CARA MENYIMPAN DUIT UNTUK BERKAHWIN

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Daripada memilih tempat, upah caterer hingga ke pemilihan lagu, banyak perkara yang berlaku dalam sesebuah majlis perkahwinan. Selain daripada pelaburan masa, pelaburan duit juga perlu dibuat. Dan untuk berkahwin bukanlah sesuatu yang murah dan boleh dibuat dengan spontan tanpa perancangan. Semua memerlukan perancangan, tetapi, jika ada perancangan tapi tiada kewangan, tidak berguna untuk merancang semua itu dulu. Jadi, rancang dahulu untuk mengumpulkan kewangan.

Tanpa membebel panjang, jom kita gerak kepada cara untuk menyimpan duit dengan tujuan perkahwinan

BERAPA JUMLAH KESELURUHAN YANG DIPERLUKAN

Untuk meyimpan duit atas tujuan mengecapi sesuatu, perlu untuk kita tahu matlamat penyimpanan tersebut. Di dalam kes ini, matlamatnya dalah jumlah keseluruhan perkahwinan itu. Jumlah ini adalah berlainan mengikut keadaan, tempat, mahlis besar atau kecik, dan lain-lain lagi.

Jadi, kami yakin setiap orang berbeza jumlah. Secara kasarnya kos yang diperlukan untuk perkahwinan adalah mas kahwin, hantaran, dan kos kenduri.

       1. Mahar

Mahar adalah bergantung kepada negeri pihak perempuan. Ada garis panduan yang disediakan jakim untuk menentukan kadar mahar setiap negeri. Untuk mengetahui lebih lanjut, anda boleh lihat di SINI

  1. Hantaran

Hantaran pula bergantung kepada keluarga pihak perempuan. Ada yang letakkan hantaran yang rendah, ada juga yang letakkan hantaran yang tinggi. Ada juga yang meletakkan hantaran bergantung kepada pendidikan bakal isteri tersebut, semakin tinggi pelajaran pengantin perempuan, semakin mahal hantaran tersebut.

Antara panduan hantaran yang pernah tersebar di Malaysia adalah:-

UPSR – RM 2 000-RM 4 000

SPM – RM 4 000-RM 8 000

STPM/DIPLOMA – RM 8 000-RM 12 000

IJAZAH – RM12 000 – RM 15 0000

MASTER – RM 15 000 – RM 20 000

PhD – RM 20 000 – RM 30 000

Walaubagaimanapun, ianya bergantung kepada keluarga pengantin itu sendiri. Berbincang lah kedua pihak dengan tolak ansur.

  1. Majlis Perkahwinan

Ini juga bergantung kepada pihak anda sendiri. Mahukan majlis yang besar-besaran atau sederhana sahaja. Majlis bergantung kepada tempat majlis diadakan, samada di kampung atau bandar, dewan atau dirumah, dan faktor lain yang perlu diambil kira.

Kira Perbelanjaan Kasar

Dengan mengambil kira faktor yang kami senaraikan di atas, kira jumlah keseluruhan bajet untuk menjadikan impian perkahwinan ini satu realiti. Mengikut pembacaan dan pengalaman kami, untuk berkahwin, pasangan tersebut sekurang-kurangnya perlu menyediakan RM 20 000 di dalam tangan. Ini adalah minimum, jika hendak selamat, sediakan RM 30 000. Duit yang lebih boleh digunakan untuk perkara selepas berkahwin.

KENALPASTI SIMPANAN KAHWIN DAN BAJET YANG PERLU DISIMPAN SETIAP BULAN

Setelah anda tahu berapa jumlah yang diperlukan untuk perkahwinan tersebut, langkah seterusnya adalah ketahui berapa jumlah yang perlu anda simpan secara mingguan atau bulanan untuk mencapai target jumlah keseluruhan tersebut.

Menurut Investopedia,formula yang bagus untuk mendapatkan bajet perkahwinan adalah:-

Jumlah bulan yang tinggal untuk majlis perkahwinan x simpanan yang boleh dibuat setiap bulan + simpanan yang sedia ada/sumbangan luar/pinjaman = jumlah bajet perkahwinan

Sebagai contoh

Jumlah bulan yang tinggal adalah = 12 bulan

Simpanan yang boleh dibuat setiap bulan adalah = RM 500

Simpanan yang sedia ada = RM 10 000

Jumlah bajet perkahwinan = RM 25 000

Kiraannya adalah:-

12 x 500 + 10 000 = RM 16 000

Ini bermakna, jumlah simpanan anda setiap bulan RM 500 adalah tidak mencukupi, anda perlukan sekurang-kurangnya RM 25 000. Jadi, naikkan lagi jumlah bulan atau jumlah simpanan bulanan sehingga mencukupi apa yang diperlukan. 

