IDEA Jana Duit Extra Melalui Smartphone: Wajib Untuk Di Praktikan Dalam Hidupan Seharian

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Tidak ada yang lebih senang dari menjana duit melalui gajet di zaman teknologi ini. Terdapat banyak apps yang membantu kita untuk menjana pendapatan, walaupun tidak sebanyak gaji bulanan, tetapi ianya berbaloi untuk dibuat secara sampingan. Dengan berbekalkan sedikit masa dan usaha, smarphone anda boleh membuka peluang cara mudah untuk menjana pendapatan.

Apps shopping cashback, sidehustle, pelaburan dan banyak lagi skop penjanaan duit yang boleh dilakukan dengan hanya menggunakan smartphone. Sementara meluangkan masa di hadapan televisyen, berborak atau berehat di rumah, daripada membuat perkara yang tidak berfardah, adalah lebih baik untuk menjana pendapatan. Tahu atau tidak, smartphone anda merupakan alat yang sangat berkesan untuk menjana pendapatan.

Di sini kami sertakan beberapa cara yang boleh membantu anda menjana pendapatan secara kecilan melalui smartphone.

Berpengkalan di Amerika, Wahed Invest merupakan syarikat pelaburan yang menyediakan platform unruk melabur secara ro-advisory. Pelaburan ini telah mendapat kelulusan dari suruhanjaya sekuriti Malaysia yang mana ianya selamat untuk melabur di dalamnya. Mereka menawarkan pelaburan secara digital. Syarikat ini merupakan syarikat ke tiga yang secara rasmi masuk ke dalam market Malaysia selepas StashAway dan MyTheo.

Pelaburan di dalam syarikat ini adalah patuh syariah dan halal. Ramai tokoh-tokoh kewangan islam yang mereka telah bekerjasama untuk memastikan pelaburan yang dijalankan adalah patuh dari segi syariah.

Apa yang perlu dibuat, download apps Wahed Investment, jawab soalan-soalan yang diberikan, upload document yang mereka perlukan, masukkan duit, dan tunggu duit anda bertambah. Jangan lupa untuk masukkan referral code kami (hazzai7).

Dengan memasukkan referral code kami, anda akan mendapat $10 free daripada pihak Wahed. Kami juga akan mendapat sedikit komisyen, yang mana akan membantu kami untuk terus memberi tips kewangan kepada anda. Untuk website rasmi Wahed Investment, boleh klik DISINI

Zaman sekarang, semua orang lebih cenderung untuk membeli barang secara online berbanding offline kerana ianya mudah dan murah. Platform seperti Lazada, Shopee dan sebagainya menawarkan perkhidmatan e-shop kepada pengguna.

Dengan membeli belah di platform ini dan mendapat cashback dari produk yang dibeli adalah salah satu cara yang baik untuk menjana duit melalui smartphone.

Untuk mendapatkan cashback, shopping di platform tersebut melalui shopback apps. Klik platform seperti lazada dan shoppe di dalam apps tersebut dan mereka akan sambungkan anda kepada e-store dan shopping seperti biasa.

Setiap pembelian produk melalu shopback anda akan mendapat cashback. Kumpul cashback dan keluarkan duit tersebut. Untuk keluarkan duit tersebut, jumlah yang terkumpul perlulah lebih RM 10.00. Mudah bukan? Jika anda seorang yang gemar berbelanja online, anda tahu apa yang perlu dibuat.

Online Survey

Menyempurnakan survey secara online merupakan salah satu cara yang baik untuk mereka yang mempunyai masa lapang dan rajin untuk menjawab soalan. Apa yang akan dibuat adalah, anda akan menjawab soalan dan mereka berikan points.

