Mengurus Kewangan Untuk Beginner: Apa Yang Perlu Dibuat?

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Bagi seorang yang baru hendak menghadapi alam dewasa, anda akan berasa agak gementar apabila kesemua beban menguruskan kewangan diberikan kepada anda. Semua keputusan perlu dibuat sendiri, anda tidak tahu betul atau tidak keputusan yang dibuat.

Banyak persoalan yang bermain difikiran, dimana nak check credit score? Apa itu credit score? Apa yang perlu dibuat seterusnya?

Dan pelbagai lagi soalan lain. Kadangkala persoalan-persoalan ini boleh menjadikan seseorang itu tertekan dan seterusnya membuat keputusan yang tidak bijak dalam pengurusan kewangan mereka.

Kami akan kongsikan apa yang perlu anda buat untuk permulaan menguruskan kewangan. Kami harap ianya membantu.

BERTENANG, JANGAN TERTEKAN

Andaikata anda membuat beberapa keputusan yang kurang bijak seperti tidak memilih akaun simpanan yang terbaik, tidak melabur di tempat yang betul, tidak membuat pinjaaman di bank yang terbaik dan sebagainya jangan tertekan.

Kesilapan tersebut merupakan kesilapan yang bagus berbanding anda tidak berbuat apa-apa.

Secara umumnya betul, untuk mendapatkan hasil yang terbaik dalam menguruskan kewangan, Penting untuk membuat sesuatu yang terbaik. Tetapi, jika ianya bukan terbaik dan hanya bagus sahaja tidak mengapa, ianya masih bermanfaat untuk anda.

Masa dan kesilapan yang anda hadapai bukanlah satu pembaziran, ianya satu pengalaman yang berharga buat anda dan keluarga.

MULAKAN DENGAN APA YANG ADA TERLEBIH DAHULU

Jangan gelojoh untuk membuat sesuatu keputusan. Sebelum anda merancang untuk kehadapan, anda perlu tahu terlebih dahulu dimana anda berada sekarang. Bukan dari segi idea, tetapi dari segi realiti. Apa nombor-nombor yang ada pada anda sekarang.

Dengan realiti yang ada, mulakan dengan ambil tahu tentang asas-asas kewangan peribadi seperti credit score, hutang, account balance, aset, dan sebagainya. Semua perkara ini boleh didapati dengan percuma di internet.

Untuk berjimat, gunakan apps percuma sahaja untuk menjejaki kewangan anda. Cukup dengan yang percuma sahaja anda sudah boleh mendapat gambaran yang jelas tentang status kewangan anda sekarang.

KETAHUI KEMANA ANDA MAHU PERGI

Gambarkan kewangan anda sebagai satu peta. Selepas anda mendapat gambaran dimana anda berada, anda perlu pilih kemana anda mahu pergi.

Sama seperti anda melihat peta, google maps atau waze. Anda perlu mengetahui dahulu di mana anda berada dan kemana destinasi yang dituju, sepanjang perjalanan, apa yang akan anda hadapi dan jumpa.

Sama seperti kewangan. Kenal pasti anda di mana dan lakukan senarai impian kewangan anda. Untuk mencapai impian terebut, apa yang perlu dibuat dan apa yang akan anda hadapi. Lakukan timeline untuk impian tersebut dan lakukan pengutamaan daripada mula sehingga habis.

SETERUSNYA: TIPS KEWANGAN UNTUK BEGINNER

Setelah anda mengetahui reality status kewangan anda dan impian kewangan serta apa yang akan ditempuhi. Langkah seterusnya adalah agak memeningkan.

Persoalan yang perlu ditanya adalah adakah anda membayar hutang yang ada? Adakah anda membuka akan pelaburan? Bagaimana cara untuk mencipta tabung kecemasan? Adakah gaji anda cukup untuk perbelanjaan harian hidup?

Banyak persoalan yang bermain difikiran. Terdapat banyak impian yang perlu dicapai dan duit tidak akan pernah cukup untuk membuat kesemua impian tersebut.

Disinilah bermulanya tekanan. Jangan risau. Tarik nafas dan bertenang, walau apapun yang berlaku ianya akan memberi manfaat kepada anda, secara langsung dan secara tidak langsung.

1. Fikirkan kesudahan kewangan hidup anda

Antara yang utama perlu dibuat adalah dengan fikirkan bagaimana berakhirnya plan kewangan yang anda mahukan. Anda bangun setiap pagi untuk bekerja dan habiskan keseluruhan hari di tempat kerja.

Jarang ada masa terluang untuk fikirkan apakah kesudahan plan kewangan anda. Apa yang anda mahukan dalam hidup?

Selain daripada memahami selok belok kewangan dan pendapatan, mempunyai visi kewangan juga adalah amat penting di dalam hidup.

