PERSEDIAAN TEMUDUGA : ADAKAH ANDA SUDAH BERSEDIA?
Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.
Mencari pekerjaan bukanlah semudah yang disangka dengan hanya memohon sebuah pekerjaan kemudian hanya menunggu untuk dipanggil ke temuduga. Tahukah anda banyak lagi cara untuk mencari pekerjaan menggunakan cara dan teknik yang betul?
Apa yang anda perlukan ialah strategi dan persiapan yang lengkap ketika mencari pekerjaan. Apakah strategi tersebut? Kami akan kupas satu persatu bagaimana mencari pekerjaan dengan efektif dan berkesan di dalam artikel ini.
1. Pastikan anda menonjolkan diri
Apa yang kita tahu pasaran kerja sekarang memang ditaburi dengan pelbagai calon yang mencari pekerjaan. Mungkin beribu-ribu malah lebih dari itu. Jadi, sudah tentu anda mahukan diri anda yang terbaik dan lebih menyerlah bukan?
Tunjukkan diri anda dan buktikan bahawa anda lah orang yang layak untuk ditemuduga dan menyandang jawatan di syarikat tersebut.
2. Mencari pekerjaan yang betul
Sebelum itu mungkin ada yang tertanya, bagaimana mencari pekerjaan yang betul? Jawapanya ialah fokus hanya kepada pekerjaan yang berkaitan dengan anda.
Hanya gunakan kata kunci dan lokasi yang dimahukan di sistem carian pekerjaan dan akan muncul senarai pekerjaan yang mungkin sesuai untuk anda. Ini sangat menjimatkan masa sekaligus memudahkan anda untuk membuat pilihan yang betul.
Jadi, penting untuk anda fokus kepada jawatan yang memang sesuai dengan kelayakan anda. Apabila sudah dapat mengenal pasti jenis pekerjaan yang tepat barulah kita boleh menyiapkan resume dan cover letter yang sesuai.
3. Menyesuaikan resume dan cover letter dengan jawatan yang dipohon.
Alangkah bagusnya jika anda sudah menyesuaikan resume dan cover letter yang menghubungkan kelayakan anda dengan kriteria yang diperlukan untuk jawatan tersebut. Sebelum itu tahukah anda apa itu cover letter?
Cover letter ialah surat rasmi yang menyatakan hasrat anda untuk memohon kerja di sesebuah organisasi atau syarikat. Majikan anda akan melihat tentang mengapa dan bagaimana anda layak untuk pekerjaan tersebut.
Sudah pasti ini memudahkan penemuduga dan akan membuka peluang anda untuk ditemuduga berbanding jika hanya memberikan resume dan cover letter yang umum tanpa mengaitkan kriteria yang dimahukan.
4. Bina rangkaian atau networking dalam industri anda.
Bina rangkaian bermaksud anda menjalinkan hubungan yang baik dengan beberapa kenalan yang penting kerana mungkin salah seorang daripada mereka dapat membantu anda mendapatkan pekerjaan.
Anda boleh berjumpa dan berbincang dengan mereka untuk mendapatkan sebanyak mungkin maklumat tentang pekerjaan,industri atau syarikat itu. Boleh juga menggunakan medium lain seperti media sosial dimana memudahkan komunikasi antara manusia.
Selain itu, rangkaian yang lebih luas dapat membantu anda untuk mengembangkan kerjaya anda ke peringkat lebih tinggi.
5. Letakkan diri anda mudah dikesan di Google.
Apa maksudnya mudah dikesan di Google? Begini, anda boleh membuat profil di LinkedIn dan laman rangkaian profesional yang lain. Jika boleh gunakan nama anda sendiri di URL.
Maka, apabila majikan mencari anda secara dalam talian, profil tersebut akan tersenarai di antara teratas dan pasti memberikan satu tanggapan yang positif kepada majikan untuk memilih anda.
6. Mencari pekerjaan di syarikat yang inginkan pekerja
Jika anda memang mengetahui mana-mana syarikat yang mencari pemohon, anda boleh terus mencuba dan pasti mempunyai peluang yang tinggi untuk dipanggil oleh majikan ke temuduga.
Salah satu cara yang penting ialah fokuskan juga untuk memohon di laman web pekerjaan yang sama digunakan oleh syarikat untuk memilih pemohon.
