KEWANGAN DAN PERKAHWINAN: BAGAIMANA MENGURUSKAN KEWANGAN KEDUA BELAH PIHAK TANPA DRAMA.
Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.
Apabila dalam isu perkahwinan dan kewangan, terdapat banyak cara untuk uruskan kewangan suami dan isteri.
Kalau nak ikutkan hukum. Pendapatan yang dijana oleh isteri adalah milik isteri sepenuhnya. Tetapi adalah lebih baik digabungkan untuk kegunaan keluarga dengan izin isteri kerana ianya lebih banyak kebaikan dari keburukan.
Keluarga akan menjadi lebih harmoni jika kedua-duanya tidak berkira menyumbang untuk kebaikan keluarga. Masing-masing saling terbuka dalam hal kewangan jika masing-masing bersetuju untuk menggabungkan pendapatan.
Disini beberapa langkah yang boleh dipraktikan jika pendapatan anda digabungkan.
KEWANGAN DAN PERKAHWINAAN: FASA PERMULAAN
Pada fasa ini dipanggil fasa strategi. Susun jadual anda, tetapkan satu masa untuk berjumpa dan sama-sama berbincang mengenai kewangan masing-masing. Anda boleh panggil ianya sebagai meeting kewangan atau dating kewangan, terpulang kepada masing-masing. Di dalam ini anda berbincang mengenai asas-asas untuk menguruskan kewangan keluarga, pastikan tidak bercampur hal-hal lain.
Susun Jadual Meeting Kewangan.
Meeting ini perlulah dibuat secara berkala untuk memastikan semua berjalan dengan lancer. Mungkin seminggu sekali atau 2 minggu sekali duduk bersama dan berbincang secara santai.
Sebelum meeting tersebut, senaraikan isu-isu untuk dibaincangkan bersama. Masing-masing perlulah tahu mengenai status kewangan masing-masing, berapa pendapatan, hutang, komitmen dan kos gaya hidup sebelum berkahwin. Jika tidak pernah berbincang mengenai perkara ini, bincanglah, masih belum terlambat.
Untuk meriahkan lagi suasana meeting tersebut, mungkin boleh sediakan sedikit makanan ringan, minuman dan lakukannya dengan santai. Mungkin akan ada isu-isu yang tidak dipersetujui semasa perbincangan, tetapi apa yang penting, ingat tujuan meeting tersebut: Untuk mengelak dari masalah kewangan yang dihadapi keluarga semasa berumah tangga.
Kebanyakan pasangan akan wujud isu dalam hal kewangan keluarga terutama keluarga yang baru berumah tangga dan duit boleh menjadikan keretakan rumah tangga. Dengan adanya meeting ini, persetujuan dari kedua belah pihak akan dapat hidar dari perkara tersebut berlaku dan masing-masing berjalan dalam arah yang sama.
Berbincang Mengenai Perkara Asas
Semasa meeting, berbincang mengenai asas-asas kewangan masing-masing seperti pendapatan, hutang, aset, dan yang paling penting adalah matlamat kewangan. Jika berkongsi akaun bank, adalah lebih baik berkongsi satu matlamat yang sama untuk masa depan keluarga.
Disini kami sediakan beberapa matlamat atau persoalan yang boleh dijadikan contoh. Adakah anda hendak melangsaikan hutang dengan cepat? Adakah anda hendak mempunyai rumah sendiri satu hari nanti? Bagaimana pula dengan bersara dengan awal? Melancong luar negara?. Jika sebuah keluarga mempunyai matlamat kewangan yang sama, akan memudahkan lagi proses pengurusan kewangan keluarga.
Sebagai contoh, jika matlamatnya untuk membayar downpayment perumahan, mudah untuk tentukan, hendak beli sofa baru atau simpan dulu angan-angan dan tunggu lain masa. Utamakan rumah dahulu. Keputusan ini akan dipersetujui oleh kedua belah pihak kerana masing-masing tahu matlamat yang perlu dikecapi.
jika isteri mahu makan di tempat yang mahal, cadangkan satu tempat yang murah, jimat sedikit untuk masa itu dan masukkan duit yang mungkin lebur tadi kedalam akaun matlamat.
