CARA MENGGUNAKAN FUNDAMENTAL ANALISIS DI DALAM PEMBELIAN SAHAM

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Terdapat pelbagai kaedah untuk memahami trend sesebuah stok untuk mengetahui nilai samada patut membeli atau menjual. Dengan menggunakan kan Fundamental analisis (FA), para pelabur akan melihat kepada nilai sebenar sesebuah syarikat. Selepas menilai, penganalisis akan memeriksa faktor lain yang mungkin akan mengubah nilai stok.

Sebagai contoh, jika sesebuah syarikat mendapat amanah untuk menjalankan sesebuah projek yang besar, nilai syarikat akan bertambah dan ini akan menyebabkan harga saham mereka di Bursa Malaysia meningkat. Pada masa begini, para pelabur yang menggunakan FA akan melabur di dalam syarikat tersebut sebelum harga saham syarikat meningkat.

Antara cara lain dalam FA adalah, pelabur mengkaji samada nilai stok semasa syarikat adalah lebih rendah atau lebih tinggi daripada nilai yang sepatutnya. Nilainya undervalued atau overvalued.

Sebagai contoh, stok semasa syarikat adalah pada RM0.50 tetapi nilai stok yang sepatutnya adalah RM 0.90, ini bermakna stok tersebut undervalued, bagi pelabur yang menggunakan FA, mereka akan cenderung untuk membelinya sehingga harga stok naik seperti yang sepatutnya. Pelaburan FA akan memakan masa yang lama.

Pelabur FA kebiasaanya melabur untuk jangka masa panjang. Bagi yang mahu melabur untuk short term, atau berdagang secara aktif, adalah di galakkan untuk menggunakan Teknikal Analisis berbanding Fundamental Analisis, yang mana TA menjangkakan harga berdasarkan data market dan volume.

TIP RINGKAS UNTUK FUNDAMENTAL ANALISIS

  1. Anda boleh menggunakan Fundamental Analisis untuk memahami harga sebenar atau harga sepatutnya sesebuah market.
  2. Lihat sama ada harga semasa adalah lebih rendah atau lebih tinggi dari harga saham syarikat yang sepatutnya
  3. Jika setelah dikaji, market value semasa adalah lebih rendah berbanding harga market yang sepatutnya, jadi stok tersebut undervalued. Kebiasaannya, pelabur akan membeli stok yang undervalued

MENGAPA MENGGUNAKAN FUNDAMENTAL ANALYSIS?

Mahu atau tidak FA merupakan analisis yang sangat penting, semua pelabur perlu tahu sedikit sebanyak tentang FA. FA penting untuk mengkaji nilai sebenar sesuatu saham.  Jika sesuatu saham tidak dinilai dengan yang sepatutnya, ia akan menguntungkan pelabur

Antara yang digunakan FA untuk mengkaji adalah pendapatan syarikat, perkembangan masa hadapan, projek, revenue, profit margin dan data-data lain yang penting untuk melihat prestasi saham sesebuah syarikat. Semua perkara ini boleh dilihat dengan meneliti statement kewangan sesebuah syarikat dalam tempoh masa tertentu, samada bulan atau tahun-tahun sebelumnya.

Kebanyakan penganalisa, menilai dengan penilaian securities. Jika anda melihat dengan pandangan yang lebih luas tentang gambaran ekonomi dan industri serta melihat kepada prestasi kewangan syarikat, ini bermakna anda telah menggunakan Fundamental Analisis berbanding Teknikal Analisis.

BAGAIMANA HENDAK MELABUR DENGAN FUNDAMENTAL ANALISIS

Seperti yang sudah diberitahu secara rawak sebentar tadi, jika sesebuah stok mempunyai nilai semasa yang lebih rendah berbanding nilai saham syarikat yang sebenar. Ini bermakna stok tersebut di dalam fasa undervalued.

Ini bermakna, anda patut membeli stok tersebut kerana berdasarkan kajian tadi, harga berkemungkinan akan meningkat naik. Begitu juga sebaliknya, jika harga semasa lebih tinggi berbanding nilai syarikat yang sebenar, ini bermakna ia di dalam fasa overvalued.

