PERKARA PENTING YANG PERLU TAHU SEBELUM MEMBELI KERETA - 12 TIPS UNTUK MENDAPATKAN PEMBELIAN KERETA YANG MEMUASKAN

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Membeli kereta merupakan satu pperkara yang amat mempengaruhi aspek kewangan individu. Ianya merupakan satu komitmen bulanan dan anda perlu berhati-hati sebelum membuat keputusan. Berurusan dengan penjual kereta boleh menjadi sesuatu yang amat memenatkan jika anda tidak tahu apa sebenarnya yang perlu dibuat.

Jika ada kawan seorang mekanik atau arif tentang selok belok automobil, mungkin akan memudahkan lagi kerja. Jika tidak? Anda wajib untuk mengkaji dahulu selok belok kenderaan untuk mengelakkan dari ditipu.

Di sini, kami kumpulkan senarai langkap dan tips yang wajib untuk dibuat sebelum membeli kereta, samada kereta baru atau kereta terpakai yang kami dapat dari MoneyCrashers. Mengambil kira nasihat dan langkah yang akan kami senaraikan dalam artikel ini akan membantu anda menjimatkan duit, dapatkan deal yang terbaik dan mengurangkan tekanan yang terhasil dari keserabutan membeli kenderaan.

Tips-tips ini mungkin agak panjang, tetapi ianya berbaloi untuk dipratikkan.

Tanpa buang masa. Jom kita tengok apa yang perlu dibuat

1. BUAT SEDIKIT KAJIAN

Perkara yang paling penting untuk anda tahu sebelum membeli kereta adalah :- Knowledge is power. Satu kesalahan yang sering dilakukan oleh pembeli adalah mereka tidak membuat kajian dahulu sebelum membeli kereta.

Mungkin ini bukan masalah yang dihadapi bagi mereka yang sudah mempunyai kereta. Tetapi bagi yang hendak membeli kereta pertama, wajib terlebih dahulu membuat kajian tentang kereta. Perkara yang penting seperti harga sebenar kereta adalah penting.

Cari berapa yang dealer kereta bayar ke pengeluar supaya mudah anda berunding dengan mereka tentang harga yang perlu dibayar. Bagi mereka yang tidak membuat kajian seperti ini, akan mudah untuk ditipu atau membayar dengan harga yang mahal dari yang sepatutnya.

Sebaliknya, jika anda ingin membeli kereta terpakai, buat sedikit kajian tentang harga penjualan kereta tersebut untuk model yang anda minat. Kita anda laman web seperti mudah.my, mymotor.my, carlist.my dan banyak lagi yang boleh dikunjungi dan lihat dan banding harga kereta yang ingin dibeli dan harga kereta yang ditawarkan dalam website tersebut.

Data yang anda dapat daripada kajian akan memberikan anda lebih kuasa untuk tawar menawar, anda tahu harga semasa. Dan jangan lupa, jika anda mahu tukarkan dengan kereta anda sendiri, buat kajian juga tentang harga kereta tersebut

2. GUNAKAN LOAN YANG SESUAI

Kebanyakan orang menggunakan pinjaman yang disyorkan oleh penjual, ia bukan lah sesuatu yang buruk. Kadangkala, yang disyorkan oleh mereka itu yang terbaik. Tetapi lagi menguntungkan jika anda sendiri yang mencari pinjaman kereta yang sesuai untuk anda.

Bagi muslim, adalah lebih baik untuk menggunakan pinjaman yang patuh syariah. Selain menguntungkan dari segi kewangan, ia juga menguntungkan dari segi peribadi.

Untuk membuat perbandingan pinjaman kereta, boleh ke laman web ringgitplus. Website ini membuat perbandingan pelbagai jenis bank, cari yang terbaik. Jangan lupa juga untuk menyemak credit score anda sebelum membanding pinjaman-pinjaman tersebut

Apa itu credit score?

Credit score adalah 3 digit nombor, kebiasaanya antara 300 dan 850 yang mewakili tabiat anda dalam membayar hutang yang dibuat. Nombor ini akan membantu bank atau peminjam menilai untuk memberikan pinjaman ataupun tidak. Skor ini mempunyai kiraan yang tersendiri, ianya mengambil kira informasi peribadi seperti kerakyatan, bangsa, jantina, agama, status perkahwinan, saving atau deposit dalam akaun bank, gaji dan rekod jenayah.

Untuk menyemak cara untuk mengetahu credit score anda. Anda boleh merujuk artikel INI.

3. TINJAU BANYAK KEDAI

Jika tiada kecemasan, ambil masa untuk tinjau kedai-kedai yang lain selain kedai yang anda target untuk kunjungi. Pembelian ini merupakan tanggungjawab anda selama bertahun-tahun. Jadi anda perlu dapatkan deal yang terbaik sebelum membeli.

Dengan membuat perkara ini juga boleh membantu anda mengetahui nilai kereta yang dibeli dengan lebih tepat. Jika ingin membeli kereta terpakai, pastikan anda medapat harga yang termurah sekali. Lokasi kedai juga mempengaruhi harga kereta yang dijual. Harga kereta terpakai yang dijual di bandar adalah lebih mahal berbanding harga kereta terpakai di kedai pinggir bandar.

