Cara mendapatkan duit melalui Instagram
Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.
Instagram ialah salah satu platform media sosial yang telah memperolehi lebih dari satu bilion pengguna aktif. Aplikasi ini bermula dengan perkongsian gambar kemudian menjadi alat pemasaran yang berjaya selain daripada Google dan Facebook.
Jadi, anda tertanya apakah cara untuk mendapatkan duit melalui Instagram?
Tunggu, jawapan itu semua ada di dalam artikel ini. Mari kita mulakan.
1. Menjadi seorang yang berpengaruh.
Seorang yang berpengaruh atau influencer sememangnya mudah untuk mempromosikan sesuatu barang. Ini kerana mereka sudah dikenali dan mempunyai ramai pengikut di Instagram jadi akan adanya sokongan daripada pengikut dengan membeli barang tersebut.
Syarikat lain akan membayar anda untuk mempromosikan barang mereka.
2. Reka dan jual barangan digital
Apa itu barangan digital? Ini merupakan barangan yang tidak dapat digunakan secara nyata namun dapat digunakan melalui atas talian. Sebagai contoh, anda menganjurkan pembelajaran secara alam maya, menjual e-books dan mebuat pelbagai templat yang menarik.
Jadi, sebelum itu anda perlu mereka barangan tersebut baru boleh menjualnya.
3. Reka dan jual barangan fizikal.
Mesti akan ada yang tertanya, adakah sama barangan fizikal atau digital? Jawapanya tidak. Menjual barangan fizikal ini lebih banyak melibatkan tenaga berbanding barangan digital. Ini kerana anda perlu mereka bentuk barang itu sendiri dan menghantarkan kepada pelanggan.
Kami mengesyorkan anda supaya mengetahui tentang selok belok E-dagang dengan betul. Sebelum itu tahukan anda apa itu E-dagang?
E-dagang adalah membeli dan menjual sesuatu produk atau servis oleh para usahawan dan pengguna melalui media elektronik dan kebanyakkannya menggunakan rangkaian internet untuk berhubung antara pembeli dan penjual.
Kemudian, membayarnya melalui perbankan atas talian seperti Maybank2u kemudian dihantar melalui sistem pengeposan seperti Pos laju, GDex dan Skynet.
4. Membuat affiliate.
Saya yakin pasti ada yang pernah mendengar perkataan affiliate sebelum ini. Jadi, apakah itu affiliate? Secara ringkasnya affiliate ni merupakan salah satu teknik memasarkan dan mempromosikan produk di internet.
Program affiliate ialah apabila anda menjadi orang tengah melalui link affiliate dan akan mendapat komisen dalam jumlah tertentu jika ada orang membeli produk tersebut melalui link affiliate tersebut.
Jumlah komisen pula bergantung kepada syarikat produk tersebut. Ada yang yang bayar komisen dengan kadar yang tinggi namun ada juga yang sedikit. Jadi anda perlu bijak memilih.
Cara ini merupakan yang paling senang dan cepat kerana tidak perlu berfikir tentang produk apa yang perlu dijual kerana semua disediakan dan hanya perlu mempromosikan sahaja. Jadi mudahlah untuk anda mendapatkan duit di Instagram selepas ini.
5. Memulakan dropship
Cara ini merupakan cara yang disyorkan lebih-lebih lagi anda baru nak bermula untuk berbisnes. Kiranya baru nak berjinak dengan dunia perniagaan. Jadi apa itu dropship?
Baiklah, dropship itu ialah menjual barangan secara fizikal dan memberikan maklumat kepada pembekal namun tidak perlu memegang sebarang stok produk tersebut atau menghantar kepada pelanggan.
Ini kerana semuanya bakal dilakukan oleh pembekal atau supplier dan akan mendapat komisen hasil jualan tersebut. Bagi menyenangkan anda, saya akan memberi contoh mudah. Si A membeli barang berharga RM100 dan dia terus bayar kepada anda sebagai dropshipper sebanyak RM100.
Harga untuk produk tersebut hanya RM80, jadi anda perlu menyerahkan kepada pembekal RM80 berserta maklumat pembeli. Maka lebihan RM20 itu adalah keuntungan anda. Mudah bukan?
Jadi anda perlu mereka stor anda sendiri di Instagram dan memasarkan produk tersebut dengan menarik. Apa yang menarik tentang dropship ini ialah anda lah orang yang akan mengawal kegiatan bisnes anda sendiri dan tidak memerlukan duit yang banyak untuk bermula.
6. Membuat story filter
Menurut sejarah, Instagram telah meniru Snapchat yang membolehkan penggunanya memuat turun video berdurasi pendek. Sememangnya setiap pengguna Instagram akan memuat naik story sebagai tatapan umur dan sebagai kenangan.
