CARA untuk MENYIMPAN DENGAN GAJI YANG SEDIKIT

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Menyimpan dan menabung adalah perkara yang sama. Mempunyai tujuan dan kaedah yang sama. Ianya memerlukan komitmen untuk berjaya, dan tidak semua orang berjaya untuk konsisten dalam menyimpan.

Tidak kira sumber pendapatan banyak atau sedikit, penyimpanan masih boleh dilakukan. Bergantung kepada lifestyle seseorang. Walaupun bergaji RM10 000 sebulan tetapi gaji habis membayar hutang, masalah juga.

Di sini kami sediakan beberapa tips atau cara yang boleh dilakukan untuk menyimpan dengan sumber pendapatan yang sedikit.

1. RANCANG DAN PASTIKAN KEUTAMAAN SETIAP PERBELANJAAN

Perkara pertama sebelum hendak mula untuk menyimpan adalah dengan merancang dengan sebaiknya segala urusan kewangan yang perlu dilakukan.

Antara perkara yang perlu difikirkan adalah:

  • Mengapa anda perlu menyimpan?
  • Apa tujuan anda menyimpan?
  • Bagaimana cara untuk anda membuat simpanan?

Fikirkan keutamaan kewangan yang perlu dibuat. Jawab soalan-soalan berikut supaya jelas matalamat kewangan yang anda inginkan.

Dengan merancang penyimpanan akan mmbantu anda untuk konsisten menyimpan yang mana ramai individu yang gagal dalam kekal konsisten.

Baca Juga:

2. HAPUSKAN SEGALA HUTANG YANG ADA TERLEBIH DAHULU

Hutang boleh menjadi punca anda gagal untuk mencapai matlamat kewangan. Hutang-hutang yang ada menyebabkan anda sukar untuk menyimpan. Sumber pendapatan yang dapat setiap bulan habis digunakan untuk membayar hutang-hutang tersebut.

Selesaikan dahulu hutang-hutang yang penting dan utama. Untuk menghapus hutang 100% adalah sukar, tetapi tidak mustahil. Banyak pengorbanan yang perlu dilakukan.

Tetapi apabila sudah tiada hutang, hidup akan menjadi lebih bebas. Anda boleh gunakan duit lebihan dari pendapatan untuk menyimpan kegunaan masa hadapan

Baca Juga

3. KURANGKAN KOS PERUMAHAN

Sedar atau tidak, rumah adalah sebahagian daripada lifestyle seseorang. Bayaran rumah antara bayaran yang paling besar dalam perbelanjaan setiap bulan. Bayangkan jika anda boleh potong perbelanjaan untuk perumahan.

Duit yang dipotong itu boleh digunakan untuk perkara yang lain dan jika dibelanjakan dengan sebaiknya, ia akan memberikan perbezaan yang ketara dalam peningkatan kualiti kehidupan.

Disini kami sediakan beberapa idea yang boleh anda pertimbangkan untuk mengurangkan perbelanjaan kos perumahan

  • Beli atau sewa rumah yang lebih kecil. Tempat tinggal yang lebih kecil bermakna kos juga kecil. Jika banyak ruang rumah sekarang yang tidak digunakan. Boleh pertimbangkan idea ini.
  • Lokasi baru. Lokasi merupakan salah satu faktor sesebuah tempat tinggal. Anda boleh kurangkan kos dengan pindah ke tempat yang kurang mendapat perhatian.
  • Sewakan bilik. Jika anda mempunyai bilik yang tidak digunakan, mungkin anda boleh sewakan bilik tersebut kepada orang lain. Cuba pasarkan di Airbnb.

4. JIMAT DALAM MEMBELI MAKANAN

Perbelanjaan makanan juga merupakan lifestyle. Tidak salah untuk berbelanja sedikit mahal untuk memanjakan diri sendiri, tetapi jangan melakukannya dengan kerap. Makan ditempat yang murah dan lebih baik lagi, masak sendiri di rumah. Memang menjimatkan.

Antara cara yang terbaik untuk jimat dalam pemakanan adalah dengan merancang pemakanan. Sediakan satu perancangan, apa yang anda akan makan dalam seminggu. Masak atau makan diluar.

Perancangan ini akan membantu anda untuk tidak membeli makanan lain yang tidak sepatutnya.

5. MENYIMPAN DENGAN AUTOMATIK

Memang tidak dinafikan, menyimpan duit merupakan satu perkara yang sukar. Paksa diri setiap bulan untuk menyimpan menjadikan ianya lebih sukar. Pasti ada sahaja perkara yang hendak dibuat dengan lebihan duit tersebut.

