PANDUAN LENGKAP PELABURAN ASB: STRATEGI ASB YANG SEMUA PERLU PRAKTIK

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

APA ITU ASB DAN KELEBIHANNYA

ASB adalah satu jenis pelaburan yang diuruskan oleh ASNB (Amanah Saham Nasional Berhad) yang dibuka kepada orang ramai untuk melabur dalam satu jumlah dengan menjangkakan keuntungan pada masa yang tertentu

ASB merupakan satu bentuk unit amanah untuk pelaburan jangka masa panjang untuk pelabur menjana duit secara konsisten.

Salah satu sebab pelaburan ASB adalah strategi yang bagus, adalah kerana ianya menawarkan pulangan yang hampir sama, bergantung kepada ekonomi negara setiap tahun dan modal yang dilaburkan dijamin oleh kerajaan.

Jika anda melabur sebanyak RM 2000 di dalam ASB, di dalam akaun tersebut akan sentiasa ada RM 2000 walau apa jua keadaan sekalipun, ianya dijamin oleh kerajaan.

Pelaburan lain mempunyai risiko mereka yang tersendiri dan jika anda melabur sebanyak RM 2000, ada kemungkinan pelaburan tersebut akan menjadi RM 1900. Perkara ini tidak akan terjadi jika anda melabur di ASB. Bagus bukan?

ASNB telah ditubuhkan pada 1979 yang  mana ia milik speenuhnya Permodalan Nasional Berhad (PNB)-yang mana ia merupakan syarikat pengurusan dana terbesar di Malaysia.

Pelaburan di dalam ASB adalah pelbagai sektor termasuklah perbankan, telekomunikasi dan hartanah. Semua pelaburan yang dimasuki telah dikaji dan dijamin selamat.

Untuk melayari laman web rasmi ASNB anda boleh klik DISINI

BEZA ASB, ASNB, ASN,

Selain ASB anda mungkin pernah dengar tentang pelaburan terma yang lain seperti ASNB, ASB 2, ASB 3, dan banyak lagi, jadi apa beza semua ini.

Secara mudahnya ASNB adalah pengurus unit amanah kepada ASB. ASNB mempunyai banyak produk di bawah pengurusannya yang ditawarkan kepada orang ramai, antara produk yang ditawarkan adalah ASB, ASB 1, ASB 2, ASN dan sebagainya. Masing-masing produk mempunyai ciri yang berbeza. Untuk mengetahu tentang produk ASB, anda boleh rujuk DISINI 

CARA DAFTAR UNTUK MELABUR DI DALAM ASB

Untuk mendaftar pelaburan di dalam ASB, apa yang diperlukan adalah buka akaun ASNB terlebih dahulu dan antara cara yang terbaik dan selamat adalah dengan membukanya di cawangan ASNB yang terdekat atau hubungi agent mereka yang banyak terdapat di serata negara.

Jika anda tidak mempunyai cawangan yang terdekat, anda boleh juga pergi ke bank-bank yang terdekat- Maybank, CIMB Bank, semua ada menyediakan perkhidmatan membuka akaun ASNB, pejabat post juga boleh membuka akaun ASB untuk anda.

Anda perlu membawa Salinan IC dan Salinan slip gaji 3 bulan sebelum untuk membuktikan pendapatan bulanan.

Minimum pelaburan yang diperlukan adalah RM 10, pastikan anda membawa sekurang-kurangnya RM 10 untuk membuka akaun ASB. Limit pelaburan adalah RM 200,000 untuk setiap sijil.

Tetapi anda boleh membuka banyak sijil, sebagai contoh, sijil pertama sudah mencapai limit RM 200,000, tetapi anda boleh membuka akaun baru dan boleh menyimpan lagi RM 200,000.

