Cara membuka Restaurant: Langkah-langkah, panduan, strategi yang usahawan perlu tahu.

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Semakin hari, semakin ramai individu yang makan di luar atau beli makanan di luar dan bungkus bawa ke rumah, kekangan masa dan kerja antara faktor yang menyebabkan hal ini berlaku. Disebabkan ini jumlah kedai makan semakin banyak dibuat untuk memenuhi kehendak mereka. 

Walabagaimanapun, masih terdapat ruang di dalam bisnes ini untuk membuka restaurant. Dengan cara dan strategi yang betul, tidak mustahil, anda lebih kehadapan berbanding kedai makan yang sudah lama bertapak.

Amaran diberikan, artikel ini agak panjang dari biasa berbanding artikel lain di website ini dan memerlukan ketekunan untuk memahaminya, tetapi dengan artikel ini dan sedikit kajian yang lebih mendalam diperlukan untuk mengoptimumkan pengetahuan panduan yang diberikan, tetapi ianya amat berguna untuk sesiapa yang hendak berjinak di dalam industri ini.

Langkah-langkah untuk membuka restauran/kedai makan adalah:

  1. TENTUKAN TARGET MARKET
  2. STAIL RESTAURAN
  3. MEMILIH NICHE RESTAURAN
  4. DRAFT STRATEGI BISNES
  5. PEMBIAYAAN BISNES
  6. PILIH LOKASI RESTAURANT
  7. DESIGN KEDAI
  8. CIPTA MENU MASAKAN
  9. UPAH PEKERJA
  10. MARKETING DAN PROMOTION

Pertambahan penduduk dan pertukaran gaya hidup antara faktor yang baik untuk mulakan bisnes restoran. Kebanyakan masyarakat tidak ada masa untuk memasak tetapi mereka perlukan makanan seharian untuk terus kekal sihat.

Mereka memerlukan makanan yang sedap dan berkhasiat tanpa perlu membasuh pinggan, memasak dan sebagainya.

Masa masa depan industri makanan adalah sangat cerah, walau bagaimanapun ia bukanlah sesuatu yang akan menjamin bisnes restoran anda menjadi satu bisnes yang berjaya. Semua perlukan usaha dan strategi yang betul tidak kira apa jenis pun bisnes yang dibuat.

Secara jujurnya kebanyakan restoran gagal untuk bertahan pada tahun pertamanya. Ini semua kerana kurang mengambil kisah tentang strategi. Strategi yang dimaksudkan bukanlah satu strategi yang rumit untuk dibuat tetapi satu strategi yang mudah tetapi penting.

Untuk mengurangkan risiko bisnes yang dibuat, kami telah gabungkan panduan-panduan yang mudah untuk dihadam untuk memulakan bisnes restoran anda sendiri. Sama ada anda mahu buka restoran western, Siam, steamboat dan sebagainya, boleh mempraktikkan strategi dan panduan yang akan kami akan nyatakan disini.

TARGET MARKET

Tidak ada satu servis restoran pun yang beroperasi sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Ini antara fakta yang usahawan baru enggan untuk terima, tetapi realitinya walau besar mana pun bisnes yang dibuat, ianya tidak akan 100 peratus sesuai untuk semua lapisan masyarakat. Kita tidak mampu memuaskan hati semua orang yang mana akan diakhiri dengan tidak memuaskan hati sesiapa pun. Jadi fokus sekumpulan masyarakat yang betul-betul boleh digenggam dan lupakan yang lain buat sementara.

Seperti yang kami beritahu sebentar tadi, kita lihat target market ataupun kategori-kategori masyarakat yang boleh diklasifikasi untuk difokuskan

Generasi Z

Generasi yang lahir pada tahun 2000 hingga 2010, generasi yang menggunakan  digital teknologi sejak kecil dan sangat selesa dengan penggunaan internet dan  media sosial. Generasi ini, umumnya tiada sumber pendapatan dan bergantung kepada ibu bapa untuk memenuhi kehendak mereka. Jadi untuk menjadikan generasi ini target market bisnes restoran anda, adalah perlu untuk target sekali generasi X yang mana merupakan ibu bapa mereka. Konsep makanan yang disukai oleh golongan ini adalah fast food, trending food, hipster food dan sebagainya.

