CARA MENJADI KAYA: PANDUAN YANG DIPERLUKAN OLEH SEMUA

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Semua orang bermimpi untuk menjadi kaya dan sentiasa berimaginasi tentang apa yang mereka akan buat jika mereka seorang jutawan.

Tapi sayangnya, tidak semua tahu strategi bagaimana hendak menjadi kaya. Adakah perlu untuk lahir dari keluarga yang kaya untuk menjadi kaya?

Tidak sebenarnya, semua orang boleh menjadi kaya. Betul dengan keluarga yang kaya dan berada boleh menjadi factor menjadi kaya dengan cepat, jika anda seorang yang biasa, anda juga boleh belajar untuk jadi kaya sebenarnya.

Sebelum tu, ingat, untuk menjadi seorang yang kaya bukannya mudah. Memerlukan banyak pengorbanan dan kerja.dalam dunia ni tiada cara mudah untuk menjadi kaya. Semua skim ceat kaya, semua penipu. Jangan tertipu. Walaupun tidak mudah, ianya tidak mustahil. Anda nak cuba? Jom kita start.

Bagaimana nak jadi kaya (daripada zero): satu strategy sesuai untuk semua.

Sama seperti pergi belajar di kolej atau berbisnes, semua memerlukan strategi dan langkah yang betul untuk Berjaya.

Perjalanan untuk menjadi kaya bukan saju jalan yang lurus. Sama seperti perjalanan ke destinasi, melalui highway pun ada liku-likunya, kadangkala jam, dan ada yang kemalangan. Semua sama, tiada jalan yang mudah untuk Berjaya.

Apa yang penting adalah strategi yang betul, mindset yang kuat dan tidak berputus asa

1. SET MINDSET YANG BETUL

Banyak research yang dijalankan, bila cakap mengenai kekayaan dan bisnes, semuanya bermula dengan mindset yang betul.

Jadi, macam mana hendak dapatkan mindset yang betul dan kuat? Apa yang perlu dibuat adalah, fikirkan sejarah kewangan sendiri. Bagaimana anda dibesarkan? Apa yang anda belajar tentang kewangan semasa kecil? Adakah anda percaya semua orang kaya adalah jahat? Adakah anda fikir duit cuma mendatangkan masalah?

Semua mindset yang tidak betul ini perlu dihapuskan. Jika fikirkan duit hanya mendatangkan masalah, maka tidak perlu untuk menjana duit yang banyak. Jika orang yang berharta fikirkan yang duit hanya membawa masalah, mereka tidak akan kaya sampai bila-bila. Baiki mindset seperti itu jika ada.

Sesiapa yang percaya, duit merupakan suatu benda yang berkuasa untuk mengubah sesuatu yang lebih baik, ia akan membuka peluang yang lebih banyak kepada individu untuk mendapat kekayaan. Dengan duit boleh membantu orang yang susah, menolong ibu bapa, memajukan ekonomi dan sebagainya.

Kita semua ada cerita tentang keburukan harta, dengan harta keluarga berpecah, kerana harta jiran bergaduh, kerana harta saling berbunuhan, semua mindset tersebut mestilah dihapuskan dan diganti dengan mindset yang betul.

Disini kami sertakan cara untuk memperbaiki mindset

• Labur Untuk Diri Sendiri

Apabila anda memutuskan untuk melabur untuk masa hadapan anda sendiri, sebenarnya, secara tidak langsung, memberitahu diri anda yang anda perlukan kekayaan. Anda berkata kepada diri sendiri bahawa anda percaya yang kaya adalah tidak mustahil dan anda perlukannya.

Melabur untuk diri sendiri mempunyai banyak makna yang tersirat secara tidak sedar. Melabur tidak semestinya forex, bursa Malaysia dan sebagainya. Melabur dengan maksud, berusaha untuk memajukan diri dengan berkorban.

Seperti, anda pergi ke sekolah untuk belajar, mulakan bisnes atau membaca buku-buku untuk motivasikan idri. Apabila anda letakkan diri anda dahulu dan ambil masa untuk perbaiki diri, anda juga meperbaiki mindset secara tidak langsung.

