CARA MELABUR DENGAN BIJAK: PANDUAN PENTING UNTUK MENJANA KEKAYAAN

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Hendak mengetahui tentang selok belok pelaburan boleh menjadi satu perkara yang amat mencabar.

Terlampau banyak ilmu pelaburan yang terdapat di internet, banyak sifu , banyak strategi. Semua informasi-informasi ini menjadikan kita, sebagai pelabur yang baru hendak berjinak rasa terbeban.

Betul?

Disini kami sediakan panduan mudah tetapi penting untuk membantu anda memahami tentang selok belok pelaburan. Panduan ini merupakan sumber yang penting untuk pelabur yang ingin melabur duit untuk mencapat matlamat yang diinginkan.

Informasi dan idea yang akan kami berikan akan memberitahu anda tentang pelaburan yang perlu anda tahu dan mula untuk bersiap sedia untuk menghadapi pengurusan kewangan pada masa hadapan.

CARA UNTUK MELABUR DUIT

Apabila bercakap tentang pelaburan duit, perkara yang paling penting adalah dengan mengetahui asas pelaburan. Semua sifu-sifu pelaburan akan bersepakat dan bersetuju dengan perkara ini.

Antara asas pelaburan yang perlu diketahui adalah, mengetahui matlamat pelaburan dan mengetahui di mana tempat terbaik untuk melabur duit yang ada untuk mencapai matlamat kewangan.

Pelaburan untuk Beginner

Ingat, semua strategi pelaburan adalah membeli sejumlah atau sebahaian daripada syarikat atau komoditi dengan mempercayai nilai yang dibeli tersebut akan meningkat pada masa hadapan. Semua jenis pelaburan adalah begitu. Samada suka atau tidak.

Semua perlu tahu,

Pelaburan bukan skim cepat kaya, tetapi ianya adalah cara yang digunakan untuk mengembangkan harta yang sedia ada. Tidak kira lah jumlah harta sedikit atau banyak. Pelaburan masih boleh dijalankan.

Terdapat strategi tertentu untuk melabur dengan modal yang banyak dan modal yang sedikit.

Artikel Berkaitan

DIMANA TEMPAT YANG TERBAIK UNTUK MELABUR?

Apabila berbincang mengenai tempat yang terbaik untuk melabur, banyak pilihan yang ada, dan semua pilihan tersebut mempunyai matlamat yang sama, iaitu keuntungan.

Setiap jenis pelaburan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri yang mana kekurangan dan kelebihan ini boleh dimanipulasi bergantung kepada strategi pelaburan itu sendiri.

Antara jenis pelaburan yang terdapat di Malaysia adalah, pelaburan saham, pelaburan bond, mutual fund, akaun simpanan, KWSP dan sebagainya. Untuk mengetahui tentang jenis pelaburan yang menguntungkan di Malaysia, boleh bacanya DISINI .

Artikel Berkaitan

BILA MASA YANG TERBAIK UNTUK MELABUR?

Masa yang terbaik untuk melabur adalah sekarang, semasa anda membaca artikel ini. Iya, sekarang. Tiada istilah terlambat atau terlalu awal untuk mulakan pelaburan.

Jika anda berumur 20 atau 30 an, jangan merasakan terlalu awal untuk mulakan pelaburan, mula untuk mempelajari tentang selok belok pelaburan. Tetapi focus dahulu untuk menyelesaikan hutang-hutang yang ada.

Hutang adalah perkara yang berlawanan dengan pelaburan, ianya mengurangkan kekayaan dan ianya boleh berkembang. Jadi antara idea yang baik adalah selesaikan hutang yang ada, atau dapat dikawal

Setelah hutang yang ada dapat dikawal, mula belajar tentang pelaburan, saham, emas dan sebagainya.

Antara syarat penting untuk melabur adalah dengan menggunakan wang lebihan. Jangan meminjam untuk membuat pelaburan yang berisiko. Meminjam jika pelaburan tersebut tiada risiko.

Apa pelaburan yang tiada risiko?

Pelaburan yang tiada risiko adalah pelaburan ASB. Modal yang digunakan untuk melabur dijamin oleh kerajaan. Untuk mengetahui tentang pelaburan ASB, anda boleh bacanya DISINI.

Adalah idea yang baik untuk melabur sebanyak mana yang mampu, jika anda mulanya pada umur awal 20an, walaupun sebanyak beberapa ribu dalam setahun, akan lebih mudah untuk anda menghadapai hari persaraan.

BAGAIMANA CARA UNTK MELABUR DUIT UNTUK MEMBUAT DUIT?

Ramai orang jadikan pelaburan sebagai satu cara untuk menjana pendapatan dan sesetngah daripda mereka agak berjaya dan menjadi seorang pelabur sepenuh masa.

Ini antara jenis pelaburan yang paling terkenal, pelaburan pasaran saham. Tetapi bukan semua individu mampu menguasai bidang ini kerana ia perlukan ilmu yang cukup untuk mengelak dari kerugian.