Generasi Y

Generasi ini juga dipanggil sebagai generasi milenial. Generasi ini lahir pada tahun 1980 dan 2000. Pada masa sekarang Generasi Y merupakan satu generasi yang paling banyak, Ia tiga kali ganda daripada generasi x. Kebanyakan individu pada generasi ini, lebih cenderung kepada fast food, western food dan makanan yang fancy, atau kata lainnya hipster food.

Generasi X

Generasi yang lahir antara tahun 1965 dan 1980. Generasi ini lebih sinonim dengan nilai kekeluargaan. Generasi Z merupakan anak mereka.  Generasi ini lebih fokus terhadap hubungannya dengan keluarga dan anak-anak.  Mereka lebih cenderung dengan restoran yang menyediakan perkhidmatan yang laju dan makanan yang berkonsep sesuai untuk keluarga mereka.  Untuk menjadikan generasi ini target market anda, sediakan satu restoran yang mempunyai suasana yang selesa supaya mereka boleh meluangkan masa yang berkualiti bersama keluarga.

Baby Boomers

Lahir antara 1946 dan 1964,Satu generasi yang tidak sibuk tetapi mempunyai kewangan yang baik. Mereka cenderung untuk mengeluarkan duit untuk makanan yang sedap tetapi sesuai dengan orang lama. Makanan kampung adalah salah satu jenis restoran yang mereka cenderung untuk pergi. Pada hari ini generasi ini merupakan datuk dan nenek, untuk menjadikan generasi ini target market anda anda perlulah menawarkan satu restoran yang mesra keluarga yang ramai dan formal.

STAIL RESTAURANT

Setelah memilih target market, kita bergerak kepada stail restoran yang akan dibuat. Restoran yang akan dibuat adalah bersesuaian dengan target market tersebut, sebagai contoh target market anda adalah masyarakat dari Generasi  Z dan Y yang mana mereka lebih cenderung untuk pergi ke restoran yang  menjual makanan fancy, makanan viral, western food untuk mereka makan bersama rakan-rakan.  

Jika target anda adalah dari Generasi X apa yang perlu disediakan adalah satu restoran yang mesra keluarga dan selesa untuk anak-anak kecil. Makanan yang disediakan perlu sesuai untuk kebanyakan peringkat umur, seperti seafood, steamboat, dan sebagainya.

Secara umumnya, restoran boleh dikategorikan dengan 3 kategori: fastfood  restaurants, Midscale  restaurant dan  Upscale restoran. Setiap kategori mempunyai konsep yang berbeza, menu yang berbeza, harga yang berbeza dan perkhidmatan yang berbeza.

Fast food restaurant

Apabila dikatakan fast food, Apa yang difikirkan adalah burger, french fries, ayam goreng, pizza dan sebagainya. Antara contoh fastfood restoran yang terkenal di Malaysia adalah mcdonald, KFC dan Pizzahut. Generasi X dan Y cenderung untuk pergi ke Restoran begini kerana sifatnya yang trending, perkhidmatan yang laju dan sesuai untuk melepak bersama rakan.

Midscale restaurant

Mid scale restoran menyediakan makanan berat untuk pelanggan, perkhidmatan restoran ini Tidaklah terlalu lama dan tidaklah cepat. Restoran ini menyediakan makanan yang  boleh mengenyangkan semua lapisan masyarakat.Jika target anda adalah keluarga, Midscale Restaurant sangat disyorkan kerana ianya agak lengkap dan sesuai dengan keadaan dan budaya di Malaysia.Contoh midscale restoran adalah  restoran ala Thai dan restoran mamak.

