolidated melalui syarikat induk Gek Poh dan pelaburan Lei Shing Hong. Bahagian perladangannya adalah pengeluar minyak kelapa sawit terbesar di Sabah, dan beliau juga mengendalikan pengedar Mercedes-Benz di Malaysia sejak tahun 1969.

Sumber gambar : thecoverage

9. KOON POH KEONG & ADIK BERADIK

(Ketua Pegawai Eksekutif Press Metal Berhad)

Nilai bersih kekayaan: USD 2.6 bilion (RM 10 bilion)
Umur: 57 tahun
Sumber kekayaan: Pemprosesan Aluminum

Bersama dengan dua adik beradiknya, Poh Ming dan Poh Weng, mereka memulakan Press Metal pada pertengahan tahun 1980-an ketika Malaysia mengalami kemelesetan. Press Metal adalah pengeluar aluminium bersepadu terbesar di Asia Tenggara, dan bersaing dengan Rio Tinto, RUSAL dan Aluminium Corp. Satu fakta menarik ialah lima adik beradiknya melancarkan syarikat itu pertama kali di kilang sewa di Puchong.

Sumber gambar : networthlist

10. KUAN KAM HON

(Pengasas Hartalega Holdings)

Nilai bersih kekayaan: USD 2.4 bilion (RM 9.8 bilion)
Umur: 71 tahun
Sumber kekayaan: Sarung Tangan Sintetik

Kuan ialah pengasas dan pengerusi Hartalega Holdings di mana merupakan salah satu pengeluar terbesar getah nitril terbesar di dunia lalu dieksport ke lebih 40 buah negara. Beliau mula berkhidmat di bangunan dan pembinaan di syarikat bapanya, membina rumah mewah di sekitar KL. Pada tahun 1987, beliau menubuhkan Timol Weaving, membuat label tenunan dan lencana, sebelum berpindah ke sarung tangan untuk industri perubatan apabila wabak AIDS melanda.

Tinggalkan Pesanan

Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com