CARA MUDAH KIRA DIVIDEN DAN BONUS TAHUNAN ASB

Cara mengira dividen ASB adalah sangat mudah, disini kami akan sediakan cara untuk mengira dividen ASB

Cara Pengiraan

DIVIDEN : [Purata baki minimum bulanan terendah] x [kadar dividen] x 12 Bulan/12= Jumlah keuntungan pelaburan

BONUS : [Purata baki minimum bulanan terrendah] x [kadar bonus] x 12 bulan/12 = Jumlah bonus

Berikut adalah rekod dividen ASB dari tahun 1990 hingga 2019. Sumber astroawani 

STRATEGI PELABURAN ASB (SIMPANAN ATAU FINANCING)

Banyak strategi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang maksimum dari penyimpanan ASB, sebelum pergi kepada strategi. Kenal pasti dahulu beza antara pelaburan simpanan biasa dan pelaburan financing.

Pelaburan simpanan biasa adalah anda masukkan duit kedalam akaun ASB setiap bulan atau simpanan yang anda ada, manakala pelaburan financing pula, anda membuat pinjaman daripada mana-mana bank, dan duit yang dipinjam akan dilaburkan di dalam ASB, anda perlu membayar pinjaman tersebut setiap bulan.

Kedua-dua cara adalah bagus, tetapi, bagi yang mempunyai pendapatan tetap, kami amat sarankan untuk anda membuat ASB financing, kerana ianya lebih menguntungkan. Banyak strategi boleh dibuat untuk memaksimumkan keuntungan pelaburan ASB dari Financing.

Strategi ini kami mendapat ilham dari pembacaan dari Tuan Harith Faisal dan sumber serta pengalaman orang lain.

Strategi 1

 

Sesuai untuk pelajar yang ingin melabur di ASB, kerana komitmen yang ada adalah tidak membebankan dan mampu untuk dibuat oleh pelajar.

Tahun Pertama : Buat pinjaman ASB RM 10,000 yang mana bulanan yang perlu dibayar adalah dalam RM 90 sebulan sahaja, untuk masa 20 tahun. Pelajar yang mempunyai pinjaman atau biasiswa, komitmen RM 90 sebulan adalah tidak membebankan.

Teruskan pembayaran sehingga anda bekerja, apabila anda sudah bekerja, buat pinjaman lain.

Tahun Mula Bekerja : Buat pinjaman ASB sebanyak RM 30 000 yang mana bayaran bulanana adalah sekitar RM 180 selama 25 tahun. Teruskan pembayaran sehingga gaji yang bulanan yang diperolehi bertambah

Tahun Gaji Stabil : Buat pinjaman ASB lain sebanyak RM 30 000 yang mana bayaran bulanan adalah dalam RM 180 sebulan selama 25 tahun.

Penambahan gaji bermakna penambahan pinjaman ulang langkah tadi mengikut gaji yang anda perolehi. Pastikan komitmen lain yang anda perolehi tidak menjejaskan pendapatan bulanan. Hidup bersederhana.

Dengan membuat strategi ini, anda boleh gunakan dividen yang dibuat untuk melancong ke luar negara setiap tahun, atau simpan untuk kecemasan

Strategi 2

 

Strategi kedua ini sesuai kepada siapa yang sudah mempunyai gaji yang stabil dan mempunyai lebihan untuk dilaburkan. Cara ini mempunyai kuntungan pelaburan yang lebih besar.

Tahun Pertama: Buat pinjaman ASB Financing RM 100,000 yang mana bayaran bulanan kepada bank adalah RM 550. Dividen yang akan diperoleh selepas setahun adalah RM 7 200 purata.

Tahun Kedua: buat pinjaman kedua ASB Financing RM 100,000. Untuk membayar kepada bank tidak perlu untuk mengeluarkan duit sendiri. Gunakan dividen tahun pertama td untuk membayar tahun kedua. Bijak bukan?. Baki dividen biarkan sahaja di dalam akaun

Tahun Ketiga: Anda akan dapat 2 dividen serentak iaitu daripada Pinjaman tahun pertama dan kedua. Gunakan dividen ini untuk membiayai pinjaman dari kedua-dua pinjaman tersebut.