Upscale restoran

Restoran jenis ini tidak fokus kat kuantiti tetapi memfokuskan kualiti. Harga yang mahal tetapi berkualiti. Restoran jenis ini sering didapati di bandar dan hotel.  Berkonsepkan formaliti dan kemewahan. Restoran jenis ini tidak sesuai untuk generasi Y kerana generasi ini tidak suka kan formaliti dan harganya mahal, tidak sesuai dengan bajet mereka dan mereka lebih cenderung untuk berborak bersama rakan. Contoh upscale restaurant yang terdapat di Malaysia adalah thirty8 KL, Fuego @ Troika Sky Dining dan Nobu KL

Extra: Memilih Konsep Makanan

Untuk memulakan bisnes restoran anda tidak boleh mencampur adukkan konsep makanan. Mungkin boleh di campur kan tetapi di dalam kuantiti yang sedikit dan perlu cenderung kepada satu konsep yang  besar. Cuba bayangkan satu restaurant yang menjual roti canai, dan pada masa yang sama menjual western food. Ianya tidak bagus untuk marketing. Antara contoh konsep makanan yang boleh dibuat adalah seafood, western food, Steamboat, Ala Thai, makanan tempatan, makanan Itali, coffee house, bakeri dan sebagainya

MEMILIH NICHE RESTORAN

Sebelum membuat plan bisnes, perlu untuk tentukan dahulu spesifik segmen yang ditawarkan oleh bisnes yang hendak dibuat. Ia akan menjadi niche restauran yang bakal ditubuhkan. Niche dalam bahasa marketing ialah satu perkara yang spesifik atau special yang tiada pada orang lain.

Niche yang bagus dan menarik akan mudah menarik pelanggan untuk ke restauran. Niche boleh jadi dalam pelbagai perkara, apa-apa sahaja kelebihan yang boleh di buat. Sebagai contoh mcdonald terkenal dengan sistem drive thru, yang mana tidak banyak restauran yang menawarkan khidmat drive thru di premis. Jadi, niche ini sudah sebati dengan masyarakat, bila sebut drive thru, semua membayangkan mcdonald. Ini salah satu niche untuk menarik pelanggan yang bagus.

Contoh niche yang boleh dibuat oleh restauran anda: Jika anda seorang yang sering tidur lambat, jika tiada masalah atau tidak kisah, mungkin boleh untuk restauran menyediakan sarapan awal pagi yang cepat dan mudah untuk pelanggan sebelum bergerak ke tempat kerja. Sarapan awal pagi memerlukan persiapan pada malamnya, yang mana anda tiada masalah untuk lakukannya.

Contoh lain, jika anda tiada masalah masak dihadapan orang ramai, atau anda mempunyai skill masak yang menakjubkan, seperti roti canai terbang atau masak sambil menari. Pelanggan akan datang untuk melihat pertunjukkan yang dibuat. Ini antara contoh yang boleh dibuat.

Duduk dan fikirkan dahulu niche yang sesuai yang boleh dibuat dengan jayanya dan bayangkan dahulu bagaimana ia akan berjalan jika anda praktikan di dalam realiti.

Kerja-Kerja Yang Perlu Dibuat Di Restauran

Berurusan dengan pelanggan dan menjadi pelayan merupakan sebahagian kerja di restauran. Sebenarnya banyak lagi kerja yang perlu dibuat untuk memastikan restauran bertahan. Antara kerja yang perlu diambil kira adalah  menambahbaik menu makanan, order barang-barang basah dan kering, menyusun atur restoran, membuat kempen pemasaran, memastikan operasi restoran tidak melanggar undang dan mengurus pekerja dan banyak lagi. Untuk mulakan restoran memerlukan kerja yang banyak tetapi setelah semuanya selesai dan mendapat sambutan yang baik daripada pelanggan, untuk mengekalkan prestasi yang bagus adalah mudah.

