CARA MEMBEBASKAN DIRI DARI HUTANG: LANGKAH DEMI LANGKAH YANG BERKESAN

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Semua sudah sedia maklum, prinsip asas untuk mengeluarkan diri dari belengu hutang. Samada seorang yang bankrupt atau tiada duit, orang yang berpendapatan rendah semua cara adalah sama. Menggunakan wang secara berjimat dan masukkan duit lebih tersebut ke bahagian hutang.

Walaubagaimanapun, secara praktikalnya amat sukar dan ramai orang yang berhutang terperangkap di dalam hutang. Untuk menolong anda menyelesaikan hutang dengan berkesan. Kami sediakan langkah-langkah yang boleh diikut untuk membayar hutang dengan jayanya.

Tidak kira, anda seorang yang kaya, tiada duit atau berpendapatan rendah, anda boleh gunakan langkah-langkah ini untuk bebas hutang. Jom kita pergi ke satu-satu langkah tersebut.

LANGKAH 1 : KENAL PASTI HUTANG-HUTANG YANG ADA

Asasnya adalah, kita tidak boleh menyusun sesuatu strategi tanpa mengetahui siapa musuh kita. Jadi yang paling utama adalah, mengenal pasti semua hutang-hutang, dan kumpulkannya dalam satu tempat. Daripada RM10 dari kawan sehingga  RM30,000 hutang kereta, semua dalam satu tempat.

Didalam list tersebut, senaraikan hutang-hutang tersebut, dengan jumlah hutang, interest rate hutang jika ada, dan berapa minimum hutang yang perlu dibayar. Jika anda tidak pasti jumlah interest, ambil sedikit masa untuk bukak akaun dan cari jumlah sebenar hutang. 

Hutang dengan interest yang tinggi mempunyai lebih besar kesan buruk jika ditangguh bayar berbanding interest yang rendah. Jadi penting untuk tahu yang mana tinggi dan yang mana rendah

Setelah dikumpulkan, tambah semua hutang-hutang tersebut, walaupun dengar seperti menakutkan, tapi itu merupakan perkara terbaik untuk dibuat. Gambaran yang lebih jelas tentang hutang akan dapat digambarkan dan kita bersedia untuk potong nombor-nombor tersebut. Janji kepada diri sendiri, itu merupakan hutang tertinggi yang akan dihadapi seumur hidup.

Sekarang jom kita mula.

LANGKAH 2: TENTUKAN PENDEKATAN UNTUK MEMBAYAR HUTANG : KONSEP JUMLAH ATAU KONSEP INTEREST.

Ada dua pendekatan yang boleh dibuat untuk membayar hutang iaitu, cara jumlah dan cara Interest/faedah.

Secara mudahnya, cara jumlah adalah mengutamakan hutang mengikut kuantiti. Dari jumlah yang kecil hingga besar dengan menghiraukan interest yang dikenakan

Dengan cara ini anda akan membayar hutang yang paling sedikit dan diikut yang besar. Sementara mengikuti cara ini, perlulah diingati untuk membayar hutang yang wajib dibayar secara minimum. Seperti hutang kereta atau rumah yang perlu dibayar setiap bulan.

Apa disebalik konsep ni? Jika anda meletakkan jumlah yang sama kedalam hutang yang besar, walaupun anda membayarnya setiap bulan, penambahan jumlah hutang teta akan berlaku kerana interest yang dikenakan.

Konsep Interest/faedah

 

Secara mudahanya adalah, mengutamakan hutang yang mempunyai interest yang tinggi kepada interest yang rendah dengan mempedulikan saiz hutang.

Kaedahnya lebih kurang sama dengan kaedah jumlah cuma kaedah ini mengutamakan kaedah yang besar terlebih dahulu. Secara peribadinya, saya lebih suka kepada kaedah interest kerana dengan menghapuskan interest dahulu, anda akan membayar hutang yang sebetulnya (bukan iinterest) pada masa akan datang.

Pilih Kaedah Mana Yang Sesuai Untuk Digunakan

 

Mana pilihan yang lebih penting bagi anda? Cepat, menyelesaikan hutang-hutang kecil terlebih dahulu atau membayar hutang yang interest lebih tinggi?