Di dalam kes ini, pelabur perlu untuk menjual stok yang sudah dibeli dan mengaut keuntungan, dan berdasarkan kajian ini, anda boleh jangkakan harga akan menurun ke bawah.

Pelabur yang menggunakan FA untuk pelaburan jangka masa panjang selalunya menjangkakan yang harga saham akan meningkat ketika stok di dalam fasa undervalued. Di dalam kes ini, mereka melihat berbulan atau bertahun kehadapan terhadap nilai undervalued stok tadi. 

QUANTITATIVE VS QUALITATIVE FUNDAMENTAL ANALISIS

Apabila hendak menentukan apa yang perlu untuk dianalisis, banyak faktor yang boleh diambil kira. Boleh jadi, mengambil kira apa-apa sahaja yang berkaitan dengan kondisi ekonomi yang dihadapi oleh syarikat.

Kebiasaannya, penganalisis akan melihat kepada nombor seperti pendapatan, kerugian, dan keuntungan di dalam satu tempoh masa yang ditetapkan, kadangkala berbulan-bulan dan bertahun-tahun. Mereka juga akan melihat kepada harga syarikat dan kualiti pengurusan syarikat.

Fundamental ini dipecahkan kepada 2 kategori: Quantitatif analisis dan qualitative analisis

Quantitive Fundamental Analisis: analisis ini lebih kepada data syarikat yang berbentuk nombor dan ianya boleh diukur. Antara contohnya adalah jumlah jualan, kos production dan pendapatan syarikat.

Qualitative Fundamental Analisis: analisis ini lebih kepada kualiti atau karakter sesuatu.  Contohnya, kualiti pentadbiran syarikat, review pelanggan, dan banyak lagi..

Quantitative analisis selalunya berkaitan dengan nombor-nombor yang rumit dan perlu dilihat dengan pengetahuan. Pelabur akan lihat, berapa jumlah jualan syarikat untuk tahun lepas, berapa jumlah pendapatan yang syarikat dapat, dan perbandingan keuntungan dari masa ke masa.

Qualitative analisis tidak semestinya dalam bentuk nombor yang rumit. Ia berdasarkan data yang memberi kesan kepada syarikat. Sebagai contoh, adakah penjenamaan syarikat popular di kalangan masyarakat? Bagaimana kualiti produk yang dikeluarkan?

Bagaimana cara syarikat menguruskan kes-kes mahkamah dan sebagainya. Informasi-informasi tadi digabungkan dan penganalisis akan mendapatkan nilai sebenar syarikat tersebut.

Walaupun statement kewangan syarikat dalam keadaan baik, boleh jadi terdapat faktor lain yang boleh menurunkan harga saham, seperti repot, berita, spekulasi, dan sebagainya. Ini lah antara sebab para pelabur perlu untuk menguasai teknikal analisis dan fundamental analisis.

FAKTOR QUALITATIF YANG PERLU DIAMBIL KIRA:-

Business Model: apa yang dibuat oleh company dan adakah ianya sesuatu yang kekal? Apakah cara mereka untuk mengembangkan syarikat? Bagaimana cara syarikat menjana profit?

Competitive Analisis: bagaimana cara syarikat bersaing dengan pesaing yang menjual produk yang sama? Selalunya, pelabur akan melabur di dalam syarikat yang mempunyai kelebihan di dalam persaingan. Sebagai contoh, syarikat Myeg merupakan syarikat yang mempunyai kelebihan dari segi persaingan, syarikat ini telah mendominasi industri di dalam bidang mereka. Diluar negara syarikat seperti Microsoft dan Coca Cola antara contoh syarikat yang mendominasi industri.

Kepimpinan Syarikat: bagaimana cara mereka menguruskan syarikat? Cara mereka menangani isu berita. Adakah anda mempercayai kepimpinan syarikat? Kebanyakan bisnes akan gagal jika tidak diurus dengan individu yang berpengalaman. Untuk melihat kepimpinan sesebuah syarikat anda boleh lawatinya disini

FAKTOR QUANTITATIVE DALAM FUNDAMENTAL ANALYSIS

Financial statement syarikat, seperti income statement, balance sheet, dan cash flow

Di dalam balance sheet terdapat banyak informasi yang penting, antaranya adalah rekod liabiliti syarikat, equity dan aset.

