Idea barang untuk dijual online dengan mudah

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

1. Barang haiwan peliharaan

Pemilik haiwan peliharaan sayangkan haiwannya. Mereka merupakan kawan baik dan peneman hidup dan berbaloi untuk menghabiskan ratusan ringgit untuk memastikan haiwan peliharaan mereka dalam kedaan yang baik.

Secara global, dianggarkan market untuk menjaga haiwan peliharaan boleh mencapai USD 270 billion pada 2025.

Sejujurnya, zaman sekarang, mengeluarkan duit untuk produk haiwan peliharaan sudah menjadi keperluan dan bukannya kemewahan.

Tidak kira apa barang yang dijual, pastikan barang tersebut bermanfaat untuk haiwan samada barang tersebut baik untuk kesihatan haiwan atau untuk mencantikkan haiwan supaya haiwan tersebut lebih selesa duduk Bersama tuannya.

Disini beberapa contoh barang yang boleh dijual secara online:-

  • Mangkuk makanan automatic
  • Sarung tangan bulu haiwan
  • Alat selfie bersama haiwan
  • Mainan haiwan elektronik
  • Tempat tidur
  • Makanan yang sihat

2. Produk wireless dan Bluetooth

Technologi wireless amat memudahkan pengguna, semua orang mahu tukar kepada teknologi ini dan inilah peluang anda. Tambahan pula, produk wireless boleh didapati dengan harga yang amat murah berbanding masa lepas.

Semenjak Apple mengeluarkan Apple’s Airpod 2 yang membolehkan pengguna menggunakan produk elektronik dengan selesa tanpa wayar, teknologi ini semakin berkembang dari masa ke semasa.

Sekarang, dalam market ianya sudah menjadi kebiasaan dan orang ramai juga sudah terdedah dengan teknologi ini. Jadi gunakan kesempatan ini untuk menjana pendapatan dari penjualan online.

Disini beberapa contoh produk wireless yang boleh dijual secara online:-

  • Wireless/Bluetooth headphone
  • Wireless/Bluetooth earbuds
  • Wireless/Bluetooth speakers
  • Smart keychain
  • Smart bulbs

3. Pakaian

Manusia telah memakai pakaian selama beribu tahun dan ianya sentiasa berevolusi. Pakaian antara produk keperluan yang memang akan diperlukan dan kebanyakan manusia memerlukan banyak pakaian.

Lifestyle adalah kata kunci jika anda ingin menjual pakaian. Pastikan pakaian yang dijual adalah sesuai dgn style zaman sekarang. Tidak ada orang yang mahu kelihatan ketinggalan.

Dan lagi baik jika anda yang mulakan style tersebut, sudah pasti pendapatan yang lumayan menunggu anda. Antara jenama tempatan yang sering memulakan style adalah jenama Naelofa. Satu syarikat tudung yang sentiasa mengeluarkan produk yang fresh dan sesuai untuk masyarakat.

Selain berfesyen dalam social, fesyen dalam bersukan juga semakin mendapat tempat dan mempunyai pasaran yang berkembang. Gunakan kesempatan ini.

Berbanding produk pakaian lelaki, produk pakaian wanita mempunyai lebih tinggi nilai kebolehpasaran. Wanita mempunyai kuasa belian yang tinggi berbanding lelaki. Ini juga antara factor yang perlu anda ambil kira.

Antara factor lain yang boleh diambil kira adalah faktor kesihatan. Pakaian atau produk yang memberi manfaat kesihatan kepada pemakainya adalah antara yang paling digemari golongan belia. Belia adalah golongan yang mempunyai banyak duit untuk dibelanjakan. Fikirkan.

Disini antara contoh pakaian yang boleh dijual secara oline.

  • Pakaian renang wanita berhijab
  • Telekung instant
  • Kasut perubatan

 

4. Aksesori Melancong

Aksesori melancong mempunyai peminatnya yang tersendiri. Kebanyakan mereka yang gemar melancong adalah mereka yang berpendapatan dan tidak lokek untuk berbelanja.

Semasa artikel ini ditulis adalah semasa virus pandemic Covid 19 yang sudah melanda hamper setahun. Memang tidak dinafikan buat masa sekarang aktiviti pelancongan anda sangat minimum atau boleh dikatakan hamper tiada

Tetapi, setelah selesai wabak ini, bayangkan berapa orang yang ingin melancong kerana sudah terperap lama di rumah. Jadi inilah masa yang terbaik untuk mula menjual produk melancong.

