Pelaburan Untuk Pelajar: Ketahui 7 Cara Terbaik Untk Melabur Diusia Muda Dengan Modal Sedikit.

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

 

Duit tidak tumbuh dari pokok, ianya tumbuh daripada aktiviti simpan dan labur. Mengetahui cara mengurus duit dengan baik adalah antara perkara yang penting dalam hidup dan anda tidak perlu untuk menjadi seorang genius untuk melakukannya.

Apa yang anda perlu tahu adalah beberapa asas, plan dan ikuti kedua-dua perkara tersebut. Tidak kira berapa banyak duit yang anda ada, yang penting anda tahu yang peluang sentiasa terbuka.

Disini anda akan mengetahui sedikit sebanyak tentang menyimpan dan pelaburan yang sesuai bagi seorang pelajar.

Tiada orang yang boleh menjamin yang anda akan menjana duit dari pelaburan yang dibuat, tetapi jika anda mempunyai pelan, strategi yang betul, semestinya pengurusan tersebut akan lebih selamat.

JANGAN BERTANGGUH UNTUK BERMULA

Pelaburan adalah lebih mudah dari apa yang anda fikirkan. Tiada orang yang lahir dengan pengetahuan yang solid tentang kewangan. Pelabur yang berjaya juga bermula dari bawah pada mulanya.

Kadang kala, sebagai seorang pelajar anda mungkin pernah terfikir yang anda masih muda dan tidak perlukan semua ilmu ini. Sekarang adalah waktu yang baik untuk bermula kerana ianya memakan masa yang lama untuk pakar dalam sesuatu bidang.

Mula dari sekarang, walaupun dengan duit yang sedikit ianya akan bertambah dari masa ke masa dan ianya semestinya akan membantu dalam mencapai matlamat kewangan dalam jangka masa panjang.

SIMPAN SEDIKIT UNTUK PELABURAN HASIL YANG BANYAK

Sebelum mengetahui lebih lanjut, penting untuk anda tahu satu istilah yang penting dalam pelaburan iaitu “compounding”.

Compounding atau Pengkompaunan adalah satu bentuk proses penjanaan duit melalui pengembangan nilai sesuatu aset.

Jika anda membeli satu botol air minuman yang berharga RM 2.00 setiap hari. Jumlah yang terkumpul dlam setahun adalah RM 730.

Korbankan minuman tersebut dan letakkan jumlah wang tersebut di dalam program pelaburan yang menawarkan keuntungan 5% setahun, setelah lima tahun ia akan menjadi RM 931.69 dan ianya bertambah sebanyak RM 3 155 selepas 30 tahun. Siapa yang mahu berikan anda RM 3000 begitu sahaja?

Inilah kuasa compounding. Dengannya, anda boleh menjana pendapatan dengan hanya menggoyangkan kaki sahaja. walaupun dengan jumlah yang sedikit, ianya boleh menjadi banyak  dengan masa.

Dengan satu botol minuman sahaja boleh membawa satu perubahan yang besar di masa hadapan apatah lagi perkara lain yang lebih mahal anda tukarkan kepada pelaburan.

CARA PELABURAN YANG SESUAI UNTUK PELAJAR?

Sebagai seorang pelajar, anda kemungkinan tidak mempunyai banyak duit untuk dilaburkan. Jangan risau, pelaburan tidak memerlukan wang yang banyak untuk melabur.

Apa yang diperlukan adalah dedikasi terhadap konsep membina kekayaan. Ia mengambil masa, kesabaran, konsisten dan kepercayaan terhadap pelaburan yang dibuat.

1. Menyimpan pelaburan dengan automatic

Kami di Hustleaim percaya dengan tabiat menyimpan secara konsisten akan mendatangkan manfaat daripada keburukan. Jika anda tidak lakukan penyimpanan secara automatik, anda akan dikecewakan dengan disiplin anda sendiri bila tiba satu masa.

Jangan terlalu bergantung dengan disiplin, lakukan pemotongan setiap bulan secara automatik.

Jika anda mempunyai sumber pendapatan yang tetap setiap bulan, anda boleh pindahkan wang tersebut secara automatic ke akaun simpanan atau akaun pelaburan. Anda boleh minta bank tersebut buatkannya atau majikan anda sendiri.

Antara contoh akaun pelaburan yang boleh dilakukan pemotongan setiap bulan adalah akaun Wahed Investment

Wahed investment merupakan satu bentuk pelaburan secara Robo Advisor yang patuh syariah. Ianya mesra pengguna dan mudah digunakan. Syarikat ini juga telah daftar di bawah Suruhajaya Sekuriti Malaysia. Jadi anda tidak perlu risau tentang penipuan pelaburan.

Untuk mengetauinya lebih lanjut anda boleh lihatnya DISINI.

Semasa membuka akaun jangan lupa untuk masukkan referral hazza7. Dengan meletakkan referral anda akan mendapat RM 20 dan pihak Hustleaim juga akan dapat.

Tidak kira bagaimana cara anda lakukannya, cari cara untuk menyimpan secara automatic supaya pelaburan yang dibuat akan terbina dengan baik. Cara ini juga tidak memerlukan anda pening kepala setiap hari.