Untuk mendapat gambaran yang lebih jelas adalah lebih baik untuk kerja di restoran lain terlebih dahulu, dapatkan pengalaman dan ilmu-ilmu pengurusan bisnes restoran, dengan pengalaman ini dapat memendekkan learning curve dan dapat mengelak daripada membuat kesalahan yang sering dilakukan oleh restoran baru. Jika anda tidak pernah atau tidak mempunyai pengalaman bekerja di restoran, cari seorang Mentor yang boleh memberi tunjuk ajar tentang selok-belok bisnes ini.

DRAFT STRATEGI DAN PLAN BISNES

Setelah memikirkan perkara-perkara yang dinyatakan di atas dengan jayanya, tibalah masa untuk buat elemen yang paling penting dan kritikal iaitu bisnes plan. drafkan dahulu semuanya di atas kertas sebelum anda membeli sudu pertama anda atau memecahkan telur pertama anda.

Apabila menulis business plan apa yang perlu kejap ambil kira adalah definisi yang jelas tentang konsep restoran, menu dan harga makanan, detail kewangan, modal, plan pemasaran, gaji pekerja, dan sedikit gambaran bagaimana restoran itu akan beroperasi dan bagaimana anda berurusan dengan isu-isu yang sering melanda restoran. Masukkan sekali jalan penyelesaian di dalam business plan tersebut

PEMBIAYAAN BISNES

Berapa banyak modal yang diperlukan untuk mulakan bisnes restoran adalah bergantung kepada jenis bisnes restoran tersebut antara yang perlu diambil kira adalah facility,  marketing dan kos operasi dan banyak lagi yang perlu diambil kira. Disini saya sertakan link untuk mendapatkan gambaran serba sedikit modal permulaan restauran.

Sumber Sendiri

Lakukan sedikit perkiraan daripada asset sendiri. Kadang kala, sesetengah orang mempunyai aset yang banyak tanpa mengetahuinya secara sedar, asset yang dimasukkan adalah wang di saving akaun, kenderaan, akaun persaraan, equity real asset, koleksi-koleksi berharga, dan pelaburan jika ada. Mungkin boleh fikir untuk jual asset yang tidak diperlukan untuk mencukupkan modal. 

Keluarga Dan Rakan

Secara logiknya, individu yang mudah untuk membantu ketika memerlukan adalah keluarga dan rakan-rakan. Meminjam kepada rakan dan keluarga merupakan salah satu alternatif yang baik untuk mendapatkan modal kerana bayaran baliknya yang rendah dan flexible untuk membuat pembayaran. Tetapi perlu ingat, tidak kira berapa rapatnya anda dengan peminjam, diwajibkan untuk bersifat professional, bayar wang yang dipinjam, buat hitam putih dan pastikan peminjam tahu apa yang anda buat dengan wang tersebut dan risikonya.

Partners

Menggunakan konsep kekuatan dengan bilangan adalah prinsip yang baik untuk berbisnes, lihat sekeliling dan cari seseorang yang mempunyai kualiti dan kewangan yang baik untuk melabur didalam bisnes anda. Partner boleh terdiri daripada sleeping partner dan partner biasa. Sleeping partner hanya memberikan modal sahaja, segala urusan bisnes terpulang kepada partner lain. Sebelum meneruskan partnership, pastikan ada agreement dan contract yang menerangkan detail bisnes, pembahagian keuntungan, modal, dan sebagainya dengan jelas.

Program Kerajaan

Mengambil faedah daripada program kerajaan yang diwujudkan untuk memperkasakan kusahawanan adalah satu cara untuk mendapatkan modal. Untuk mencari program ini, boleh buka laman web Kementerian Pembangunan Usahawan Dan Koperasi, dan join program-program yang mereka sediakan.

MEMILIH LOKASI

Bergantung kepada berapa banyak modal yang dilaburkan untuk bisnes restoran ini dan jenis makanan yang dipilih, untuk permulaan kami sarankan untuk menyewa kedai terlebih dahulu di kawasan yang dipilih. Sediakan perjanjian dua bulan deposit dan 1 bulan sewa bulan pertama. Secara puratanya sebulan RM 2000 – RM 5000 bergantung kepada lokasi kedai.

