PELABURAN PATUH SYARIAH YANG TERDAPAT DI MALAYSIA

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Apa itu pelaburan patuh syariah? dan apa pelaburan patuh syariah yang terdapat di Malaysia? Pelaburan patuh syariah adalah pelaburan yang dibenarkan dalam islam. Semakin hari, umat islam di Malaysia semakin mendapat kesedaran tentang pentingnya untuk melabur di dalam pelaburan yang patuh syariah.

Soalan yang sering ditanya oleh mereka adalah, apakah pelaburan-pelaburan patuh syariah yang terdapat di Malaysia. Adakah ianya betul-betul patuh syariah, adakah ianya menguntungkan dan banyak lagi yang bermain di fikiran mereka.

Disini pihak Hustleaim senaraikan antara pelaburan patuh syariah yang terdapat di Malaysia.

PASARAN SAHAM PATUH SYARIAH

Pasaran saham bursa Malaysia merupakan salah satu pelaburan yang boleh disyariahkan. Di Bursa Malaysia terdapat 700 lebih syarikat yang berdaftar dan lebih 1865 kaunter. Dari 1865 kaunter, 921 kaunter adalah patuh syariah.  

Pelaburan Saham di Bursa Malaysia boleh jadi patuh syariah dan boleh jadi tidak. Bergantung kepada pelabur sendiri untuk memilih kaunter untuk dibeli, hendak pastikan pelaburan patuh syariah, beli syarikat patuh syariah sahaja.

Bagaimana cara untuk melabur di Bursa Saham?

  1. Buka akaun CDS melalui broker yang disahkan oleh Bursa Malaysia. Akaun ini lah yang digunakan untuk jual beli saham yang terdapat di Bursa Malaysia. Untuk mendapatkan broker yang disahkan oleh Bursa, boleh lihatnya DISINI.
  2. Pastikan Broker yang dipilih menawarkan akaun perdagangan yang patuh syariah.
  3. Masukkan modal pelaburan ke dalam akaun CDS yang dibuat.
  4. Beli saham dan jual.

Untuk melabur di dalam pasaran saham. Perlu untuk anda belajar skill terlebih dahulu. Ilmu pelaburan saham adalah luas. Banyak strategi yang perlu digunakan untuk mengelak dari kerugian. Terdapat banyak Sifu pelaburan yang menawarkan kelas pelaburan.

Jika anda berminat untuk mengikuti kelas pelaburan saham patuh syariah. Boleh hubungi email yang tertera atau isi sahaja mesej form di tepi artikel ini.

Hustleaim Admin : hustlingsincebaby@gmail.com

PELABURAN HARTANAH PATUH SYARIAH

Pelabur boleh melabur di dalam pelaburan hartanah yang patuh syariah. Ia antara peluang pelaburan baru yang melabur di dalam hartanah dan dalam masa yang sama, patuh syariah.

Pelaburan hartanah yang patuh syariah adalah melabur di dalam pembangunan yang luar dari konsep syariah. Antara pembangunan yang dibangunkan adalah, hospital, kilang, perumahan dan lain-lain lagi. Semua pembangunan tersebut tidak bertujuan untuk membina perkara yang dilarang oleh syariah seperti tempat berjudi, arak, pusat karoke, dan lain-lain lagi.

Disini kami sertakan beberapa pelaburan hartanah yang patuh syariah yang boleh anda labur:

Banyak lagi, pelaburan hartanah lain yang patuh syariah.

PELABURAN AMANAH SAHAM BERHAD (ASB)

Pelaburan ASB kalau hendak diikutkan dari segi pelaburan yang dibuat, ianya bukanlah 100 peratus patuh syariah, kerana terdapat pelaburan yang dibuat oleh mereka bercanggah dengan syariah.

Tetapi, menurut Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan adalah harus kerana ianya untuk menjaga kepentingan dan maslahah umat islam serta untuk mengelakkan kemudharatan yang lebih besar. Banyak lagi hujah yang digunakan seperti 70% pelaburan adalah patuh syariah, hanya 30% sahaja tidak patuh syariah dan untuk menguatkan serta kukuhkan ekonomi umat islam.