2. Melabur di stock market dengan berhati-hati

Anda masih muda, bursa saham adalah antara tempat yang sesuai untuk anda mula melabur. Memang tidak dinafikan, cara ini agak berisiko tetapi jika dibuat dengan betul, ianya menawarkan pulangan yang tinggi.

Memandangkan anda lambat lagi untuk bersara, lakukan pelaburan jangka masa panjang. Cari kaunter saham yang berprestasi untuk maju dan letakkan duit anda disitu. Setelah 10 atau 20 tahun, anda akan terkejut melihat pulangannya.

Jika anda tidak pernah melabur di Bursa Saham sebelum ini, jangan risau ianya tidak susah seperti yang disangka jika anda mahu melabur dalam jangka masa panjang. Konsepnya agak mudah berbanding jangka masa pendek. Jangan berlengah lagi. Lakukan tindakan!

Artikel Berkaitan

3. Patutkah membuat pelaburan emas?

Apabila bercakap tentang pelaburan jangka masa panjang, pelaburan emas adalah antara yang terbaik. Sepanjang sejarah manusia, harga emas sentiasa akan meningkat dalam jangka masa panjang.

Mungkin ianya pernah mengalami kemerosotan harga pada 1980 ke 2000 tetapi tahun-tahun kebelakangan ini, harganya amat stabil

Ia satu pelaburan yang kurang risiko berbanding pelaburan lain, untuk melabur di dalam emas, anda perlu tahu politik global, apa yang terjadi pada dunia. Harga emas bukan disebabkan oleh keadaan tempatan, tetapi antarabangsa.

Pendapatan Hustleaim, melabur emas adalah amat digalakkan untuk pelajar, tambahan sekarang emas boleh dibeli dengan mudah, tidak perlu untuk pegang secara fizikal. Anda boleh topup jumlah yang anda di akaun GAP syarikat.

Untuk mengetahui lebih lanju anda boleh lihatnya di Public Gold.   Ianya antara syarikat emas yang patuh syariah dan selamat. Kami amat sarankan untuk anda belinya disini.

Artikel Berkaitan

4. Pelaburan Hartanah untuk selepas graduasi

Antara cara yang terbaik untuk melabur dalam hartanah adalah dengan rumah kediaman.

Bagi anda yang baru bergraduasi, beli rumah yang kecil untuk anda duduk sementara, dan dengan bertambah gaji, anda pindah ke rumah lain yang lebih luas dan selesa. Rumah kecil tadi anda sewakan kepada orang lain.

Duit sewa pada rumah yang pertama tadi boleh digunakan untuk membayar rumah kedua yang anda sedang duduki. Ianya ibarat anda duduk disitu secara percuma.

Untuk membuat pelaburan seperti ini memerlukan modal yang agak besar. Pastikan semasa belajar anda membuat simpanan atau pelaburan lain secara kecil-kecilan. Selepas bergraduasi ianya akan menjadi lebih mudah.

Cara lain adalah dengan bantuan keluarga. Untuk pelaburan rumah pertama, minta bantuan mereka untuk anda qualify dalam pinjaman rumah. Mungkin mereka juga boleh bantu dengan membayar downpayment.

 Apa yang anda perlu buat adalah dengan berjanji akan mengurus dan maintain rumah tersebut daripada mencari penyewa sehingga mengutip sewa dan membaiki kerosakan. Strategi ini boleh dibuat semasa anda masih seorang pelajar.

Pelaburan hartanah memang menguntungkan tetapi ianya memerlukan modal dan komitmen yang tinggi. Apabila anda buat pastikan buat dengan bersungguh-sungguh, mainkan peranan anda dalam pelaburan tersebut.

5. Mulakan perniagaan sampingan

Adalah hampir mustahil untuk melabur tanpa modal. Dan pelaburan dengan modal yang banyak membawa kepada keuntungan yang banyak. Jadi, anda perlu perbanyakkan modal anda.

Bagaimana?

Side hustle. Berniaga adalah satu bentuk pelaburan tanpa anda sedar. Anda mengeluarkan duit untuk mendapat duit yang lebih banyak. Dengan zaman moden sekarang, perniagaan boleh menjadi amat mudah. Semua perkara boleh dilakukan dengan teknologi.

Antara kelebihan lain cara ini adalah apabila perniagaan anda berkembang dengan baik, anda boleh jadikan ianya satu perniagaan sepenuh masa apabila anda sudah habis belajar nanti.

Artikel berkaitan

Kesimpulan

Sebagai seorang pelajar yang masih muda, inilah masa terbaik untuk anda fikirkan tentang masa hadapan. Bagaimana anda hendak hidup dengan stabil selepas belajar nanti. Lakukan sesuatu sekarang untuk manfaat masa hadapan.

Belajar tentang pelaburan, jangan takut untuk bertindak, lakukan kecilan dahulu. Jangan biarkan masa berlalu begitu sahaja. Mula sekarang. Semoga Berjaya!!

Rujukan Lain

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com