Tips Untuk Berjaya Dalam Marketing Facebook

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Untuk berjaya dalam bisnes melalui facebook, anda perlu memahami peluang yang terhidang melaluinya terlebih dahulu dan bagaimana ianya berlainan dengan platform media yang lain. Cara untuk menggunakannya adalah berlainan.

1. Jangan gunakan facebook untuk “hard sell”

Kebanyakan individu menggunakan facebook untuk gembira bersosial dengan rakan-rakan. Chatting, kongsi gambar, dan video. Apa yang anda perlu buat adalah jadi sebahagian dari keseronokan mereka.

Jangan jadi orang luar yang berbisnes secara aggresif, lebih teruk lagi mengganggu ketenteraman mereka untuk berseronok.

Apa itu taktik “hard sell”?

Taktik ini adalah mempromosikan spesifik barang di dalam iklan dengan jelas dan berkali-berkali. Ada masa ianya bagus. Tetapi bagi iklan di facebook ianya tidak bagus. Ia akan mengakibatkan page anda di unfollow dan mereka akan memberikan komen yang negative di post tersebut.

2. Mempunyai matlamat dan strategi yang jelas

Penting untuk seseorang itu tahu tentang apa yang hendak mereka kecapi melalui Facebook tersebut dan strategi bagaimana hendak mengecapinya.

Sebagai contoh, kedai kopi mahu meningkatkan hasil jualan mereka melalui Facebook sebanyak 10% peningkatan dalam masa setahun. Strategi mereka perlulah

Cipta post setiap pagi. Beritahu pelanggan menu-menu yang menarik dan offer sekali kupon kepada mereka jika menunjukkan post tersebut di kedai.

Post setiap hari gambar produk dan servis yang mereka sediakan. Pastikan ianya menarik dan mengiurkan

Membuat peraduan kepada pelanggan dengan hashtag kedai copy tersebut di post mereka

Ini antara strategi yang boleh dibuat. Tetapkan matlamat dan strategi akan memberikan anda gambaran dalam marketing. Ingat apa matlamat anda dan apa strategi yang perlu dibuat.

3. Pastikan page bisnes anda aktif

Pengguna facebook kebiasaannya suka untuk bercakap dengan orang yang sebenar, bukan robot. Jadi sesiapa admin page tersebut perlu aktif dan berhati-hati dalam percakapannya. Gunakan cara dan style yang sesuai dengan bisnes yang dibuat.
Jangan cepat hilang sabra apabila diuji,berikan semua potential sutomer anda layanan yang baik, tidak kira umur dan bangsa.

4. Post secara berkala

Berlainan dengan media seperti majalah atau televisyen atau website, Facebook adalah social media yang perlu di update secara berkala.

Menurut kajian mengatakan, pengguna facebook memeriksa page mereka lebih daripada 25 kali dalam seminggu dan tanamkan dalam fikiran mereka yang anda aktif dan sering mengeluarkan bahan bacaaan untuk mereka secara konsisten

Sesetengah panduan mengatakan anda perlu untuk post di dalamnya sekurang-kurangnya seminggu sekali dan post tersebut perlulah berkualiti dan menarik perhatian mereka

5. Reply kepada komen secepat yang boleh

Pengguna facebook yang mendapat respon dariapda anda akan menanamkan minat yang lebih kepada page anda. Facebook juga mempunyai indicator kepada response sesuatu page. Semakin tinggi indicator tersebut semakin bertambah kepercayaan mereka kepada anda

Apabila terdapat komen atau mesej daripada mereka, reply secepat yang mungkin dalam masa 24 jam. Gagal berbuat demikian akan melemahkan hubungan anda dengan mereka dan kemungkinan mereka akan bergerak kepada page yang lain yang lebih baik.

6. Optimumkan penggunaan gambar dan video

Gambar dan video adalah elemen yang utama di dalam Facebook. Gunakan ia untuk berhubung dengan kawan dan pastikan mereka tertarik dengan bahan tersebut. Sebagai contoh, jika anda menjual pakaian, anda boleh post gambar apabila baju anda sampai ke tangan anda atau letak kan gambar anda sedang bekerja mengemas baju.

Jadikan ianya lebih menarik dengan edit gambar tersebut supaya kelihatan kelakar atau sediakan contest untuk mereka yang lihat. Kebanyakan mereka gemar berada di Facebook kerana ianya menyeronokkan dan apabila anda berjaya menghiburkan mereka, ia satu marketing yang baik.

Selain itu, kajian menunjukkan discount dan giveaway adalah sebab yang popular untuk seorang pelanggan mengikuti sesuatu page. Jika anda tidak mahu, pertandingan atau games juga boleh dibuat untuk memastikan page anda meriah.

7. Sediakan jadual untuk content di Facebook

Post yang akan diletakan di dalam platform tersebut perlu dalam keadaan teratur dan tersusun. Di Facebook terdapat banyak jenis post yang boleh dilakukan seperti stories, status, dan group post. Semua jenis post ini perlu dioptimumkan dengan sebaiknya.

Untuk memilih jenis post yang mana perlu di gunakan, anda perlu lakukan kajian. Yang mana daripada post tersebut mendapat lebih reaksi daripada orang ramai. Tumpukan jenis post tersebut tetapi jangan tinggalkan jenis yang lain.

8. Promosikan facebook page

Jangan malu untuk meminta orang ramai follow page Facebook anda. Lakukan promosi melalui social media yang lain seperti Instagram, whatsapp dan sebagainya. Jika boleh, di dalam surat, email dan bisnes kad letakkan sekali link kepada facebook page anda. Letakkan di semua tempat yang boleh dicapai oleh pelanggan.

9. Pastikan strategi Facebook ads yang ingin dibuat

Untuk membina audience tidak boleh dilakukan dalam semalaman sahaja. Ianya perlukan masa. Lakukan kajian tentang teknikal pengiklanan di Facebook. Buat pengetahuan anda, secara global, terdapat lebih 4 juta  pengiklan yang membuat iklan di facebook dan untuk click through rate secara purata, hanya 9% sahaja.

Belajar cara untuk mengoptimumkannya dan jangan takut untuk membuat kesalahan. Kesalahan tersebut perlu dibetulkan. Konsep try and error adalah salah satu bentuk pembelajaran yang baik.

10. Facebook Insight

Facebook Insight adalah teknoli yang Facebook sertakan sekali di page untuk membantu anda menganalisis page tersebut. Ia akan memberitahu banyak maklumat tentang orang ramai yang memilih untuk follow page anda.

Setelah anda tahu karakter follower anda, pastikan post yang dibuat adalah sesbuai dengan karater tersebut. Ini akan membuatkan mereka lebih tertarik.

Sebagai contoh, sebagai contoh, follower facebook anda kebanyakannya mereka yang berumur 18 hingga 25 tahun, jadi dengan maklumat ini, sediakan produk atau post yang sesuai dengan range umur ini. Seperti sesuatu yang hipster, info tentang remaja dan sebagainya.

Untuk belajar lebih lanjut tentang Facebook Insight anda boleh lihatnya DISINI 

KESIMPULAN

Ini merupakan tips yang kebiasaannya diguna pakai oleh usahawan, sebenarnya terdapat banyak lagi info tentang marketing di facebook yang perlu dikuasai oleh usahawan terutama dari segi teknikal.

Untuk post yang akan datang, insyaAllah kami akan kupaskan tentang teknikal marketing di Facebook. Pastikan anda subscribe email Hustleaim dan Semoga Berjaya !

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com