Jadi, kami simpulkan disini ianya harus. Walaubagaimanapun, terpulang kepada anda sendiri untuk menilai samada pelaburan ini adalah dibolehkan atau tidak. Untuk lebih perbincangan lebih lanjut, boleh bacanya DISINI.

Artikel berkaitan

PELABURAN ROBO ADVISOR: WAHED INVESTMENT

Pelaburan Robo-Advisor adalah salah satu bentuk pelaburan yang mana menggunakan teknologi automatic. Terdapat algorithm tertentu yang telah disetkan untuk melabur di dalam pelaburan yang menguntungkan. Ianya selamat dan amat disyorkan.

Antara pelaburan Robo-Advisor di pasaran Malaysia yang patuh syariah adalah Wahed Investment. Ianya adalah satu pelaburan yang patuh syariah dan dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti. Untuk melihat senarai pelaburan patuh syariah yang dipantau oleh Suruhanjaya Sekuriti, boleh lihatnya DISINI.

Untuk melabur di dalam Wahed Investment adalah sangat mudah. Apa yang perlu dibuat adalah:

  1. Download apps Wahed Investment DISINI
  2. Daftar akaun pelaburan.
  3. Isikan maklumat yang diperlukan. Kami nasihatkan, isi maklumat yang diminta dengan jujur kerana ia melibatkan keselamatan akaun anda.
  4. Masukkan Referral code: hazzai7 (dengan mengisi referral code anda akan mendapat RM 20 daripada pihak Wahed. Pihak Hustleaim juga akan mendapat RM 20 kerana memperkenalkan kepada anda)
  5. Masukkan modal yang ingin dilaburkan. Minimum modal pelaburan adalah RM 100.
  6. Tunggu pelaburan anda bertambah.

Di dalam Wahed Investment, anda boleh lihat di mana modal anda dilaburkan dan berapa peratus modal tersebut dilaburkan.

Artikel Berkaitan:

PELABURAN EMAS

Pelaburan emas antara pelaburan jangka masa panjang yang menguntungkan. Kenaikan harga emas adalah bergantung kepada harga emas dunia dan yang penting ianya adalah patuh syariah.

Untuk syarikat yang kami syorkan untuk melabur dalam emas dengan patuh syariah adalah syarikat Public Gold. Selain menawarkan harga emas yang murah berbanding syarikat lain, dari segi syariah, ianya dipantau oleh Amanie Group yang diketuai oleh Dr Mohd Daud Bakar. Beliau merupakan ketua penasihat syariah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti.

Dengan pemantauan dari Amanie Group, boleh dikatakan, pelaburan emas oleh Public Gold adalah selamat dan patuh syariah.

SUKUK

Sukuk adalah bond dalam kewangan islam. Bond adalah tidak dibenarkan dalam islam kerana ianya berpendapatan tetap. Sistem sukuk telah disusun dengan baik supaya ianya memenuhi tuntutan syariah. Tiada riba yang dikenakan di dalam sukuk.

Menurut Dr. Mohamad Sofee, Malaysia merupakan peneraju dalam pasaran global Sukuk dengan lebih 60 peratus penyenaraian dibuat di Malaysia, sekali gus menjadikannya penerbit terbesar. Terbitan sukuk secara amnya dilakukan oleh syarikat-syarikat multinasional (MNC), perbadanan asing dan agensi pelbagai bidang seperti perbadanan kewangan antarabangsa, Bank Dunia dan bank pembangunan Islam.

Bagaimana cara untuk melabur di dalam suku? Terdapat banyak cara untuk melabur di dalam suku. Antara contoh pengeluar sukuk di Malaysia:

  • Syarikat Patuh Syariah yang disenaraikan di Bursa Malaysia
  • Islamic Bank seperti CIMB, Maybank, RHB dan sebagainya

Banyak lagi syarikat yang mengeluarkan sukuk, samada syarikat dalam mahupun luar negara. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan sukuk yang ada di Malaysia, boleh lihatnya DISINI

KESIMPULAN

Banyak pelaburan di Malaysia yang patuh syariah, tetapi yang tidak patuh syariahh juga banyak. Jadi, kami ingatkan kepada pembaca supaya berhati-hati semasa melabur. Selain daripada pihak scammer, pelaburan yang haram juga perlu untuk dihindari. Semoga Berjaya!!

Artikel Berkaitan

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com