Kebanyakan pelabur adalah pelabur jangka masa panjang. Cara ini dibuat dengan membiarkan atau memeram pelaburan di dalam pasaran sehingga 10, 20 tahun. Cara ini yang ramai lakukan untuk bersara degan aman dan mewah.

Berbaloi atau tidak melabur jangka masa pendek/short term trading?

Perdagangan jangka masa pendek atau short term trading adalah salah satu strategi untuk buat duit dengan cepat. Pelabur akan membeli stok dan menjualnya semula dalam jangka masa yang pendek. Kadang kala berjam sahaja.

Tidak mustahil untuk menjana keuntungan dengan cara ini, ramai sudah menceburinya dan lakukan ia sebagai satu kerjaya. Tetapi strategi pelaburan ini mempunyai risiko yang tinggi.

Ketahui sebelum membuat keputusan untuk menggunakan strategi ini:

Bagi pelabur baru, pelaburan jangka masa pendek adalah amat berisiko. Mereka anda lebih cenderung untuk rugi daripada untung. Selain ilmu, pelaburan jangka masa pendek juga memerlukan pengalaman, adalah penting untuk mencari seorang mentor jika ingin melakukan pelaburan seperti ini.

Daripada berfikir tentang pelaburan untuk jangka masa pendek, adalah lebih bagus untuk melabur jangka masa panjang

Ingat, kedua-dua cara boleh menjana duit dengan berkesan. Dengan pelaburan jangka masa panjang, risiko adalah rendah berbanding jangka masa pendek. Walaupun risiko rendah, untuk melaburnya, tetap memerlukan ilmu pelaburan.

PILIH PELABURAN YANG SESUAI DENGAN RISIKO YANG SANGGUP DIHADAPI

Cara untuk melabur adalah berkait rapat dengan di mana untuk dilabur duit. Jawapannya adalah bergantung kepada matlamat dan kesanggupan anda untuk menghadapi risiko. Setiap pelabura risikonya berbeza.

Seperti pelaburan saham short term, berisiko tetapi pulangannya tinggi, manakala long term trading, kurang risiko, tetapi pulangannya tidak seperti short term, dan memerlukan skill pelaburan yang tinggi. ASB tidak berisiko, boleh dikatakan 0 risiko, tetapi pulangannya sedikit dan tidak memerlukan ilmu pelaburan yang rumit, mudah untuk dilaburkan.

Kalau tanya kami pelaburan mana yang kami syorkan, kami tidak boleh memberi jawapan kerana ianya terpulang kepada diri sendiri. Boleh lihat artikel Jenis Pelaburan Di Malaysia untuk mengetahui tentang risiko dan cara untuk melabur di dalam pelaburan tersebut.

Artikel Berkaitan:

TENTUKAN PERTOLONGAN YANG ANDA PERLUKAN UNTUK MELABUR

Pelaburan boleh menjadi mudah dan boleh menjadi susah. Untuk belajar sendiri dalam mendalami pelaburan yang rumit seperti saham atau forex adalah hampir mustahil. Anda akan merasakan kerugian yang amat banyak. Penting untuk mendapatkan pertolongan orang lain dengan berguru dengan sifu-sifu pelaburan.

Bagi yang mudah, pelaburan ASB atau pelaburan Robo-advisor adalah yang kami sarankan. Anda melabur dengan pertolongan institusi lain yang mana institusi ini diwakili oleh mereka yang pakar dalam bidang pelaburan.

Apa itu pelaburan Robo-Avisor?

Robo advisor adalah pelaburan yang menggunakan khidmat nasihat computer yang sudah disetkan algorithm dengan menggunakan software yang berteknologi tinggi untuk memastikan keuntungan dari pelaburan pelanggan.

Antara pelaburan Robo advisor yang berdaftar dengan suruhanjaya sekuriti adalah Wahed Investment. Syarikat ini menawarkan pelaburan Robo Advisor yang menguntungkan.

Apa yang perlu dibuat adalah hanya download aplikasi Wahed Investment di smartphone anda DISINI, jawab soalan yang diberikan dan masukkan modal pelaburan ke dalam akaun tersebut. Minimum modal pelaburan yang perlu di masukkan adalah RM 100.

Untuk mendapat extra 5 Dollar modal dari pihak Wahed Investment, masukkan kod referral hazzai7

Dengan memasukkan kod tersebut, pihak Hustleiam juga akan mendapat 5 dollar kerana memperkenalkan kepada anda tentang pelaburan ini. Sedikit sebanyak dapat membantu kami memberikan info pelaburan yang terbaik untuk anda.

KESIMPULAN

Pelbagai pelaburan yang terdapat di Malaysia, samada anda mahu atau tidak sahaja. Di pengakhiran, kami suka untuk ingatkan, pelaburan bukanlah skim cepat kaya dan ianya memerlukan ilmu. Di dalam keterujaan kita untuk melabur, berhati-hati dengan penipuan dan skim-skim yang menawarkan emas permata.

Sebelum memasuki pelaburan, kaji terlebih dahulu tentang risiko dan keselamatan pelaburan tersebut. Check dahulu dengan pihak berauthoriti seperti BNM dan Security Comissioner dan pastikan pelaburan tersebut halal. Semoga berjaya!!

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com