KETAHUI LANGKAH YANG LENGKAP UNTUK MULAKAN BISNES.
Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.
Untuk pengetahuan anda tiada limit untuk seseorang menjadi seorang usahawan yang berjaya. Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya anda tidak semestinya memerlukan pelajaran yang tinggi, duit yang banyak di dalam bank, ataupun pengalaman bisnes yang luas. Walaubagaimanapun apa yang diperlukan adalah satu pelan yang tersusun yang akan memandu anda ke arah satu bisnes yang berjaya.
Jika anda membaca artikel ini anda telah mempunyai satu kesedaran untuk berbisnes dan itu merupakan langkah yang bagus tapi apa yang perlu tahu adalah bagaimana nak memulakan sesuatu bisnes.
Sebab tu anda ada dekat sini di sini kami akan kongsikan langkah demi langkah panduan untuk membantu menukarkan idea besar anda kepada satu bisnes yang berjaya.
1. MUHASABAH DIRI ANDA
Mari kita mula dengan soalan yang asas, iaitu mengapa berbisnes? Soalan ini penting untuk mengetahui jenis bisnes apa untuk memulakan. Jika hendak duit sampingan mungkin anda perlu mulakan bisnes sampingan. Tetapi jika anda mahukan kebebasan harian mungkin inilah masa untuk tinggalkan 5 hingga 6 pekerjaan yang anda buat sekarang dan mulakan sesuatu yang baru. Tetapi risiko untuk berhenti kerja tu perlulah di ambil kira dengan sebaiknya.
Setelah ketahui mengapa, tibalah masa untuk kita mencari bisnes apa yang sesuai untuk diri sendiri dengan menjawab persoalan berikut
- Apa skill yang anda ada?
- Apakah fesyen anda?
- Apa skill yang anda mahir?
- Sebanyak mana yang anda boleh tanggung jika bisnes ini tidak menjadi?
- Berapa banyak modal yang anda perlukan?
- Apa kehidupan yang anda mahu?
- Adakah anda bersedia untuk menjadi seorang usahawan?
Untuk menjawab persoalan ini anda mestilah jujur sejujur-jujurnya. Kerana ini akan menjadi asas kepada semua perkara untuk terus kehadapan dan ianya bagus untuk mengetahui perkara ini semasa diawal hendak memulakan satu perniagaan daripada selepas memulakan perniagaan yang mana semuanya sudah terlambat.
2. FIKIRKAN SATU IDEA UNTUK BISNES
Telah mempunyai satu idea bisnes yang bagus atau pun belum? Jika sudah, tahniah! Boleh skip sesi yang kedua ini dan boleh pergi kepada sesi yang seterusnya. Jika belum, perlu untuk memikirkan secara teliti apa bisnes yang bagus untuk dimulakan. Di sini kami sertakan beberapa cara yang boleh digunakan untuk memikirkan idea bisnes yang bagus untuk dimulakan.
- Tanya diri anda apakah perkara yang besar akan terjadi selepas ini?
Apakah teknologi maju yang akan menjadi next big thing. Jika anda dapat memikirkan sesuatu yang ke hadapan dari orang lain, ianya akan membantu landscape bisnes anda yang mana anda telah maju selangkah ke hadapan daripada bisnes-bisnes lain
- Menyelesaikan sesuatu masalah
Zaman sekarang semua orang mempunyai masalah dan jika anda membuat satu bisnes untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut maka orang yang mempunyai masalah itu adalah customer anda dan mereka akan berterima kasih kepada anda kerana menyelesaikan masalah mereka dan seterusnya memberikan sale kepada bisnes yang dijalankan.
- Menggunakan skill yang anda ada, mulakan satu bidang yang baru.
Kaedah ini agak sukar dan perlukan brainstorming yang lama kerana ianya belum lg difikarkan oleh kebanyakan peniaga. Kebanyakan bisnes dan industri membuat sesuatu perkara dengan satu jalan sahaja kerana itu sahaja jalan yang selalu mereka buat. Dalam kes ini jika terdapat satu jalan lain untuk membuat perkara tersebut ianya akan membuka mata mereka dari sudut satu perspektif yang berbeza yang mana perkara ini akan menjadikan satu bisnes yang Berjaya.
- Cipta sesuatu yang lebih baik lebih murah dan lebih pantas.
