PELABURAN STOCK DI BURSA MALAYSIA: CARA GUNAKAN TEKNIKAL ANALISIS

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Apabila melihat kepada pelaburan di Bursa Saham, terdapat 2 jenis analisis yang digunakan, Teknikal Analisis (TA) dan Fundamental Analisis (FA). Terdapat sesetengah pelabur bergantung sepenuhnya dengan teknikal analisis. Analisis ini menggunakan statistik trend/aliran berdasarkan aktiviti trading.

Sebagai contoh, mereka yang menggunakan teknik ini menganalisis sejarah turun naik sesebuah kaunter saham atau volume saham. Untuk menguasai teknikal analisis wajib untuk mengetahui cara untuk membaca Candlestick. 

Anda boleh gunakan TA kepada semua stock yang mempunyai sejarah trading di dalam chart. Bursa saham di malaysia adalah kecil berbanding dengan negara lain, yang mana mereka mempunyai beribu sekuriti. Di Malaysia hanya terdapat 897 sekuriti yang disenaraikan dan 689 sekuriti yang patuh syariah. Disebabkan perkara ini, kadang kala, kaunter saham di Malaysia dimanipulasikan. Jadi saya sarankan anda menguasai Teknikal Analisis dan Fundamental Analisis untuk lebih berkesan.

TIPS RINGKAS UNTUK TEKNIKAL ANALISIS

Pelabur yang menggunakan kaedah ini, menilai dan mengenal pasti peluang pelaburan. Peluang-peluang ini bergantung kepada pergerakan harga dan corak yang didapati di carta analisis saham.

Sejarah aktiviti trading, pergerakan dan perubahan adalah asas kepada kekuatan sesebuah stock dan dengan menggunakan ta, mereka akan meramalkan harga stock di masa hadapan

Ia adalah amat berlainan dengan fundamental analisis, teknikal analisis tidak melihat kepada financial statement atau quality produk yang dikeluarkan syarikat. TA hanya analisis corak harga dan trend harga stock tersebut

Mengapa Menggunakan Teknikal Analisis?

Charles Dow ialah individu yang membangunkan Teknikal Analisis dan Teori Dow di lewat kurun ke 19. Pengkaji lain seperti Edson Gould,John Magee, Robert Rhea dan William P Himilton adalah individu yang bersama membangunkan Teori Dow ini. Asasnya amat simple, anda akan mengetahui nilai stok dengan mempelajari corak dan signal stock dalam jangka masa tertentu.

Teknikal Analisa memfokuskan sepenuhnya terhadap sejarah aktiviti sesebuah stok, sebelum memutuskan pembelian. Jika data menunjukan kenaikan secara sekata atau kenaikan secara mendadak dalam masa yang ditentukan, TA akan menunjukan signal pembelian. Kadang kala, Teknikal Analisis menggabungkan beberapa corak untuk mengeluarkan signal dan kebanyakan signal adalah bergantung sepenuhnya kepada statistik data.

Di dalam teknikal analisis terdapat 2 andaian yang digunakan:

  1. Market dengan berkesan menunjukan nilai dengan mewakili faktor yang mempengaruhi harga saham
  2. Walaubagaimanapun, pergerakan market bukanlah secara random tetapi bergerak berdasarkan corak dan trend yang selalunya berulang dari masa ke masa

Penganalisis teknikal percaya harga stock bergerak mengikut corak yang tersendiri. Mereka melihat kepada bekalan dan permintaan (supply and demand) untuk menganalisa corak carta. Penganalisa mengatakan teknikal analisis bergerak dalam 3 pergerakan iaitu, short trend, medium trend and long term trend. Semua pergerakan ini bergerak dalam landasan yang tersendiri, bukan secara rawak dan berulang-ulang, bergantung kepada sejarah corak. Mereka juga percaya kepada Psikologi Market, yang mana pergerakan harga bergantung kepada perasaan takut pelabur.

Bagaimana hendak menggunakan teknikal analisis untuk mengetahui saham yang bagus?

Berikut analisis melihat kepada pergerakan harga untuk meramal harga stok di masa hadapan. Kaedah ini juga boleh digunakan untuk bond, futures dan  perdagangan wang. Sesetengah penganalisa teknikal melihat kepada corak dan pergerakan harga, dan sesetengah penganalisa mungkin melihat kepada nombor-nombor yang menarik dan volume perdagangan.

Terdapat indicator  dan alat tertentu untuk mengetahui corak stop. Antaranya adalah:-

  • Trend  Harga
  • Corak Carta
  • Oscillators
  • Indikator Volume Dan Momentum
  • Moving Average (Purata Pergerakan)
  • Support Dan Resistance

ALAT TEKNIKAL ANALISIS

Terdapat banyak alat yang digunakan untuk menganalisa saham secara teknikal dan kebanyakan daripadanya menggunakan matematik, tetapi dengan teknologi, para pelabur dengan mudah boleh melihat kepada software carta untuk menganalisa. 

Di sini saya akan mengupas beberapa alat yang terbaik dan sering digunakan oleh pelabur untuk menganalisa carta secara teknikal.

Sumber: Investopedia

Simple Moving Average (SMA)

SMA memberikan purata harga bagi stok tertentu pada hari sebelumnya. Simple moving average biasanya menganalisa purata 20 hari, 50 hari dan 200 hari. Dengan purata pergerakan harga ini akan memberikan informasi  tentang harga pada masa sekarang. 

