CARA MENJIMATKAN DATA TELEFON ANDA DENGAN BERKESAN.
Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.
Ramai pengguna yang menyangka dirinya ditipu oleh penyedia perkhidmatan internet kerana mereka tidak menggunakan internet yang kerap namun kuota data masih cepat habis dalam tempoh yang singkat.
Hal ini kerana wujud fungsi dan penetapan(setting) yang menyebabkan perkara tersebut berlaku cuma kita sahaja yang tidak sedar malah menganggap remeh hal tersebut. Jadi, apakah cara yang boleh dilakukan? Ikuti langkah-langkah tersebut.
1. MATIKAN KEMASKINI APLIKASI SECARA AUTOMATIK(AUTO-UPDATE) DI PLAY STORE.
Pelbagai aplikasi yang berada di dalam telefon anda seperti Whatsapp,Youtube dan Telegram. Oleh itu, setiap aplikasi tersebut memerlukan kemaskini secara berkala dan dan mengeluarkan versi terbaru.
Namun, kemaskini boleh berlaku secara automatik di mana tidak memerlukan kebenaran anda dan tiada popup yang muncul.Sebab itu berlaku pengurangan data anda apabila kemaskini ini dilakukan tanpa pengetahuan.
Apa yang boleh disarankan ialah matikan kemaskini secara automatik bagi menyelamatkan penggunaan data.
2. MEMBUANG APLIKASI YANG MENGGUNAKAN DATA DI BELAKANG TABIR (BACKGROUND DATA)
Mungkin ramai yang tidak tahu ada banyak aplikasi yang menggunakan data secara senyap namun jarang-jarang dan tidak langsung digunakan. Ini merupakan perkara biasa yang boleh berlaku tidak kira Android atau iOS.
Lihat di settings kemudian ke Data Usage untuk melihat statistik data setiap aplikasi yang digunakan. Data di belakang tabir atau background data berfungsi apabila anda tidak menggunakan aplikasi tersebut namun data masih digunakan untuk kemaskini secara automatik namun tidak setiap aplikasi memerlukannya.
Jadi, langkah yang mudah mengelakkan perkara ini berlaku ialah perhatikan settings (data usage) kemudian pilih “Restrict background data”.
3. GUNAKAN PELAYAR (BROWSER) YANG JIMAT DATA.
Pelbagai pelayar internet khas untuk telefon pintar telah diwujudkan oleh organisasi atau perseorangan.
Kupasan lanjut mengenai hal ini akan menjadi panjang namun apa yang perlu kita ketahui ialah fungsi setiap pelayar berbeza dan mempunyai kelebihan tersendiri seperti menyekat iklan,menyokong flash dan sebagainya.
Jadi, kami menyarankan anda untuk memasang pelayar internet UC Browser di peranti anda.
4.MENGEHADKAN PENGGUNAAN DATA (DATA USAGE).
Menetapkan had untuk penggunaan data bulanan anda sudah pasti cara yang mudah dari berlakunya kenaikan mendadak data tanpa disedari.
Cara ini boleh dilakukan di Android sahaja dengan cara pergi Settings kemudian Data Usage>Billing Cycle>Data limit and billing cycle.
Di sana anda boleh tetapkan berapa bilangan maksimum data yang anda mahukan gunakan sepanjang sebulan kemudian data akan tidak bersambung apabila sudah mencapai had yang ditetapkan.
5. MENGGUNAKAN DATA COMPRESSION DI CHROME
Google Chrome ialah salah satu browser Android yang paling terkenal. Semestinya ini mempengaruhi pengurangan data telefon anda.
Maka, gunakan data compression untuk memastikan data yang digunakan berpatutan dan meningkatkan kelajuan anda membuka laman sesawang.
Ini kerana data akan dimampatkan dan dioptimumkan sebelum dihantar ke telefon anda.
Bagi menggunakan data compression, buka Chrome, tekan 3 titik menu di atas hujung kanan, kemudian tekan Settings dan cari Data Saver. Di situ anda tekan on untuk Data Saver. Menghidupkan Data Saver juga berfungsi bagi menghalang dari kandungan yang berbahaya dan kurang elok.
6.MENGURANGKAN SERVIS STREAMING
Streaming music dan video memang memakan data yang banyak lebih lebih lagi kualiti imej yang tinggi. Oleh itu, elakkan dari melayarinya ketika menggunakan data sebaliknya berhubung dengan Wi-Fi itu lebih baik.
Apablia anda streaming menggunakan data telefon,anda juga boleh menggunakan kualiti yang rendah sikit seperti di Youtube.
Aplikasi lain juga seperti Netflix dan Youtube Go yang mengesyorkan data saver mode untuk mengurangkan penggunaan data telefon secara berkesan.
7. CACHE GOOGLE MAPS UNTUK KEGUNAAN OFFLINE
Tahukah anda bahawa anda boleh menyimpan peta di dalam Google Maps secara offline? Menggunakan Google Maps secara offline dapat menjimatkan masa dan data. Selepas peta dimuat turun, terus boleh digunakan walaupun offline dengan menggunakan GPS.
Perkara ini membantu apabila hendak melancong tetapi tidak tahu tentang liputan internet di sana maka ini amat membantu ketika di waktu susah. Caranya mudah,apabila anda berhubung dengan Wi-Fi, buka Google Maps, pergi ke Menu dan tekan Offline Maps.
Disitu anda tekan Select your own map dan tetapkan kawasan yang anda mahukan. Apabila sudah selesai menetapkan kawasan, tekan Download. Mudah bukan?
8. MEMBUANG PERISIAN PEROSAK (MALWARE)
Bukan hanya aplikasi di Android yang mengurangkan data anda malah perisian perosak juga merupakan salah satunya.
Imbas telefon anda menggunakan aplikasi antivirus yang bagus bagi membuang perisian perosak yang tidak perlu. Tambahan pula, ini membantu meningkatkan kelajuan telefon anda.
9. SENTIASA BERJAGA DENGAN APLIKASI ANDA
Aplikasi yang memakan data yang banyak sangat merisaukan. Sebagai contoh, media sosial seperti Facebok dan Instagram menggunakan data yang banyak.
Jadi, elakkan dari melihat video atau GIFs di kedua aplikasi tersebut. Ada juga aplikasi lain di mana mempunyai fungsi yang sama tetapi menggunakan data yang sedikit.
Bagi Facebook anda boleh cuba Facebook Lite dan TweetCaster untuk Twitter untuk alternatif yang menjimatkan data dan bateri telefon anda.
KESIMPULAN
Jadi berikut merupakan cara-cara menjimatkan data telefon anda. Mulakan dengan langkah di atas dan lihat kesannya kepada penggunaan data dan bandingkan dari sebelum ini. Diharapkan cara-cara ini dapat membantu dan sila kongsi jika ini bermanfaat!
Tinggalkan Pesanan
Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com
Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang
Anda Mungkin Berminat :-
Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com