HOBI YANG MURAH DAN MENYERONOKKAN

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Masa lapang lebih bermanfaat andai digunakan untuk melakukan perkara berfaedah seperti hobi. Sejak kecil lagi kita sudah diberi pengetahuan tentang hobi dan setiap orang mempunyai hobi yang berbeza.

Ada yang suka mengumpul setem,bercucuk tanam dan membaca buku. Tidak perlu anda memikirkan hobi yang mahal atau memerlukan wang ringgit kerana sudah semestinya hobi yang percuma itu lebih berbaloi. Oleh itu, kami sediakan hobi yang murah dan menyeronokkan untuk anda. 

1. MENONTON DOKUMENTARI

Anda boleh menonton dokumentari pada bila-bila masa di televisyen atau di laman web Youtube yang merangkumi pelbagai tajuk menarik seperti sejarah kehidupan, asal usul dan peristiwa yang berlaku pada suatu masa.

Anda juga boleh melayari nama artis kegemaran, penulis tersohor dan tokoh ternama. Di samping itu, dapatlah menimba ilmu baru dan mencari inspirasi serta iktibar dari kisah di dalam dokumentari tersebut.

2. BERKEBUN

Berkebun atau bercucuk tanam boleh menjadi terapi buat mereka yang menyukai alam semulajadi. Caranya ialah membeli beberapa biji benih yang murah mengikut kegemaran dan menanamnya di tempat yang sesuai.

Luangkan sedikit masa dengan menjaga dan menghargai tumbuhan seperti diri sendiri. Dari situ barulah anda merasai keseronokan apabila melihat tumbuhan itu membesar dan sihat.

3. BERKHEMAH

Merancang perkhemahan bersama rakan-rakan merupakan perkara yang paling menyerokkan pada hujung minggu. Persiapan yang perlu ada ialah khemah, sedikit juadah dan minuman.

Jikalau anda tidak tinggal di kawasan hutan, tidak perlu risau kerana boleh juga berkhemah di taman belakang rumah. Pasti anda dan rakan-rakan akan gembira mencuba perkara yang baharu.

4. MENDENGAR MUZIK

Seseorang yang suka akan musik boleh menggunakan masa terluang untuk mencari genre yang diminati di Youtube, Spotify dan Joox. Di sini pelbagai genre yang boleh dinikmati seperti balada, pop, rock dan jazz.

Anda juga mungkin ingin menukar genre musik kegemaran dengan mencari genre yang baharu dan menemui band kegemaran anda.  Musik juga secara amnya boleh menghilangkan stress setelah seharian bekerja atau belajar.

5. BELAJAR MEMASAK

Memasak boleh dipelajari dengan pelbagai cara seperti mencuba resepi di buku, melayari internet dan bertanya kepada mereka yang pakar.

Mencuba memasak makanan kegemaran dan menerokai bahan-bahan yang digunakan dalam masakan. Pelbagai resepi yang menarik dan anda pasti berpuas hati apabila mahir dalam masakan.

6. MELUKIS

Mereka yang gemar melukis selalunya seorang yang kreatif dan ada juga yang melukis untuk meluahkan perasaan mereka.

Banyak cara melukis mengikut kreativiti masing-masing seperti mengecat,melakar dan membuat doodle. Pilih cara anda melukis dan luahhkan segala kreativiti di atas kertas.

7. MENULIS

Menulis merupakan perkara yang menyerokkan. Anda boleh menulis pelbagai medium seperti menulis blog, menulis  buku, diari dan jurnal.

Penulisan yang baik juga dapat digunakan dan dijadikan rujukan untuk kegunaan pada masa akan datang. Segala idea dan pandangan boleh diluahkan dalam penulisan dan membolehkan anda mengisi masa dengan berfaedah.

8. MEMBACA

Sejak sekolah lagi ramai yang menyebut membaca merupakan hobi mereka. Ini kerana membaca dilihat mempuyai pelbagai faedah dan menjadikan seorang itu berpengetahuan luas.

Membaca melatih minda untuk berfikir dan menguatkan daya imaginasi apabila membaca sesebuah cerita. Membaca juga menambahkan lagi ilmu dan perkataan baru yang boleh digunakan kelak. Banyak bahan bacaan boleh didapati di perpustakaan dan juga atas talian.

Kesemuanya percuma dan menarik untuk dibaca.

9.MEMPELAJARI BAHASA BARU

Keupayaan mempelajari bahasa baru merupakan salah satu perkara yang perlu dikuasai oleh setiap orang. Banyak kelas percuma di talian yang boleh diguna setiap masa.

Luangkan sedikit masa seperti setiap petang mendengar,menghafal dan mempraktikkan perkataan baru yang dipelajari. Minat dan latihan yang berterusan sudah membolehkan anda mahir dalam sesuatu perkara.

10. MEMBUAT ORIGAMI

Origami ialah sejenis seni lipatan yang mempunyai beberapa langkah untuk menghasilkan sebuah replika menarik. Anda boleh membeli buku origami atau melihat tutorial di youtube yang memudahkan anda belajar bermula dari bawah.

Origami juga menjadi perhiasan yang menarik untuk dihias di rumah. Walaupun origami memerlukan langkah yang rumit namun semua itu dapat diatasi andai anda tahu teknik yang betul. Anda juga boleh mengajak rakan atau  ahli keluarga untuk bersama melakukan origami ini.

KESIMPULAN

Sememangnya hobi tersebut murah dan menarik untuk dilakukan bersama orang tersayang tidak kira di mana sahaja. Ini hanyalah sebahagian dari hobi yang ada, anda juga boleh jelajah hobi yang lain bersesuaian dengan minat dan kesesuaian masing-masing. Semoga hobi tersebut membantu dan selamat mencuba!

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com