CARA MENGURUS KEWANGAN PELAJAR/MAHASISWA DENGAN BERKESAN (PENTING UNTUK MASA HADAPAN)

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Memasuki alam university merupakan satu perkara yang menyeronokkan. Selain menyonokkan, ia juga sebenarnya ujian untuk anda belajar untuk menguruskan kewangan.

Sumber pendapatan pelajar university adalah terhad. Kebanyakan daripada mereka mempunyai sumber kewangan dari pinjaman dan biasiswa. Mengurus kewangan dari peringkat university adalah amat penting untuk menjamin masa hadapan yang lebih cerah.

Disini Hustleaim akan berikan tips dan panduan tentang cara untuk mengurus kewangan para mahasiswa yang sedang bertungkus lumus menyediakan masa hadapan yang cerah.

DAPATKAN BIASISWA BAGI YANG BERKELAYAKAN

Jika anda seorang pelajar yang berkelayakan untuk mendapatkan biasiswa, jangan malas untuk cuba dapatkan biasiswa.

Sekarang, banyak biasiswa yang boleh dicuba, biasiswa amat membantu pelajar di alam universiti.  Disini kami sediakan beberapa biasiswa yang boleh dimohon.

Banyak lagi Biasiswa yang terdapat di Malaysia. Biasiswa-biasiswa ini membiayai pelajaran di luar dalam dalam negara. Untuk mencari biasiswa-biasiswa yang ada di Malaysia, boleh carinya DISINI 

Apa yang perlu dibuat

Lihat syarat kelayakan yang diperlukan pada setiap biasiswa, jika anda memenuhi kelayakan yang diperlukan, cuba daftar dan berikan dokumen yang diperlukan. Kadangkala, mereka akan memanggil interview, pergi dan buat sehabis baik

Biasiswa amat membantu kewangan pelajar semasa di alam university.

MASAK DIRUMAH SEWA

Masak dirumah tidak semestinya anda tidak boleh keluar makan di kedai. Boleh, tetapi kurangkan makan di kedai. Belajar masak makanan yang mudah dan mengenyangkan.

Masak dirumah juga menyeronokkan. Ajak sekali rakan-rakan yang lain dan masak bersama. Untuk masak di rumah perlu untuk merancang terlebih dahulu, sediakan bahan dan masa terlebih dahulu. Penjimatan yang banyak boleh dilakukan.

GUNA BUKU TERPAKAI DAN JUAL BUKU YANG SUDAH DIPAKAI

Harga bagi buku text pelajar university amat mahal, kadang kala mencapai harga beratus ringgit. Tidak salah untuk membeli buku yang terpakai. Sumber buku terpakai adalah senior. Jangan malu untuk bertanya senior anda tentang buku yang anda perlukan dan beli dari mereka jika mereka tidak gunakan lagi.

Selain senior, internet juga merupakan sumber yang baik untuk mendapatkan buku text yang terpakai. Laman web seperti mudah.my, bukulama.com, carousell dan banyak lagi yang boleh dikunjungi untuk membeli buku terpakai. Jangan malas untuk mencari.

Buku text lama yang anda sudah perlukan boleh dijual kepada junior yang diperlukan. Kitaran ini dapat membantu banyak pihak dan duit juga dapat dijimatkan.

SEDIAKAN BAJET KEWANGAN SECARA BULANAN

Ramai mahasiswa yang mengambil ringan tentang perkara ini. Di peringkat university, anda perlu belajar untuk membuat bajet kewangan secara bulanan.

Banyak cara boleh digunakan untuk membuat bajet bulanan. Samada manual, tulis di atas kertas, atau lebih mudah, gunakan smartphone. Disini kami sediakan aplikasi yang boleh digunakan untuk membuat bajet kewangan dan ianya ada yang percuma dan berbayar.

  • Mint – free 
  • PocketGuard – free
  • Clarity Money – free
  • Goodbudget – free untuk akaun asas
  • Personal Capital – free

MULAKAN PELABURAN DI SEMASA DI UNIVERSITI

Samada anda suka atau tidak, semasa anda di kolej atau university, adalah masa yang amat bagus untuk mulakan pelaburan. Melaburlah walaupun sedikit. Sekarang, sudah banyak strategi yang boleh digunakan untuk melabur, walaupun dengan modal yang rendah.

Tidak perlu untuk memeningkan kepada untuk belajar tentang pelaburan saham, forex, dan sebagainya. Sudah cukup anda laburkan duit di dalam pelaburan ASB atau pelaburan Robo advisor. Untuk mengetahui pelaburan yang sesuai untuk anda, boleh klik DISINI. Atau boleh lawat ke page tentang pelaburan https://hustleaim.com/pelaburan-2/  untuk mengetahui lebih lanjut tentang pelaburan.

Artikel Berkaitan:

ELAKKAN MEMBAYAR SUBSCRIPTION BULANAN YANG TIDAK DIPERLUKAN

Terdapat banyak subscription berbayar sekarang yang mensasarkan golongan muda. Apps atau hiburan seperti Netflix atau Apple Music sebenarnya tidak diperlukan. Isi di dalam apps tersebut boleh didapati dengan percuma.

