Instagram Marketing: 6 Tips Untuk Menaikan Follower Dan Tingkatkan Trafik

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Kami di sini percaya bahwa instragram merupakan satu platform yang penting dalam bisnes untuk membuat marketing.

Ianya penting tetapi bukan segala-galanya. Jangan tinggalkan platform yang lain seperti facebook dan website. Masing-masing memainkan peranan masing-masing dalam marketing.

Tetapi apabila berbicara tentang peminat yang setia dan aktif, semestinya Instagram. Platform ini membolehkan anda berkomunikasi dengan lebih berkesan dengan peminat produk anda yang mana ianya sangat penting.

Menggunakan Instagram dengan cara yang betul akan membantu anda meningkatkan sales secara sihat.

Salah satu idea untuk membuatkan Instagram anda menarik adalah dengan menjadikan ianya seperti sebuah blog.

Blogging dalam Instagram

Blogging dalam Instagram adalah berlainan dengan menggunakan Instagram secara biasa yang anda lakukan.

Bagaimana blogging tersebut dilakukan adalah bergantung kepada jenis bisnes yang anda lakukan. Jadikan Instagram sebuah blog yang berskala kecil.

Berikan pengunjung content yang menarik secara berkala.

TIPS UNTUK MEMBINA FOLLOWER INSTAGRAM

Gunakan tips yang akan kami berikan untuk menarik minat audience dan tambahkan follower anda dengan konsisten.

1. Set up akaun Instagram dengan baik

Langkah pertama adalah dengan melihat kepada objektif anda membuka akaun tersebut. Adakah untuk bisnes atau untuk kegunaan sendiri.

Jika bisnes, pastikan faktor-faktor lain seperti adakah jumlah follower penting? Adakah anda hendak menjana duit dengan akaun tersebut atau lebih kepada untuk berinteraksi dengan audience sahaja? dan adakah dengan akaun tersebut anda mahu membina jenama anda sendiri?

Pastikan objektif tersebut dijawab dengan baik dan jelas. Ianya penting untuk membuatkan matlamat jelas tentang apa yang anda perlu cipta di dalam Instagram tersebut. Apa yang lebih penting? Follower? Sales? Trafik?

Untuk menambah follower dan kadar pembacaan di kalangan audience memerlukan anda untuk post banyak content yang menarik. Instagram sukakan akaun yang aktif dan akan memberikan anda ganjaran untuk itu dengan menyebarkannya kepada pengguna yang lain.

Perkara utama yang anda perlu ambil kira adalah apa yang anda hendak post di dalam Instagram tersebut.

Setiap post yang anda berikan perlulah sesuai dengan pembaca atau post tersebut hanya akan menyebabkan anda membuang masa sahaja. Anda perlu berikan nilai kepada pembaca dan sediakan juga strategi untuk post-post tersebut.

Bagaimana hendak tahu strategi yang terbaik untuk mengetahui post yang terbaik? Caranya adalah dengan bertanyakan kepada audience itu sendiri dan follow akaun lain yang sudah berjaya, pelajari cara mereka membina akaun tersebut.

Jangan tiru bulat-bulat, perhati dan pelajari cara kemudian fikirkan bagaimana untuk mengaplikasikan dalam bisnes anda.

2. Plan promotion akaun Instagram

Sedang anda focus untuk membuat post, jangan lupa tentang matlamat utama iaitu untuk menarik pembaca ke blog anda.

Untuk pastikan pembaca ke akaun intagram anda, mereka perlu mengetahui tentang kewujudan akaun tersebut. Anda perlu letakkan link akaun anda di promotion tersebut untuk mereka pergi dan lihat sendiri.

Gunakan stories

Ini antara part yang penting dalam mempromosikan akaun Instagram anda.

Story di Instagram membolehkan orang ramai melihat anda yang sebenar dan ini antara cara yang baik untuk mengikat anda dengan mereka. Fikirkan ianya sebagai satu program reality tv. Penonton gemar untuk melihat apa yang dibuat dan siapa mereka.

