Kesalahan Yang Wajib Dielak Semasa Mulakan Bisnes Online

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Bagi sesiapa yang mempunyai fikiran usahawan, mereka akan melihat potensi internet untuk mencipta satu bisnes yang berjaya. Bisnes secara online menawarkan banyak kelebihan seperti:-

  • Boleh Memulakan syarikat dengan kos yang rendah
  • Boleh mengembangkan perniagaan dengan pelbagai cara yang berkesan
  • Dapat mempromosikan barang dengan cara yang cepat dan mudah

Kajian di amerika menunjukkan hampir 70% daripada rakyat mereka shopping secara online dan di sana, pendapatan e-commerce lebih dari USD 700 billion. Ini yang akan terjadi di Malaysia samada anda suka atau tidak. Walau sebesar mana pun peluang yang terhidang, jika anda menguruskan peluang tersebut dengan kesilapan mudah, masih tidak dapat memanfaatkan peluang yang ada.

Artikel ini akan membincangkan kesilapan-kesilapan yang dibuat oleh usahawan online

1. MENGAMBIL MASA YANG LAMA UNTUK MEMULAKAN BISNES

Di dalam bisnes, timing adalah faktor yang sangat penting. Apabila anda menyedari peluang berbisnes secara online, ia adalah normal untuk mengkaji market, persaingan, proses dan aspek-aspek lain untuk mulakan bisnes tersebut. Kajian dan penilain adalah sesuatu yang penting tetapi jika ia dibuat terlalu lama, mungkin anda akan ketinggalan.

Penting untuk menyedari yang semakin lama masa yang diambil untuk membuat kajian, semain lama anda bertangguh untuk mulakan bisnes, dan bisnes memakan masa untuk betul-betul stabil dan mengeluarkan profit.

Jangan biarkan diri anda terbuai dengan kajian, di mana anda akan tertinggal jauh dari industri disebabkan terlalu berfikir dan risau akan kesempurnaan, peluang yang pada asalnya sangat cerah, menjadi semakin pudar.

2. MULAKAN BISNES YANG BUKAN MINAT ANDA

Kadang kala, usahawan yang mulakan bisnes secara online bukan disebabkan duit semata-mata, tetapi kerana mereka minat terhadap produk atau servis yang mereka keluarkan. Bisnes memerlukan dedikasi dan komitmen yang tinggi, walaupun ada masa anda mendapat keuntungan yang sedikit, anda perlu untuk bersabar dan teruskan.

Semakin lama di dalam industri, semakin anda sedar tentang kesuakaran berniaga, ianya tidak seperti yang dijangka, tetapi bagi usahawan yang berjaya, semua itu merupakan pengajaran bagi mereka lebih maju kehadapan.

Jika anda buat sesuatu yang anda minat, proses pembelajaran dan selok belok bisnes akan menjadi sukar dan terbeban. Untuk menjual sesuatu produk adalah penting untuk pelajari tentang produk terlebih dahulu, supaya mudah untuk mempromosikan kepada pelanggan.

Sebagai contoh, jika anda menjual barang-barang perpaipan seperti paip pvc, spanar, gergaji paip dan sebagainya, tetapi anda langsung tidak peduli tentang barang tersebut, quality, cara guna dan sebagainya ia akan menyukarkan anda untuk menyalurkan informasi kepada pelanggan yang mahu membeli.

Untuk memastikan bisnes yang dibuat memberikan keuntungan, mulakan bisnes yang anda minat. Anda perlu mengetahui semua perkara tentang produk yang dijual. Hasilnya, bisnes akan menjadi lebih menyeronokkan dan berjaya seperti yang sepatutnya.

3. JANGKAKAN AKAN MENJADI KAYA DALAM SEKELIP MATA

Mulakan satu bisnes online jangan menjangkakan yang anda akan mendapat keuntungan dengan banyak dalam masa yang pendek. Kebiasaanya, bisnes online mendapat untung yang sedikit atau tidak ada untung untuk tahun pertama.

Tahun pertama merupakan tahun pembelajaran, dalam tempoh ini, anda perlu mempelajari selok belok bisnes online, dan selalu menambah baik kesilapan yang dibuat. Banyak buku  di luar sana yang mempromosikan penjualan produk dan berjanji dengan keuntungan yang cepat, hakikatnya ia tidak semudah yang disangka.

Melainkan anda mengeluarkan duit untuk membuat duit, seperti membuat iklan yang berbayar. Jika bermula dengan kosong, jangan jangkakan anda akan kaya dalam sekelip mata. Buat bisnes online tiada beza dengan bisnes dalam dunia sebenar, mereka memerlukan masa, tenaga, usaha dan strategi untuk berjaya.