Cukup sekadar menggunakan hiburan yang percuma seperti Youtube, Joox, dan sebagainya. Tidak perlu untuk membayar bulanan untuk mendapatkan feature yang lebih advance. Simpan duit tersebut dan labur. Perkara kecil seperti ni boleh menjamin masa depan yang lebih baik.

MEMAKSIMUMKAN PENGGUNAKAN KAD PELAJAR

Ramai pelajar tidak menggunakan kad pelajar yang mereka ada dengan sebaiknya. Banyak manfaat yang boleh diperah daripada kad pelajar sebenarnya.

Selain dari agensi kerajaan, syarikat swasta juga menyediakan potongan harga untuk produk mereka jika anda mempunyai kad pelajar. Wayang, kedai buku, kedai makan, dan kedai gunting rambut juga ada menyediakan potongan harga kepada pelajar university.

Jika keluar dari rumah, pastikan anda membawa kad pelajar sekali atau hubungi business tersebut terlebih dahulu untuk memastikan jika ada potongan harga untuk pelajar universiti.

Gunakan kad pelajar anda dengan sebaiknya sementara anda bergelar seorang pelajar

JADI KREATIF - BERHIBUR DENGAN PERCUMA

Memang tidak dinafikan, pelajar bukan robot yang perlu untuk belajar setiap masa. Mereka juga perlukan hiburan bersama rakan-rakan.

Untuk berhibur, rancang hiburan yang tidak menggunakan duit dengan banyak atau lagi bagus, hiburan yang percuma. Gunakan kelebihan anda sebagai seorang pelajar untuk memasuki fasiliti unviversiti secara percuma seperti gym, padang bola, kolam renang dan sebagainya.

Semua pelajar mempunyai bajet yang sedikit semasa di university. Kami percaya, rakan-rakan anda juga akan suka untuk membuat hiburan yang tidak mengeluarkan modal.

Artikel Berkaitan:

BEKERJA PART TIME SEMASA DI UNIVERSITI

Terdapat banyak cara untuk mendapatkan duit semasa belajar di kolej atau universiti. Samada bekerja dengan syarikat luar atau di dalam kolej itu sendiri.

Bekerja di dalam kolej, bukan sahaja menyediakan extra income kepada pelajar, ianya juga memberikan pengalaman bekerja yang berharga yang boleh digunakan di dalam alam pekerjaan nanti.

Pihak university menyediakan banyak kerja untuk pelajar yang berminat. Pekerjaan seperti Research Assistant atau pelayan kafe fakulti amat diperlukan di university dan kebanyakannya dibuka untuk pelajar.

Jika anda rasa ianya membebankan, dengan assignment, kerja rumah dan sebagainya. Anda boleh pertimbangkan untuk bekerja semasa cuti semesta.

Artikel Berkaitan:

AMALKAN AMALAN MENABUNG SEMASA BELAJAR

Mungkin anda rasa tidak berguna jika menyimpan semasa belajar kerana kuantitinya yang sedikit. Menabung bukan untuk jangka masa pendek, menabung untuk jangka masa panjang.

Sediakan satu tabung, dan masukkan duit kedalam tabung secara berkala, untuk permulaan, mungkin anda akan rasa tidak berbaloi, tidak mengapa, jangan berhenti, teruskan. Apabila sudah bergraduasi, buka tabung dan bersedia untuk terkejut.

Artikel Berkaitan

JAUHI TABIAT “ALAH 5 RINGGIT JE PUN”

Sesetengah pelajar mempunyai tabiat yang tidak mengambil kisah jika duit yang dikeluarkan adalah sedikit. Tabiat ini perlu dijauhi kerana ia boleh menjadi kebiasaan.

RM 5 setiap hari. Sebulan sudah RM 150. Dengan RM 150 sebulan tersebut anda sudah boleh membuat ASB Financing RM 10,000 dengan tempoh masa 25 tahun pembayaran.

Nampak kecil tetapi memainkan peranan yang besar jika dimanfaatkan dengan baik. Fikir dahulu sebelum berbelanja walaupun harga produk RM 5. Seminggu sekali atau 2 minggu sekali tidak mengapa, pelajar bukan robot.

GUNAKAN KENDERAAN AWAM

Jika anda tidak belajar di Universiti yang mengamalkan amalan berjalan kaki atau berbasikal, gunakan kenderaan awam. Selain daripada dapat elakkan dari mencari parking yang sesak, duit juga dapat diselamatkan. Memiliki kenderaan merupakan satu komitmen, maintance, duit minyak, insurans dan sebagainya.

Jika tiada pengakutan awam disekitar, pilihan yang lain adalah carpool. Tumpang rakan atau bergilir-gilir membawa kereta masing-masing ke university. Masa yang ada di dalam kenderaan boleh digunakan untuk membaca bahan bacaan yang akan diajari atau melakukan assignment yang mudah-mudah.

KESIMPULAN

Melakukan tips dan trik pengurusa kewangan di atas di dalam kehidupan seorang pelajar adalah jalan yang baik untuk memulakan pengurusan kewangan individu di dalam kehidupan.

Amalan yang simple ini akan menyebabkan anda lebih berkeyakinan untuk menguruskan kewangan semasa anda berada di alam pekerjaan. Semoga berjaya!!

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com