• Cari Mentor Yang Sesuai

Mencari mentor satu perkara yang penting, tetapi jarang orang lakukan untuk Berjaya.

Individu yang mengeluarkan hanya perkara negative terhadap kewangan dan mencemuh sesiapa yang mencari kekayaan tidak boleh dijadikan mentor. Orang berniaga dikatakan tidak akan berjaya, orang melabur dikata berjudi. Jika mereka sendiri mempunyai perepsi negative terhadap kekayaan bagaimana untuk menjadi contoh kepada orang yang kejar akan kekayaan. Simple.\

Fikirkan begini: individu yang Berjaya dan kaya tidak akan memandang rendah kepada sesiapa sahaja yang ingin Berjaya. Mereka yang akan menjadikan matlamat anda semakin sukar. Focus kepada matlamat dan hindari mereka.

• Sentiasa Bersama Dengan Orang Yang Berjaya Dan Ingin Berjaya

Ingat, membina kekayaan adalah terbuka kepada sesiapa sahaja tidak kira bangsa, status pengajian mahupun latar belakang. Adalah penting untuk tidak tinggalkan sesiapa di belakang jika ingin Berjaya.

Jika mereka ingin Berjaya, gerak bersama untuk Berjaya dan bersama berkawan dengan orang yang sudah Berjaya. Kita adalah dengan siapa kita berkawan. Jadi sebaiknya untuk mula mencari kawan yang lebih kaya daripada anda, belajar daripada mereka dan tanyalah apa sahaja soalan daripada mereka.

2. BELAJAR UNTUK URUSKAN DUIT

Kekayaan tidak datang bergolek dari langit. Banyak proses yang perlu dibuat dan belajar. Langkah seterusnya adalah belajar untuk uruskan duit. Kalau uruskan duit anda gagal, kami yakin, untuk kembangkan duit akan menjadi lebih sukar.

Mengajar diri untuk uruskan duit

Kadangkala, untuk uruskan duit boleh menjadi sukar. Memerlukan banyak masa untuk membaca. Jika and abaca dan praktikan apa yang dipelajari, akan menjadikan proses belajar jadi lebih mudah.

Ilmu menguruskan duit boleh dipelajar secara percuma dan berbayar. Untuk yang percuma, boleh baca artikel dan tips-tips di website yang menyediakannya secara percuma. Contoh website yang sediakan cara pengurusan kewangan adalah Hustleaim.com J.

Apa yang perlu dibuat adalah klik bahagian “urus duit” dan pelbagai jenis cara dan topik disediakan untuk anda. Semoga bermanfaat.

Untuk cara berbayar, anda mungkin boleh beli buku-buku yang terdapat dipasaran. Disini kami sediakan beberapa buah buku yang wajib dibaca untuk anda belajar menguruskan kewangan

  1. DDAD2: Perancangan Kewangan Masa Hadapan oleh Dr Adli
  2. Bijak Mengurus Wang oleh Hajah Rohani

Walau baca setinggi gunung pun ilmu pengurusan kewangan, kalau tidak dipraktikan adalah sangat rugi. Buku-buku tersebut telah terjual beratus malah ada yang beribu naskah. Buku-buku tersebut terjual dengan sebab yang baik. Tidak salah mencuba.

• Cipta Peta Kewangan

Apa tu peta kewangan? Peta kewangan adalah gambaran kewangan yang akan dilalui. Untuk mulakan peta ini, mungkin dengan senaraikan keutamaan kewangan anda. Ambil masa, duduk dan fikirkan apa yang anda nak sebenarnnya di dalam hidup. Nak travel? Nak bersara awal? Atau nak duit yang banyak untuk beli rumah untuk ibubapa. Senaraikan semua dari yang paling utama hingga paling akhir.

Setelah lengkap senarai tersebut mengikut keutamaan, patah balik kebelakang dan putuskan: bagaimana hendak mencapai semua keutamaan kewangan tersebut. Jika anda tiada wang simpanan untuk emergency, adalah baik untuk jadikan ia satu keutamaan yang paling utama.