Disini antara contoh produk melancong yang boleh anda jual secara online.

  • Travel adapter/charges
  • Powerbank
  • Luggage
  • Bag sekuriti/tracker
  • Bag mandian travel
  • Bantal leher
  • Topeng tidur/selimut instant

5. Aksesori smartphone

Sekarang, setiap individu mempunyai smartphone walaupun kanak-kanak. Setiap tahun akan terdapat teknologi dan aksesori baru untuk smatphone.

Disebabkan terdapat banyak pembaharuan atas produk smartphone untuk menjadikannya lebih cantik, berguna dan selamat, ianya satu industry yang perlu diterokai.

Seperti barang lain, aksesori smartpone juga mempunyai trend mereka yang tersendiri. Jika style dan trend tersebut menarik hati pengguna, semestinya mereka akan lebih bersemangat untuk berkorban wang.

Disini kami sediakan antara produk smartphone yang boleh dijual di pasaran online

  • Phone case 3D
  • Smartphone camera lens
  • Wireless charging
  • Waterproof smarphone case

6. Produk kecantikan dan kesihatan

Tidak kira secara online atau offline, produk kesihatan dan kecantikan sentiasa mendaoat sambutan yang menggalakkan.

Semua orang mahu kelihatan cantik untuk menambah keyakinan pada diri.

Jangan fikir yang produk kesihatan dan kecantikan hanya memasarkan golongan wanita sahaja. Zaman sekarng, lelaki juga mempunyai keinginan untuk kelihatan cantik dan membelajakan wang untuk produk ini.

Pastikan produk yang dipilih adalah selamat dari kesan sampingan. Produk yang dijual perlulah mendapat kelulusan dari KKMhttps://www.moh.gov.my/.

Antara contoh produk yang semakin mendapat tempat di kalangan masarakat adalah

  • Minyak Jambang
  • Makeup Organik
  • Lotion pelembap
  • All-natural skincare

7. Aksesori kereta

Seperti smartphone, kereta juga memelukan aksesori untuk kelihatan moden dan cantik. Melabur dalam industry ini adalah sesuatu yang baik kerana kereta sentiasa diperlukan oleh masyarakat dalam kehidupan harian manusia.

Tambahan, sekarang, semuanya boleh dibuat sendiri tanpa perlu ke kedai. Banyak tutorial di internet yang memaparkaan tentang cara mencantikkan dan membaiki kereta.

Untuk buatnya secara sendiri, individu tersebut perlu membeli barang aksesori tersebut dan cara terbaik dan mudah adalah secara online.

Aksesori juga menggambarkan personality dan ini yang cuba ditonjolkan oleh pengguna. Aksesori yang berteknologi canggih juga mempunyai nilai pasaran yang tinggi dan berbaloi untuk dijual

Disini kami sertakan beberapa contoh produk aksesori kereta yang boleh anda ambil idea.

  • Change smarphone kereta
  • Camera reverse
  • Pembalut steering
  • Minyak wangi kereta

 

8. Barang kemas dan barang perhiasan

Barang perhiasan sememangnya terkenal dikalangan wanita tidak kira tua dan muda. Terdapat banyak corak-corak yang menarik. Sediakan produk barang kemas yang berkualiti dan original. Cepat atau lambat, pasti anda akan mendapat pelanggan tetap yang sentiasa tunggu akan corak yang baru.

Antara produk barang kemas yang mungkin anda boleh cuba adalah:-

  • Barang kemas minimalist
  • Enamel pins
  • Klip rambut
  • Pewarna kuku

KESIMPULAN

Barang perhiasan sememangnya terkenal dikalangan wanita tidak kira tua dan muda. Terdapat banyak corak-corak yang menarik. Sediakan produk barang kemas yang berkualiti dan original. Cepat atau lambat, pasti anda akan mendapat pelanggan tetap yang sentiasa tunggu akan corak yang baru.

Antara produk barang kemas yang mungkin anda boleh cuba adalah:-

  • Barang kemas minimalist
  • Enamel pins
  • Klip rambut
  • Pewarna kuku

Artikel Berkaitan

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com