11 IDEA PERCUTIAN YANG MURAH dan berbaloi

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Percutian merupakan sesuatu yang penting untuk mengurangkan tekanan tempat kerja.

Tetapi di samping bercuti, adalah penting untuk mengambil kira kewangan masing-masing. Isu yang sering berlaku adalah masalah kewangan. Tidak semua orang mampu untuk bercuti di percutian mewah.

Setelah berbincang, baca blog-blog, branstorm dan sebagainya, kami jumpa dan menyenaraikan idea-idea percutian yang murah tetapi menyeronokkan untuk meluangkan masa bersama keluarga. Kalau anda dalam penjimatan tetapi mahukan percutian yang menyoronokkan, mungkin perlu untuk luangkan masa baca artikel ini.

Tetapi perlu ingat, murah itu subjective, mungkin idea ini agak mahal yang memerlukan duit bagi anda tetapi tidak untuk orang lain. Pembaca perlu pilih yang mana sesuai dengan lifestyle masing-masing.

10 IDEA PERCUTIAN YANG MAMPU MILIK TETAPI MENYERONOKKAN

Menentukan di mana untuk habiskan duit dan bagaimana untuk mengoptimumkan faedah duit yang dikeluarkan bukan suatu perkara yang mudah. Luangkan duit dan masa dengan percutian dan menambah pengalaman baru perlu untuk fikir dengan sebaiknya,

Apabila hendak menyenaraikan percutian yang murah, tentukan dahulu samada anda mahu percutian yang besar-besaran atau percutian yang kecilan. Ini akan mempengaruhi kewangan dan keputusan anda kelak.

Untuk percutian luar negara, negara-negara di eropah dan Amerika merupakan destinasi yang paling mahal berbanding di tempat lain dan perlu dielak bagi yang mahu percutian yang menjimatkan. Negara yang murah ialah negara-negara di Asia seperti Indonesia, Vietnam, China, dan negara-negara Asia Tenggara yang lain.

Jika anda ingin bercuti hanya di dalam negara, fokuskan di tempat yang paling hamper dengan kediaman dan lakukan aktiviti yang percuma sahaja.

Walaubagaimanapun, jangan biarkan percutian menjadi punca wujudnya masalah kewangan dalam kehidupan. Terdapat banyak cara dan idea untuk meminimakan pengeluaran kewangan dalam percutian tetapi ianya menjanjikan keseronokan

1. MELANCONG DALAM NEGARA

Jika ingin percutian yang singkat, adalah lebih baik untuk melancong di dalam negara sahaja, di tempat pelancongan yang berdekatan. Jika anda di Utara Malaysia, Kedah antara tempat yang menyeronokkan untuk melancong.

Antara tempat yang boleh dilawati adalah

• Muzium padi

Muzium ini terletak di Gunung Keriang, berdekatan dengan menara Alor setar. Muzium ini merupakan muzium padi yang ke-4 dibina di dunia selepas Jepun, Jerman dan Filipina. Setiap hari kita makan nasi, penting untuk mengetahui asal usul dan cara memprosesnya. Banyak informasi menarik boleh didapati di Muzium. Harga tiket juga amat berpatutan.

Harga Tiket: Dewasa RM 3 dan Kanak-kanak RM 1

• Tempat bersejarah

Kedah kaya dengan tempat bersejarah, seperti Rumah Kelahiran Mahathir Mohammad, Rumah Merdeka: Rumah yang dimiliki YAB Tunku Abdul Rahman, Balai Besar, Kota Kuala Kedah dan banyak lagi. Semua tempat-tempat tersebut boleh dimasuki dengan percuma dan menarik.

• Langkawi

Bercuti disini mungkin agak memerlukan kos, tempat yang terkenal dengan Lagenda Mahsuri, darah bewarna putih.

Walaupun agak memerlukan kos, Langkawi merupakan pulau bebas cukai, bagi yang ingin membeli barang dengan harga yang murah, mungkin ini merupakan tempat yang terbaik untuk anda. Di sini juga anda boleh lihat helang-helang yang terbang bebas di sekeliling pulau. Helang merupakan landmark Langkawi.

Bagi mereka yang berada di Selatan Malaysia, antara tempat yang menarik adalah Melaka banda bersejarah. Di Melaka terdapat berpuluh tempat menarik yang boleh dilawati. Antaranya adalah Rumah Terbalik Melaka, Muzium Kapal Selam dan The Stadthuys.

Untuk lebih menjimatkan, cuba untuk pilih lokasi percutian yang tidak lebih 2 jam perjalanan. Boleh gunakan apps Waze untuk mengetahu jarak perjalanan yang dituju. Apabila tidak lebih 2 jam, anda boleh jimat 2 kos iaitu, kos pengankutan dan kos penginapan.

Anda juga boleh mengkaji event dan festival di dalam website tempat pelancongan itu sendiri untuk menjadikan cuti lebih menarik.