Keputusan kecil seperti ini akan memastikan matlamat tersebut dapat direalisasikan dan mengeratkankan lagi hubungan kekeluargaan. Baik untuk perkahwinan itu sendiri.
Ketahui Perbezaan
Pada setiap pasangan, ada perbezaan masing-masing. Seorang yang penjimat dan seorang lagi seorang yang berbelanja. Kedua-duanya mempunyai kebaikan dan keburukan. Sebenarnya, masing-masing saling melengkapi.
Penjimat boleh bantu pebelanja menyimpan untuk kegunaan jangka masa panjang dan pebelanja boleh membantu berbelanja dan merasai keseronokan yang perlu dilakukan dalam jangka masa tertentu.
Penting untuk mengetahui perbezaan tersebut dan hargai karakter masing-masing. Ia bukan isu siapa yang lebih bagus dalam soal duit dan siapa yang tidak. Ia adalah mengenai kefahaman karater masing-masing dan sama-sama belajar tentang masing-masing dan fikirkan bagaima hendak gunakan karakter masing-masing untuk mencapai matlamat kewangan keluarga.
Pastikan Perbincangan Berjalan
Meeting kewangan keluarga perlu dibuat secara berkala. Meeting ini perlu diletakkan di dalam calendar masing-masing sebagai perkara yang wajib, mungkin seminggu atau sebulan sekali. Sebaiknya seminggu sekali.
Jangan takut untuk suarakan pendapat di dalam perbincangan dan buat senarai yang jelas tentang matlamat kewangan keluarga supaya semua tahu dan bersama-sama usaha untuk merealisasikannya.
KEWANGAN DAN PERKAHWINAN: 4 PILIHAN CARA MENGGABUNGKAN PENDAPATAN DALAM SATU AKAUN.
Setelah masing-masing telah mengetahui mengenai status kewangan masing-masing, pendapatan, hutan dan sebagainya. Tiba masa untuk belajar tentang cara untuk gabungkan kewangan masing-masing. Ada 4 cara yang boleh dipraktikan untuk menggabungkan kewangan dan uruskan duit secara bersama.
1. Gabungkan Kesemuanya
Kedua-dua belah pihak, bila berkaitan dengan duit, gabungkan kesemua duit tersebut dalam satu akaun. Jika ada, laburkan wang dalam satu akaun dan letakkan nama kedua-duanya dalam butir akaun tersebut.
Apabila hendak berbelanja, keluarkan duit dari akaun tersebut dan belanjakan. Tidak ada akaun individu untuk dibelanjakan secara individu. Cara ini akan berjalan dengan baik jika kedua-dua pasangan mempunyai karakter penjimat dan penyimpan.
Jika salah seorang bersifat berbelanja, adalah lebih baik untuk mempunyai akaun yang lain yang berlainan dengan akaun keluarga.
2. Menyediakan Akaun Bersama
Mungkin anda tertanya-tanya, untuk apa akaun khas ni. Akaun bersama ini ialah satu akaun yang mana duit di dalamnya adalah duit bersama. Dari akaun ni akan membayar komitmen yang dikongsi, seperti sewa rumah, barang basah rumah, percutian keluarga dan lain-lain lagi.
Kedua pihak mempunyai penjanaan pendapatan sendiri, setiap bulan, bahagikan sebahagian jumlah yang dipersetujui di dalam akaun khas tersebut dan gunakan akaun individu untuk berbelanja. Tidak ada persoalan atau isu yang timbul jika berbelanja menggunaka duit dari akaun individu.
Pembahagian duit di akaun bersama dan akaun individu perlulah dengan jumlah yang dipersetujui dan jumlah tersebut mestilah cukup untuk membayar perkara yang wajib dibayar. Sedikit simpanan perlu di masukan sekali dalam akaun tersebut.
3. Pembahagian Mengikut Peratus
Seperti yang dinyatakan tadi, terdapat 2 akaun, akaun bersama dan akaun individu.
Cara untuk membahagikan jumlah duit untuk dimasukkan dalam akaun bersama adalah mengikut peratus. Masing-masing mempunyai jumlah pendapatan yang berlainan jadi pembahagian mengikut peratus adalah salah satu cara yang baik. Contohnya 50% pendapatan isteri dan 80% pendapatan suami di masukkan dalam akaun bersama.
