PANDUAN PENTING BAGI SESIAPA YANG BERMINAT MELAKUKAN BISNES DROPSHIPPING.

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Jika anda berminat untuk mulakan bisnes secara online, mahu atau tidak mesti pernah dengar tentang satu konsep berniaga secara online iaitu dropshipping dan anda tertanya-tanya, apa maksud sebenar dropshipping? Apa kaitan dengan bisne online? Apa yang terlibat dengan bisnes ni? Kenapa selalu sangat dengar pasal dropshipping ni?

Banyak lagi soalan-soalan lain yang bermain di fikiran.

Panduan di dalam ini akan menjawab persoalan yang sering ditanya

  1. Apa itu dropshipping
  2. Kelebihan dan kekurangan dropshipping
  3. Bagaimana nak menjadi seorang dropshipper
  4. Bagaimana nak memilih dropshipper untuk bisnes ini
  5. Bagaimana hendak berjaya di dalam bisnes dropship

Nak tahu lebih lanjut, jom kita baca

APA ITU DROPSHIPPING

Secara mudahnya dropshipping adalah menjual barang secara direct kepada customer daripada penjual atau pemborong lain.

Sebagai contoh dan perbezaan antara bisnes biasa dan bisnes dropshipping

  1. Bisnes biasa secara berkala akan order produk daripada supplier untuk memastikan stok ada di dalam tangan. Order selalunya dalam kuantiti yang banyak
  2. Bisnes biasa simpan stok di dalam penguasaan sehingga ada pelanggan yang membeli
  3. Bisnes biasa akan proseskan order dari customer, bungkus dan pos kan kepada pelanggan sendiri

Apabila ada dropshipper, prosesnya akan menjadi sedikit berlainan

  1. Pelanggan akan order produk dan bayar kepada anda sebagai dropshipper
  2. Sebagai dropshipper, anda akan passkan order tersebut kepada syarikat yang sediakan program dropshipper
  3. Selepas itu, syarikat akan caskan harga produk kepada anda, anda bayar dan syarikat akan poskan barang tersebut kepada pelanggan.

Jadi, di mana untung dropshipping ni? Semasa pelanggan melakukan pembayaran kepada anda, cas yang anda kenakan kepada mereka adalah lebih tinggi daripada cas yang syarikat kenakan kepada anda. Disitu keuntungan dropshipping.

Anta kelebihan dropshipping adalah, anda tidak perlu untuk membayar kepada syarikat sehingga pelanggan bayar terlebih dahulu. Tidak perlu gunakan modal untuk mulakan perniagaan dropshiping.

KELEBIHAN DAN KEKURANGAN BISNES DROPSHIP

Setelah mendalami maksud drophipping itu sendiri, adakah bisnes ini sesuai untuk anda? Jawapannya adalah bergantung kepada anda sendiri, apa yang diinginkan dan apa skill yang anda ada. Untuk mulakan, mari kita tengok dahulu kelebihan dan kekurangan dropshipping.

Kelebihan Dropshipping

Dropshipping mempunyai banyak kelebihan, dan amat sesuai bagi yang baru hendak berjinak-jinak dalam selok belok dunia perniagaan. Antara kelebihan dropshiping adalah:-

  1. Mempunyai banyak pilihan produk untuk dijual. Pasaran yang sangat besar. Dropshoping tidak perlukan modal, jadi secara asasnya anda boleh jual apa sahaja produk yang ditawarkan, bergantung kepada minat dan kebolehpasaran
  2. Tidak perlu untuk menyimpan stok. Anda tidak perlukan kedai atau kawasan untuk letakkan stok yang dijual, semua diuruskan oleh syariakt yang menawarkan program dropshiping.
  3. Tidak perlu urusan bungkus dan pos. supplier akan bertanggungjawanatas semua proses bungkus dan pos produk yang dijual oleh kita

Kekurangan dropshiping

  1. Penghantaran yang lambat. Disebabkan anda tidak mengawal proses pengeluaran, jadi kesemua masalah penghataran luar kuasa anda. Akan ada pelanggan yang complain terhadap penghantaran yang lambat
  2. Tidak ada stok. Disebabkan anda tidak memegang stok, kemungkinan untuk stok habis tanpa pengetahuan anda itu ada dan menjadi tanggungjawab anda untuk refund kembali duit yang dibayar oleh pelanggan
  3. Untung sedikit. Supplier akan mengambil untuk terlebih dahulu, anda sebagai dropshiper, mungkin hanya boleh mark-up sahaja, menyebabkan produk yang dijual lebih tinggi dari harga pasaran

BAGAIMANA HENDAK MENJADI DROPSHIPER?

