CARA MELABUR SAHAM DI MALAYSIA: PANDUAN UNTUK BEGINNER UNTUK MULA MELABUR.
Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.
Jika anda baru hendak bermula melabur saham di dalam stock market, tetapi tidak pasti apa yang perlu dibuat sebagai permulaan, anda di tempat yang betul.
Mungkin tidak mengejutkan bagi yang sudah mengetahui, nilai saham RM 10,000 di Bursa 30 tahun 40 tahun lepas bernilai berjuta-juta pada hari ini. Melabur di Stock Market, jika kena dengan gayanya dan jika dibuat dengan betul adalah antara cara yang efektif untuk membina kekayaan dalam jangka masa panjang. Kami disini akan memberitahu anda perkara yang perlu di ambil kira.
Melabur di dalam Stock Market adalah satu proses yang perlu dibuat dengan ilmu dan pengalaman. Di sini kami sediakan langkah-langkah yang perlu diambil sebelum anda terjun ke dalam industry ini.
1. TENTUKAN PENDEKATAN PELABURAN YANG INGIN DIBUAT
Salah satu perkara yang paling awal untuk diambil kira dalam pelaburan adalah pendekatan yang ingin digunakan. Perkara yang perlu diambil kira adalah:-
- Adakah anda seorang yang boleh menganalisis dantiada masalah dengan nombor dan research
- Adakah anda tidak sukakan nombor dan tidak mahu membuat research
- Adakah anda mempunyai banyak masa lapang dalam seminggu untuk meluangkan masa dengan pelaburan yang dibuat.
- Adakah anda gemar membaca tentang syarikat dan ekonomi semasa
- Adakah anda seorang yang sibuk dan tiada mmasa untuk menganalisis stock
Ini adalah antara persoalan yang perlu ditanya untuk menetukan jenis pendekatan yang ingin dibuat. Berita baiknya adalah, tidak kira apa jawapan yang dijawab pada persoalan tersebut, anda masih seorang calon yang baik untuk menjadi seorang pelabur saham. Yang bezanya adalah “bagaimana”.
Cara-cara yang ada untuk melabur di dalam stock market
Stock individu: Anda boleh melabur di dalam stock individu jika anda mempunyai masa lapang dan keinginan untuk membuat kajian dan menilai sesuatu stock secara berkala. Jika ini adalah anda, kami cadangkan anda untuk teruskan dengan cara ini. Adalah tidak mustahil untuk seseorang yang mempunyai masa dan bijak dan sabar untuk melabur saham di stock market dengan jayanya. Apa yang anda perlukan adalah ilmu dalam pelaburan.
Index funds: Selain daripada melabur secara individu, anda juga boleh melabur secara berkumpulan menggunakan kaedah melabur index fund. Jika anda seorang yang tiada masa untuk membuat pelaburan sendiri dan pada masa yang sama anda ingin melabur, ini adalah cara yang terbaik untuk mendapatkan keuntungan dalam pelaburan. Ini adalah pelaburan untuk jangka masa panjang.
Index fund adalah satu dana yang dikumpulkan di Bursa Malaysia yang boleh dibeli dengan cost yang rendah. Contoh Index yang terdapat di Malaysia ialah FTSE Bursa Malaysia Kuala Lumpur Composite Index (FBMKLCI), Standard & Poor’s 500 dan contoh Index Fund adalah Vanguard 500 Index Fund.
Robo Advisors: Akhir sekali adalah Robo Advisor. Cara ini semakin mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia. Kalau yang dahulu tiada Robo Advisor yang menawarkan pelaburan patuh Syariah tetapi sekarang sudah ada. Wahed Investment menawarkan perkhidmatan pelaburan Robo advisor yang patuh Syariah.
Wahed investment merupakan satu bentuk pelaburan secara Robo Advisor yang patuh syariah. Ianya mesra pengguna dan mudah digunakan. Syarikat ini juga telah daftar di bawah Suruhajaya Sekuriti Malaysia. Jadi anda tidak perlu risau tentang penipuan pelaburan. https://campaign.wahedinvest.com/laburwahed
Untuk mengetauinya lebih lanjut anda boleh lihatnya DISINI. Semasa membuka akaun jangan lupa untuk masukkan referral hazza7. Dengan meletakkan referral anda akan mendapat RM 10 dan pihak Hustleaim juga akan dapat.
