TIPS jana pendapatan dengan Google
Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.
Google Adsense ialah program pengiklanan yang membolehkan anda memasukkan iklan di dalam website, blog atau video Youtube dan anda akan dibayar apabila pembaca klik video anda.
Iklan tersebut dibina oleh bisnes-bisnes yang menggunakan program Google Adwords dan dimasukkan ke dalam website menggunakan code-code yang tertentu dalam website tersebut.
Untuk webite yang baru, program Google Adsense adalah cara yang cepat dan mudah untuk menjana pendapatan, ini antara sebab mengapa ianya popular.
KELEBIHAN DAN KEKURANGAN
Google adsense mempunyai banyak kelebihan dan kebaikan. Antaranya ialah:
- Percuma
- Syarat kemasukan tidak ketat, website baru juga boleh mendaftar
- Terdapt pelbagai jenis iklan dan mudah untuk diolah
- Google akan membayar kepada anda secara direct deposit setelah jumlah duit yang terkumpul mencapai $100
- Anda boleh meletakkan iklan di banyak website dengan hanya 1 Google Adsense akaun
- Boleh diletakkan dengan mudah dan berkesan
Disamping kelebihan terdapat juga kekurangan Google Adsense, antaranya ialah:
- Bukan program cepat kaya, anda perlukan masa yang lama untuk mendapatkan penjanaan pendapatan yang satbil dari program ini
- Mempunyai undang-undang yang agak ketat menyebabkan banyak website melanggarnya dan di senarai hitamkan.
JENIS-JENIS IKLAN ADSENSE
Terdapat banyak jenis iklan yang boleh dikeluarkan dlam pelbagai bentuk oleh Google Adsense untuk diletakkan di dalam website. Antaranya ialah dlam bentuk ayat, gambar, media, video, gambar bergerak dan enjin pencarian.
Dalam bentuk ayat dan gambar antara yang paling kerap di gunakan samada dalam bentuk Ad Unit atau link iklan. Ianya juga di keleluarkan dalam pelbagai bentuk dan saiz yang boleh di olah sendiri.
PEMBAYARAN GOOGLE ADSENSE
Google akan membayar anda secara terus setelah penjanaan anda mencapai $100. Jika anda tidak menjana $100 di dalam satu bulan, julkah kutipan pada bulan yang tidak mencapai $100 itu akan dibawa dan ditambah pada bulan berikutnya sehingga ia mencapai $100.
Setiap kali kutipan mencapai $100 Google akan issue pembayaran pada bulan berikutnya melalui Google Adsense akaun. Untuk melihat jumlah kutipan, anda boleh lihatnya di akaun Google Adsense itu sendiri. Banyak lagi informasi tentang website dan details pengiklanan yang boleh dilihat.
MULA JANA PENDAPATAN DENGAN ADSENSE
Untuk menjana pendapatan dengan Adsense memerlukan pelan. Disini kami sediakan beberapa tips yang boleh anda mulakan untuk mula menjana pendapatan dengan Adsense.
1. Baca peratuan yang ditetapkan oleh google
Sesebuah website perlu mengikut peraturan yang telah ditetapkan oleh google. Ia adalah amat penting untuk memastikan anda boleh mendaftar akaun Adsense dan website anda boleh rank di google dengan lebih berkesan.
Untuk peraturan Adsense anda boleh lihatnya DISINI
2. Jangan sesekali cuba untuk klik iklan di website anda sendiri atau minta kawan klik untuk anda
Google amat tegas sekali dengan peraturan dan mereka tidak mudah untuk memafkan rayuan, jadi jangan cuba buat apa-apa untuk manipulasi views dan klik iklan di laman web anda. Mereka mempunyai algorithm mereka sendiri yang maju untuk mengesan apa-apa manipulasi dari pengguna.
3. Sediakan isi yang menarik dalam website
Dengan isi yang menarik dan memberi manfaat kepada pembaca, secara automatic akan membantu jumlah tontonan di website. Dengan bertambah jumlah tontonan, bertambah lah penjanaan dari Adsense.
4. Pastikan website anda selesa digunakan oleh pengguna smartphone
Jumlah pembaca yang menggunakan smartphone adalah amat tinggi, pastikan anda tidak terlepas pandang pada pengguna ini. Dengan mengambil berat tips ini juga akan memudahkan google untuk menentukan saiz iklan yang sesuai untuk website anda.
5. Letak leaderboard iklan dibawah tajuk atau logo website
Ini antara tempat yang strategic untuk meletakkan iklan kerana tempat ini tidak menganggu penumpuan pembaca dan mudah dilihat.
6. Pantau penjanaan
Google akan menyediakan anda feedback dan alat yang boleh membantu anda untuk menanalisis website. Gunakan bantuan ini dengan sebaiknya dan analisi data dengan teliti untuk mendapatankan result yang lebih baik pada masa hadapan.
7. Baca email yang diberikan Google
Kadangkala google akan emailkan kepada anda informai penting berkenaan dengan website. Kadang kala ianya berupa amaran tentng sesuatu yang akan mengakibatkan negative result pada website anda.
Lebih buruk lagi, jika dibiarkan Google akan menghalang anda dari mengikuti program Adsense. Jadi anda perlu berhati-hati.
Tinggalkan Pesanan
Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com
Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang
Anda Mungkin Berminat :-
Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com