Points tersebut boleh ditebus, samada dalam bentuk baucer, tunai, dan sebagainya bergantung kepada syarikat tersebut. Antara syarikat yang menyediakan platform survey secara online adalah:-

  • Gloviss
  • Toluna
  • Mobrog

Manis Apps

Manis ialah satu apps loyalty. Jika anda seorang yang gemar membeli belah di pasaraya yang besar seperti Giant, tesco dan sebagainya. Anda boleh menjana pandapatan dengan menangkap gamba resit dan uploadnya di Manis apps.

Resit tersebut boleh digunakan untuk menebus mata ganjaran untuk mendapatkan baucer tunai. Ia merupakan satu applikasi yang unik kerana anda akan diberikan points dengan mengumpul resit pembelian di kedai-kedai terpilih di Malaysia.

Selain kedai fizikal, mereka juga menyediakan kedai online seperti lazada, foodpanda dan banyak lagi.

Untuk menggunakan aplikasi ini anda boleh mendaftar melalui email atau facebook dan terus mendapatkan 500 points jika anda invite rakan-rakan. Download apps Manis sekarang dan explorenya dengan lebih mendalam. Aplikasi ini mempunyai potensi untuk menjadi trend masyarakat Malaysia.

Foap

Foap merupakan satu platform untuk photographer, website ini menawarkan servis menjual gambar. Disana, anda boleh upload gambar atau video yang anda ambil dan jualnya.

Jika ada syarikat, jenama atau individu yang brminat untuk gunakannya, mereka akan membelinya melalui website tersebut DISINI. Mereka membeli untuk mengelak royalty dari pihak ketiga. Harga untuk satu image adalah dalam $10. Tetapi ini akan dibahagikan dengan orang tengah, foap.

Mereka akan mengambil 50% komisyen kerana anda menggunakan platform mereka untuk mempromosikan gambar dan video. Ia sangat mudah untuk digunakan. Apa yang perlu dibuat adalah download apps foap, upload gambar dan video di dalam apps tersebut.

Anda boleh mendaftar dengan percuma dan dengan hanya beberapa klik, gunakan email atau akaun facebook. Untuk mendapatkan gambar yang cantic, belajar serba sedikit ilmu photography menggunakan smarphone anda.

Tidak seperti website lain, foap tidak mensyaratkan gamba yang ditangkap melalui DSLR sahaja. Gambar yang ditangkap melalui smartphone juga dibenarkan. Terdapat banyak panduan untuk menangkap gambar menggunakan smartphone di Youtube.

Apps Foap melakukan pembayaran melalui paypal, jadi jangan lupa untuk mencipta akaun paypal terlebih dahulu. Jika anda seorang yang suka mengambil gambar. Ini merupakan satu platform yang amat baik untuk anda menjana pendapatan.

Berniaga Instagram

Berniaga online menggunakan applikasi Instagram boleh menjana pendapatan kewangan dengan baik, sama ada berniaga menggunakan page anda sendiri atau page business khas, adalah terpulang kepada anda. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan.

Untuk mendapatkan tunai dengan cepat, adalah lebih baik berniaga di akaun Instagram sendiri, tetapi jika anda memikirkan tentang bisnes jangka masa panjang, tidak terburu-buru, ciota satu jenama dan cipta satu akaun khas bisnes.

Instagram juga satu platform yang baik untuk mulakan bisnes dropshipping, dropshiping merupakan satu bisnes online yang rendah risiko dan mudah untuk dimulakan.

Kesimpulan

Smartphone merupakan satu alat yang amat berguna, denagn teknologi yang ada sekarang, ianya amat mudah untuk menjana pendapatan dengan meggunakan smartphone. Walaubagaimanapun, bukan semua aplikasi dan cara yang kami sertakan boleh menjana duit dengan banyak untuk digunakan kehidupan seharian. Ianya digunakan untuk menjana pendapatan sampingan dan ianya tidak mustahil.  Jika anda mencari idea untuk menjana side income yang lebih serius, mungkin artikel ini berguna untuk anda. Semoga Berjaya !!

Tinggalkan Pesanan

Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com