2. BERSIAR DI BANDAR BERDEKATAN

Melancong, dan balik pada hari yang sama, sangat menjimatkan. Pilih bandar yang berdekatan dengan tempat kediaman, dan luangkan masa disitu. Di bandar terdapat banyak tempat menarik untuk dilawati. Terdapat restaurant, taman permainan, dan tempat bersejarah untuk dilawati. Sebagi contoh, di Teluk Intan, Perak, terdapat menara condong. Masuk percuma.

Berjalan-jalan di bandar amat menyeronokkan. Di waktu malam, lampu-lampu yang cantik dan pasar malam yang terdapat pelbagai makanan yang sedap. Selain itu, menonton wayang di bandar juga menyeronokkan, lebih menyeronokan jika menonton bersama keluarga atau kawan-kawan

Ini antara tempat yang terbaik untuk luangkan masa dan berehat sebentar dari dunia pekerjaan yang tertekan.

3. MELAWAT TAMAN NEGARA

Apabila berbincang mengenai percutian yang jimat dan seronok, taman negara antara pilihan yang terbaik. Di Malaysia, setiap negeri mempunyai Taman Negara tersendiri.

Di Johor, Taman negara Endau Rompin, Gunung Ledang, Taman Negara Tanjung Piai. Di Kedah, Hutan Lipur Rekreasi Tipah dan Hutan Lipur Bukit Wang. Di Kelantan, Taman Negara Gunung Stong dan banyak lagi taman Negara yang boleh didapati di Setiap Negeri

Untuk melihat senarai Taman Negara untuk setiap negeri, boleh dilihat disini.

Apa yang perlu dibuat adalah, buat sedikit kajian tentang kelebihan Taman Negara yang ingin dikunjungi. Bayaran masuk, parking, keselamatan dan sebaginya. Setiap Taman Negara mempunyai undang-undang yang berlainan.

4. MELANCONG DI WAKTU BUKAN MUSIM

Untuk mengelakkan orang ramai, melancong di waktu bukan musim. Apa yang di maksudkan musim adalah musim-musim puncak seperti cuti sekolah, cuti awam, dan sebagainya. Banyak kelebihan yang boleh difaedahkan jika melancong di waktu bukan musim.

Anda boleh mengurangkan kos perbelanjaan, diwaktu bukan musim penginapan, fee masuk fasiliti, dan harga di kedai menjadi semakin murah. Ada mungkin boleh melancong di tempat yang anda tidak mampu di waktu bukan musim kerana terdapat banyak potongan harga.

Apa yang perlu dibuat adalah, rancang perjalanan terlebih dahulu. Tetapkan satu tarikh untuk bercuti, bajet , cuti kerja dan sebagainya. Sesetengan tempat tutup di waktu bukan musim. Jadi amat penting untuk lakukan perancangan terlebih dahulu.

5. MELANCONG DI TEMPAT BUKAN TUMPUAN

Untuk bercuti di tempat yang murah tetapi berbaloi dengan wang yang dikeluarkan, cari satu tempat yang menarik tetapi bukan tumpuan. Dengan pergi ke pantai yang kurang popular berbanding pantai yang popular akan mengurangkan lagi kos.

Di pantai yang popular, kos makanan, parking dan sebagainya jauh lebih mahal berbanding di tempat yang kurang popular. Sebagai contoh, berbanding pergi ke Pantai utama Port Dickson adalah lebih baik ke Pantai Tanjung Biru yang terletak kira-kira 17km dari Port Dickson.

Pantai Tanjung Biru tidak mempunyai ramai pelancong, hanya terdapat penduduk tempatan sahaja, terutamaa di waktu bukan musim kerana kedudukannya yang agak terpencil. Jika anda mahu privasi dan kos yang murah ini tempat terbaik untuk anda.

6. BERKHEMAH

Salah satu aktiviti yang jimat dan menyeronokan untuk dibuat semasa percutian adalah berkhemah. Hanya perlu menyewa khemah dan membayar ruang perkhemahan di taman-taman atau pantai sudah cukup untuk menikmati percutian yang menyeronokan.

Dirikan khemah, BBQ, masak makanan atas api, menikmati pemandangan bersama tersayang merupakan sesuatu yang menarik dan patut dicuba. Banyak temoat menyediakan tapak perkhemahan untuk pelancong dengan harga yang berpatutan

7. MENGAMBIL KESEMPATAN ATAS JUALAN LAST MINIT

Daftar dan subscribe untuk dapatkan email atau notifikasi dari website-website yang berkaitan dengan pelancongan adalah sangat bagus mengurangkan kos pelancongan. Destinasi seperti zoo, muzium kadang kala membuat potongan harga kepada bayaran masuk.

Syarikat penerbangan juga sering memberi potongan harga kepada pelanggan-pelanggan mereka. Mereka juga memberitahu informasi potongan harga di media social mereka sendiri, facebook, Instagram, twitter dan lain-lain. Follow mereka di media social untuk dapatkan harga yang terbaik.