Amazon, satu jenama yang besar dalam industri bisnes, bermula pada tahun 1994 dan website mereka tidak mendapat sambutan sehingga tahun 2003. Hakikatnya, bisnes memakan masa.

Jangan buat kesilapan ini, jangan fikirkan bisnes online merupakan jalan untuk kaya dengan cepat. Ambil masa untuk belajar selok belok perniagaan, dan bersiap sedia untuk bekerja keras.

4. GAGAL UNTUK MEMBUAT PERSEDIAAN

Seperti yang kami nyatakan tadi, bisnes online tiada beza dengan bisnes di dalam dunia sebenar. Sebelum memulakan bisnes secara online, anda perlu untuk merangka terlebih dahulu bisnes pelan. Bisnes pelan tersebut terdiri daripada:-

  • Latar Belakang Bisnes
  • Product Dan Servis
  • Status Industro
  • Analisis Market
  • Production Dan Kualiti Produk
  • Strategi
  • Isu Dan Jalan Penyelesaiannya

Banyak lagi aspek yang perlu diambil kira dari masa ke masa. Jika anda tidak mula dengan pelan yang bagus, untuk gagal adalah bisnes online adalah kemungkinan yang akan berlaku.

Dengan merangka bisnes pelan juga akan memudahkan anda untuk menarik pelabur melabur didalam bisnes yang dibuat, jika anda memerlukan suntikan modal, bisnes pelan adalah wajib untuk menarik mereka melabur, pelan ini akan membantu anda mendapat kepercayaan mereka.

Merangka pelan bisnes juga akan membantu untuk menyelesaikan isu-isu yang mungkin dan kerap terjadi di dalam bisnes online. Apa yang perlu dibuat adalah buat sedikit kajian tentang bisnes online di Malaysia.

5. MENAWARKAN SOLUSI KEPADA MASALAH YANG TIDAK WUJUD

Antara salah satu punca bisnes online gagal adalah mereka menawarkan produk dan servis yang tidak menyelesaikan masalah atau masalah yang hendak diselesaikan adalah tidak wujud. Ia mungkin satu idea yang bagus pada waktu itu, tetapi tidak untuk jangka masa panjang.

Apabila berlaku perkara ini, anda akan mula menyedari yang produk anda tidak terjual seperti dahulu, walaupun telah gunakan promosi yang sama malah lebih baik lagi. Seterusnya, menyerah kalah.

Jika bisnes anda  berdasarkaan bisnes yang tidak menyelesaikan sebarang masalah tetapi ianya dengan dasar ia dilihat sangat “cool” bersiap sedia untuk tukar bisnes yang lain.

6. TIDAK HIRAUKAN NEGATIF FEEDBACK PELANGGAN

Apabila mulakan bisnes online yang baru, perasaan teruja untuk mendengar komen dari pelanggan mesti akan dialami oleh mereka yang baru. Kadang kala, bagus untuk menghiraukan kritikan yang didengar supaya dapat membina keyakinan.

Tetapi menghiraukan terus kritikan yang diberi dan menganggap mereka sepenuhnya sebagai “haters” adalah satu kesilapan. Ini mungkin sesuatu yang pelik bagi usahawan baru, tetapi hendak atau tidak kritikan yang diberi oleh pelanggan adalah sesuatu yang bagus. Antara faedah yang boleh didapati adalah:-

  • Anda boleh memahami pelanggan dengan lebih baik
  • Anda boleh memperbaiki produk dan servis yang dijual

Pelanggan menggunakan feedback online dengan pelbagai ragam. Ada yang positif dan ada yang negatif. Apabila anda mendapat komen yang negatif dari pelanggan, apa yang perlu dibuat adalah membalas semua komen yang ada dengan baik dan meminta maaf, nyatakan sekali yang pihak anda akan berusaha perbaiki kesilapan.

Ini akan membantu pelanggan lain lebih percaya kan pihak anda dan seterusnya membeli produk yang dijual.

7. TIDAK MENENTUKAN KATEGORI PELANGGAN

Siapa target pelanggan anda? Usahawan yang baru akan menjawab “semua orang”. Ini adalah jawapan yang tidak betul. Mustahil sesuatu bisnes itu dibuat untuk semua orang. Semua bisnes ada target pelanggan mereka tersendiri.

Produk yang dijual mestilah sesuai dengan target pelanggan dan rangkakan strategi yang sesuai untuk target pelanggan tersebut. Jika anda tidak mengkhususkan pelanggan, anda akan terlepas peluang untuk mengiklankan produk secara terus ke mereka. 