Jika telah mempunyai satu bisnes idea yang telah ramai orang lain jalankan. Maka fikirkan satu perkara yang anda boleh berikan kepada customer anda yang mana menunjukkan bisnes anda adalah lebih baik, lebih murah atau pun lebih pantas dari bisnes-bisnes yang lain.
Dan, lebih baik lagi jika anda pergi jumpa kepada orang ramai dan tanyakan soalan kepada mereka, minta nasihat daripada usahawan-usahawan lain, buat research idea di online platform ataupun apa-apa sahaja cara yang anda rasa boleh dilakukan.
3. BUAT MARKET RESEARCH
Adakah bisnes tersebut telah dibuat oleh orang lain? Jika tidak adakah ada sebab-sebab yang baik untuk memulakan bisnes tersebut?
Start buat research kat atas potensi bisnes idea yang anda fikirkan sebentar tadi dan apa yang diperlukan untuk berjaya dalam bisnes tersebut. Lebih baik lagi, buat satu survey ataupun persoalan-persoalan dan tanyakan kepada orang ramai.
Contoh :- “Apakah faktor yang anda ambil kira untuk membeli produk ataupun servis? Atau “Apa penambahbaikan yang anda rasa perlu untuk dibuat dalam bisnes ini”. Berikut merupakan contoh persoalan-persoalan yang akan memberikan anda gambaran apa yang perlu anda buat untuk berjaya dalam bisnes yang anda ceburi.
Untuk membuat market research ini antara kesilapan yang biasa dilakukan oleh usahawan adalah hanya menggunakan rujukan online sahaja dan membuat servis ke atas orang-orang yang mereka kenali sahaja. Untuk mendapatkan jawapan yang lebih berkualiti maka kesilapan-kesilapan ini perlulah dihindari.
4. DAPATKAN MAKLUM BALAS
Untuk sesi ini anda perlulah biarkan orang-orang di sekeliling berkomunikasi dengan anda dan menyatakan pendapat mereka tentang produk atau servis yang dikeluarkan. Pandangan lain daripada orang luar dapat menyelesaikan masalah yang mungkin anda terlepas pandang. Keluarkan produk dan mendapatkan maklumbalas daripada mereka dan aplikasikan untuk penambahbaikan produk akan membuatkan produk anda relevan dari semasa ke semasa.
Tapi anda perlulah menilai nasihat itu sama ada ianya boleh diambil ataupun tidak. Sesetengah pandangan tidak boleh diambil jadi tinggalkan pandangan tersebut jangan cepat melatah dan terus mencari feedback yang lain.
Disini sertakan langkah-langkah untuk anda buat setelah mendapat feedback
- Slow Down
Apabila mendapat feedback daripada orang lain, anda akan berasa excited untuk mendengar feedback tersebut tetapi feedback tersebut mungkin feedback yang buruk. Jadi slow down dan ambil masa untuk menilai sebaik-baiknya apa feedback yang diterima.
- Ucapan Terima Kasih
Pelanggan yang memberikan feedback yang buruk tidak akan menjangka anda akan berterima kasih kepada mereka, tetapi dengan berbuat demikian akan menyebabkan mereka menghormati bisnes dan seterusnya menggalakkan mereka untuk memberikan feedback yang jujur pada masa akan datang.
- Lihat Dari Konsep Kejujuran
Jika orang tersebut tidak suka akan idea anda, tidak bermakna mereka tidak suka keseluruhan idea tersebut. Anda haruslah ingat bahawa orang-orang seperti ini cuba untuk membantu dan mereka mungkin akan memberitahu masalah-masalah kecil ataupun solusi solusi yang kecil yang boleh dilihat untuk mengembangkan bisnes
- Melihat corak komen
Jika anda melihat ataupun mendengar komen-komen yang sama dari orang-orang yang berbeza maka inilah masa untuk duduk dan fikirkan dengan serious tentang komen tersebut.
- Tanyakan soalan
Semasa mendengar komen-komen tersebut bahawa mereka suka ataupun tidak suka akan sesuatu tanyakan soalan kepada mereka untuk mengetahui lebih mendalam tentang perkara itu sebagai contoh, soalan-soalan yang boleh ditanya adalah :-
- Macam mana kami boleh membaiki masalah tersebut
- Mengapa anda suka konsep yang begini
Salah satu cara adalah dengan menyediakan satu platform untuk mereka memberikan review tentang produk anda. Dengan komen-komen yang diberikan anda boleh membaiki servis ataupun produk yang anda keluarkan. Komen-komen yang positif daripada customer ataupun testimoni yang positif boleh membantu untuk meneruskan servis dan mengeluarkan produk yang lebih baik.
