Cara dan tips Menjimatkan Tenaga Elektrik Di Rumah Yang berkesan
Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.
Anda tidak perlu seratus cara untuk menjimatkan elektrik apatah lagi berlaku perubahan yang ketara dalam bil elektrik yang akan datang. Sungguhpun begitu, kami sediakan beberapa cara mudah untuk anda menjimatkan elektrik yang berkesan dan wajib untuk dibuat pada setiap rumah.
Lebih lebih lagi apabila musim panas menjelma , sudah pasti bil elektrik anda akan melambung tinggi kerana penggunaan penyejuk udara yang melebihi kebiasaan.
Kebanyakkan cara-cara ini adalah percuma dan boleh dilakukan secepat mungkin dan tidak rugi untuk mencubanya. Sesungguhnya, penjimatan elektrik pada hari ini dapat menjamin kehidupan anda pada waktu akan datang. Alam sekitar juga akan lebih terjaga.
1. MENGGUNAKAN PENYAMAN UDARA DENGAN BAIK
Hidup dengan penyaman ini memang tidak dapat dielakkan terutama sekali ketika musim panas. Baru pulang ke rumah, pasti kita akan membuka penyaman untuk menyejukkan badan selepas seharian berpanas di luar. Sememangnya tenaga elektrik yang digunakan sangat banyak dan duit untuk membayar bil mengalir laju. Jadi, fikirlah dahulu ketika menggunakan penyaman udara kerana itu dapat menjimatkan sebahagian besar duit anda.
Langkah yang terbaik, tukarlah penapis penyaman udara secara berkala pada setiap bulan. Servis penyaman udara secara berkala juga akan membantu anda menjimatkan elektrik, cuci bahagian dalam penyaman udara supaya berfungsi dengan baik.
2. MENCABUT PLUG APABILA TIDAK DIGUNAKAN.
Adakah anda tahu alatan elektrik yang tidak digunakan dan ditinggalkan tanpa mencabut plug tersebut juga akan menambah jumlah penggunaan dalam bil anda ? Pelik tetapi ini yang berlaku kerana ia dikira seperti 5 % penggunaan tenaga elektrik dan menambah dari semasa ke semasa.
Beberapa alatan elektrik juga menggunakan tenaga yang besar sepeti komputer. Jika tidak menggunakan komputer, lebih baik mematikan terus daripada membiarkan dalam keadaan ‘sleep’. Nampak seperti hal yang kecil, tetapi hal-hal kecil ini apabila digabungkankan akan menjadi satu perkara yang besar dan mempengaruhi bil eletrik anda.
3. MENUTUP LANGSIR DAN PINTU.
Ramai yang lupa akan perkara asas yang mudah untuk menjimatkan tenaga elektrik dengan hanya menutup langsir dan pintu. Menutup langsir pada waktu siang dapat mengelakkan matahari dari memasuki dan rumah menjadi panas dan mengurangkan haba sebanyak 30%. Jadi, anda tidak perlu membuka penyaman udara untuk menyejukkan rumah kerana kepanasan itu dapat dikurangkan.
Cara yang lain juga apabila anda mempunyai kediaman dua tingkat, tutup pintu di belah atas apabila sekeluarga berada di bawah untuk menjimatkan penggunaan penyaman udara. Ini merupakan salah satu aplikasi yang terbukti oleh sains sendiri.
Walaupun mempunyai penyaman udara, tetapi membuka tingkap pada waktu malam juga dapat menjadikan anda selesa dengan keadaan yang sejuk lantas menjimatkan tenaga elektrik. Tetapi pastikan tiada binatang yang masuk, letakkan jaring di tingkap untuk mengelak dari binatang yang merbahaya seperti nyamuk.
4. MENGGANTIKAN ‘WEATHER STRIPPING’
Ramai yang tidak tahu akan ‘weather stripping’ yang mana digunakan di pintu atau tingkap untuk mengelakkan dari bendasing memasukinya dan juga untuk mengekalkan udara di dalam rumah lebih baik. Mungkin ada yang menganggap benda ini mudah tetapi ini dapat menjimatkan duit anda dan udara di dalam rumah lebih nyaman.
5. MENYATUKAN PETI SEJUK ANDA.
Adakah anda mengasingkan peti sejuk anda mengikut barangan tertentu seperti peti sejuk yang dikhaskan untuk minuman atau untuk musim tertentu? Jika peti sejuk tersebut tidak memenuhi muatan sepenuhnya adalah lebih baik anda menyatukan kesemua bahan dalam satu peti sejuk tanpa perlu mengasingkannya.
