CARA MENGURUS KEWANGAN PERNIAGAAN YANG PENTING UNTUK TAHU

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Mengurus kewangan bisnes merupakan ujian kepada semua usahawan, terutama usahawan baru yang tidak ada asas kewangan. Antara punca sesuatu bisnes itu maju, adalah kerana strategi dan cara menguruskan kewangan yang berkesan dan bagus. Cara-cara tersebut boleh dipelajari melalui pengalaman dan pembacaan.

Langkah yang paling penting yang perlu dibuat oleh usahawan adalah belajar selok belok perniagaan. Dengan mempelajari skil asas untuk menjalankan sesuatu perniagaan-seperti belajar cara menhguruskan kewangan, asas perakaunan atau membuat pinjaman dari pihak bank-usahawan akan mencipta satu kewangan yang kukuh untuk bisnes tersebut.

Di sini kami menyediakan tips dan cara yang perlu diikuti oleh usahawan untuk memastikan kewangan dalam keadaan baik.

1. ASINGKAN KEWANGAN BISNES DAN KEWANGAN PERIBADI

Sebelum anda bergerak lebih jauh tetang kewangan perniagaan ini, anda perlu buat satu perkara yang paling penting: anda perlu untuk mengasingkan antara kewangan bisnes dan peribadi. Kenapa ini penting?

First, asingkan antara kewangan bisnes dan individu penting untuk memudahkan pengurusan kewangan dan cukai. Dengan mengasingkan mereka juga, akan memudahkan anda untuk mengenal pasti antara duit bisnes dan buit peribadi. Dua jenis duit ini tidak boleh disekalikan sekali dalam satu tempat.

Kewangan bisnes nanti boleh dijadikan modal untuk mengembangkan perniagaan, menggaji pekerja, membayar kos pengiklanan, membaiki kerosakan premis dan sebagainya yang berkaitan dengan perniagaan itu sendiri.

Antara faedah lain adalah, jika anda mengasingkan dua kewangan ini, kewangan peribadi anda akan dilindungi jika perniagaan mengalami masalah undang-undang. Pihak berwajib tidak mempunyai kuasa atas akaun peribadi jika masalah berkaitan dengan perniagaan kerana ianya satu entiti yang berlainan.

Buka Akaun Bank Lain Untuk Perniagaan

Antara cara terbaik untuk mengasing kan dua kewangan ini adalah dengan mengasingkan akaun bank. Cipta satu akaun bank khas untuk perniagaan. Memilih akaun bank perniagaan merupakan satu langkah yang penting. Pihak kami amat menyarakan untuk membuka akaun maybank kerana servis onlinenya yang berkesan dan mudah.

2. BERIKAN GAJI KEPADA DIRI SENDIRI

Antara masalah usahawan secara kecilan ini adalah mereka tidak memberikan gaji yang khusus kepada diri sendiri. Semua keuntungan adalah gaji mereka. Ini adalah satu kesilapan yang sering dilakukan oleh usahawan. Ingat, anda juga meripakn sebahagian dari bisnes dan adalah perlu untuk membayar gaji untuk anda sendiri waalaupun sedikit.

3. BERJIMAT

Walaupun anda pemilik kepada bisnes tersebut, tidak semestinya gaji yang ada dapat tinggi. Tidak perlu untuk sedut semua keuntungan bisnes, di dalam fasa permulaan, mungkin anda boleh kurangkan lagi kadar gaji untuk diri sendiri dan lebihkan untuk pelaburan perkembangan bisnes itu sendiri. Penjimatan yang dibuat hari ini akan menyelamatkan bisnes pada masa hadapan. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada bisnes dalam masa bertahun kehadapan.

4. BELAJAR ASAS PERAKAUNAN

Perakaunan ialah satu proses merekod, mengkelas dan mentafsir urusniaga perniagaan dengan nilai wang melalui cara yang ringkas dan sistematik. Simpan kira ialah cara merekod urusniaga perniagaan dengan tepat dan sistematik.