5. JADIKAN BISNES ANDA RASMI
Buat pengetahuan anda adalah lebih baik untuk mendapatkan perkara-perkara yang berkaitan dengan idea bisnes yang hendak dijalankan secara rasmi. Dengan berbuat demikian, tidak perlu risau tentang orang lain cuba untuk meniru idea bisnes tersebut ataupun menyaman idea tersebut. Berikut kami sediakan checklist untuk diambil kira dalam perasmian produk.
- Struktur bisnes
- Nama bisnes
- Daftar bisnes
- Cukai-cukai yang berkaitan
- Permit (jika ada)
- Lesen
- Bank akaun yang berkaitan
- Trademark, copyright atau patent
Jika proses perasmian tersebut tidak mampu untuk dibuat keseorangan, adalah lebih baik untuk mendapatkan nasihat peguam, untuk permulaan mungkin boleh mendapatkan nasihat guaman di firma yang kecil atau peguam di tribunal yang kadang kala mereka niat membantu tanpa mengenakan sebarang fee guaman. Jadi anda boleh cover apa yang sepatutnya.
6. DRAFT PELAN BISNES
Plan bisnes adalah dokumen bertulis yang mana anda lakarkan tentang bisnes yang hendak dimulakan daripada mula sampai habis produk.
Di sini apa yang kami cadangkan, apa yang perlu di dalam pelan bisnes
- Tajuk
Mulakan dengan nama bisnes, yang mana ianya agak sukar bagi kebanyakan orang walaupun bunyi macam senang.
- Summary bisnes
Sumarry hendaklah berkualiti yang mana anda akan menyentuh setiap aspek syarikat, apa masalah yang syarikat anda selesaikan, bagaimana menyelesaikannya.
- Keterangan tentang bisnes
Apakah bisnes yang hendak mulakan, macam mana gambaran industri yang anda hendak ceburi, dan pada masa akan datang, bagaimana bisnes anda dijalankan
- Analisis
Analisis kekuatan dan kelemahan bisnes ada pesaing bisnes. Setelah mendapat informasi tentang pesaing bisnes. Fikirkan macam mana nak menyediakan produk ataupun servis yang lebih baik daripada pesaing,
- Development
Apa produk dan servis yang dikeluarkan dan bagaimana ia akan berkembang? Analisis bajet untuk produk dan servis tersebut untuk memastikan bisnes akan terus berkembang.
- Kewangan
Dari mana datangnya modal bisnes tersebut? Bila? dan bagaimana? Kewangan merupakan sesuatu yang penting dalam sesebuah bisnes. Mengetahui perihal kewangan dengan lebih terperinci merupakan satu langkah berja-jaga yang baik.
Setelah siap business plan tersebut perlulah diingati bahawa bisnes plan ini perlu diupdate secara berkala sepanjang bisnes dilakukan.
7. DAPATKAN MAKLUM BALAS BISNES YANG DIJALANKAN
Untuk sesi ini anda perlulah biarkan orang-orang di sekeliling berkomunikasi dengan anda dan menyatakan pendapat mereka tentang produk atau servis yang dikeluarkan. Satu pandangan lain daripada orang luar dapat menyelesaikan masalah yang mungkin anda terlepas pandang. Dengan mengeluarkan produk dan mendapatkan maklumbalas kepada mereka dan aplikasinya untuk penambahbaikan produk yang sedia ada akan membuatkan produk anda relevan dari semasa ke semasa.
Tapi anda perlulah menilai nasihat itu sama ada ianya boleh diambil ataupun tidak. Sesetengah pandangan tidak boleh diambil jadi tinggalkan pandangan tersebut jangan cepat melatah dan terus mencari feedback yang lain.
Salah satu cara adalah dengan menyediakan satu platform untuk mereka memberikan review tentang produk. Dengan komen-komen yang diberikan anda boleh membaiki servis ataupun produk yang anda keluarkan. Komen-komen yang positif daripada customer ataupun testimoni yang positif boleh membantu untuk meneruskan servis dan mengeluarkan produk yang lebih baik.
8. KEMBANGKAN PRODUK DAN SERVIS
Setelah bertungkus-lumus memulakan bisnes anda, perasaan gembira akan datang bila melihat bisnes idea anda menjadi satu bisnes yang boleh dimarketkan dalam pasaran. Jadi dari semasa ke semasa anda perlu memastikan bisnes anda berkembang dengan baik.