Ini dapat menjimatkan tenaga elektrik dan mencabut kesemua peti sejuk yang tidak digunakan. Peti sejuk antara perkakas eletrik yang banyak menggunakan ternaga eletrik.
6. MENGURANGKAN KEGUNAAN PERKAKAS BESAR YANG MENGGUNAKAN BANYAK TENAGA ELEKTRIK.
Walaupun kebanyakkannya alatan perkakas besar itu menggunakan tenaga yang efisien, tetapi alatan tersebut masih menjadi sebab peningkatan bil elektrik. Anda tak perlu risau kerana ada beberapa tips untuk anda menjimatkan kos penggunaan tersebut.
Ikuti dua langkah mudah ini:
- Guna apabila sudah mencapai muatan penuh jadi tidak perlu menggunakannya dengan kerap.
- Guna bukan pada waktu kemuncak seperti selepas pukul 8 malam atau waktu kadar elektrik lebih rendah.
Berikut cara menjimatkan duit bagi setiap alatan :
- Mesin basuh – lakukan basuhan dengan menggunakan air sejuk tanpa menggunakan tenaga elektrik untuk pemanasan juga dapat memastikan pakaian anda masih dalam keadaan bersih.
- Pengering – biarkan matahari menjadi pengering semulajadi untuk pakaian anda. Mungkin ada sesetengah masyarakat tidak mempunyai kesempatan untuk menyidai terdedah dengan matahari atas faktor tempat atau kesibukan, tetapi anda pasti berpuas hati apabila dapat mencubanya.
- Mesin membasuh pinggan basuh– segala macam pinggan mangkuk atau periuk tidak perlu melalui pengering malah boleh dilakukan secara manual seperti mengelap menggunakan tuala. Cara lain juga dengan meninggalkan pintu mesin secara terbuka dan membiarkan udara mengeringkannya sendiri.
7. MEMATIKAN LAMPU YANG TIDAK DIGUNAKAN
Berapa kali ibu akan memarahi ketika kecil kerana tidak mematikan lampu sebelum keluar rumah? Ini kerana perkara ini akan menaikkan bil elektrik seolah-olah anda menggunakan lampu tersebut dan ianya amalan membazir yang boleh diubah dengan mudah.
Pasti anda mahu berjimat dan mahu membelanjakan duit kepada perkara yang lebih berfaedah . Jadi, langkah ini sangat mudah kerana sudah disedari sejak kecil lagi akan kepentingannya dan wajib untuk dibuat oleh setiap individu.
8. MANDI MENGGUNAKAN SIRAMAN AIR SEJUK.
Air memerlukan tenaga eletrik untuk dipanaskan jadi ambil langkah dengan menggunakan air sejuk tanpa menggunakan tenaga elektrik untuk memanaskannya. Air sejuk juga lebih baik dan menyegarkan badan. Anda dapat merasai kesegaran yang berbeza selepas mandi menggunakan air sejuk atau air biasa.
Antara kebaikan mandi air sejuk ialah:
- Membakar lemak – Percaya atau tidak, mandi menggunakan air yang sejuk pada waktu pagi membantu untuk pembakaran lemak.
- Pemulihan selepas bersenam – Mandi menggunakan air sejuk boleh mengelak dari sakit badan dan keletihan, ianya juga dapat membaiki otot yang telah digunakan, ini sudah dibuktikan dengan kajian. Banyak atlet luar dan dalam negara yang merendam badan menggunakan ais selepas melakukan latihan.
- Menyihatkan kulit dan rambut – Mandian air sejuk boleh mengurangkan jerawat, ia membantu mengetatkan liang roma dan pori kulit. Rambut juga akan menjadi lebih bersinat kerana ia menutup kutikel rambut, kotoran tidak boleh berkumpul di kulit kepala apabila kutikel ini tertutup.
Sumber: NCBI, JOSLIN, MEDICAL DAILY
KESIMPULAN
Ramai yang tidak tahu apabila tidak menggunakan ketuhar dapat mengurangkan tenaga elektrik. Banyak lagi perkakas elektrik yang menggunakan jumlah watt yang lebih rendah seperti ketuhar mikro yang mana 4 kali lebih efisien berbanding ketuhar biasa.
Langkah-langkah yang disebutkan sememangnya menjimatkan tenaga elektrik sekaligus menjimatkan wang. Jadi sekarang terpulang kepada anda untuk memilih langkah mana yang anda akan mulakan dahulu. Adalah dinasihatkan untuk mengamalkan tips dan cara diatas secara berkala supaya ia akan lebih konsisten. Selamat berjaya!
Tinggalkan Pesanan
Anda Mungkin Berminat :-
Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com