Kedua-dua kaedah tersebut mempunyai kelebihan yang tersendiri. Kaedah jumlah adalah kaedah yang paling effektif berbanding kaedah interest, tetapi secara matematiknya ia bukannya kaedah yang menguntungkan. 

Impian untuk bebas hutang memang memerlukan masa yang lama. Bergantung kepada cara anda membayarnya dan menyelesaikan hutang satu persatu akan memberikan semangat untuk meneruskan menyelesaikan hutang lain.

LANGKAH 3: LAKUKAN PERUBAHAN YANG BESAR.

Sekecil-kecil perubahan sehingga sebesar-besar perubahan diperlukan untuk mencapai impian bebas hutang. Baca idea-idea ini dan nilai samada sesuai untuk dipraktikan atau tidak dalam kehidupan anda sekarang. Kalau sesuai buat, tak sesuai jangan buat. Tapi hendaklah nilai dengan menggunakan akal bukan nafsu.

Hapuskan Kad Kredit

 

Adakah kad kredit membakar duit anda? Mungkin ini lah masa untuk hapuskan mereka. Tiada yang lebih mengecewakan dari membayar hutang dan menyedari penambahan hutang secara tidak sengaja. Setelah anda bebas hutang, mungkin boleh buat balik kad kredit, sementara ini hapuskan dahulu hutang tersebut.

Jual Kereta

 

Rasa hutang kereta terlampau banyak? Konsider untuk jual kereta  kereta yang sedia ada dan beli kereta yang jauh lebih murah yang sesuai dengan pendapatan. Secara tidak langsung, jumlah insuran yang dikenakan setiap tahun juga menjadi lebih rendah.

Jika anda mempunyai dua kereta, mungkin konsider untuk menjual satu daripadanya. Mungkin menghantar isteri ke tempat kerja kdengaran sukar, tapi dengan meluangkan masa 15 minit setiap pagi, dengan penjimatan RM500 sebulan, mungkin berbaloi.

Hapuskan TV Atau Rancangan TV

 

Sekarang tahun 2020, anda boleh menonton rancangan telivisyen secara online dan rancangan sukan juga boleh didapati dengan percuma di internet. 

Jika anda mempunyai televisyen, mungkin boleh pertimbang untuk menghapuskannya. Pakej-pakej televisyen kadang-kadang mencapai sehingga beratus sebulan dan hanya digunakan beberapa jam sahaja dalam sehari.

Jual Barangan Terpakai

 

Platform online seperti Mudah.my, Carousell, page FB menjual barang terpakai, Shopee dan banyak lagi, menyediakan platform untuk menjual barang terpakai dengan mudah. Secara puratanya, setiap rumah mempunyai lebih RM1000 nilai barang terpakai yang ada dirumah. Buku, mainan, pakaian, dan barang-barang lain boleh dijual dari dibuang.

LANGKAH 4: BAHAGIKAN BAJET MEMBAYAR HUTANG BULANAN.

Satu Jumlah Yang munasabah untuk membayar hutang boleh dibahagikan di dalam bajet setiap bulan. dengan membahagikan bajet pada setiap bulan akan menjadikan perbelanjaan anda lebih fleksibel. anda boleh membelanjakan duit selebihnya dengan membeli keperluan harian tanpa memikirkan hutang-hutang lain. 

Jika baki duit gaji menjadi sedikit untuk dibelanjakan selepas mengikuti langkah 4 ini, apa yang perlu dibuat adalah teliti kembali perbelanjaan yang dilakukan sebelum ini. Lakukan yang penting sahaja. 

Disini kami gariskan panduan untuk membuat bajet bulanan secara ringkas. Untuk lebih mendalam akan diberitahu dalam artikel yang lain.

  1. Kenalpasti jumlah duit yang dibuat
  2. Tentukan perbelanjaan yang asas dan penting
  3. Senaraikan hutang hutang yang wajib dibayar secara bulanan
  4. Cipta kategori-kategori terhadap perbelanjaan yang akan dibuat
  5. Bahagikan baki antara pembayaran hutang dan perbelanjaan kepuasan

Extra : Gunakan apps2 di smartphone untuk bajet bulanan yang lebih tersusun.