7. Pastikan syarikat boleh mencari anda.
Semasa anda melakukan pencarian pekerjaan, anda perlu memudahkan majikan untuk mencari anda dalam talian.
Ini kerana majikan sering mencari calon pasif (calon berkelayakan yang tidak mencari pekerjaan, tetapi mungkin berminat jika pekerjaan yang tepat muncul). Inilah cara untuk memastikan syarikat dapat menemui anda.
8. Membuat sehabis baik ketika temuduga
Temuduga ialah cara untuk memberi anda tawaran pekerjaan namun ada kemungkinan juga sebaliknya. Luangkan masa untuk membuat persediaan yang rapi sebelum menghadiri temuduga.
Apa yang paling penting ialah anda mencari maklumat syarikat dengan teliti agar dapat bersedia dengan pelbagai soalan mengenai latar belakang syarikat.
Selain itu,anda perlu memakai pakaian yang sesuai, berlatih menjawab dan mengemukakan soalan di akhir temuduga. Ini dapat meyakinkan penemuduga bahawa anda ialah seorang yang cukup dengan kemahiran, pengalaman, keyakinan dan kepakaran.
Mereka tidak akan ragu lagi untuk memilih anda bekerja jika menunjukan prestasi yang baik ketika temuduga.
9. Susulan Selepas Temuduga
Sangat penting untuk menunjukan tanda penghargaan selepas temuduga dengan mengucapkan terima kasih kepada semua penemuduga atau syarikat. Calon yang menghantar nota terima kasih lebih kerap dipanggil untuk bekerja berbanding mereka yang terus senyap selepas temuduga.
Anda juga boleh menggunakan nota itu sebagai peluang untuk anda menyatakan sebab mengapa anda menjadi calon terbaik untuk jawatan tersebut.
Sekiranya anda tidak berpuas hati ketika memjawab soalan atau ada perkara yang ingin dikongsikan ketika temuduga, anda juga boleh menggunakan nota terima kasih itu untuk menerangkan semula hal tersebut. Tapi jangan panjang berjela-jela pula cukup sekadarnya.
Pastikan nota tersebut ringkas dan masih mengekalkan tujuan asal nota itu iaitu untuk menyatakan penghargaan kerana memanggil anda ke sesi temuduga.
10. Gunakan media sosial dengan bijak
Media sosial sudah menjadi perkara terpenting dalam dunia permodenan. Ini juga boleh digunakan untuk mempamerkan sisi menarik anda kerana mungkin pihak syarikat atau majikan akan memerhatikan aktiviti seharian anda di media sosial.
Salah satu cara mudah untuk melakukannya adalah dengan mempamerkan apa yang ada di resume. Anda boleh menyiarkan gambar atau ringkasan projek yang telah anda kerjakan, menyertakan bio pendek mengenai kemahiran anda atau berkongsi artikel yang berkaitan industri anda.
11. Beritahu perkara penting dalam cover letter anda.
Anda tidak perlu mengulangi apa yang ada di resume semasa menulis cover letter anda. Sebaliknya, anda boleh pergi dengan lebih mendalam dengan menjawab soalan yang mungkin ditanyakan oleh bakal majikan seperti:
- Apa yang menjadikan syarikat ini pilihan utama anda
- Mengapa syarikat ini istimewa untuk anda.
Jawab soalan dengan lengkap untuk memudahkan majikan memilih anda.
12. Ketahui kesilapan resume anda.
Tidak cukup untuk menjalankan pemeriksaan ejaan ringkas pada resume anda. Anda perlu menggunakan beberapa taktik penyuntingan khas. Anda juga boleh meminta rakan untuk memeriksa resume anda bagi mengetahui setiap kesilapan di halaman.
Bahkan ada perisian penyuntingan khusus untuk resume. Sekiranya anda membiarkan kesalahan di resume, anda akan menunjukan kepada majikan satu imej yang tidak diingini bahawa anda tidak serius dan bertindak tidak peduli dengan pekerjaan itu.
Jadi perkara di atas adalah antara langkah-langkah yang sedikit sebanyak membantu anda yang mahu mencari pekerjaan. Semoga tips ini dapat membantu anda. Selamat berjaya!
Tinggalkan Pesanan
Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com
Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang
Anda Mungkin Berminat :-
Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com