TERMA-TERMA PELABURAN YANG PELABUR PERLU TAHU (YANG BARU DAN YANG LAMA)

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Sama ada anda adalah pelajar universiti ataupun sesiapa sahaja yang masuk dalam bidang pelaburan  atau graduan baru yang mempunyai plan yang besar ataupun ibu bapa yang sedang mencari jalan untuk mengoptimumkan pendapatan, yang mana ingin memasuki bidang pelaburan. Adalah penting untuk mengetahui terma-terma pelaburan.

Tetapi untuk mengetahui tentang pelaburan itu dan hendak memulakan sesuatu pelaburan merupakan dua perkara yang berbeza. Ramai daripada pelabur-pelabur di Malaysia yang keliru dan merasakan sukar untuk mengetahui terma-terma pelaburan yang diajari oleh Sifu mereka kerana mereka tiada masa untuk terangkan satu persatu.

Sebab itu saya memutuskan untuk membuat satu list pelaburan tentang terma-terma ataupun tentang makna kepada semua pelabur-pelabur baru tentang apa yang mereka perlu tahu untuk memulakan bidang pelaburan. Secara jujurnya terdapat beratus-ratus terma-terma dalam  pelaburan, tetapi saya akan sertakan di sini beberapa terma-terma yang penting yang anda perlu tahu.

Kebanyakan terma yang saya akan terangkan adalah terma di dalam bahasa Inggeris yang mana sering digunakan oleh pelabur-pelabur di Malaysia. Yang mana kalau di dalam bahasa Melayunya tidak ramai yang gunakan dan ianya akan menjadi mengelirukan kepada pelabur-pelabur.

ASET

Aset secara generalnya atau secara mudahnya adalah apa yang kita laburkan, setiap pelaburan itu yang anda miliki merupakan aset yang akan membuat duit anda. Contoh aset adalah mutal fund, stock, bonds, real estate, dan sebagainya.

Menurut Investopedia, aset terbahagi kepada 3 kelas iaitu ekuiti (stock), income tetap (bond) dan cash equivalent. Tetapi sekarang dalam pelaburan kelas-kelas ini sudah bercampur dalam satu pelaburan, seperti hartanah dan komoditi.

Setiap kelas mempunyai cara dan srategi yang berbeza untuk dilaburkan.

BROKER

Broker adalah satu pihak yang menjadi perantaraan kita dalam urusan jual beli saham. Ia boleh jadi individu atau syarikat. Tugas mereka adalah  menjadi ejen untuk menguruskan urusan jual beli Saham di Bursa Malaysia dan mereka mempunyai akses secara langsung kepada pasaran di Bursa Malaysia. 

Setiap  Broker mempunyai caj-caj yang tertentu dan berbeza dan ianya bergantung kepada broker tersebut. Antara contoh-contoh broker adalah RHB investment bank, Maybank investment bank, BIMB securities Melaka securities dan lain-lain.

Bagi pelaburan hartanah, broker hartanah adalah satu pekerjaan yang berlainan dengan broker pasaran saham. Broker hartanah adalah individu yang mewakili pihak yang menjual property. Tugas-tugas broker hartanah adalah:

  • Menentukan nilai pasaran sesuatu harta
  • Menyenaraikan dan mengiklankan harta yang dijual
  • Menasihat pelanggan tentang offer, undang-undang dan perkara lain yang penting
  • Memberikan offer yang ditawarkan oleh pelanggan kepada penjual harta

Untuk menjadi broker, lessen adalah diperlukan. Terdapat prosedur yang perlu dijalankan oleh mereka untuk menjadi broker yang sah. Untuk perbincangan yang lebih mendalam, boleh rujuk di SINI 

DIVIDEN

Dividen adalah bayaran yang dilakukan oleh syarikat-syarikat kepada pelabur pelabur mereka. Selalunya ia dalam bentuk peratusan daripada keuntungan syarikat dan akan dibayar kepada pelabur secara quarterly atau annually atau dalam keadaan-keadaan yang tertentu.

Walaubagaimanapun tidak semua company membayar dividen dan dividen yang dibayar kepada  pelabur adalah tidak tetap dan boleh naik atau boleh turun dan penting juga untuk kita melabur di dalam syarikat-syarikat yang memberi dividen.

Terdapat juga pelabur yang melabur dalam dividen. Mereka membeli stock syarikat yang membayar dividen untuk mendapatkan pulangannya secara berkala. Apa yang perlu dimbil kira adalah

  1. Keselamatan dividen ( labur dalam syarikat yang selamat)
  2. Pilih satu strategi yang berkesan dan gunakan secara berkala

Untuk perbincangan yang lebih mendalam tentang dividen, anda boleh bacanya di SINI 

PORTFOLIO

Port folio adalah secara mudahnya kesimpulan kepada pelaburan anda termasuklah stock, bond, cash, real estate dan semua yang berkaitan dengan pelaburan.