Tahun Keempat: Sama seperti tahun sebelumnya, langsaikan hutang pinjaman dari bank tahun kedua dan ketiga, jika ada baki, buat lagi pinjaman ASB Financing RM100 000, ulang sahaja proses tersebut. Jangan lupa untuk membayar pinjaman ASB Financing tahun pertama.

Tahun Kelima: Tamatkan kontrak ASB Financing untuk semua sijil yang dibuat. Dan pihak bank akan pulangkan semula hasil jualan pelaburan.

Jika anda buatnya dengan betul dan konsisten, anda berupaya untuk meraih keuntungan pelaburan RM 56 000 dalam masa 5 tahun. Untuk lebih faham, anda boleh bacanya DISINI.

Strategi 3

 

Bagi anda yang mempunyai akaun simpanan KWSP yang melebihi jumlah simpanan asas, anda boleh gunakan jumlah simpanan di dalam akaun KWSP tersebut untuk melabur di dalam ASB.

Mengikut rekod, dividen yang diberi oleh ASB lebih tinggi berbanding KWSP, jadi ini mungkin langkah yang baik bagi sesiapa yang inginkan hasil pelaburan yang lebih baik. Pastikan syarat untuk anda keluarkan simpanan KWSP untuk dilaburkan kepada ASB mencukupi. Consult dahulu dengan agent ASB atau KWSP.

Artkel Berkaitan:

CARA KELUARKAN DUIT ASB

Untuk keluarkan duit pelaburan ASB tidak boleh dilakukan secara online. Semua pengeluaran hanya boleh dilakukan melalui cawangan ASNB atau ejen-ejen ASNB di bank berdekatan. Kami galakkan anda ke sana untuk berurusan dengan jelas.

Untuk online, hanya boleh dibuat untuk menambah simpanan pelaburan melalui platform online banking MyASNB.

Untuk mengeluarkan duit tersbut, hanya pemegang sijil sahaja yang boleh keluarkan, jika akaun tersebut milik anak-anak, penjaga yang berdaftar sahaja yang dibenarkan. Apa yang perlu dibawa adalah Kad Pengenalan dan di sana anda perlu mengisi Borang Jualan Balik ASNB. Buku ASB tidak wajib untuk dibawa.

Setelah di mengisi borang, cap jari dan sebagainya, untuk duit tersebut dimasukkan ke dalam akaun bank, mengambil masa 24 jam pada hari bekerja.

KELEMAHAN ASB

Kebanyakan orang ramai menceritakan mengenai kelebihan ASB, tetapi perlu juga untuk mengambil kira kekurangan ASB.

Antara kelemahan ASB adalah dari segi dividen yang diberikan itu sendiri. Dividen yang diberikan oleh ASB adalah rendah berbanding pelaburan lain dan ianya tidak menentu. Pada tahun 2019 dividen yang diberikan hanya 5% sahaja. Ianya bergantung kepada ekonomi Malaysia itu sendiri.

Berbalik kepada kelebihan, walaupun sedikit dividen yang diberikan, risiko pelaburan ini amatlah rendah. Prinsip pelaburan adalah Tinggi Risiko-Tinggi Untung, Rendah Risiko-Rendah Untung.

Apa lagi kelemahan ASB?

Kelemahan lain adalah dari segi syariah. Pelaburan ASB adalah tidak 100% patuh syariah. Tetapi ianya diharuskan oleh kerana maslahat umat islam. Dengan adanya ASB, ekonomi umat islam akan lebih kuat dan untuk mengelakkan mudharat yang lebih besar, jadi ianya diharuskan.

Terpulang kepada anda untuk menilainya sendiri. Untuk mengetahui perbahasan lebih lanjut, boleh bacanya DISINI.

Artikel Berkaitan:

KESIMPULAN

Bagi yang tiada ilmu tentang pelaburan lain, dan sibuk bekerja. Pelaburan ASB antara pelaburan yang terbaik untuk anda. Pelaburan adalah satu perkara yang amat penting untuk diambil kira. Tidak ada istilah terlambat di dalam pelaburan. Melaburlah sekarang dan melaburlah dengan bijak. Selamat Maju Jaya!!

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com