Ingat.

Dapatkan harga yang paling berbaloi, supaya tiada penyesalan dikemudian hari

4. BELI KERETA MENGIKUT KEMAMPUAN

Jika anda hendak membeli keretea baru sementara kereta yang lama belum habis dibayar, fikir dahulu semasaknya samada mampu atau tidak membayar bulanan sebuah lagi kereta.

Jika tiada keperluan, adalah lebih baik untuk tunggu kereta yang sedia ada habis dibayar dan simpan bajet bulanan untuk membayar kereta yang baru tersebut dalam masa setahun sementara anda memandu kereta yang lama.

Okay sebagai contoh,

Jika sepatutnya bayaran bulanan anda untuk kereta yang sepatutnya dibeli adalah RM 400 sebulan dan anda ikut strategi yang kami syorkan sebentar tadi, sejumlah RM 4800 sudah terkumpul yang mana anda boleh gunakannya untuk membayar downpayment kereta baru.

Strategi ini sangat bagus untuk memastikan anda tidak menggunakan wang simpanan atau wang kecemasan untuk membeli kereta yang berasaskan kehendak.

Tips Extra: Kami amat sarankan kepada sesiapa yang mempunyai kereta yang lebih dari sepatutnya diperlukan, sewakan kereta yang terbiar tersebut. Banyak platform yang menyediakan medium untuk menyewakan kereta seperti drive.my.

5. TAWAR HARGA SEBAIK MUNGKIN

Bagi kami, beli kereta samada baru atau lama ianya seperti membeli sebuah rumah. Walaupun harganya tidak seperti membeli sebuah rumah, ia tetap merupakan satu pembelian yang penting dalam kewangan.

Ianya satu pelaburan yang penting. Anda akan bertanggungjawab untuk membayarkan untuk 4, 5 atau 6 tahun akan datang.

Tawar harga sebaik mungkin, langkah awal tadi menyarankan untuk membuat kajian terlebih dahulu. Data-data kajian tersebut boleh digunakan untuk tawar menawar. Mulakan dengan harga yang paling murah sekali yang anda rasa berpatutan dan gerak kepada mahal sikit demi sedikit. Tawar menawar perlu untuk memainkan psikologi.

Jangan malu untuk katakan anda tiada duit walaupun hakikatnya anda ada. Berpura-pura untuk tidak jadi beli selepas kelihatan yakin untuk membeli juga amat berkesan. Tunjukkan minat anda yang mendalam, dan jika tidak dapat harga yang diminta, berpura-pura untuk keluar dari premis. Ini antara strategi yang boleh digunakan kita sebagai pelanggan.

6. BELI BERDASARKAN HARGA, BUKAN PEMBAYARAN BULANAN

Kadang kala, penjual kereta akan memainkan harga pembayaran bulanan untuk membuatkan harga kereta nampak seperti kereta mampu milik dan menarik. Tetapi realitinya, ia tidak menarik seperti yang disangka.

Pastikan untuk sentiasa menawar harga berdasarkan harga kereta yang sebenar bukan harga pembayaran bulanan. Pastikan anda tahu nilai sebenar kereta yang dibeli,

Jangan salah anggap

Boleh untuk tawar menawar mengenai bayaran bulanan kereta, tetapi pastikan tawar menawar tersebut dibuat selepas masing-masing bersetuju harga sebenar kereta.

Tips Extra: Pastikan anda sedia maklum juga mengenai kos-kos tersembunyi, jangan malu untuk bertanya. Kadang kala, mereka tidak memberitahu tentang kos-kos ini jika anda tidak bertanya.

7. GUNAKAN INTERNET SEBAIKNYA

Zaman sekarang semua dihujung jari. Membeli kereta secara online mungkin suatu perkara yang jarang dibuat buat masa ini, tetapi kadang kala ianya berbaloi. Ia dapat menjimatkan masa dan harga dapat lebih murah dari yang dijual oleh penjual kereta.

Cuba lihat,

Penjual kereta di showroom akan tawar menawar harga kereta dengan harga yang semahal yang mungkin, kerana komisyen yang mereka dapat adalah berdasarkan peratus penjualan kereta. Sementara, penjual kereta secara online selalunya bergaji tetap, dan kereta yang dijual adalah berdasarkan bonus penjualan dari majikan.

Apa yang perlu dibuat,

Seperti biasa, kajian diperlukan, bandingkan harga kereta yang diimpikan secara online dan di kedai. Dapatkan yang terbaik dan hubungi mereka untuk pertanyaan lebih lanjut. Ingat, walaupun secara online, wajib untuk anda test drive terlebih dahulu.

Jika kereta terpakai, jangan malu untuk meminta tolong kenalan atau bayar mekanik lain untuk periksa kereta yang ingin dibeli. Pastikan kereta tersebut tiada masalah.