2. Tahu kemana perginya pendapatan yang dijana

Penting untuk anda mengetahui kemana perginya pendapatan yang dijana. Ini adalah satu informasi yang amat penting dalam menguruskan kewangan peribadi. Jejak semua aktiviti yang menggeluarkan duit.

Untuk memudahkan anda untuk menjejakinya, kami sarankan untuk gunakan debit card semasa pembayaran. Ianya lebih mudah untuk disemak. Segala cukai yang anda bayar juga anda harus tahu, anda boleh semaknya dengan hubungi LHDN.

3. Tahu kos perbelanjaan bulanan anda

Menurut JD Morris,   mengetahui perbelanjaan tetap bulanan adalah sangat penting. Jika anda seorang peniaga, jika anda mempunyai masalah aliran tunai, salah satu cara penyelesaiannya adalah dengan menambah jumlah jualan.

Walaubagaimanapun, kebanyakan individu tidak mempunyai perniagaan dan mereka hanya mempunyai pendapatan yang tetap. Jadi apa yang perlu dibuat adalah dengan mengetahui keseluruhan perbelanjaan bulanan anda terlebih dahulu, selepas itu baru anda boleh ubah jika ianya terlebih atau terkurang.

4. Guna akaun bank lebih dari satu

Menggunakan hanya satu bank akaun untuk menguruskan kewangan akan menyebabkan ianya menjadi susah.

Untuk memudahkan pengurusan kewangan, pecahkan bajet anda kepada 5 kategori dan setiap kategori tersebut mempunyai akaun bank yang tersendiri. Kaedah ini kana memudahkan anda untuk lihat dan pantau duit di dalam setiap kategori tersebut.

5. Letakkan pendapatan bulanan ke akaun pelaburan secara konsisten

Untuk menguruskan kewangan bukan satu yang mudah dan ianya tidak menyeronokkan. Jadi untuk tidak merumitkan, transfer sejumlah wang secara konsisten lebihan baki dari pendapatan ke dalam akaun pelaburan.

Jangan perap duit tersebut di dalam akaun simpanan kerana anda akan lebih cenderung untuk gunakannya kepada perkara yang tidak perlu. Dengan meletakkan ke dalam akaun pelaburan, duit tersebut akan lebih selamat dan boleh digunakan di masa depan dengan pekara yang lebih berfaedah.

6. Bayar untuk masa hadapan terlebih dahulu

Menurut Matthew Meehan, setelah anda mendapat gaji bulanan, letakan sebahagian duit tersebut untuk masa hadapan dan jadikan ianya keutamaan. Sesetengah orang tidak mengendahkan perkara ini membuatkan mereka membelanjakan wang tersebut.

Disiplin adalah kata kunci disini. Masukkan ke dalam tabung yang ada terlebih dahulu dan masa hadapan anda akan semakin cerah

7. Semak credit score

Setelah anda menyelasaikan semua masalah kewangan yang anda hadapi, semak credit score selepas itu. Mengetahui credit score akan membantu untuk mengetahui jenis kredit yang sesuai untuk anda.

Jika FICO score anda dalam linkungan sedang-sedang atau tinggi, jangan memandai untuk menambah hutang yang ada dengan memgambil kad kredit yang berisiko.

Artikel Berkaitan

8. Fahami matlamat pelaburan

Memahami jenis, strategi dan matlamat pelaburan adalah sesuatu yang asas dalam pelaburan. Banyak jenis pelaburan dan setiap satu adalah berbeza dari segi strategi dan matlamat.

Sebagai contoh, jika anda melabur untuk jangka masa yang pendek, anda perlu menggunakan strategi “buy low and sell high” di Bursa Saham. Ianya sangat berisiko bagi seorang yang bukan trader kerana anda tiada masa untuk memantau pergerakan saham. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang jenis pelaburan, anda boleh lihatnya DISINI .

9. Mula jimat berbelanja

Mulakan dengan perkara yang mudah seperti makan makanan simple di rumah, sediakan tempat bacuh kopi dan shopping apabila perlu sahaja dan pastikan terdapat sale semasa pembelian.

Semua perkara ini akan membantu anda dalam menentukan bajet bulanan. Tabiat ini akan membuatkan simpanan anda boleh bertambah lebih cepat untuk masa hadapan

KESIMPULAN

Sejujurnya, untuk memulakan pengurusan kewangan peribadi adalah amat mudah jika anda bertenang dan fikir dengan sebaiknya. Kebanyakan langkah-langkah pengurusan kewangan boleh dilakukan dengan common sense sahaja.

Jika anda mengambil kira tips-tips yang kami berikan, anda semestinya sudah mendapat gambaran kasar tentang cara mula pengurusan kewangan peribadi. Jika anda berada sini mengkaji tentang pengurusan kewangan, jangan risau, anda sekarang berada di jalan yang betul. Semoga Berjaya!!

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com