Cara jimat bateri smartphone dengan mudah dan berkesan

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Manusia dan telefon pintar memang tidak dapat dipisahkan ini kerana telefon pintar memudahkan aktiviti seharian mereka. Ada juga menggunakan telefon pintar untuk bersosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram.

Namun, perkara yang merisaukan mereka ialah bateri yang berkurangan apabila telefon pintar digunakan secara kerap. Hal ini juga berlaku terhadap telefon lama di mana ketahanan bateri berkurang dan tidak bertahan untuk sehari.

Jadi, kami mempunyai beberapa langkah untuk mengelakkan bateri menyusut secara cepat dan memanjangkan hayat bateri telefon pintar anda.

1. JANGAN MEMBIARKAN BATERI BERADA PADA TAHAP PALING RENDAH.

Pastikan bateri telefon anda berada dalam lingkungan 50% dan keatas atau sekurang-kurangnya 40% hingga 80% untuk mengekalkan ketahanan bateri yang optimum.

Elakkan dari mengecas sepanjang malam dan cabut telefon pintar ketika mengecas apabila sudah sampai 100% bagi mengelakkan kerosakan bateri tersebut.

 Pengecasan berkala pada waktu siang lebih baik berbanding membiarkan telefon berada sehingga kosong dan mengecas semula sehingga 100%. Tidak semua bateri sama dan mengikut kepada cara pengecasan namun apa yang pasti bateri akan berkurang apabila digunakan.

 Lebih baik jika tidak terlalu kerap mengunakan telefon pintar sehingga bateri pada tahap paling rendah sebaliknya mengecasnya sebelum itu.

Apabila hendak mengecas, gunakan charger yang terus bersambung ke soket daripada mengecas menggunakan kabel yang disambung ke komputer atau kereta.

2. AIRPLANE MODE IALAH KAWAN BATERI TELEFON PINTAR ANDA.

Apa yang kita ketahui, airplane mode menghentikan signal radio keluar dan masuk dari telefon anda seperti menghentikan emel,mesej,panggilan telefon,Wi-Fi dan sambungan Bluetooth.

Mungkin ini akan menjadikan hidup mereka yang sentiasa berhubung akan terganggu tetapi hal ini menyelamatkan kapasiti bateri telefon anda.

3. KEMASKINI APLIKASI YANG ADA

Apabila melihat update terbaru pada suatu aplikasi, terus kemaskininya untuk menyelamatkan bateri telefon anda. Setiap aplikasi akan mempunyai update terbaru secara berkala dan akan keluar notifikasi di Google Play Store.

Kemungkinan update tersebut tidak mempunyai ciri terbaru tetapi ini dapat membantu bateri anda berfungsi dengan baik. Kemaskini telefon anda dengan update terbaru dan membuang sebarang aplikasi yang tidak digunakan kerana aplikasi itu akan memberi kesan kepada bateri smartphone.

Anda boleh juga menetapkan update secara auto atau manual tetapi lebih baik jika dilakukan secara manual untuk mengekalkan ketahanan bateri telefon pintar anda.

4.MENGGUNAKAN WALLPAPER YANG GELAP.

Ramai orang yang gemar menggunakan wallpaper berwarna-warni dan beranimasi di telefon pintar. Penggunaan wallpaper berwarna dan beranimasi menyumbang kepada penurunan bateri telefon.

Wallpaper yang gelap dan hitam menyelamatkan hidup bateri kerana skrin hanya menggunakan tenaga terhadap pixels berwarna. Jadi, pixels hitam tidak menggunakan bateri yang banyak untuk mengekalkan imej.

Selain itu, wallpaper gelap nampak lebih elegen dan memukau. Jika ingin menyelamatkan bateri telefon anda, lebih baik anda menggunakan wallpaper yang statik dan berwarna gelap.

5.MENGURANGKAN KECERAHAN SKRIN.

Skrin LCD dan LED yang terang pasti akan mengalirkan bateri dengan cepat dan menyakitkan mata. Sentiasa mengurangkan kecerahan ke tahap yang selesa dan lebih rendah.

Ini banyak membantu dalam menjimatkan pengggunaan bateri di samping mengurangkan rasa pedih di mata anda. Anda hanya perlu menetapkan sendiri kecerahan mengikut kesesuaian dan keadaan.

6. MEMATIKAN LOCATION SERVICES

Mengaktifkan location service setiap masa bukanlah perkara yang perlu kerana ini akan menjejaskan ketahanan bateri telefon anda. Selalunya location service akan diaktifkan apabila menggunakan Maps atau Waze untuk mencari alamat ketika dalam perjalanan.

Sebenarnya, tidak semua aplikasi perlu menggunakan lokasi anda kerana itu ianya tidak penting untuk dibuka selalu.

Anda perlu pergi ke setting untuk memastikan aplikasi lain tidak menggunakan location service.

7.APLIKASI BATTERY-SAVING

Anda harus muat turun aplikasi ini bagi memudahkan anda mengawal penggunaan bateri sekaligus memberi maklumat tentang keadaan bateri telefon anda.

Anda boleh mengetahui penggunaan bateri pada setiap aplikasi tidak kira banyak atau sedikit. Hal ini dapat membantu anda mengetahui  penggunaan aplikasi tersebut kerana tahu akan kesan kepada bateri telefon anda.

Aplikasi ini juga menjadi peringatan untuk memastikan bateri dalam keadaan tip-top.

8.GUNAKAN WI-FI DAN MENGURANGKAN PENGGUNAAN VIDEO

Apabila menggunakan Wi-Fi, ianya dapat menjimatkan 40% penggunaan bateri daripada menggunakan 4G untuk melayari internet. Menutup data dan menghidupkan Wi-Fi dapat membantu ketahanan bateri telefon anda.

Selain itu, hadkan penggunaan video kerana pemprosesan video, melihat video menggunakan tenaga yang lebih besar. Oleh itu, kurangkan video demi menyelamatkan kapasiti penggunaan bateri telefon anda

9. MENGHIDUPKAN SMART BATTERY MODE.

Setiap telefon pintar mempunyai smart battery mode tidak kira Android mahupun iOS. Bagi Android mempunyai Power Saving Mode dan iOS pula mempunyai Low Power Mode.

Keduanya dapat membantu dalam mengurangkan penggunaan tenaga bateri telefon anda.

10. SUHU SEKELILING YANG SESUAI.

Meletakkan telefon pintar anda pada tempat yang terlampau panas akan menyebabkan kerosakan pada bateri. Suhu yang paling optimum ialah di antara 0℃ dan 45℃.

Jangan menggunakan telefon lebih dari suhu itu kerana ini menyebabkan penurunan yang banyak pada bateri telefon anda dan tidak dapat digunakan mengikut kebiasaannya.

Jika suhu kurang dari itu juga akan berlaku penurunan namun akan mula pulih apabila suhu sudah berubah. Oleh itu, sangat penting untuk memastikan penggunaan telefon anda pada keadaan dan suhu yang sesuai.

KESIMPULAN

Begitulah antara beberapa langkah bagi menyelamatkan ketahanan bateri telefon anda. Sudah semestinya anda mahukan bateri telefon pintar anda bertahan untuk masa yang lama dengan cara mengikuti langkah yang betul.

Anda dapat mengekalkan ketahanan bateri telefon anda sebanyak 40% dengan mengikuti beberapa langkah tersebut. Moga langkah-langkah ini dapat membantu anda. Semoga Berjaya!

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com