Cara Untuk Mendapatkan Tunai Secara Cepat Jika Terdapat Kecemasan.
Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.
Situasi kecemasan boleh datang pada bila-bila masa sahaja tanpa diduga. Kereta rosak, tidak boleh bayar sewa, bil hospital dan lain-lain lagi yang mana perkara ini tidak dijangka akan berlaku dan kemungkinan akan berlaku dan ianya boleh berlaku pada siapa-siapa saja. Situasi seperti ini boleh menyebabkan seseorang tertekan dengan kehidupan.
Jadi saya sertakan disini antara cara-cara yang paling terbaik untuk mendapatkan duit secara tunai tanpa meminjam daripada organisasi-organisasi yang akan mengancam anda pada masa akan datang.
Adalah lebih baik untuk kita mendapatkan duit sendiri, daripada kita meminjam. Sebelum meminjam baik consider dulu cara-cara yang akan disertakan untuk mendapatkan tunai jika dalam kesusahan. Kalau meminjam., lambat membayarnya kita akan mendapat masalah, jadi saya sertakan di sini beberapa cara yang terbaik untuk mendapatkan duit tunai secara cepat.
JUAL BARANG MILIK SENDIRI
Jual barang milik sendiri merupakan salah satu cara yang cepat untuk mendapatkan wang tunai. Tapi mestilah ingat barang tersebut merupakan barang milik sendiri yang mana anda tidak perlu membayar untuk mendapatkannya dan barang tersebut bukanlah barang yang penting yang mana dengan ketiadaan barang tersebut, tidak mendatangkan mudarat yang lebih besar kepada anda.
Sekarang terdapat banyak platform online untuk menjual barangan terpakai,antara platform yang terkenal adalah mudah.my, carousell, page di facebook dan lain-lain lagi. Platform ini mempunyai beribu pelanggan setiap hari yang mana akan memudahkan anda untuk menjual barang-barang terpakai anda
Kelebihan
- Mendapat wang tunai secara cepat
- Tidak perlu keluarkan modal
- Pasaran yang besar dan anda boleh menjual apa-apa sahaja
Kekurangan
- Kemungkinan besar anda perlu untuk menjual barang dengan harga yang rendah untuk menjualnya secara cepat
OFFER SERVIS MENJUAL BARANG TERPAKAI RAKAN-RAKAN ATAU JIRAN
Offer kepada rakan-rakan ataupun jiran-jiran untuk membersihkan rumah, stor atau garaj mereka, dan listkan barang-barang yang tidak diperlukan dan jualnya secara online. Sediakan perjanjian yang mana akan membahagiakan keuntungan kesemua barang tersebut secara sama rata.
Anda juga boleh mengambil barang-barang yang tidak terjual dan berikan kepada badan-badan kebajikan jika rakan ataupun jiran tersebut tidak memerlukannya lagi. Seperti saya katakan sebentar tadi, anda juga boleh menggunakan platform yang diberitahu tadi untuk menjual barang-barang tersebut.
Kelebihan
- Anda Akan Mendapat Tunai Secara Cepat
- Tidak Perlukan Modal
Kekurangan
- Tidak banyak barangan yang berharga
- Anda mungkin dapat penat yang tidak berbaloi dengan keuntungan yang diraih
DAPATKAN CASH BACK DARIPADA PEMBELIAN ONLINE
Pada zaman sekarang pembelian online boleh dilakukan dengan cepat dan mudah. Dan boleh dikatakan kesemua barang kita boleh beli secara online. Install apps tersebut dan mula untuk mengumpulkan cashback untuk digunakan semasa kecemasan. Ini juga boleh dikatakan sebagai pelaburan yang anda telah buat secara awal.
Sekarang di malaysia terdapat banyak aplikasi yang boleh di download, yang menyediakan cash back jika kita membeli barang secara online. Antara aplikasi yang terkenal adalah Shopback n Cashme
Kelebihan
- Mendapat tunai secara cepat yang sememangnya milik anda
- Semakin lama ada kumpul semakin banyak tunai tersebut
Kekurangan
- Mungkin dalam kuantiti yang sikit. Kalau memerlukan belanja yang besar seperti membayar sewa rumah mungkin tidak mencukupi.
- Terdapat limit minimum yang dikumpulkan supaya tunai tersebut boleh dikeluarkan. Bergantung kepada aplikasi tersebut
MENJUAL GIFT CARD
Untuk membayar sewa atau membayar bil kepada pomen tidak boleh menggunakan gift card yang anda beli atau dapat di mana-mana event. Terdapat banyak syarikat yang menyediakan gift kad yang mungkin anda telah beli atau dapat anda boleh menjualnya pada orang lain dengan harga yang lebih rendah daripada sepatutnya.
Antara syarikat yang sering mengeluarkan gift card adalah AEON, Guardian, Watson, 7E dan banyak lagi.