LANGKAH 5: PERBAIKI CARA BERBELANJA

Tak tahu nak start dari mana?? Start dari perkara yang mudah dan berkesan.

Jimat Duit Dari Sudut Pemakanan Setiap Bulan.

 

Secara puratanya, rakyat Malaysia membelanjakan 10% daripada income untuk makanan. Betul lah tu, makanan penting untuk terus hidup selain dari rumah, tetapi berapa banyak yang anda belanjakan dalam sebulan? Begini cara untuk berjimat dalam pemakanan harian.

Kurangkan Makan Di Luar.

 

Bukan sahaja makan di luar mengenakan caj yang mahal, ianya juga tidak sihat. Hidangan di restaurant menggunakan bahan-bahan yang tidak sihat dan tidak berkualiti, tetapi perlu dibayar mahal. Makan di rumah, boleh gunakan bahan yang sihat dan berkualiti dan tidak dikenakan caj tambahan.

Elakkan Membeli Barang Berlebihan Di Pasaraya.

 

Sebelum gerak ke pasaraya untuk membeli barang keperluan harian, ambil masa sedikit untuk membuat senarai barang yang diperlukan. Setelah sampai di market, beli barangan di senarai sahaja, untuk mengelakkan anda dikawal nafsu semasa di pasaraya, dinasihatkan untuk makan sedikit sebelum ke market.

Extra: Boleh gunakan apps2 yang menawarkan cashback untuk mengoptimumkan perbelanjaan.

Belajar Kata “tidak”

 

Keluar melepak dengan rakan-rakan pada waktu malam, shopping bersama rakan-rakan. Bila tidak cukup duit, anda mengorbankan masa depan anda dengan sedikit keseronokan pada hari tersebut.

Jangan takut untuk katakan “tidak” kepada mereka. Lebih baik, mungkin anda boleh cadangkan aktiviti yang lebih menjimatkan kepada rakan anda, mungkin bersiar-siar di tempat persiaran, lepak di rumah menonton tv dan berbual atau aktiviti lain yang lebih menjimatkkan

Berhenti Meneruskan Hobi Yang Mahal

 

Berbelanja ratusan setiap bulan hanya untuk pergi ke gym dan trainer adalah tidak diperlukan. Perkara terebut boleh dibuat sendiri di kawasan rehat. Tukar hobi anda, atau lebih baik lagi jadikan hobi tersebut income, cipta channel youtube dan sebagainya

Artikel Berkaitan

LANGKAH 6 : TAMBAH INCOME

Hidup berjimat cermat memang menguntungkan. Tetapi ianya terdapat had. Anda tidak dapat berjimat lebih daripada apa yang anda raih bulanan. Kita gerak ke langkah yang lebih advance, tiba masa untuk kita tambah perisa untuk sedapkan lagi.

Minta dinaikkan gaji

 

Jika anda telah bekerja keras selama bertahun-tahun dan buktikan nilai anda di dalam syarikat, adalah patut untuk minta dinaikkan gaji. Jangan terus minta dinaikkan gaji dahulu, tunjukkan kesungguhan berkerja anda dahulu, pelajari skil-skil yang tiada pada pekerja lain, tunggu majikan kenal pasti penat lelah tersebut dan majikan akan naikkan gaji anda tanpa diminta. Silap haribulan terus dinaikkan pangkat !!

Mulakan mencari side income

 

Luangkan masa beberapa jam di dalam seminggu dengan membuat sesuatu yang anda bagus atau nikmati boleh menjadi side income yang bagus. Memandang kan purata rakyat Malaysia menghabiskan berjam-jam untuk menonton televisyen. Kami yakin anda boleh meluangkan masa itu untuk menjana pendapatan.

Artikel Berkaitan

KESIMPULAN

Tidak kira, anda seorang yang berpendapatan rendah atau kaya, cuma ikut langkah-langkah tersebut untuk bebas dari belenggu hutang buat selama-lamanya.

Diingatkan bahawa, untuk mencapai bebas hutang bukanlah musahil, tetapi ianya memerlukan masa dan pengorbanan. Focus dengan matlamat, cari jalan untuk cepatkan matlamat. Jangan lupa raikan setiap kemenangan-kemenangan kecil semasa dalam perjalanan bebas hutang !!! Semoga Berjaya !!

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com