Untuk mengenal pasti lokasi yang sesuai, Kami sediakan beberapa faktor yang perlu diambil kira untuk memilih lokasi:

Jangkakan jumlah penjualan. Bagaimana lokasi tersebut boleh contributed ke atas jumlah penjualan yang akan dibuat?

Accessibility kepada pelanggan.  Adakah tempat kedai mudah untuk pelanggan pergi dan terdapat fasiliti seperti parking dan sebagainya.

Kadar sewaan kedai. Pastikan jumlah sewaan adalah bersesuaian dengan lokasi kedai. Jika lokasi  kedai di tempat tumpuan orang ramai, berbaloi untuk membayarnya walaupun mahal dan pastikan anda mampu untuk membayarnya.

Kedai lain di sekeliling. Kedai jiran memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pelanggan yang datang ke kedai. Mereka boleh menjadi sesuatu yang baik dan buruk. Sebagai contoh jika di kawasan itu terdapat kedai yang menjual produk yang sama, persaingan akan menjadi lebih kuat dan sukar. Jika kedai di kawasan itu menjual barangan keluarga, kemungkinan besar akan membantu pelanggan berkunjung ke restoran.

 Sejarah kawasan. Lakukan sedikit kajian tentang kawasan yang dipilih sebelum  memutuskan untuk menyewanya. Siapa penyewa sebelum anda dan mengapa mereka tidak lagi meneruskan bisnes di situ.

Pembangunan. Jika terdapat pembangunan yang pesat di kawasan tersebut, ia adalah bagus untuk masa hadapan restoran. Dengan adanya pembangunan maka trafik akan menjadi lebih padat.

DESIGN KEDAI

Design kedai menjadi faktor kejayaan sesebuah restoran. Apa yang perlu diambil kira adalah saiz dan kedudukan tempat makan, dapur, ruang penyimpanan barang dan pejabat. Selalunya, restoran akan menyediakan 45 hingga 65 peratus daripada ruang kedai untuk kawasan tempat makan dan 35 peratus untuk dapur dan yang lain untuk penyimpanan barang dan pejabat

Tempat makan:  Tempat makan merupakan ruang yang sangat penting untuk memastikan pelanggan sentiasa datang, jangan kedekut mengeluarkan sedikit duit untuk memastikan kawasan tempat makan dalam keadaan selesa dan cantik. Pergi ke kedai makan yang berjaya dan contohi design tempat makan mereka merupakan sesuatu yang boleh dibuat untuk menjana idea

Kawasan production: kawasan seperti penyimpanan barang dan dapur untuk memasak perlu dalam keadaan yang kemas dan teratur. Fikirkan setiap elemen di dalam menu masakan. Anda perlu memasukkan ruang penyediaan makanan, memasak, membakar, membasuh pinggan, sampah, surau, ruang pekerja, dan ruang untuk pejabat untuk menjalankan aktiviti pengurusan.

CIPTA MENU MASAKAN

Menu masakan yang unik dan sedap adalah penting untuk memastikan pelanggan mengulangi servis anda. Perlu juga sediakan menu-menu basic untuk mereka yang sudah selesa dengan masakan tersebut. Jika anda membuka restoran ala thai menu basic adalah, tomyam, masakan panas, sup dan lain-lain. Jika membuka restoran western menu basic adalah chicken chop, chicken grill, mashed potato dan sebagainya.

Perlu diingatkan juga untuk menyediakan makanan untuk kanak-kanak. Jika keluarga adalah target market anda, adalah bagus untuk menyediakan empat atau lima menu di dalam portion yang sedikit untuk kanak-kanak. Menyediakan sedikit makanan ringan seperti gula-gula secara percuma merupakan satu konsep yang menarik. 

Keselamatan. Menyediakan perkhidmatan makanan memerlukan keselamatan yang tinggi, selain keselamatan pelanggan, keselamatan pekerja juga perlu diambil kira. Pastikan aspek keselamatan telah diperiksa oleh autoriti untuk mengelakkan dari di saman. Antara keselamatan yang perlu diambil kira adalah vaksin pekerja, kawasan merokok, alatan memasak dan sebagainya.