8. MENYERAH KALAH SEBELUM BERMULA

Keusahawanan adalah sesuatu yang sukar dan berisiko, tetapi tidak bermakna anda tidak perlu untuk berbisnes secara online. Ketakutan dan kegagalan adalah guru yang terbaik di dalam apa jua bidang. Jadi, sediakan mental dan fizikal untuk mengharungi semua kegagalan yang kemungkinan besar anda akan hadapi.

Apabila hendak mulakan bisnes, jangan secara rahsia dan berseorangan, cari seorang mentor atau kawan yang mempunyai business mind yang akan terus membantu anda semasa susah. 

9. DISIPLIN

Menjadi majikan kepada diri sendiri adalah sesuatu yang menyeronookan. Betul, anda boleh bekerja di rumah, tetapkan sendiri kerja yang dibuat, tiada arahan dari orang lain, tidur bila-bila masa, tetapi ini tidak bermakna anda boleh buat sesuka hati anda. Disiplin amat penting untuk menjamin bisnes yang dibuat kekal.

Sebagai seorang majikan kepada siri sendiri, anda perlu melatih diri untuk menguruskan diri sendiri supaya menjadi seorang yang produktif dan efisien.

Antara cadangan untuk melatih diri, anda mungkin boleh melatih diri dengan membuat perkara yang sepatutnya anda buat jika bekerja dengan majikan seperti bangun awal pagi, rehat di waktu yang sepatutnya, kurangkan tidur di siang hari dan sebagainya.

Lakukan perkara tersebut dengan konsisten, jika anda tidak melakukan rutin harian dengan konsisten, anda tidak memberikan peluang kepada diri sendiri untuk berjaya dalam bisnes tersebut.

Cipta satu rutin atau jadual yang sesuai dan ikut jadual tersebut dengan konsisten, semakin banyak effort yang anda tunjukkan di dalam bisnes, semakin cerah peluang bisnes tersebut untuk berjaya.

10. MELUPAKAN PESAING

Mereka yang mempunyai bisnes yang bukan online mungkin akan terkejut jika masuk ke dalam bidang online. Bisnes online terdapat banyak persaingan berbanding offline. Tetapi, pelanggan yang terdapat di internet adalah lebih ramai berbanding offline.

Bisnes offline hanya tertumpu kepada di suatu kawasan sahaja. Tetapi bisnes online tidak mempunyai had tempat. Satu malaysia merupakan potensi pelanggan anda. Target market yang luas, mudah untuk ceburi, sudah pasti ramai yang masuk mencuba bisnes secara online, jadi persaingan akan menjadi lebih banyak.

Sebelum mula berbisnes secara online, fahami terlebih dahulu pesaing dan fikirkan bagaimana untuk mengalahkan mereka. Antara faktor dan informasi yang boleh diigunaka  adalah:-

  • Apa salah yang mereka buat?
  • Apa yang mereka tidak buat?
  • Adakah harga yang diletakkan terlalu tinggi?
  • Adakah kualiti produk yang mereka keluarkan sama dengan produk yang akan anda keluarkan?

Setelah anda mengenal pasti kelemahan dan kekuatan pesaing, ia akan membantu anda memahami pelanggan anda dengan lebih baik. Fokus kan apa yang anda boleh tawarkan kepada pelanggan untuk memuaskan hati mereka.

11. MENJADI TERLALU TERASING

Kebanyakan usahawan yang berjaya di dalam bisnes online adalah mereka yang tidak mengasingkan diri dari dunia realiti. Jangan lupa untuk membina rangkaian secara offline selain online.

Kenalkan product dan servis yang anda jual kepada kawan, staf pejabat, keluarga dan orang yang terdekat. Jangan lupa juga menghadiri event yang dibuat oleh agensi tertentu untuk meluaskan lagi networking.

KESIMPULAN

Internet sebeanrnya telah memberikan banyak peluang kepada rakyat amalaysia membaiki kehidupan. Banyak cara yang boleh dilakukan untuk membuat bisnes secara online.

Jika anda mempunyai bisnes idea yang menarik, jangan fikir terlalu lama untuk memulakan bisnes tersebut. Gagal adalah perkara biasa bagii usahawan. Ketahui pesaing dengan lebih baik, buat sedikit kajian terhadap industri yang ingin ceburi. Semoga dengan senarai kesalahan ini dapat memperbaiki lagi bisnes anda di masa hadapan. Semoga berjaya!!

Tinggalkan Pesanan

Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com