8. MENEMPAH PAKEJ PELANCONGAN

Di Malaysia, terdapat banyak agensi pelancongan yang menawarkan pakej pelancongan. Kadang kala, pakej yang ditawarkan adalah lebih murah berbanding pergi secara sendiri kerana pengangkutan, penginapan dan sebagainya, pihak agensi yang aturkan dan mereka mendapat harga diskaun mereka sendiri apabila berkolaborasi dengan syarikat lain.

Tetapi anda perlulah buat sedikit survey berkenaan dengan syarikat pelancongan terbabit, pastikan ianya berdaftar dengan pihak berwajib. Elakkan dari tertipu.

Setelah memastikan syarikat tersebut adalah syarikat yang bedaftar, sebelum menempah pakej yang disediakan, lakukan survey sendiri kos perjalanan jika anda pergi secara sendiri.

Kadang kala, pihak agensi mengambil upah yang tinggi dan ini perlu dielak untuk mereka yang inginkan percutian yang murah dan berbaloi.

9. MELANCONG DI PERTENGAHAN MINGGU

Jika anda boleh dapatkan cuti di pertengahan minggu, harga tiket flight dan penginapan seperti hotel kebiasaanya akan menjadi lebih murah. Terutama sekali pada hari Selasa dan Rabu. Selain daripada kelebihan murah, pelancong lain juga tidak ramai, dapat mengelak dari kesesakan.

IDEA UNTUK MENJIMATKAN LAGI PERCUTIAN

Salah satu aktiviti yang jimat dan menyeronokan untuk dibuat semasa percutian adalah berkhemah. Hanya perlu menyewa khemah dan membayar ruang perkhemahan di taman-taman atau pantai sudah cukup untuk menikmati percutian yang menyeronokan.

Dirikan khemah, BBQ, masak makanan atas api, menikmati pemandangan bersama tersayang merupakan sesuatu yang menarik dan patut dicuba. Banyak temoat menyediakan tapak perkhemahan untuk pelancong dengan harga yang berpatutan

• Melancong Beramai-Ramai

Untuk melancong beramai-ramai mungkin memerlukan sedikit perbincangan mengenai jadul, kerana masing-masing mempunyai kerja yang perlu dibuat. Tetapi ianya berbaloi kerana penjimatan yang akan dinikmati.

Apabila secara beramai-ramai, kos pengangkutan, makanan dapat dikurangkan, bahagikan secara sama rata antara perserta. Disamping menjimatkan, ia juga menyeronokkan. Dari segi keselamatan juga akan lebih terjamin.

• Menginap Di Dorm

Untuk mengelak daripada kos penginapan yang mahal, seperti hotel dan resort. Mungkin boleh pertimbangkan untuk menginap di dorm sahaja. Terdapat banyak syarikat yang menyediakan penginapan berbentuk dorm yang mana ianya lebih murah. Anda juga akan menjumpai kenalan baru.

Apa yang perlu dibuat adalah lawati website Airbnb atau booking.com, dan filter untuk pilih penginapan jenis dormitory sahaja. Jika melancong berkumpulan, adalah lebih baik untuk duduk di dorm, lebih jimat dan menyeronokan

• Menginap Di Rumah Rakan Atau Saudara Mara

Jika anda mempunyai saudara mara atau rakan yang tinggal berdekatan dengan tempat destinasi yang ditujui, adalah lebih baik untuk menghubungi mereka dan lawat. Lebih baik jika mereka boleh menemani anda melancong.

Walaupun tidak mahu menginap sepanjang masa melancong, mungkin anda hanya menginap semalaman. Dengan berbuat demikian, dapat berjimat ratusan ringgit. Anda juga boleh dapatkan nasihat percuma daripada mereka tentang tempat pelancongan disitu.

LAKAR BAJET PELANCONGAN DAN MULA MENYIMPAN UNTUK PELANCONGAN BAJET ANDA

Setelah anda memillih tempat untuk melancong, bagaimana untuk ke sana, di mana tempat untuk menginap dan sebagainya. Tiba masa untuk fikirkan bajet pelancongan.

• Kenal Pasti Bajet Tiket Dan Kos-Kos Yang Sepatutnya

Jika anda melancong menggunakan khidmat flight, rajinkan diri untuk survey tiket-tiket murah yang dilancarkan oleh syarikat. Selain itu, kos-kos kecil seperti visa, passport, vaksin dan sebagainya masuk di dalam bajet.

• Guna buku panduan dan website untuk rancang makanan dan tempat pelancongan

Website seperti maisinggah.com menyediakan info seperti tempat pelancongan, kos tiket fasiliti, kos makanan dan banyak lagi untuk kemudahan sesiapa yang berminat untuk melancong.

KESIMPULAN

Melancong adalah tidak salah, yang salahnya adalah melancong tanpa perancangan dan melebihi kos yang sepatutya, keseronokan sementara untuk kesengsaraan pada masa hadapan perlulah dielak oleh semua masyarakat di Malaysia, kerana ekonomi sekarang tidak menentu

Kami harap artikel ini dapat membantu anda merancang aktiviti percutian yang mampu milik dan berfaedah. Semoga Berjaya!!

Tinggalkan Pesanan

Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com