Perkara ini dapat dielak dengan membahagikan duit pendapatan setiap bulan ke akaun simpanan secara automatic. Pergi ke bank dan minta mereka untuk meletakan sebahagian dari gaji anda ke akaun simpanan lain.

Setidaknya anda tidak melihat duit tersebut setiap bulan.

6. BERHIBUR DENGAN HIBURAN PERCUMA ATAU MURAH

Hiburan juga adalah satu lifestyle. Ia merupakan satu kawasan yang banyak menghabiskan duit. Tidak salah untuk berhibur, berhibur juga penting untuk mengelakan tekanan. Fikirkan satu hiburan yang tidak mengeluarkan kos yang banyak.

Disini kami sedikan idea yang boleh dipilih untuk berhibur dengan tidak mengeluarkan kos yang banyak:

  • Menonton movie di rumah
  • Hiking bukit yang berdekatan
  • Belajar memasak
  • Melawat muzium

Baca Juga:

7. KURANGKAN KOS PENGANGKUTAN

Pengangkutan kereta memerlukan kos yang tinggi setiap bulan. Bayar loan, maintenance, accessory, insurance, semua ini memerlukan kos. Kadang kala, ianya menelan ribuan ringgit setiap bulan.

Anda boleh kurangkan kos-kos ini dengan beberapa cara:

  • Bandingkan insuran kereta. Pilih insuran kereta yang menawarkan potongan harga. Tukar insuran setiap tahun boleh membantu anda jimat ratusan ringgit.
  • Hapuskan bayaran pinjaman kereta. Bayar pinjaman secara banyak sekali gus boleh mengurangkan lagi kosnya pada masa hadapan. Jika anda boleh buat demikian, mengapa tidak lakukan sahaja.
  • Kurangkan penggunaan minyak petrol. Dengan menaiki kenderaan awam, kos penggunaan minyak petrol dapat dikurangkan. Gunakan motosikal juga dapat mengurangkan kos petrol kereta.
  • Baiki kereta sendiri. Walaupun anda tidak tahu membaiki kerosakan yang besar,setidaknya, cuba belajar sendiri untuk membaiki kerosakan yang ringan. Selain menjimatkan duit, anda juga belajar perkara yang baru.

Jika anda mempunyai motor dan kereta. Soal kepada diri anda, perlukah menaiki kereta untuk pergi ke tempat kerja? Atau lebih baik menaiki motorsikal?

8. JAGA KESIHATAN DENGAN SEBAIKNYA

Kos perubatan adalah sangat mahal. Insuran merupakan salah satu solusi kepada masalah ini dan tidak ada banyak cara untuk anda memotong kos insuran selain menggunakan insuran yang terbaik dan berpatutan.

Walaubagaimanapun, bukan semua penyakit boleh di bayar menggunakan insuran. Insuran juga mempunyai had mereka yang tersendiri.

Disini kami sediakan beberapa cara yang boleh dipraktikkan untuk menjaga kesihatan dan sekali gus menjimatkan duit.

  • Bersenam secara berkala
  • Makan pemakanan yang sihat
  • Berhenti merokok
  • Tidur dan rehat secukupnya

Jaga kesihatan anda untuk masa hadapan dan orang tersayang.

9. USAHA PERBAIKI SUMBER PENDAPATAN

Sampai satu masa, tidak ada lagi cara untuk anda cari lebihan baki daripada gaji untuk disimpan.

Kami amat sarankan anda untuk perbaiki sumber pendapatan  anda.

Perbaiki sumber pendapatan boleh dibuat dengan banyak cara. Antaranya, membuat kerja sampingan, menaikkan gaji bulanan atau profit melabur.

Ianya tidak semudah yang disangka, untuk meningkatkan pendapatan perlukan usaha. Kerja sampingan tanpa majikan adalah yang paling terbaik untuk meningkatkan pendapatan bulanan. Anda tidak terikat dengan masa dan tenaga.

Samada anda berniaga kecilan, atau menjalankan servis seperti runner, penghantar makanan dan sebagainya. Semua bergantung kepada anda. Yang penting cari rezeki yang halal.

Baca Juga

10. URUS DUIT SIMPANAN DENGAN BIJAK

Duit simpanan yang telah disimpan juga perlu diuruskan. Cara yang paling tebaik adalah dengan melaburkannya di tempat yang selamat.

Jangan laburkan kesemua. Simpan sedikit di tempat yang mudah untuk diambil supaya boleh digunakan jika terdpat kecemasan.

Banyak pelaburan selamat yang boleh disertai walau dengan modal yang sedikit. Jangan biarkan duit tersebut pasif dan tidak berkembang.

Mula sekarang untuk mendapatkan hasil yang tebaik.

Baca Juga

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com

Leave a Comment

Your email address will not be published.