• Praktis Sedar Berbelanja

Dengar seperti tidak masuk akal, tetapi, ya..ianya berlaku. Ramai yang berbelanja tanpa sedar dan terlampau mengikut nafsu. Setelah akhir bulan, baru tersedar dari mimpi yang nyata. Bukanlah nak minta anda korbankan makanan mahal mingguan anda.

Boleh, tetapi biar ianya dalam bajet kewangan dan anda sedar yang anda sedang berbelanja. Tahu kemana pergi duit yang dijana, tidak lesap begitu saja. Lebih bagus, kalau boleh hidup dalam keadaan yang sangat minima tetapi selesa.

• Jejak Nilai Bersih Pendapatan

Jejak nilai bersih pendapatan merupakan sesuatu yang penting untuk lihat sebanyak mana nilai pendapatan yang dijana sepanjang anda hidup.

Untuk jejak nilai bersih pendapatan, senaraikan semua aset, termasuk la rumah, nilai duit pelaburan, kereta, dan duit yang ada ditangan

Selepas itu, senaraikan semua tanggungjawab kewangan, hutang rumah, hutang belajar, hutang credit card, apa-apa sahaja hutang yang perlu dibayar.

Jumlahkan semua aset dan tolakkan dengan jumlah tanggungjawab yang ada untuk dapatkan nilai bersih pendapatan. Tidak mengapa jika hasilnya negative. Menjadi lebih bagus untuk mengetahui hutang yang ada dan selesaikannya, belajar lebih lagi tentang kewangan dan jadikan diri kaya pada masa akan datang.

3. JANA DUIT

Setelah ada buat no 1 dan no 2, anda mungkin menyedari yang anda perlu untuk bekerja dengan lebih keras lagi, kerana hutang-hutang tersebut.

Tiba masa untuk menjana pendapatan dengan lebih lagi. Terdapat banyak cara untuk menambah pendapatan, daripada mengembangkan pendapatan yang ada dan mulakan pendapatan yang baru.

• Memaksimumkan Pendapatan Yang Ada

Untuk memastikan pendapatan yang dijana sekarang dimaksimumkan, mulakan dengan kerja yang sedia ada. Jalan yang paling simple adalah, minta untuk dinaikkan gaji. Untuk memastikan kenaikan gaji Berjaya, anda perlukan strategi yang betul.

Jalankan sedikit kajian, untuk kerja yang dibuat anda sekarang, berapa gaji yang sepatutnya anda dapat dan bandingkan dengan gaji yang dapat sekarang. Selepas itu fikirkan, berapa banyak yang perlu diminta untuk dinaikan.

Setiapkali pelanggan atau majikan berpuas hati dengan hasil kerja yang anda berikan, ambil masa untuk tulis. Jika ada idea anda yang digunakan untuk menambah baik project besar yang dijalankan, tulis. Semua ini boleh menjadi sebab yang kukuh untuk minta kenaikan gaji.

• Jalankan Cabang Pendapatan Yang Baru

Jika anda mahu menambah pendapatan lagi setelah memaksimakan pendapatan yang sedia ada. Boleh mulakan penjanaan kewangan yang baru. Cari jalan lain untuk mulakan penjanaan yang sedia ada adalah perkara yang bagus dan boleh dicuba.

Antara idea penjanaan lain yangv anda boleh cuba :

Jalankan Perniagaan

Mulakan bisnes atau perniagaan adalah salah satu cara yang baik untuk mempelbagaikan lagi jenis pendapatan. Berita baiknya, untuk mulakan bisnes pada zaman sekarang tidak perlu modal yang besar. Banyak bisnes yang boleh dibuat dengan percuma tanpa modal dan ianya berkesan.

Zaman sekarang, tidak perlu untuk mempunyai alatan yang mahal, bangunan yang besar, duit yang beribu untuk mulakan bisnes. Anda boleh mulakan bisnes secara online sahaja dan ianya percuma. Apa yang diperlukan adalah internet dan komputer atau smartphone.