MENGUPAH PEKERJA

Antara Cabaran yang besar di dalam bisnes ini adalah mengupah pekerja. Untuk mencari pekerja yang mahir dan berpengalaman dengan gaji yang sedikit adalah amat sukar. Tetapi tidak mustahil. Apa yang perlu dibuat adalah mempromosikan kerja kosong di platform cari kerja seperti jobstreet, mudah.my, maukerja.my, Jobs Malaysia dan banyak lagi.  Mempromosikan kerja melalui flyers juga merupakan idea yang baik.

Untuk menentukan jumlah gaji, lakukan sedikit kajian tentang kadar bayaran pekerja di kawasan tersebut.

 Di sini kami sediakan sedikit tips untuk membantu anda mencari pekerja yang baik:-

 Latar belakang pekerja. Cek sedikit latar belakang pekerja, bekerja di mana sebelum ini, dan pastikan mereka faham kerja yang mereka perlu buat.

Pengalaman. Tanya mereka soalan yang berkaitan dengan pengurusan restoran, kebersihan, dan sebagainya untuk memastikan mereka boleh melakukan kerja yang diberi dengan baik.

Skill. Jika pekerja tersebut mempunyai skil memasak yang bagus, adalah lebih baik. Jika berlaku kecemasan kepada tukang masak ataupun anda, pekerja tersebut boleh menggantikan tukang masak secara sementara

MARKETING DAN PROMOSI

Bisnes memerlukan marketing plan dan business restoran tidak terkecuali daripada nya. Untuk bisnes restoran, kajian daripada National restaurant association, mendapati bahawa marketing mulut ke mulut pelanggan adalah kaedah yang paling terbaik untuk pengiklanan. 

Empat daripada lima pelanggan akan cenderung untuk memilih restoran yang disyorkan oleh individu terdekat.

Jadi berdasarkan kajian ini, apa yang boleh dibuat adalah sediakan satu pengalaman makan yang terbaik untuk pelanggan terutama sekali semasa di fasa permulaan restauran untuk memastikan pelanggan tersebut memberitahu individu terdekat mereka tentang servis yang anda sediakan.

Lakukan sedikit kajian dan soalan kepada pelanggan yang datang untuk mengetahui informasi seperti bagaimana mereka mengetahui kewujudan restoran dan pengalaman mereka di restoran anda. Ini penting untuk membuat penambahbaikan di masa hadapan.

Langkah permulaan awal untuk marketing adalah dengan mengetahui market itu sendiri. Market sentiasa berubah-rubah. Tidak mengubah strategi di dalam marketing dengan arus semasa adalah sangat rugi kerana anda telah terlepas peluang keemasan. Sebagai contoh zaman sekarang antara marketing strategy yang baik adalah melalui media sosial seperti Youtube,  Facebook dan sebagainya yang mana ianya berbentuk visual bukan berbentuk penulisan.

Setelah mengetahui marketing strategy yang bagus, lihat kembali fasiliti dan cara anda dan ubahnya supaya mengikut arus masa.

Antara marketing strategy yang tidak ditelan zaman adalah dengan memberikan giveaway dan diskaun semasa event tertentu. Sebagai contoh semasa hari kemerdekaan, sediakan promosi air percuma kepada pelanggan. Selain itu dengan memberi kupon kepada orang ramai juga merupakan satu strategi yang bagus. 

KESIMPULAN

Untuk memulakan suatu bisnes yang berjaya Bukanlah sesuatu yang mudah, ia memerlukan  masa untuk memikirkan strategi dan modal. Tetapi ia adalah tidak mustahil, industri makanan antara industri yang terbesar di Malaysia. Malaysia terkenal dengan makanan. Inilah masa untuk anda mengambil kesempatan ini dengan mengaut keuntungan yang sewajarnya. Semoga Berjaya !!

Tinggalkan Pesanan

Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com