Di dalam kes ini, anda perlu untuk membuat simpanan bulanan sebanyak RM 1 200 – RM 1 300 untuk mencukupkan target yang diperlukan.

Jika anda rasa tidak mampu untuk menyimpan sebanyak itu, anda tiada pilihan lain selain daripada anjakkan lagi perkahwinan. Kami nasihat untuk elakkan daripada meminjam untuk berkahwin. 

Meminjam ahli keluarga boleh dipertimbangkan,tetapi membuat pinjaman daripada bank atau pihak-pihak yang tidak berautoriti adalah perlu dielakkan.

SIMPAN SIMPANAN DI TEMPAT YANG BETUL

Setelah anda mendapat jumlah simpanan bulanan dan masa yang sesuai, sebelum membuat penyimpanan yang rasmi, putuskan dahulu dimana hendak diletakkan duit yang disimpan. Banyak tempat yang boleh dijadikan tempat untuk membuat simpanan tersebut.

Tempat yang disarankan adalah tempat yang susah untuk disentuh iaitu akaun simpanan tetap, menurut imoney.my , simpanan tetap atau lebih dikenaili sebagai Fixed Deposit adalah sejenis simpanan di bank atau akaun pelaburan yang menjanjikan pelabur satu kadar faedah yang tetap. 

Sebagai balasan, pelabur berseutju untuk tidak keluarkan dana tersebut dalam jangka masa yang dipersetujui

Akaun ini sangat sesuai bagi mereka yang menyimpan untuk perkahwinan kerana wang di dalam akaun tersebut tidak boleh dikeluarkan dalam satu tempoh masa tertentu. Jika anda meletakkan duit simpanan di sesuatu tempat yang mudah untuk di keluarkan seperti akaun simpanan biasa, anda akan lebih mudah untuk “terguna” duit tersebut.

Jadi kami amat sarankan untuk simpan duit tersebut di dalam simpanan tetap. Semua bank di Malaysia menyediakan produk simpanan tetap, pilih yang selesa dan terbaik untuk anda.

KONSISTEN UNTUK MELAKUKAN SIMPANAN SECARA BULANAN

Konsisten merupakan kunci untuk sesuatu usaha membuahkan hasil. Tidak kira apa jua kerja yang dilakukan. Menyimpan untuk berkahwin juga sama, anda perlu konsisten untuk  menyimpan, bulan demi bulan.

Berkorban sedikit nikmat yang sementara untuk sesuatu yang berpanjangan. Abaikan makanan hipster, jangan mudah terikut dengan trend yang tiada kesudahan. Focus dengan matlamat. InsyaAllah berjaya.

LAKUKAN KERJA SAMPINGAN UNTUK MEMUDAHKAN PENYIMPANAN

Jika anda mempunyai pekerjaan tetap, mungkin pada hari minggu anda tidak ada kerja yang dibuat. Jadikan hari minggu tersebut bermanfaat. Usahakan sesuatu yang mudah dan berkesan. Hasil daripada kerja sampingan tersebut, masukkan kesemua atau sebahagian daripada penjanaan di dalam akaum simpanan.

Ada banyak jenis pekerjaan yang boleh dibuat untuk menambah pendapatan pada hujung minggu. Strategi yang bagus diperlukan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Sesetengah strategi menawarkan duit dengan cepat tetapi sedikit seperti kerja sebagai Grabfood, Foodpanda dan sebagainya. Sesetengahnya pula hasil pendapatan dengan agak lama kerana ianya memerlukan pelaburan masa dan tenaga seperti memulakan bisnes online.

Semuanya bergantung kepada anda. Setakat mana pengorbanan yang anda sanggup untuk merangsang pertumbuhan duit simpanan perkahwinan

Artikel Berkaitan:

PANTAU PERKEMBANGAN SIMPANAN YANG DIBUAT

Sentiasa memantau pertumbuhan simpanan yang dibuat, paling kurang setahun sekali untuk menaikkan semangat dan muhasabah diri. Jika tidak tercapai matlamat simpanan untuk tahun tersebut, usaha untuk perbaiki pada tahun berikutnya. Jika tercapai, jadikan ianya satu kejayaan buat masa tersebut. Jadikan kejayaan tersebut sebagai motivasi untuk melakukan lebih baik untuk masa hadapan. Semoga Berjaya!

Artikel Berkaitan

KESIMPULAN

Berkahwin adalah satu perkara yang penting di dalam hidup seseorang dan ianya perkara yang murni. Untuk berkahwin perlukan pengorbanan. Sebelum, semasa dan selepas, semua perlukan pengorbanan terutama dari segi wang ringgit. jangan cepet berputus asa. Semoga Berjaya!

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com