Cara Dapatkan Duit Dalam Sehari
Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.
Kerja yang dilakukan sepenuh masa dibayar secara bulanan. Kadang kala, di waktu kecemasan, duit diperlukan secara cepat.
Atau, mungkin juga perlukan wang dengan cepat untuk membayarr hutang, dan anda perlukan duit extra selain daripada gaji bulanan. Penjanaan kewangan ada di mana-mana, Cuma perlukan usaha untuk mendapatkannya
Di sini, kami sediakan beberapa idea untuk mendapatkan duit dalam sehari.
KERJA SEBAGAI DRIVER DI GRAB/PREBET
Industri pengangkutan di Malaysia sudah berevolusi dengan sangat besar. Industri ini menyediakan peluang pekerjaan dengan amat banyak. Sekarang, terdapat banyak syarikat-syarikat yang menyediakan platform untuk anda mengambil kesempatan atas perkembangan industry ini.
Antaranya platform yang menyediakan kerja sebagai driver adalah:- Grabcar, Mycar, EzCab, MULA dan Dacsee, jika anda seorang wanita, apps Riding Pink merupakan pilihan terbaik untuk anda, kerana syarikat ini menghadkan pemandu dan pelanggan wanita sahaja.
Apa yang perlu dibuat adalah, install mana2 apps tersebut sekarang dan daftar sebagai pemandu. Jika anda memerlukan duit dengan cepat dalam sehari. Apps-apps tersebut merupakan alternative yang baik.
Sedikit kajian juga diperlukan untuk mengetahui apps yang terbaik untuk digunakan. Apa yang perlu diambil kira adalah pastikan jumlah pengguna aktif apps tersebut ramai dan rate bayaran yang mereka berikan adalah bersesuaian dengan kerja yang dibuat
SERVIS PENGHANTARAN MAKANAN
Sama seperti diatas, servis penghantaran makanan juga antara industri yang sedang mendapat permintaan yang tinggi. Seperti yang sedia maklum, permintaan yang tinggi bermakna peluang menjana pendapatan juga tinggi.
Antara syarikat yang menawarkan platform untuk bekerja sebagai penghantar makanan adalah Grabfood, dahmakan, foodpanda dan delivereat .
Apa yang perlu dibuat adalah, berjinak dahulu di dalam apps yang dinyatakan tadi, dan bekerja apabila anda perlukan duit lebih disamping gaji anda. Jangan lupa untuk memastikan rate bayaran yang disediakan dan pilihlah yang berbaloi.
JUAL BARANG TERPAKAI
Barang-barang yang masih boleh digunakan dan dalam keadaan baik, jika dijual dengan harga yang murah mudah untuk mencari pembeli. Barang seperti pakaian, perabot dan novel. Zaman sekarang semua boleh dijual secara online. Mudah dan berkesan. Untuk menjual perabot, kami sarankan anda menjualnya di SINI
Barang-barang berjenama lagi mudah untuk dijual secara online kerana barang-barang ini mempunyai pengumpulnya yang tersendiri. Harga juga boleh diletakkan dengan harga yang agak tinggi berbanding barangan yang tidak berjenama.
Antara platform yang menyediakan medium untuk anda menjual barang-barang tersebut adalah :
Apa yang anda perlu adalah daftar di akaun platform tersebut dan jual barang-barang terpakai yang ingin dijual dengan harga yang berpatutan. Untuk menjualnya dengan lebih berkesan, kami sediakan beberapa tips untuk menjual barang terpakai di website-website tersebut dengan berkesan.
Tips untuk menjual barang terpakai secara online:
- Pastikan anda mempunyai kamera (Smartphone pun sudah memadai)
- Ukur barang yang ingin dijual
- Pastikan beritahu semua details barang yang dijual dengan jujur
- Beritahu kecacatan (jika ada)
- Gunakan keyword yang betul
- Bungkus barang yang hendak diberi dengan kasih sayang
Selain website dan apps. Group di Facebook juga boleh menjadi tempat yang baik untuk menjual barang-barang anda. Di Facebook cari sahaja group yang menjual dan membeli barang terpakai. Sepanjang menjual barang anda, berhati-hati dengan scammer.