4. KEMBANGKAN PENDAPATAN.

Sementara sibuk menjana pendapatan, jangan lupa untuk kembangkan pendapatan yang sedia ada. Perkara ini boleh dibuat dengan mengambil kesempatan atas syarikat yang menyediakan pelaburan khas untuk pekerja atau belajar tentang selok belok pelaburan.

• Cari Pelaburan Yang Berkesan

Pelaburan terdapat banyak cabang. Memang perlukan masa untuk pelajari ilmu pelaburan. Ada yang berisiko tinggi dan ada yang rendah. Antara jenis yang ada ialah pelaburan emas, pelaburan saham di Bursa Malaysia dan pelaburan mata wang. Masing-masing mempunyai risiko yang terendiri.

Antara tempat melabur yang paling kurang risiko adalah di Amanah Saham Berhad yang mana keuntungan yang diperoleh adalah amat konsisten. Di Malaysia terdapat banyak syarikat unit amanah atau unit trust yang menyediakan khidmat pelaburan, antaranya adalah Public Mutual, Mayabnk, Philip Mutual dan banyak lagi.

Jika ingin melabur di dalam Bursa Malaysia, adalah dinasihatkan untuk belajar dengan mendalam terlebih dahulu. Kerana ia mempunyai risiko yang tinggi bagi sesiapa yang tidak mempunyai ilmu.

Untuk mengurangkan peratus kerugian, belajar dahulu dengan mengikuti kelas, atau baca buku-buku yang mengupas tentang strategi saham. Cari sifu yang sesuai, semua ini penting untuk memendekan lagi learning curve dalam pelaburan. Terdapat banyak buku yang boleh dibaca.

Antara yang kami syorkan adalah:

  • Jutawan Saham: Panduan Pelaburan Saham # 1 dengan Menggunakan Dagangan Swing Oleh: Azizi Ali & Bill Wermine

Buku yang ringkas dan mudah difahami untuk membantu pembaca mempelajari cara untuk berdagang di Bursa Malaysia. Lengkap dengan carta harga, senarai dan contoh. Sesuai untuk semua individu yang berminat untuk berdagang dalam Bursa Malaysia

  • Panduan Lengkap Pelaburan Saham Oleh: Nor Akma

Mengandungi 224 mukasurat. Sangat sesuai untuk smeua individu yang ingin belajar, tidak kira baru atau lama. Disediakan juga latih tubi yang boleh dijawab oleh pembaca untuk memantapkan lagi pemahaman tentang saham.

Antara yang akan diperlajari oleh pembaca adalah, asas teknikal dan fundamental, kisah-kisah benar yang boleh dijadikan contoh kepada pelabur dan kisah-kisah tokoh pelaburan dan cara pemikiran mereka.

Semua buku ini boleh didapati secara online di MPH Online

4. KESIMPULAN: USAHA

Untuk menjadi seorang yang kaya adalah tidak mustahil. Ia untuk sesiapa sahaja, tetapi apa yang paling penting adalah usaha dan korbankan keseronokan yang sementara.

Step 1 hingga 4 mudah dibaca tetapi sukar untuk dilaksanakan. Tidak semua orang mampu untuk mengikutinya, itu lah sebab mengapa orang yang kaya sedikit. Mindset yang betul merupakan permulaan yang penting dan perlu dibuat untuk buka pintu kekayaan.

Jika anda kaya, anda boleh sebarkan kebaikan. Ingat mindset sangat penting. Kekayaan bukan sesuatu yang buruk

Selepas ada mindset yang betul dan kuat, sentiasa luangkan masa dengan orang yang Berjaya. Tanya soalan dan belajar dari mereka. Pada masa yang sama, kerja kuat untuk tambah pendapatan.

Baca dan penuhkan diri dengan ilmu kewangan, pelaburan dan strategi kewangan. Lebih banyak ilmu, lebih banyak yang tahu dan semakin cepat untuk dapatkan kekayaan dan jangan lupa bergantungan kepadaNya.

Semoga Berjaya!!

 

Tinggalkan Pesanan

Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com