Di dalam income statement, kita boleh mengukur pendapatan, perbelajaan dan keuntungan di dalam jangka masa tertentu.

Pengaliran tunai atau cash flow menunjukkan kewangan yang masuk dan keluar.

Statemet cash flow merupakan sesuatu yang penting bagi pelabur. Sesebuah syarikat tidak boleh sewenangnya menyembunyi kan cashflow syarikat. Akauntan syarikat mungkin boleh bermain dengan nombor yang berkaitan dengan pendapatan, tetapi mustahil bagi mereka untuk bermain dengan statement akaun bank.

KONSEP NILAI SEBENAR MARKET/FAIR MARKET VALUE ATAU INSTRINSIC VALUE

Konsep instrinsic value adalah konsep yang mana, setelah dianalisis secara fundamental, penganalisis mendapati harga saham semasa tidak sama dengan harga saham sepatutnya sesebuah syarikat. 

Jika harga sesebuah saham di dalam bursa adalah RM0.50, tetapi setelah dianalisis, pelabur mendapati ia sebenarnya bernilai lebih dari RM0.50, sepatutnya ia bernilai RM0.60. Jadi anda boleh katakan yang instrictive value syarikat tersebut adalah RM0.60. Ini antara tips yang bagus bagi sesiapa yang ingin melabur dalam jangka masa panjang.

Pelabur akan membeli saham dengan harga yang lebih rendah dengan instrinsic value.

KRITIK TERHADAP FUNDAMENTAL ANALISIS

Kebanyakan kritikan terhadap Fundamental Analisis adalah datang dari teknikal analisis. Mereka melihat kepada trend stok daripada pandangan yang berbeza. Teknikal analisis melihat dari sudut harga stok yang lepas dan volume stok dalam tempoh tertentu. Mereka berdagang berdasarkan momentum berbanding fundamental.

ALAT YANG POPULAR DALAM FUNDAMENTAL ANALISIS

Jika anda ingin memahami bagaimana untuk menilai sesuatu saham, samada untuk membeli, menjual atau menghiraukan saham tersebut, jadi anda boleh gunakan beberapa alat untuk memahami profil syarikat.

Antara yang penting adalah, anda perlu lihat pendapatan syarikat tersebut dan statement cash flow. Berapa banyak duit yang syarikat jana dan apa yang mungkin terjadi terhadap penjanaan syarikat pada masa hadapan?

Di sini kami sertakan beberapa, alat yang digunakan penganalisis profesional untuk melihat fudemantal syarikat:-

  • Earnings per share atau EPS
  • Price to Earnings Ratio atau P/E
  • Projected Earnings Growth atau PEG
  • Price to Sales Ratio atau P/S
  • Price to Book Ratio atau P/B
  • Dividend Yield
  • DIvidend Payout Ratio
  • Return on Equity

Ini merupakan alat-alat yang digunakan pelabur untuk menilai sesuatu saham. Mereka juga melihat kepada earnings per share untuk mengetahui samada stok tersebut murah atau mahal. Setelah mengetahui perkara ini, mereka akan meramalkan samada saham tersebut naik atau turun di dalam beberapa tahun ke hadapan.

KESIMPULAN

Fundamental analisis digunakan untuk melihat prestasi semasa syarikat dan prestasi lepas untuk meramal apa yang terjadi pada saham syarikat tersebut pada masa hadapan. Pelabur menggunakan analisis ini lebih cenderung untuk melabur dalam jangka masa panjang. Analisis ini kebiasaanya meramal masa hadapan dengan fokus kepada stok yang berada di fasa undervalued.

Untuk perbincangan yang lebih mendalam. Kami syorkan anda baca DISINI

Pesanan Editor: artikel akan ditambah dari masa ke masa bergantung kepada respon pembaca. Hantar mesej kepada kami sebagai tanda sokongan anda. Terima kasih

Artikel Berkaitan

Tinggalkan Pesanan

Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com