Senaraikan giftcard yang anda tidak perlukan, jualkannya sama ada di platform online ataupun rakan-rakan sekerja yang berminat untuk memiliki giftcard tersebut. Anda tidak akan dapat harga yang sebenar daripada harga yang dibeli atleast anda akan dapat duit tunai secara cepat untuk membayar bil-bil anda.
Kelebihan
- Mendapat tunai secara cepat dengan gift card gift card yang anda tidak perlukan
Kekurangan
- Sukar untuk dapatkan nilai yang sebenar gift card tersebut apabila menjualnya kepada orang lain
TUTOR ONLINE/OFFLINE
Mengajar seseorang tentang sesuatu skill, boleh menjana duit bagi sesetengah pihak yang mempunyai skil tertentu. Sebagai contoh jika anda seorang yang mempunyai skill dalam Photoshop, apa yang boleh buat adalah anda mengajar orang yang memerlukan pengetahuan tentang bidang tersebut dan mengenakan caj kepada mereka.
Jika anda seorang yang menguasai tiga atau empat bahasa, mungkin anda boleh mengajar bahasa yang dikuasai kepada orang lain. Walaubagaimanapun, pilihan ini bukanlah pilihan yang boleh menjana pendapatan dalam sekelip mata ia akan mengambil masa sedikit lama berbanding pilihan-pilihan yang lain.
Tetapi jika anda telah melakukan pilihan ini dengan jayanya ianya akan menjadi side income anda pada masa hadapan. Apa yang anda perlu buat adalah mempromosikan diri anda di platform-platform online seperti group Whatsapp, Mudah.my, Chitku.com, Facebook dan lain-lain lagi
Kelebihan
- Terdapat banyak topik yang boleh dipilih untuk diajar kepada orang lain
- Jika berjaya mendapatkan pelanggan ianya akan menjadi side income anda pada masa hadapan
Kekurangan
- Masa untuk diri sendiri akan berkurang
- Melayan karenah anak murid yang pelbagai
BEKERJA LEBIH MASA DI TEMPAT KERJA
Pilihan ini lebih mudah dilakukan berbanding pilihan-pilihan yang lain. Tambahan pula, akan menjadi mudah jika anda rapat dengan majikan. Walaupun tempat kerja tidak mempunyai overtime, mungkin dengan sebab-sebab yang tertentu, boleh untuk beritahu majikan supaya menerima overtime tersebut.
Kelebihan
- Bayaran Di Jamin
- Membina Kepercayaan Kepada Majikan Tempat Kerja
Kekurangan
- Kerja lebih masa mungkin tidak boleh dilakukan selalu atau tidak boleh dilakukan
- Bayaran akan dapat pada gaji berikutnya
MENYEWAKAN BILIK DI DALAM AIRBNB
Menyewakan bilik yang tidak dipakai mungkin akan menjanakan pendapatan yang cepat pada hujung minggu. Walaubagaimanapun hal ini bergantung kepada lokasi rumah. Jika lokasi rumah berdekatan dengan tempat pelancongan, ianya akan memudahkan lagi untuk pelancong menyewa bilik anda dalam beberapa malam.
Anda boleh menyenaraikan bilik-bilik yang tidak dipakai di dalam Airbnb dan cas berdasarkan berapa lama penumpang tersebut menumpang di bilik tersebut. Anda juga boleh mengenakan caj cleaning service kepada mereka di dalam Airbnb tersebut.
Untuk mengetahui kadar harga yang sepatutnya diletakkan, bandingkan harga bilik yang sama yang terdapat di dalam website air bnb tersebut. Pastikan gambar-gambar bilik yang diletakkan adalah gambar yang menarik dan bersih yang mana akan menyebabkan pelancong tertarik untuk menumpang di kediaman tersebut
Kelebihan
- Menyewa bilik yang tidak digunakan berbanding menyewa satu rumah.
- Kadar sewaan adalah terpulang kepada pemilik bilik.
Kekurangan
- Sesetengah kawasan mungkin tidak terkenal dan sukar untuk mendapatkan penumpang
- Sesetengah pihak tidak selesa jika ada orang asing di dalam rumah
- Risiko rosak dan keselamatan terhadap rumah dan barang-barang anda
SERVIS PENGHANTARAN MAKANAN
Di malaysia terdapat banyak syarikat yang menjadi platform untuk sesiapa yang ingin menjadi penghantar makanan dan sudah terbukti bahawa cara ini boleh mendapatkan wang dengan baik dan cepat.
Memandangkan kebanyakan syarikat tidak menghadkan masa untuk melakukan kerja tersebut jadi ianya boleh dilakukan t di dalam waktu-waktu terluang selain daripada waktu kerja yang sedia ada.