8. JIKA ANDA MAHU TRADE IN, JANGAN BERITAHU DAHULU.

Okay, strategi ini mungkin nampak simple, tetapi ianya penting. Jangan sesekali beritahu hendak trade in kereta yang anda pakai sekarang sehingga proses tawar menawar berlaku. Kenapa? Penjual kereta akan menggunakan informasi ini untuk memanipulasi harga.

Sebagai contoh,

Andai kata, anda ingin membeli kereta yang berharga RM 22,000 dan penjual akan memberikan harga yang terbaik iaitu RM 18,000. Jika pada awal sudah beritahu yang anda mahu trade in kereta yang berharga RM 2000, penjual mungkin akan offer kepada anda kereta tersebut dengan harga RM 20,000 dan tambahan trade in RM 2000. Jadi jumlah keseluruhan RM 18,000.

RM 18,000 merupakan harga last kereta tersebut yang boleh diberikan kepada anda. Jika anda tidak memberitahu tentang trade in tersebut, tawar menawar sudah kepada harga last iaitu RM 18,000 dan kemudian anda beritahu tentang trade in yang bernilai RM 2000, akhir harga kereta tersebut akan menjadi RM 16,000.

Baca betul-betul dan fahami.

Kesimpulannya, mula-mula, tawar dahulu harga yang terbaik untuk kereta idaman tersebut dan selepas itu baru usahakan untuk mendapatkan harga trade in yang terbaik.

9. ELAKKAN MEMBELI DENGAN TERGESA-GESA

Jangan sesekali tergesa-gesa untuk membeli kereta yang diidamkan. Walaupun anda sudah bersedia dari segi kewangan, still, bertenang dahulu, fikir sebaik mungkin. Beli kereta merupakan satu risiko.

Mungkin anda akan sedar tentang risiko-risiko ini selepas membeli dan guna kereta setelah beberapa bulan atau kereta idaman yang dibeli tidak memuaskan hati, ianya tidak seperti yang digambarkan.

Sebelum membeli, kaji dahulu, adakah anda perlu untuk membeli kereta tersebut, apa model kereta, jenis kereta, spare part, insurance, road tax, dan sebagainya. Fikirkan lagi 2 atau 3 tahun, mampu atau tidak untuk membayar maintance kereta tersebut. Ingat. Bertenang dan fikir sebaiknya.

10. JANGAN TAMBAH ADDS-ON TANPA TUJUAN.

Membeli kereta adalah satu risiko, ianya satu komitmen selama bertahun-tahun. Jika anda menambah adds-on kepada kereta tersebut, harganya akan menjadi lebih mahal. Bagi sesetengah jenama, harga kereta tesebut akan melonjak naik dengan mendadak.

Jadi apa yang perlu dibuat?

Pastikan adds-on yang ditambah adalah betul-betul diperlukan. Adds-on seperti GPS navigation boleh dipasang sendiri. Smartphone juga boleh dijadikan GPS.

11. JANGAN BELI WARRANTY TAMBAHAN (EXTENDED WARRANTY)

Warranty tambahan adalah sangat mahal, terutama kereta import. Kadangkala, ianya memakan kos ribuan ringgit, dan lagi teruk, jika warranti tersebut cover dalam keadaan tertentu sahaja.

Jika anda beli kereta baru, warranty kilang sahaja sudah cukup. Pastikan waranti kilang itu anda manfaatkan dengan sepenuhnya. Servis bila disuruh, jangan biarkan warranti tersebut begitu sahaja sangat rugi. Kalau beli kereta terpakai, cuba lihat warranti kereta tersebut samada masih boleh digunakan atau tidak

Tetapi apa yang perlu dibuat jika kereta tersebut bermasalah selepas warranti?

Pilihan yang terbaik untuk dibuat adalah mula dari sekarang. Duit yang sepatutnya lebur dibayar untuk warranti tambahan tadi, simpan dan gunakan jika kereta bermasalah selepas tamat warranti.

12. JANGAN LUPA UNTUK TEST DRIVE KERETA TERLEBIH DAHULU

Kereta baru atau terpakai, kedua-duanya penting untuk dipandu uji terlebih dahulu. 90% daripada pembeli kereta pandu uji kereta yang dibeli. Jangan jadi lagi 10%. Pasrah semuanya.

Pandu uji penting untuk banyak sebab, keselesaan merupakan element yang paling penting. Ada sesetengah kereta yang tidak sesuai untuk individu. Mereka akan rasa tidak selesa semasa memandu. Jika anda rasa tidak selesa, jangan paksa. Cari kereta yang sesuai dengan anda.

Lebih baik, bawa sekali isteri dan anak untuk pandu uji. Keselesaan mereka juga penting dan percayalah, komen-komen yang diberikan oleh mereka akan lebih jujur berbanding jurujual.

KESIMPULAN

Membeli kereta adalah satu proses yang penting. Kaji setiap aspek sebelum membeli. Dan suka untuk saya ingatkan, bukan semua jurujual kereta membuat apa yang kami sebutkan di atas. Ada juga antara mereka yang mencari duit dengan membantu anda mendapatkan deal yang terbaik.

Jadi tidak salah untuk membantu mereka menjana wang dengan memudahkan kerja anda. Jadilah pengguna yang bijak. Semoga berjaya!

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com