10 TIPS BERKESAN UNTUK MENJIMATKAN PENGGUNAAN ELEKTRIK PENGHAWA DINGIN (AIRCOND)
Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.
Memang tidak dinafikan, mempunyai aircond dirumah sememangnya akan menyebabkan bill elektrik bulanan meningkat.
Adakah anda tahu yang anda boleh meminimumkan kos perbelanjaan eletrik aircond dengan cara yang amat mudah tanpa menjejaskan keselesaan anda.
Disini kamu sediakan tip-tip yang boleh digunakan untuk membantu mengurangkan penggunaan eletrik aircond.
1. Kurangkan penggunaan aircon pada waktu malam (Tinggikan suhu)
Pada waktu malam, anda tidak perlukan suhu sejuk yang sama pada waktu siang. Tinggikan sedikit suhu untuk menjimatkan elektrik. Jika aircon anda mempunyai system “sleep mode”, setkan kepada sleep mode untuk memastikan system aircond anda tertutup secara automatic apabila menjelang subuh.
2. Set suhu antara 21-25 darjah Celsius
Anda mungkin tidak tahu, semakin rendah suhu yang anda tetapkan, semakin banyak tenaga yang akan digunakan. Tetapkan suhu 21-25 darjah celcius adalah langkah yang tepat untuk menjimatkan elektrik.
Suhu 21-25 adalah suhu yang optimum, tidak panas dan tidak terlalu sejuk. Jika pada suhu ini anda rasa tidak mencukupi, mungkin aircon anda perlu diservis. Pastikan juga tingkap ditutup untuk mengelakkan udara sejuk keluar.
3. Servis aircond secara berkala
Maintainance barang elektrik perlu dijaga dengan sebaiknya. Sama juga seperti aircond. Paling kurang, bersihkan filter luar dan dalam. Filter yang kotor akan menyebabkan penyejukan menjadi lebih perlahan dan ia akan memaksa aircon bekerja lebih kuat.
Ini bermakna, lebih banyak elektrik digunakan. Bersihkan keseluruhan aircon sekurang-kurangnya setahun sekali adalah amat penting untuk memastikan jangka hayat aircon lebih lama dan penggunaan elektrik dapat dijimatkan.
4. Susunan perabot
Ruang-ruang yang terbiar juga akan disejukkan oleh aircon. Ruang seperti belakang kerusi atau bawah sofa akan disejukkan secara automatic. Kurangkan ruang yang terbiar, lebih baik udara sejuk tersebut digunakan oleh anda sendiri.
Ada alat yang boleh digunakan untuk membantu udara sejuk dari aircon, bergerak terus ke tempat yang anda mahu. Gunakan alat tersebut lebih baik.
5. Kurangkan penggunaan lampu pada waktu malam
Mengurangkan penggunaan lampu pada waktu malam akan mengurangkan penghasilan haba. Ambil kira juga dengan pencahayaan dari luar. Jika anda menutup lampu tetapi membuka tingkap untuk pengcahayaan adalah satu tindakan yang kurang bijak.
Pastikan tiada lubang untuk udara sejuk keluar dan minimumkan penggunaan cahaya dalam bilik tersebut
6. Tutup aircon jika tidak digunakan
Sebaiknya, sementara tiada orang di dalam ruang tersebut, tidak perlu untuk membuka aircon. Mungkin ada sesetengah pengguna yang membuka aircon lebih awal supaya udara sejuk dapat dihasilkan terlebih dahulu sebelum menikmatinya.
Tidak salah, tetapi pastikan suhu sementara membiarkan aircon terbuka adalah lebih tinggi berbanding suhu sebenar yang diperlukan.
Jika suhu yang diperlukan adalah 21 celcius, mungkin anda boleh membiarkan proses penyejukan pada suhu 25 atau 26. Setelah tiba masa untuk menikmatinya, rendahkan suhu kepada tahap yang diperlukan.
7. Gunakan kipas jika diperlukan
Kita bergantung kepada aircon untuk kekal nyaman, tetapi jika boleh meminta bantuan kipas sebagai penyaman kedua adalah pilihan yang bagus.
Gunakan kipas untuk membantu menyejukkan udara bilik boleh mengurangkan kerja aircon. Kipas menggunakan tenaga yang sedikit berbanding aircon, menjadikan kipas sebagai back up kepada aircon adalah satu idea yang bagus.
8. Setkan timer untuk tutup pada waktu malam
Kita perlukan aircon semasa hendak tidur sahaja. Apabila sudah nyenyak tidur, badan tidak perlukan suhu yang rendah, cukup hanya dengan suhu yang optimum. Setkan timer untuk tutup aircon dan buka kipas secara automatik.
Dengan berbuat demikian, banyak tenaga elektrik dapat dijimatkan. Jangka hayat aircon juga akan lebih baik.
9. Pilih aircon yang sesuai dengan ruang yang disejukan
Ruang adalah antara faktor yang penting dan perlu diambil kira sebelum membeli aircon. Pilih aircon yang sesuai dengan keluasan ruang yang perlu disejukkan. Jika ruang bilik luas tetapi menggunakan aircon yang tidak sesuai, ini menyebabkan compressor aircon perlu bekerja dengan lebih uat untuk menyejukkan ruang yang luas tersebut.
Ini bermakna, penggunaan tenaga elektrik juga akan menjadi lebih banyak. Semasa membeli aircon, pastikan ianya sesuai dengan keluasan ruang untuk disejukkan.
10. Gunakan Dry Mode
Dry mode akan mengurangkan tahap kelembapan bilik anda. Bilik yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi bermakna tahap kesejukan juga berkurang. Di dalam dry mode, komponen aircon tidak akan bekerja dengan kuat.
Dry mode adalah mode yang menggunakan lambang titisan air. kalau mengikut gambar di atas, ianya berlabel Dehumidifying
Tenaga elektrik juga tidak banyak digunakan bermakna bill elektrik juga akan berkurang. Walaupun ianya tidak menyejukkan bilik dengan laju seperti di dalam “cool mode”, ianya akan memastikan kelembapan udara pada tahap yang diinginkan secara automatic.
Tinggalkan Pesanan
Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com
Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang
Anda Mungkin Berminat :-
Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com