Mungkin ini tidak kelihatan adil bagi pihak yang mempunyai pendapatan yang tinggi tetapi ianya boleh dilakukan dengan adil jika dikurangkan kadar peratusan tersebut. Kadar tersebut mestilah kadar yang dipersetujui oleh kedua pihak.
4. Pembahagian Mengikut Nilai
Kaedah ini sama dengan kaedah peratusan, cuma ia dalam bentuk nilai pendapatan itu sendiri. Sebagai contoh, jika kewangan rumah sebulan RM 6000, setiap seorang memberiRM 3000 melalui pendapatan tidak kira berapa pendapatan yang dijana.
Pilih Yang Terbaik
Sebenarnya, banyak lagi cara untuk membahagikan kewangan keluarga dan 4 cara ini antara cara-cara yang mungkin boleh dipraktikan kerana ianya mudah dan berkesan.
Seeloknya, bagi yang baru berkahwin, digalakkan untuk menggabungkan semua pendapatan sehingga kewangan keluarga betul-betul kukuh, baru praktikan pembahagian tertentu.
KEWANGAN DAN PERKAHWINAN: UPDATE AKAUN-AKAUN YANG DIBUAT
Setelah masing-masing bersetuju pembahagian akaun yang dibuat dan berapa banyak akaun yang ada, tiba masa untuk belajar cara untuk update bajet akaun tersebut.
Cipta Bajet keluarga
Terdapat banyak cara untuk mencipta bajet keluarga dan banyak apps-apps yang berada di smartphone yang boleh di muat turun. Ini beberapa cara yang boleh di gunakan untuk menulis bajet keluarga
- Fesyen lama: pen dan kertas
- Guna excel spreadsheet
- Apps Honeydue : apps untuk yang berpasangan
- Apps YNAB (You Need a Budget): untuk mengurus kewangan peibadi
Walaubagaimanapun cara anda menulis bajet keluarga, pastikan ianya sesuatu yang boleh diakses kedua pihak dan pantau secara berkala
Jika masing-masing bersetuju untuk membuka akaun lebih dari satu, untuk akaun bersama boleh di lakarkan bajet dalam cara-cara di atas. Kami nasihatkan untuk berlaku jujur dengan apa-apa isu yang berlaku, hutang, perbelanjaan dan sebagainya
Bahagikan Tugas Kewangan Kepada Individu
Antara perkara yang penting untuk memastikan kewangan keluarga berjalan dengan lancer, berikan dan bahagikan tanggungjawab kewangan kepada individu. Sebagai contoh, tugas membayar bil, check kredit, melabur boleh ditugaskan untuk seorang sahaja.
Kadang kala, lebih bagus jika kedua-duanya mengambil peranan, tetapi untuk kelancaran dan tidak memeningkan kepala masing-masing, adalah lebih baik untuk tugaskan seorang sahaja.
Pihak yang ditugaskan perlulah menjalankan tugas dengan jujur dan sentiasa update kepada pasangan supaya tiada isu dan konflik yang berlaku.
KESIMPULAN
Logiknya, anda akan bercakap tentang duit sebelum berkahwin atau pada fasa pertunangan. Pada fasa ini disyorkan untuk menggabungkan pendapatan masing-masing.
Ianya bagus untuk mempratikan dengan lebih awal. Selepas perkahwinan, kewangan masing-masing bukanlah perkara yang perlu di rahsiakan, ianya perlu dibincang secara terbuka. Dalam kehidupan duit bukanlah punca stress, ia boleh dijadikan pengerat hubungan kekeluargaan jika masing-masing bertolak ansur. Sesuatu yang masing-masing berkorban dan sama-sama usaha untuk mencapai matlamat keluarga
Jika anda belum berbincang mengenai kewangan dengan pasangan, lebih baik untuk mula harini ni. Mungkin ianya permulaan untuk sesuatu yang besar dan hebat untuk manfaat bersama. Semoga berjaya !!
Tinggalkan Pesanan
Anda Mungkin Berminat :-
Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com