Stories juga memboleh penonton lebih mengenali anda dengan lebih dekat dan yang paling penting, anda boleh berikan informasi dan nilai tambah kepada pembaca.

Memberikan informasi untuk membantu pembaca anda adalah suatu yang penting untuk membina kepercayaan. Jangan lepaskan peluang ini.

3. Berinteraksi dengan audience pada setiap post

Selain daripada konsisten, aspek lain yang penting adalah relevancy. Jangan post hanya untuk cukupkan syarat. Pastikan content yang diberi menarik dan menyelesaikan masalah pembaca.

Cara untuk mengetahui post yang baik adalah dengan bertanyakan kepada pembaca apa yang mereka mahukan. Anda boleh lakukan sedikit survey dan letakkan link di bio.

Ingat, setiap post yang anda wartakan adalah untuk pembaca. Tulis post tersebut seolah-olah anda bercakap dengan mereka. Ini akan lebih membuatkan pembaca anda lebih selesa.

4. Fahami kepentingan hashtag #

Jangan abaikan hashtag. Gunakan dengan sebaiknya. Hashtag akan membantu pengguna lain menjumpai akaun Instagram anda dan ini akan membantu dalam membina audience.

Antara yang bagusnya hashtag ini adalah pengguna boleh pilih samada hendak follow sesuatu hashtag atau tidak. Ini bermakna, anda boleh muncul di dalam feed mereka walaupun mereka tidak follow anda.

Selain itu, jika mereka mencari sesuatu toopik berkaitan hashtag tersebut, mereka akan menjumpai anda juga.

Tidak silap saya, di dalam Instagram anda boleh letak dalam 30 hashtag bagi setiap post. Gunakan sebaiknya peluang ini. Tetapi ingat, letakkan hashtag yang berkaitan dengan post atau niche sahaja.

5. Jangan lupa untuk sentiasa aktif

Antara tips yang berguna yang boleh kami berikan adalah anda perlu sentiasa aktif di dalam Instagram.

Semakin lama anda aktif menggunakan platform tersebut semakin besar kemungkinan untuk content anda berada pada feed orang lain.

Follow akaun yang lain, like post, komen, share post mereka, chat dan sebagainya.

Tetapi pastikan ianya jujur. Jangan lakukan kerana anda mahu sesuatu daripada mereka. Jujur komen post mereka, sentiasa berinteraksi. Secara semula jadi, mereka akan menghargainya dan seterusnya lakukan perkara yang sama kepada anda.

6. Lakukan kelainan

Instagram mempunyai 1 billion pengguna. Ini bermakna persaingan amatlah banyak. Ini juga bermakna anda perlu buat sesuatu untuk berdiri lebih tinggi daripada akaun-akaun lain.

Untuk berbuat demikian, anda perlu untuk lakukan kelainan daripada akaun-akaun lain.

Apa yang membuatkan anda unik? Apa yang anda sediakan yang lain daripada yang lain?

Sekarang bukan masa untuk menjadi seorang yang merendah diri, tunjukkan apa yang anda ada yang mana orang lain tidak ada. Perkara tersebut akan membantu anda berhubung dengan orang yang lebih ramai.

Adakah anda hebat dalam menulis? Cipta satu post dalam bentuk tulisan yang boleh memukau pembaca. Ceritakan cerita yang menarik kepada mereka.

Anda hebat dalam fotografi? Sediakan gambar yang menarik dan cantik

Anda pandai melukis? Post hasil lukisan anda kepada umum.

KESIMPULAN

Untuk membina audience anda perlu konsisten dan ianya memakan masa. Instagram merupakan medial social kedua terbesar di dunia. Ia semestinya akan memberikan anda trafik yang banyak untuk bisnes anda. Ia juga akan membantu anda untuk berada di dalam Google jika anda tiada website

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com