2. TENTUKAN JUMLAH PELABURAN YANG INGIN DILABURKAN
Sebelum kita pergi kepada jumlah, kita lihat dulu yang lebih penting iaitu wang yang tidak boleh dilaburkan. Pelaburan perlulah dilakukan dengan wang yang tidak digunakan. Jangan gunakan wang yang penting untuk digunakan.
Semua pelaburan mempunyai risikonya yang tersendiri. Jika tiada risiko ianya bukan pelaburan ia mungkin satu penipuan. Lain kesnya bagi Amanah Saham Berhad yang mana risikonya dijamin oleh kerajaan jadi tiada risiko disitu. Ini antara contoh jenis wang yang tidak boleh digunakan dalam pelaburan untuk kebaikan anda sekeluarga.
- Wang simpanan kecemasan
- Wang pengajian anak
- Wang percutian tahunan bersama keluarga
- Duit yang ingin digunakan untuk downpayment rumah
Selain risiko, wang yang digunakan juga tidak boleh dikeluarkan dalam masa terdekat apabila dilaburkan. Ia mengambil masa bertahun-tahun.
3. PERUNTUKAN ASSET
Sekarang kita bincang mengenai apa yang perlu dibuat dengan duit yang ingin dilaburkan. Duit yang mana anda tidak ada kegunaan selama bertahun-tahun tadi. Konsep ini dinamakan peruntukan asset atau “asset allocation” dan konsep ini bergantung kepada beberapa faktor.
Bahasa mudahnya,
Peruntukan asset adalah bagaimana anda membahagikan pelaburan yang dibuat samada pelaburan tunai, bond, hartanah atau saham.
Ianya adalah amat penting dalam pelaburan. Kajian menunjukkan bahawa peruntukan asset yang bagus adalah antara faktor penting dalam pelaburan yang menjanjikan keuntungan dalam jangka masa panjang. Untuk penjelasan mengenai makna asset allocation anda boleh lihatnya DISINI.
Antara faktor yang memainkan peranan adalah faktor umur jadi anda boleh mengawal risiko yang akan anda hadapi. Banyak cara dan teknik melabur pastikan ianya sesuai dengan anda
4. MEMBUKA AKAUN PELABURAN
Semua tips dan teknik pelaburan saham untuk beginner adalah tidak mempunyai apa-apa kebaikan jika anda tidak mempunyai cara untuk membeli saham. Untuk membeli saham, anda perlukan account saham yang dipanggil brokerage account.
Di Malaysia terdapat banyak broker seperti Malacca Securities, Maybank, Kenanga dan banyak lagi. Membuka akaun broker sangat cepat dan mudah, ia hanya mengambil masa beberapa minit sahaja. Sesetengah broker tidak mengenakan apa-apa charge dan ada juga mengenakan charge tetapi tidak mahal dalam RM 10 bergantung kepada broker tersebut.
Apa yang perlu diambil kira dalam memilih broker yang paling penting adalah samada broker memberikan panduan dalam selok belok saham dan brokerage fee.
Faktor yang perlu diambil kira dalam memilih broker:
BROKERAGE FEE
Setiap kali anda membeli sesuatu saham, pelabur perlu membayar brokerage fee kepada broker. Setiap broker mempunyai fee yang berlainan. Ianya boleh dikatakan upah transaksi. Sesetengah broker menggunakan percent dan sesetengahnya pula tetap serta ada juga yang menggabungkan kedua-duanya. Untuk membandingkan brokerage fee, anda boleh lihatnya DISINI
BIMBINGAN REMISIER
Remisier adalah individuatau agent berlesen dari syarikat broker yang menjadi perantara di antara pelabur dan syariakt broker. Sesetengah pelabur baru pasti akan mencari brokerage fee yang paling rendah, ianya tidak salah tetapi pastikan juga remisier tersebut memberikan panduan dan bimbingan dalam melabur dalam dunia saham.
Memang tidak dinafikan, ada juga broker yang tidak memberikan apa-apa informasi, panduan dan bimbingan apabila pelabur membuka akaun dengan mereka.
Antara tugas yang mereka pikul adalah menjawab soalan teknikal mengenai akaun, memberitahu perkembangan dunia saham, membantu proses jual beli saham dan membantu pelabur memahami produk di Bursa Malaysia. Lebih baik lagi, sesetengah dari mereka memberikan seminar percuma untuk berjaya dalam pelaburan.