SMA juga boleh digunakan untuk menentukan support dan resistance dan apabila nombor-nombor ini bersilang ia akan menghasilkan signal sama ada untuk membeli, menjual atau menyimpan ini bergantung kepada strategi pelaburan itu sendiri.  Terdapat banyak strategi dan cara untuk menggunakan SMA, ianya bergantung kepada cara melabur melihat carta.

Sumber : Investopedia

Moving Average Convergence/Divergence (MACD)

MACD adalah satu indikator yang digunakan untuk menganalisis saham menggunakan teknikal. Selalunya indicator ini digunakan untuk mengetahui trend sesuatu saham sama ada ianya beRSIfat bullish atau bearish. Terdapat tiga nombor yang digunakan untuk melihat dan menganalisa menggunakan MACD.

Nombor yang pertama digunakan untuk melihat urutan tempoh yang mana akan mengira “faster moving average”. Ini bermakna kaunter tidak di dalam keadaan menaik.

Nombor yang kedua menunjukkan tempoh moving average yang lebih perlahan. Nombor yang kedua ini menyatakan tentang pertumbuhan stok pada masa panjang

Nombor yang terakhir adalah mengira purata pergerakan mengenai perbezaan antara faster dan slow moving average yang mana jika dua line ini bertemu selalunya ia menunjukkan trend yang baru.

Sumber : Investopedia

Relative Strength Index

Indikator RSI adalah sedikit mengelirukan. Nombor yang terdapat di indikator ini melihat kepada keuntungan stok dan membandingkannya dengan kerugian. Carta indikator ini akan  menunjukkan yang mana lebih  dominan dan apakah trend yang akan dibuat oleh stok tersebut.

Jika anda melihat carta rs menunjukkan tak meningkat dengan secara ketara, ini bermakna keuntungan stock telah memotong penjualan stock di dalam satu tempoh. Biasanya tempoh ini adalah dalam 14 hari. RSI diukur berdasarkan skala 0 sehingga 70.

Nombor 30 dan 70 selalu digunakan oleh para pelabur. Jika sesuatu stok itu lebih daripada 70, ia menunjukkan  stok tersebut terlebih dibeli (overbought) oleh pelabur.

Jika stok menunjukkan RSI di bawah 30, ia menunjukkan stok tersebut terlebih dijual(oversold). Jika anda perasan yang mana stok tersebut meningkat menuju ke 70, ini bermakna stok tersebut di dalam trend menaik, tetapi perlulah ingat  untuk memeriksa nya dengan indicator yang lain supaya ianya lebih tepat.

KRITIKAN TERHADAP TEKNIKAL ANALISIS

Kritikan utama di dalam kaedah ini adalah keberkesanan hipotesis market. Prinsip ini mengatakan bahawa harga market telah ditunjukkan melalui pencapaian dan sejarah stok tersebut dan tidak mungkin boleh mengambil kelebihan informasi ini dengan melihat kepada corak carta. Tambahan pula, para ekonomis prinsip ini percaya bahawa sejarah tidak berulang, dan harga stock bergerak  secara rawak

Tambahan pula, teknikal analisis tidak boleh digunakan untuk semua jenis stok. Pelabur yang menggunakan teknikal analisis akan menjual saham yang dipegang mereka apabila mereka melihat kepada signal jual. 

Jika, kesemua trader mempunyai hasrat yang sama, apabila mencapai satu tahap harga, mereka akan menjualnya secara beramai-ramai dalam kuantiti yang banyak, apabila hal ini berlaku, mahu atau tidak, ia akan merubah harga tersebut. Perkara ini akan memaksa, harga turun ke bawah, jadi, teknikal analisis ialah teori yang bergantung kepada pelabur sendiri.

Banyak lagi indikator yang boleh digunakan di dalam Teknikal Analisis Pelaburan Saham, untuk mengetahui lebih mendalam tentang strategi tersebut, kami sarankan anda untuk membuat kajian sendiri dan membuat pembacaan.

KESIMPULAN

Statistik di dalam saham boleh menjadi sukar dan rumit. Dengan melihat kepada data market, sejarah stok, volume perdagangan dan harga stok. Teknikal analisis sesuai digunakan untuk perdangangan jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Sementara, fundamental analisis lebih kepada pelaburan jangka masa panjang sahaja. Teknikal analisis lebih melihat kepada corak harga yang berasaskan kepada performance saham.

Jika anda lebih cenderung kepada menganalisis data dan aktif di dalam perdagangan, seperti short term investment, maka teknikal analisis adalah sesuai untuk anda berbanding fundamental analisis.

Teknikal analisis juga menggunakan pelbagai carta dan indikator yang akan membantu untuk mengetahui peluang untuk membeli atau menjual sesuatu saham sebelum ia menjadi popular di kalangan pelabur. Walaubagaimanapun, pelabur yang baik menggunakan kedua-dua analisis untuk mendapatkan hasil yang terbaik.

Banyak cara untuk belajar saham. Selain website Hustleaim, antara website yang boleh dikatakan complete untuk belajar tentang selok belok saham. Untuk website Investopedia, boleh klik sahaja DISINI

Artikel Berkaitan:-

Tinggalkan Pesanan

Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com