Antara kelemahan usahawan adalah, mereka tiada pengetahuan tentang asas-asas ini dan merasakan ianya tidak penting dan malas untuk amalkannya. Faedah yang bisnes kecilan dapat jika mengamalkan asas-asas ini adalah usahawan akan mampu untuk menyusun rekod kewangan, mengetahui kedudukan kewangan, dapat mengawal hutang, memudahkan proses perancangan dan banyak lagi

Jadi, nasihat kami untuk para usahawan di luar sana, rajin-rajinlah belajar tentang asas perakaunan. Anda boleh belajar dari usahawan lain tentang cara menguraus kewangan bisnes atau belajar dari pembacaan.

5. MELABUR UNTUK PERKEMBANGAN BISNES

Selain daripada membayar kepada diri sendiri, adalah penting untuk sediakan satu kumpulan wang untuk memastikan bisnes terus berkembang. Ini akan memastikan bisnes anda terus maju dan bergerak kehadapan dalam kewangan yang sihat. Di dalam bisnes antara yang penting adalah melihat di masa hadapan, apa yang akan terjadi pada bisnes tersebut.

Mengikut Edgar Colladdo, bisnes yang berjaya adalah bisnes yang berkembang secara berkala, berinovasi dan bersedia untuk melabur untuk masa hadapan. Pekerja yang bekerja bersama anda juga akan merasa lebih selamat untuk bekerja dengan anda. Yang paling penting, anda akan mencipta satu nilai yang baik untuk syarikat berbanding membelanjakan kewangan yang boleh di laburkan kepada bisnes untuk tujuan peribadi.

6. MULAKAN SATU TABIAT KEWANGAN YANG BAIK

Menyediakan peraturan kewangan untuk bisnes sendiri adalah satu langkah yang baik. Dengan mennyediakan peraturan kewangan, akan melindungi bisnes anda dari melabur untuk sesuatu yang taida faedah untuk perkembangan bisnes. Mungkin kadang-kala anda akan merasakan ianya perlu tetapi sebenarnya ia tidak perlu. Jadi untuk mengelakkan ini dari berlaku, sedaiakan satu peraturan kewangan bisnes.

Sebagai contoh, sediakan peraturan, sebelum membelanjakan duit bisnes ke sesuatu tempat, perlu untuk mendapat persetujuan partner yang lain atau sediakan peratusan yang tertentu untuk sesuatu penambah baikan sector. Peraturan ini juga akan memastikan tiada penipuan di dalam kewangan bisnes dan risiko pelaburan juga dapat di kurangkan.

7. PERTIMBANGKAN UNTUK MEMBUAT SENDIRI DOKUMEN PERAKAUNAN.

Secara asasnya, sebagai seorang usahwan, anda mempunyai dua pilihan di dalam menguruskan kewangan bisnes, iaitu mengupah akauntan untuk melakukan bookkeeping untuk anda atau anda membuatnya sendiri dengan menggunakan software yang mana boleh membantu untuk merekod dan merepot transaksi bisnes.

Dengan menggunakan software, kerja-kerja perakaunan akan lebih tepat dan kesalahan dari manusia dapat dielakan. Terdapat banyak software yang boleh didapati secara online. Apa yang perlu dibuat adalah gunakan yang paling sesuai untuk bisnes anda.

KESIMPULAN

Di dalam bisnes, penting untuk merancang ke hadapan. Sepanjang perancangan, akan terdapat banyak isu-isu baru yang muncul dan perlu ditangani dengan baik. Khususnya isu-isu kewangan bisnes yang mana ramai usahwan ambil mudah.

Menurut Tina Gosnold, pengasas kepada QuickBooks jika anda tidak melihat bisnes anda dalam lima ke 10 tahun kehadapan, anda sudah ketinggalan jauh kebelakang didalam persaingan. Ciptakan satu perancangan kewangan yang baik dan uruskan kewangan perniagaan dengan jujur.

Tinggalkan Pesanan

Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com