Tanya dahulu kepada broker tersebut apa bimbingan yang anda akan dapat jika buka akaun dengan mereka. Anda juga perlu tahu, mereka mendapat keuntungan setiap kali anda membeli sesuatu saham.
CIRI-CIRI AKAUN
Syarikat broker mempunyai ciri-ciri akaun berbeza yang ditawarkan. Antara features yang perlu diambil kira dalam memilih akaun pelaburan adalah support Stop Limit, Cut Loss, Good Till Date. Trade Details, Shariah Mark dan lain-lain lagi.
Mungkin pelabur baru tidak faham fungsi features yang diberikan tetapi pastikan ianya ada kerana semakin lama pelabur baru semakin bijak dan mereka perlukan features tersebut untuk berdagang saham dengan lebih efisyen.
Kesemua faktor tersebut perlu diambil kira dalam membuka akaun saham. Pastikan semua faktor tadi seimbang. Pelabur juga boleh membuka akaun saham lebih dari satu, tiada masalah tetapi untuk pelabur baru saya cadangkan satu akaun sahaja terlebih dahulu, belajar cara gunanya dengan betul.
5. MEMILIH STOK SAHAM
Ilmu dalam dunia saham sangat luas, terdapat banyak sifu-sifu saham di Malaysia yang menggunakan pelbagai jenis jurus. Untuk memberitahu semua perkara dalam cara memilih saham disini memang tidak mampu. Tetapi kami sediakan beberapa konsep yang perlu pelabur baru tahu sebelum membeli sesuatu saham.
- Jangan menggunakan kesemua modal saham di dalam satu kaunter
- Melabur di dalam industry yang kukuh
- Jangan membeli saham yang sudah mencapai harga atap
- Elakkan membeli Penny Stock
- Kuasai Fundamental dan Teknikal Analisis
Konsep-konsep ini untuk difahami juga perlukan ilmu. Elakkan dari mendengar kabar angin dalam pembelian saham. Khabar angin dalam pembelian saham sangat bahaya, ia boleh mendatangkan kerugian. Pastikan apabila anda mahu membeli sesuatu saham, anda tahu sebab membeli. Jangan membeli dengan membuta tuli ianya ibarat berjudi.
Dalam dunia saham antara yang paling penting adalah mengawal emosi. Semua pelabur samada yang professional atau tidak, kerugian pasti akan berlaku tidak ada pelabur membuat pelaburan 100% untung dalam portfolio mereka, tetapi apa yang penting adalah mereka boleh mengawal kerugian tersebut dengan meraih keuntungan yang lebih.
Apa yang saya boleh nasihatkan adalah cari mentor saham yang boleh ajar anda dalam selok belok saham. Laburkan sedikit wang untuk menghadiri kelas-kelas atau pergi ke kelas yang percuma.
6. TERUSKAN MELABUR
Ini antara cara yang paling sukar dibuat. Ramai pelabur baru berputus asa apabila mengalami kerugian di awalnya dan mereka mengalah. Kerugian di awal hari adalah satu bentuk pelajaran yang bagus.
Untuk mengelakkan kerugian yang banyak, pelabur boleh melabur secara simulasi terlebih dahulu. Tulis modal dan kaunter yang dibeli di atas kertas. Labur ikut ilmu yanga da dan lihat apa yang terjadi sehingga anda bersedia.
Memang tidak dinafikan, anda akan merasakan pengalaman turun naik yang tidak menentu sepanjang perjalanan tetapi semakin lama, semakin berpengalaman setiap pelabur akan menghasilkan satu pulangan pelaburan yang menguntungkan.
KESIMPULAN
Sama seperti skill-skill yang lain, pelajari cara melabur dalam saham mengambil masa dan tenaga. Tetapi, skill ini memang berbaloi dan boleh mengubah hidup seseorang. Jadi mulakan dengan yang asas dan sentiasa memperbaiki dan menambah baik skill pelaburan dari masa ke masa. Saya amat berharap lebih ramai anak melayu terlibat dalam pelaburan di Malaysia. Semoga Berjaya.
Tinggalkan Pesanan
Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com
Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang
Anda Mungkin Berminat :-
Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com