Di dalam portfolio, kita boleh lihat status seseorang pelaabur mengenai pelaburan mereka. Pelabur akan membina portfolio mereka berdasarkan dengan kadar risiko dan objektif pelaburan. Setiap pelabur mempunyai portfolio yang berbeza dan kadang kala seorang pelabur mempunyai portfolio lebih dari satu kerana setiap portfolio berlainan objektif.

Untuk perbincangan lebih lanjut tentang portfolio, boleh lihatnya di SINI.

RETURN/ CAPITAL GAIN

Return ini merujuk kepada keuntungan ataupun pekembangan duit yang anda buat daripada pelaburan. Ini juga dikenali sebagai Capital gain. Return selalunya dinyatakan dalam bentuk peratus dari nilai pelaburan. Sebagai contoh, Kalau anda melabur sebanyak RM10 di dalam sesuatu syarikat dan untung pelaburan adalah RM1 maka nilai return tersebut adalah 10 persen.

LOT

Lot adalah merujuk kepada jumlah saham yang ingin dibeli didalam sesuatu pelaburan Bursa Malaysia. Jika ingin membeli sesuatu saham syarikat, minima lot yang perlu dibeli adalah satu lot yang mana bersamaan dengan 100 unit.  Sebagai contoh jika harga saham tersebut bernilai RM0.20 maka 100 unit bersamaan dengan RM20 bermakna 1 lot bersamaan dengan RM20.

RISIKO

Risiko dalam pelaburan adalah dengan bahasa mudahnya adalah sesuatu kemungkinan yang anda akan kehilangan duit di dalam sesuatu pelaburan. Setiap pelaburan yang anda buat mempunyai  risiko-risiko yang tertentu. Menurut Economictimes, risiko pelaburan adalah kemungkinan atau kebarangkalian untuk terjadi sesuatu kerugian di dalam harapan untuk mendapatkan keuntungan di dalam sesuatu pelaburan.

Tidak ada satu pelaburan pun yang 100 peratus guarantee yang anda akan buat duit. Tetapi anda perlu tahu risiko ini kita boleh kurangkan yang mana akan memberi keuntungan kepada pelabur dengan lebih berkesan.

REAL ESTATE

Di dalam pelaburan merujuk kepada barang fizikal yang anda laburkan dengan harapan yang ianya akan meningkat harga untuk mendatangkan keuntungan. Jika anda mempunyai rumah itu dikira sebagai pelaburan Real Estate. Kalau anda membeli sebidang tanah Dengan niat untuk menjual kepada pengusaha pada masa akan datang itu dikira sebagai pelaburan Real Estate.

Cara biasa yang pelabur melabur di dalam Real Estate adalah dengan membeli tanah atau pembangunan melalui Real Estate Investment Trust (REIT). Yang mana syarikat syarikat yang memberikan servis ini akan melaburkan duit kita di dalam aset mereka. Dengan cara ini kita boleh mengurangkan risiko pelaburan.

Antara contoh syarikat pelaburan REIT di Malaysia yang didaftarkan di dalam Bursa Malaysia adalah

IGB REIT, Pavillion REIT, Capitaland Malaysia Mall Trust dan Mrcb-Quill Reit. Mereka ini telah didaftarkan dan selamat dari sebarang penipuan.

STOK

Stok adalah bahagian syarikat yang dijual kepada pelabur. Dengan membeli share stok syarikat tersebut anda menjadi sebahagian daripada pemilik syarikat tersebut. Selalunya orang ramai melabur di dalam stock atas dua sebab. Yang pertama adalah untuk menjadikan ia sebagai satu pendapatan melalui dividen payment. Dan yang kedua adalah untuk meningkatkan nilai duit mereka dengan membeli share tersebut dan menjualnya bila ia menjadi lebih berharga.

UNIT TRUST

Unit Trust  atau dalam bahasa Melayunya Unit Amanah adalah satu pelaburan yang dikeluarkan oleh Syarikat pengurusan Unit Amanah. Syarikat ini akan mengumpul duit orang ramai yang berminat untuk melabur dan syarikat akan menjadi wakil untuk melaburkan duit tersebut bagi pihak mereka. Dalam bahasa mudahnya adalah kita berikan duit kepada syarikat tersebut untuk diuruskan dalam pelaburan dan kita memberikan kepercayaan kepada mereka untuk mengembangkan duit kita

Antara contoh Unit Amanah di Malaysia adalah PMB investment Berhad, Phillip Mutual Berhad, Kenanga, RHB Asset Management, Public Mutual dan banyak lagi.

KESIMPULAN

Untuk  menceburi dalam bidang pelaburan adalah sedikit mengelirukan tetapi ianya akan menjadi mudah. Jika anda  ceburi bidang ini dengan betul. Untuk memulakan pelaburan adalah penting untuk kita mencari guru yang boleh mengawasi ataupun menurunkan ilmu kepada kita kerana Jika anda hendak belajar secara sendiri dengan Pak cik Google ianya akan mengambil masa yang amat lama dan kesahihan info tersebut adalah tidak jelas jadi dengan adanya guru kita boleh memendekkan learning curve tersebut.

Artikel Berkaitan

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com