Maka ini ialah peluang keemasan untuk anda membuat duit dengan menjadi kreatif. Caranya dengan membuat filter anda sendiri! Kemungkinan ada syarikat yang akan membayar anda untuk berkolaborasi bersama untuk membuat filter khas untuk mempromosikan barangan mereka.
Beberapa syarikat juga ada mempunyai pereka tersendiri yang akan mereka filter untuk produk mereka. Jadi, jika anda memang berminat dengan dunia kreativiti ini lah masa untuk anda menunjukkan bakat yang ada.
Anda boleh mempamerkan link di bio akaun Instagram anda sendiri. Tiada masalah lagi untuk anda menambahkan pendapatan di Instagram dengan membuat filter mengikut kreativiti anda.
7. Mencari pelanggan bagi mereka yang bekerja bebas atau freelance.
Sesuatu pekerjaan menjadi mudah apabila menggunakan Instagram. Tidak kira anda bekerja sendiri dalam bidang fotografi, mereka web atau membuat video, sudah pasti bakat anda akan dikenali apabila anda menonjolkan diri di Instagram dengan memuat turun hasil kerja tersebut.
Selain itu, letak juga maklumat di Instagram Bio menyatakan anda sedia bekerja dan sentiasa terbuka dengan pelbagai tawaran. Malah anda juga boleh menjadi lebih proaktif dengan mencuba DM mana-mana akaun Instagram yang berkaitan dengan bidang kerja anda.
Kuncinya disini ialah pastikan anda tunjukkan bakat anda atau segala hasil kerja anda di Instagram dengan teratur dan menyakinkan pelanggan untuk berurusan dengan anda.
8. Menjual akaun Instagram
Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa anda boleh menjual akaun Instagram kepada orang lain. Mereka yang berminat membeli akaun Instagram selalunya orang yang memiliki perniagaan sendiri. Jangan lupa setiap akaun Instagram ada nilai harganya sendiri.
Jadi, anda sebagai pemilik akaun tersebut harus tahu kekuatan akaun anda supaya mendapatkan harga yang anda inginkan dengan bakal pembeli akaun anda.
Jadi apa kriteria yang akan dilihat oleh pembeli akaun Instagram anda? Mereka akan melihat bilangan dan kualiti pengikut anda serta Niche.
Tidak semestinya jika anda memiliki banyak pengikut, akaun instagram anda memiliki kualiti yang bagus. Jadi, pastikan anda tahu kualiti akaun instagram anda dan membuka harga yang berpatutan.
Sebagai peringatan, sebelum menjual akaun anda kepada orang lain, pastikan segala maklumat diri dan gambar dipadam bagi mengelakkan berlakunya penyalahgunaan identiti oleh pihak lain.
9. Menjadi duta produk
Segala postingan yang ditaja sememangnya berfungsi dengan baik di Instagram, tetapi kebanyakan syarikat ingin memastikan hubungan dengan influencer lebih lama dengan melantik mereka sebagai duta bagi memastikan promosi produk mereka terus berjalan.
Instagram adalah tempat yang tepat untuk mencari duta jenama dan bekerjasama dengan syarikat untuk mempromosikan produk mereka. Jenama besar juga sering menghantar produk percuma kepada influencer supaya mereka dapat mempromosikannya.
Bagi mendapatkan hasil yang lebih baik, setiap jenama perlu mencari influencer yang mempunyai pengikut yang ramai. Seorang influencer juga pasti mendapatkan wang yang banyak selagi mana mereka menjadi duta dan berjaya menarik pelanggan untuk membeli produk tersebut.
10. Model Sambilan
Samada fulltime atau part time, menjadi seorang model sememangnya boleh menjana pendapatan. selain menjana duit, anda juga boleh mengetengahkan bakat modeling anda ke khalayak ramai.
Jangan malu untuk mencuba bidang ini kerana industry fesyen sentiasa berkembang. dengan bermula kecil-kecilan, tidak mustahil untuk anda menjadi supermodel satu hari nanti.
Antara contoh rakyat Malaysia yang sudah ke anrabangsa dalam bidang modeling melalui media social adalah Wak Doyok. Dia telah membawa nama Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Kesimpulan
Akhir kata, itulah dia antara cara-cara mendapatkan duit melalui Instagram yang pelbagai dan boleh mengikut kreativiti masing-masing. Boleh cuba mana-mana cara tersebut kerana semua ini dapat membuahkan hasil kepada anda dan membantu mendapatkan pendapatan. Selamat berjaya!
Tinggalkan Pesanan
Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com
Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang
Anda Mungkin Berminat :-
Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com