CARA DAN TEKNIK PENJANAAN PENDAPATAN SECARA PASIF TERBAIK UNTUK RAKYAT MALAYSIA

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

Semua orang idamkan kehidupan tanpa perlu mencari wang. Wang yang datang sendiri tanpa dicari. Siapa je yang tidak suka wang datang sendiri tanpa dicari. Ada yang lebih baik dari buat duit ketika sedang tidur? Bangun-bangun sahaja buka bank akaun duit bertambah. Ini idaman semua orang.

Mustahil atau tidak untuk membuat pasif income? Jawapannya tidak mustahil. Ramai individu yang kami kenal berjaya untuk menjana pendapatan secara pasif. Kebanyakan individu yang kaya, semua ada pendapatan pasif mereka yang tersendiri.

Apa itu pendapatan pasif/passive income?

Penjanaan pasif adalah apabila anda masih dibayar hasil daripada kerja yang dibuat walaupun kerja tersebut telah selesai. Sebagai contoh, anda membuat buku, setelah selesai menulis sebuah buku anda pasarkan ke orang ramai. Selagi orang berminat dan beli buku yang dikeluarkan selagi itu duit royalty dari buku akan dapat kepada anda. Ini antara contoh pasif income yang baik

Berapa banyak pasif income yang boleh dijana?

Anda mesti pernah membaca atau mendengar cerita tentang pasif income, melabur, buat website, tulis e-book dan 2 minggu selepas itu duit akan masuk RM 20,000 sebulan. Lebih teruk lagi anda masuk ke program cepat kaya yang menjanjikan macam-macam keuntungan.

Minta maaf, ianya tidak seperti yang disangka. Untuk mencipta penjanaan secara pasif perlukan masa. Ia bukan untuk pendapatan dalam masa terdekat. Lebih baik jika anda ada banyak pasif income, bukan hanya bergantung kepada satu sumber sahaja.

Untuk penjanaan pasif, jumlah yang boleh dijana adalah infiniti. tiada had jumlah yang boleh dijana, boleh jadi RM 10, RM 1000, sejuta dan mungkin lebih lagi. yang menghadkan hanyalah usaha dari anda sendiri.

Minat terhadap pasif income

Untuk menjana pasif income, perlukan minat dalam membuat kerja tersebut supaya ianya membuahkan hasil pada masa akan datang. Kami sendiri berminat untuk mendapatkan pasif income yang stabil jadi kami cari cara dan teknik untuk menjana pasif income yang betul-betul boleh dipraktikan di Malaysia. Antara yang kami rujuk untuk mendapat caranya adalah di Forbes, listenmoneymatters, dan Entreprenuer.

Kami kaji dan kami simpulkan cara penjanaan pasif income yang terbaik yang boleh dipraktikan di Malaysia.

Jom kita tngok

1. MELABUR

Okay macam ni, apabila dengar pelaburan semua akan terfikir melabur di Bursa, ASB, Emas dan Unit trust. Ya, betul itu semua pelaburan yang boleh dibuat. Sebenarnya pelaburan itu luas, banyak lagi jenis-jenis pelaburan yang boleh dibuat. Cuba menjinakkan diri dari dunia pelaburan. Tidak rugi. Belajar sahaja dahulu selok belok pelaburan yang ada di Malaysia.

Kebanyak jutawan ada sumber pasif income dari pelaburan. Tidak kira la jenis apa. Tetapi pastikan ianya berdaftar di bawah BNM, elakkan dari ditipu oleh syarikat tertentu.

Artikel Berkaitan

2. AFFILIATE MARKETING

Sementara pelaburan adalah sumber utama passif income yang paling bagus, pasif income kedua yang kami rasa boleh dilakukan dengan baik adalah dengan affiliate marketing. Affiliate marketing memerlukan anda mencipta satu medium untuk mempromosikan produk atau syarikat tertentu. 

Antara medium yang baik adalah website, facebook page, Instagram akaun, group telegram dan banyak lagi. Apabila seseorang menggunakan link affiliate anda untuk membeli produk atau sign up untuk sesebuah servis. Anda akan dibayar.

Artikel Berkaitan

3. MULA UNTUK MENULIS BLOG

Antara cara yang terbaik untuk mengoptimumkan affiliate marketing adalah dengan mencipta blog. 

Tulis artikel yang mempromosikan  produk dan letakkan affiliate link pada blog tersebut. Jika anda hendak memulakan blog, anda perlu faham, ianya akan memakan masa dan kerja yang banyak untuk berjaya.

Bergantung kepada niche, selama ianya relevan, diperlukan orang ramai, mempunyai SEO yang bagus, isi yang berinformasi dan memberi manfaaat, ianya akan berjaya. Setelah blog anda berjaya, selain affiliate banyak lagi cara untuk menjana pendapatan dari blog tersebut.

4. TULIS DAN MENERBITKAN EBOOK

Antara salah satu cara yang berkesan dan sudah terbukti berjaya di Malaysia adalah menerbitkan ebook. Buku yang memberikan informasi dan pembelajaran kepada pembaca seperti online marketing, business, pelaburan dan sebagainya akan lebih mudah  terjual berbanding buku cerita fiksyen.