Berminat untuk menjadi dropshipper merupakan sesuatu yang baik untuk mulakan bisnes tetapi  orang ramai sentiasa tidak tahu hendak mula dari mana. Internet boleh menjadi permulaan yang bagus- tetapi ia tidak semudah menaip “dropshipping” ke Google.

Kebanyakan syarikat yang menawarkan program dropship melakukan bisnes dengan bisnes seperti anda. Bukan bisnes dengan pelanggan. Syarikat yang berbisnes dengan bisnes mempunyai strategi yang tersendiri untuk menarik pelanggan.

Untuk mendapat result yang terbaik di Google, anda perlu mula dengan mencari perkataan yang sesuai dengan bisnes tadi: cuba perkataan :_“pemborong”, ”pengedar”, ”warehouse”, ”pengilang”, ”manufacturer” dan “supplier”. Gabungkan perkataan yang seumpamanya dengan produk yang ingin dijual.( lagi bagus jika anda tahu niche bisnes yang hendak dijalankan, lain syarikat lain yang dijual.)

Setelah jumpa syarikat yang dikehendaki, cuba untuk hubungi syarikat tersebut dan tanyakan samada syarikat tersebut ada sediakan program dropship.

Disini kami sediakan antara program dropship yang terdapat di Malaysia

Antara syarikat dropship yang sudah bertapak lama di Malaysia. Cara pendekatan Komuten agak berbeza dengan yang lain kerana mereka menawarkan pengeluar untuk membuat dropship dengan syarikat yang lain seperti Lazada dan Shopee. Mereka juga ada sediakan training untuk beginner yang berminat untuk bersama menjadi sebahagian dari mereka.

Komuten mempunyai produk yang banyak jenis. Semuanya di dalam satu katalog, antara jenis yang dioffer adalah, fesyen, kesihatan,kecantikan, eletrik, alatan sukan dan sebagainya

Merupakan jenama yang terkenal di Malaysia, menyediakan peluang dropship kepada sesiapa yang berminat. Kekurangannya adalah, mereka hanya mengeluarkan produk pakaian sahaja. Kepada anda yang berminat untuk menjual pakaian, boleh cuba untuk menjadi dropship mereka.

Syarikat ini merupakan syarikat antarabangsa, terdapat di 20 buah negara, jadi anda tidak perlu risau mengenai pelanggan, ramai yang tahu tentang jenama ini. Produk yang berkualiti.

Walaubagaimanapun, mereka telah menetapkan harga jualan anda. Jadi anda tiada kebebasan untuk menetappkan harga produk mereka untuk dijual degan lebih murah atau tinggi bergantung kepada strategi jualan

Happy2u.my

Happy2u merupakan website yang menyediakan dropship untuk kasut wanita. Mereka menyediakan koleksi-koleksi kasut yang terbaru seperti sandals, espadrilles, wedges, heels dan banyak lagi. Terdapat lebih 500 design kasut untuk wanita.

Syarikat ini mempuyai pengalaman selama 7 tahun dalam mengendalikan program dropship kepada yang berminat dan ianya secara percuma.

KNT marketing

KNT marketing merupakan website yang menyediakan drophip produk bayi dan ibu. Mereka telah menubuhkan program dropship yang dikenali sebagai Dropship KNT pada tahun 2009 dan kini telah mempunyai lebih 5 ribu ejen dropship.

Dengan pengalaman lebih 9 tahun dalam bidang dropship dan e-dagang, mereka pasti dapat membantu anda yang ingin menjadi ejen dropship.

BAGAIMANA HENDAK MEMILIH SYARIKAT YANG TERBAIK UNTUK BISNES DROPSHIP?