Antara syarikat yang terkenal adalah
- Grab food
- Foodpanda
- Dahmakan
- Mamam
Kelebihan
- Masa bekerja adalah fleksibel boleh mendaftar di banyak syarikat
- Kemungkinan mendapat tips secara langsung
Kekurangan
- Mestilah berumur 18 tahun keatas untuk mendaftar
- Terdapat syarat-syarat lain yang perlu diambil kira
MENYEWAKAN KERETA
Jika anda bekerja di dalam pejabat dari pagi sehingga petang dan tidak menggunakan kereta sepanjang masa tersebut, adalah lebih baik untuk menjana pendapatan melalui kereta tersebut, terdapat platform-platform online yang menyediakan medium untuk anda sewakan kereta tersebut kepada individu yang memerlukan.
Antara platform yang terkenal adalah
- Carngo
- Enterprise
- Expedia
- Kayak
- rentalcar.com
- drive.my
Kelebihan
- Pendapatan pasif, perlu tunggu sahaja
- Tidak menjejaskan rutin harian
Kekurangan
- Sesetengah kawasan terutama luar bandar, tidak ramai yang memerlukan khidmat ini
- Risiko kerosakan kereta
MENYEWA BARANG SENDIRI
Anda boleh sewakan hampir semua barang yang dimiliki. Jika barang tersebut jarang dimiliki oleh orang lain dan mempunyai nilai yang baik dari segi gunaan seperti, camera DSLR, drone, camera Gopro dan lain-lain gadjet yang unik, mudah untuk mencari pelanggan yang mahu menyewa.
Tetapi pastikan barang tersebut tidak digunakan sewaktu sewaan tersebut berlaku. Semakin banyak barang yang anda senaraikan, semakin bertambah peluang untuk mendapatkan wang tunai dengan cepat.
Kelebihan
- Penjanaan pendapatan dengan pasif
- Berpeluang menjana pendapatan dari barang yang sama berulang kali
Kekurangan
- Bergantung kepada lokasi anda. Semakin ramai penduduk di lokasi tersebut, semakin cerah peluang untuk sewaan
CARA LAIN YANG MUNGKIN BOLEH DIAMBIL KIRA DI DALAM SITUASI TERTENTU
Membuat Tabung Derma Orang Ramai
Jika anda betul-betul memerlukan duit untuk perbelanjaan sesuatu dan ianya boleh meraih simpati orang ramai. Mencipta satu tabung sumbangan orang ramai adalah pilihan terbaik. Terdapat banyak sumbangan yang telah viral dan mendapat sambutan orang ramai dan tercapai target mereka untuk membiayai perbelanjaan tersebut.
Sebagai contoh, sumbangan pembiayaan pembedahan, pembiayaan bil hospita, pembiayaan rumah terbakar dan sebagainya. Rakyat Malaysia antara rakyat yang pemurah, jika anda betul-betul dalam kesusahan pasti ada yang sudi untuk menolong.
Hubungi NGO atau Masjid
NGO kebajikan dan masjid-masjid mempunyai bahagian harta untuk diberikan kepada yang memerlukan terutama jika orang didalam kesusahan. Kadangkala, sumbangan tersebut mungkin bukan dalam bentuk wang ringgit, tetapi dalam bentuk lain yang sedikit-sebanyak boleh menolong dalam kesusahan.
Membuat Pinjaman dari Rakan-Rakan atau Saudara Dekat.
Pilihan ini bagus bagi mereka yang betul-betul terdesak memerlukan wang. Yang mana, tiada jalan penyelesaian lain, sudah cuba banyak perkara, mungkin meminjam dari rakan-rakan atau orang yang dikenali boleh dipertimbangkan.
Adalah dinasihatkan agar tidak meminjam daripada syarikat yang menawarkan pinjaman wang yang tidak berlesen. Meminjam wang dari tempat-tempat sebegini akan menyusahkan lagi kehidupan pada masa akan datang.
KESIMPULAN
Menyediakan tabung wang kecemasan. Situasi-situasi kecemasa boleh berlaku pada sesiapa sahaja, ianya datang tanpa dijangka. Disebabkan perkara-perkara ini tidak dapat dijangka adalah lebih baik untuk bersedia untuk menhadapinya dengan lebih awal.
Setelah anda baca artikel ini, dan tidak mempunyai kecemasan. Muhasabah diri dan sediakan satu tabung kecemasan untuk diri sendiri dan keluarga bagi yang sudah berkeluarga. Mempunyai tabung kecemasan merupakan sesuatu yang wajib untuk semua orang sebenarnya.
Tidak ada manusia yang merancang untuk jatuh didalam kecemasan, tetapi ianya pasti berlaku. Bersedialah dan pastikan tabung kecemasa anda sudah dibuat.
Tinggalkan Pesanan
Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com
Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang
Anda Mungkin Berminat :-
Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com