SERVIS BERSIHKAN RUMAH
Hidup di zaman sekarang, terutama sekali kehidupan di bandar, kebanyakan daripada mereka tidak mempunyai masa untuk membersihkan rumah secara berkala. Untuk mengupah pembantu rumah memerlukan kos yang mahal dan perlu dibayar secara bulanan.
Jadi, penyelesaiannya adalah dengan mengupah orang lain untuk membuat pembersihan pada sesuatu masa dan tempat sahaja.
Kadang kala, kedai-kedai makan juga memerlukan servis seperti ini. Jadi, inilah perluang anda untuk meraih pendapatan secara harian. Upah yang diterima dibayar selepas kerja anda selesai jadi, anda boleh menjana duit dalam sehari sahaja.
Adalah lebih baik untuk menyediakan barang-barang yang diperlukan terlebih dahulu sebelum melakukan pengiklanan. Untuk mendapat pelanggan dengan lebih mudah, mulakan dengan mengiklankan servis anda di taman-taman dan kejiranan yang berdekatan dengan tempat tinggal anda.
Melalukan servis tersebut dengan pelanggan yang sudah dikenali adalah lebih mudah kerana anda sudah mendapat kepercayaan daripada mereka. Pastikan juga rate harga yang anda berikan setimpal dengan kerja yang dibuat.
Lakukan sedikit kajian tentang rate harga cleaning servis di tempat kediaman tersebut. Jika anda seorang pelajar university, pensyarah merupakan pelanggan yang sangat baik untuk memulakan servis ini. Mereka juga tidak kisah untuk membayar dengan harga yang lebih mahal kerana mereka sudah mengenali anda.
Selain daripada kepuasan pelanggan, keselamatan juga perlu dijaga, jangan mencuba sesuatu yang berisiko tinggi kerana anda bukan seorang yang profesional. Berhati-hati semasa bekerja.
DAPATKAN WANG YANG TIDAK DITUNTUT
Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) telah menyediakan satu platform untuk anda menyemak jika ada terdapat wang-wang yang tidak dituntut. Wang ini membabitkan rekod akaun seperti akaun bank simpanan, semasa atau perniagaan.
Kebanyakan rakyat Malaysia tidak tahu tentang wang yang tidak dituntut ini. Jadi jika anda perlukan duit dengan segera, mungkin boleh menyemaknya di website JANM dan jika ada jumlah wang tersebut, anda boleh tuntutnya di JANM.
Antara informasi yang penting dan perlu tentang wang yang tidak dituntut:
- Tiada had masa untuk membuat semakan dan tuntutan
- Wang tersebut disimpan selamat dalam pegangan kerajaan
- Perkhidmatan adalah percuma
- Dibayar tanpa faedah
- Pihak JANM tidak pernah melantik ejen
- JANM tidak pernh menghantar emel berkaitan perkhidmatan ini.
Untuk semakan wang yang tidak dituntut, langkah-langkah yang perlu dibuat adalah
Langkah 1 : Layari pautan portal https://egumis.anm.gov.my/
Langkah 2 : Buat pendaftaran pengguna secara atas talian. Pengguna akan terima emel menyatakan kata laluan sementara untuk log masuk ke portal.
Langkah 3 : Log masuk portal menggunakan kata laluan sementara yang diemel. Pengguna perlu menukar kata laluan baharu.
Langkah 4 : Kemaskini maklumat pengguna.
Langkah 5 : Klik pada “KLIK DI SINI UNTUK CARIAN WANG TAK DITUNTUT” untuk membuat semakan WTD melalui nombor pengenalan diri atau nombor pendaftaran syarikat dan cetak maklumat Wang Tak Dituntut tersebut (jika ada)
KESIMPULAN
Untuk mendapatkan duit dalam masa sehari adalah tidak mustahil. Semuanya boleh dibuat dengan mudah dan berkesan. Untuk mendapat hasil yang lebih baik, adalah disarankan untuk membuat persiapan awal terlebih dahulu. Semoga Berjaya!
Tinggalkan Pesanan
Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com
Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang
Anda Mungkin Berminat :-
Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com