Setelah membuat senarai pendek syarikat-syarikat tersebut, pilih beberapa syarikat yang sesuai dengan niche bisnes yang dijalankan. Dropshipping merupakan sesuatu yang flexible, anda boleh menggunakan syarikat yang berbeza untuk satu bisnes dropship anda.

Kadangkala, dengan memilih syarikat yang lebih kecil adalah lebih baik, untuk menjalinkan hubungan yang lebih baik dengan pembekal. Komunikasi antara anda dan pembekal akan lebih terbuka dan mudah.

Antara factor lain yang perllu diambil kira ialah:-

  • Produk yang dikeluarkan syarikat dan harga produk
  • Terdapat yuran tambahan atau tidak
  • Cara pembayaran yang syarikat terima
  • Tempoh masa syarikat dalam perniagaan
  • Apakah syarikat penghantaran yang digunakan syarikat
  • Terdapat pesaing atau tidak di dalam produk yang dipilih

Sementara mengambil kira faktor-faktor berikut, jangan telampau terikat dengan soalan-soalan yang ditanya kepada syarikat, faktor pelanggan juga perlu di ambil kira. Cuba cari review di internet, forum, media social dan sebagainya, lihat produk yang mendapat sambutan, bukan semua produk pelanggan mudah membeli secara online.

BAGAIMANA NAK BERJAYA DALAM BISNES DROPSHIP?

Jika anda sudah bersedia untuk menjejakkan kai di dalam bisnes ini, terdapat beberapa panduan yang perlu diambil kira untuk berjaya jangka masa panjang dalam bisnes ini.

First, Cuma kerana ianya bisnes tanpa modal, tidak perlu membeli stok dan sebagainya, tidak bermakna anda perlu layan bisnes ini seperti tiada risiko. Anda menghabiskan masa, tenaga untuk mulakan bisnes ini, anggap la ianya satu pelaburan yang berisik0. Supaya anda lebih berhati-hati untuk menjalankan bisnes ini.

Apa yang mahu dijual? Berapa banyak persaingan? Bagaimana mahu menarik pelanggan untuk membeli? Adakah ada niche yang lebih kecil yang mana kurang persaingan?. Semua ini perlu diambil kira, jangan dipandang ringan.

Kebanyakan individu yang telah berjaya dalam bisnes ini, sedar perkara-perkara yang dinyatakan tadi, mencari niche yang sesuai dan menjual produk seperti seorang professional, memastikan setiap produk sesuai dengan pelanggan yang dituju dan sebagainya

Setelah senaraikan produk-produk yang ingin dijual, lakukan test order dan tunggu produk tersebut sampai, fikir seperti pelanggan. Berapa lama masa yang diperlukan untuk sampai? Terangkan pengalaman unboxing produk, apa yang bagus produk tersebut.

Ini akan membantu anda menjawab persoalan-persoalan dari pelanggan dan menilai sendiri prestasi syarikat yang dipilih.

Strategi marketing yang betul-betul dirancang sangat penting untuk berjaya dalam apa juga bisnes, jadi laburkan masa dan cari strategi marketing sebanyak mungkin, ada yang berbayar dan ada yang tidak berbayar.

 Antara asas strategi yang boleh dikongsi adalah, pengiklanan merupakan satu cara yang baik untuk reach targeted customer. Untuk membuat satu iklan yang berkesan, perlu cara-cara yang tertentu, soft copywriting, hard copywriting dan sebagainya.

KESIMPULAN

Ingat, dropshipping bukan satu bisnes yang boleh diambil ringan untuk berjaya, semua perlukan usaha. Ramai yang terjun ke dalam bidang ini dan berenti tanpa menjana sebarang income. Semua kerana tiada strategi dan hanya terjun secara membuta tuli.

Walaubagaimanapun, sudah ramai juga yang berjaya di dalam bisnes ini. Syarikat besar tidak akan menawarkan program dropship di dalam strategi mereka jika teknik ini tidak berkesan.

Banyak lagi strategi yang perlu dipelajar, dan kadang kala strategi ini kita akan dapat sendiri melalui pengalaman, yang mana ia satu strategi yang paling berharga. Jadi jika anda mengikut panduan yang diberikan oleh kami dan berusaha lagi, tiada halangan untuk anda Berjaya dalam bisnes dropship. Semoga Berjaya !!!

Tinggalkan Pesanan

Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com