Sebagai contoh jika bisnes anda telah mencapai target audiens yang ramai maka anda perlulah mengambil supply barang daripada entiti lain yang boleh supply dengan kuantiti yang banyak seperti kilang dan syarikat-syarikat supplier. Berikut kami sertakan beberapa perkembangan yang mungkin anda perlu ambil kira dalam mengembangkan bisnes.
- Mengawal pengeluaran produk dan sentiasa belajar tentang pengeluaran.
- Menggaji pekerja yang spesifik untuk sesuatu kerja.
- Mengurus perkembangan produk untuk menjimatkan lagi wang.
Skill-skill untuk mengawal produksi ini merupakan antara skill yang paling penting dalam sesuatu bisnes. Bagi seorang usahawan mereka perlulah belajar sedikit demi sedikit dan tidak digalakkan untuk menggaji orang lain, melainkan bisnes anda telah menjadi satu bisnes yang besar dan memerlukan pekerja yang ramai. Anda juga mungkin perlu untuk membuat satu website tentang portfolio produk untuk rujukan pelanggan.
9. MULA MEMBINA TEAM
Apabila bisnes setelah berkembang dan menjadi satu bisnes yang memerlukan pekerja yang ramai. Maka amat penting untuk mula membentuk satu kumpulan. Kumpulan ini terdiri daripada partner bisnes, pekerja atau freelancer. Disini sertakan 3 tip untuk membantu dalam mencari team yang sesuai.
- Tahu Matlamat
Pastikan semua orang faham visi dan peranan mereka dalam syarikat semasa mula-mula hendak diserapkan masuk ke dalam syarikat dan bekerja.
- Mengikuti Protokol Yang Betul
Apabila hendak menggajikan seseorang anda perlulah mengikut protokol yang betul yang telah terbukti berkesan untuk menggaji staf. Sedikit kajian perlu dilakukan untuk mencari kaedah yang betul dalam menggaji pekerja.
- Mencipta satu budaya syarikat yang sesuai
Budaya yang sesuai untuk pekerja amat penting untuk produktiviti mereka dan ianya boleh dilakukan dalam berbagai-bagai kaedah termasuklah menyediakan latihan dan menyediakan ruang bekerja yang selesa. Budaya sesuai yang disediakan oleh majikan, menunjukkan bahawa majikan tersebut mementingkan kepentingan staf-staf mereka.
10. MEMBUAT JUALAN
Tidak kira anda menjual produk ataupun servis, bisnes anda bergantung jualan produk dan jualan servis. Di dalam bisnes terdapat banyak strategi jualan atau teknik-teknik jualan yang boleh dilakukan, di sini kami akan sertakan sedikit untuk memberikan idea secara kasar tentang strategi jualan.
- Dengar
Dengar pandangan customer dan mengenal pasti apa yang mereka perlukan dan bagaimana untuk merealisasikan pandangan tersebut.
- Jangan Takut Untuk Mendengar Tidak
Realitinya di dalam berbbisnes anda akan mendengar banyak perkataan tidak daripada pelanggan dan hendaklah bersedia untuk mendengarnya, seterusnya memperbaiki apa yang patut.
Tapi persoalan yang sebenar adalah bagaimana hendak membuat jualan? Untuk menjawab persoalan ini apa yang perlu anda buat adalah cari customer anda, kembangkan media sosial bisnes, buat iklan sesuai di dalam media sosial, belajar dari masa ke semasa dan perbaiki kesilapan tersebut untuk masa akan datang.
Semua perkara ini memerlukan masa untuk belajar dan bukan mudah untuk menjadi seorang bisnes yang berjaya.
KESIMPULAN
Di luar sana terdapat berjuta-juta idea dan cara untuk mengembangkan bisnes. Tetapi cara yang paling penting pada zaman sekarang ialah dengan menggunakan sosial media. Boleh dikatakan hampir kesemua rakyat Malaysia pada hari ini mempunyai sosial media dan jika seseorang usahawan itu dapat mengoptimumkan kadar penggunaan media sosial dengan efektif maka untuk mencari pelanggan itu menjadi lebih mudah dan berkesan.
Antara contoh yang boleh dibuat untuk mengoptimumkan kadar penggunaan media sosial adalah dengan membuat iklan berbayar di facebook dan melantik influencer youtube untuk menjadi duta produk.
Tinggalkan Pesanan
Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com
Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang
Anda Mungkin Berminat :-
Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com