Boleh juga menjual buku fiksyen, banyak yang sudah berjaya dan menjadi kaya dengan cara ini tetapi buku fiksyen mempunyai banyak persaingan. Terdapat banyak penulis ternama yang mengeluarkan buku fiksyen. Agak susah untuk bersaing dengan mereka kerana mereka sudah mempunyai fan base yang kukuh.

5. MENJUAL KURSUS PROFESSIONAL SECARA ONLINE

Jika anda ada skill yang tertentu, cipta satu kursus berkaitan dengan skill tersebut. Rekodkan ia dalam bentuk video, langkah-demi langkah, tips dan sebagainya. Daripada mula sehingga tamat.

Antara skill yang boleh dipasarkan adalah teknikal skill seperti bagaimana untuk menjadi web developer, kursus search engine optimization, kursus photohop, kursus bermain alat muzik, piano, gitar dan sebagainya.

Walaubagaimanapun, ianya bukan satu perkara yang mudah. Seperti sumber penjanaan pasif income yang lain, ianya memerlukan usaha untuk hendak mencipta sesuatu produk.

6. MEMBANGUNKAN APLIKASI SMARTPHONE

Okay, okay. Kami faham, tidak mudah untuk mencipta satu aplikasi untuk smarphone. Satu kemahiran dan skill diperlukan atau sejumlah wang untuk mengupah seseorang yang mahir membuat apps, tetapi ianya tidak mustahil. Anda boleh mendapat satu sumber pasif income yang sangat stabil jika anda membangunkan aplikasi yang betul.

Sebagi contoh aplikasi yang sudah berjaya membuat duit berjuta-juta adalah grabfood, grabcar, uber dan sebagainya. Hampir majoriti sumber penjanaan kewangan syarikat adalah berdasarkan apps yang dibuat.

Fikirkan satu niche yang akan menyelesaikan masalah yang belum diselesaikan dengan mudah. Jika anda orang pertama yang menciptanya dan mendapat sambutan dari masyarakat, tidak mustahil untuk menjadi jutawan dengan hanya aplikasi tersebut.

Ada idea yang bernas? Mengapa tidak cuba untuk realisasikan? Jika anda memang seorang yang mempunyai pengalaman dan pengetahuan tentang mencipta aplikasi, ini merupakan satu peluang yang sangat cerah, sekarang di Malaysia, masyarakat sudah mula terbuka tentang internet dan apps di smartphone mereka.

7. PENDAPATAN PASIF MELALUI HARTANAH

Ianya satu bentuk pelaburan juga sebenanya. Hartanah merupakan satu bidang yang sangat berkesan untuk menjana pendapatan pasif. Ianya telah dilakukan selama berpuluh tahun dan ianya masih relevan sehingga kini. Bukan sahaja relevan, malah semakin mendapat sambutan dan sangat menguntungkan.

Hartanah sememangnya memerlukan modal yang besar untuk mendapatkan pasif income yang selesa. Tetapi tidak salah untuk bermula dengan kecilan dahulu, jangan tunggu sehingga banyak duit baru bermula. Mula dari sekarang sedikit-demi sedikit.

Seperti yang saya katakan tadi, pasif income bukan untuk jangka masa pendek tetapi ianya untuk jangka masa panjang.

Jika anda mempunyai duit lebih yang tidak digunakan, laburlah di dalam hartanah. Beli rumah dan sewakan kepada penyewa secara jangka masa panjang, sediakan kontrak hitam putih atau sewakan bilik di rumah anda kepada yang memerlukan.

Mudah, setiap bulan duit akan masuk kedalam akaun anda. Ianya satu kaedah yang sangat berkesan untuk menjana duit secara automatik jika anda mempunyai modal.

8. MEMBUAT VIDEO YOUTUBE

Tadi kita cakap mengenai aplikasi smartphone yang mana mempunyai kemahiran tertentu yang tinggi. Sekarang kita pergi kepada cara yang agak mudah. Sesiapa sahaja boleh buat. Walaupun dengan smartphone sahaja.

Tetapi hendak lebih berkesan, belajar sedikit tentang ilmu edit video menggunakan software seperti Sony Vegas atau Wondershare. Banyak video di youtube mengajar cara untuk menggunakan software tersebut dan edit menjadi satu video yang cantik.

Antara idea video yang mendapat sambutan adalah video tutorial.

Apa yang perlu dibuat?

Pilih satu kemahiran yang anda miliki. Dan buat tutorial kemahiran tersebut. Sebagai contoh, anda mempunyai kemahiran membaiki kereta. Buat video tentang cara menukar minyak hitam, cara menyejukan aircond kereta, cara menukar tayar, cara penjagaan radiator dan banyak lagi yang boleh dibuat.

Selagi ia mengajar dan memberi manfaat kepada orang ramai, pasti akan ada yang menonton.

Seorang youtuber boleh meraih pendapatan berpuluh dan beratus ribu sebulan. Siapa yang tidak kenal Syahmi Sazli Production yang mempunyai berjuta subscriber. Selagi mana orang melihat video di youtube selagi itu mereka akan mendapat menjana pendapatan melalui video tersebut.

Untuk melihat networth youtuber secara kasar boleh lihat di website SocialBlade.

Artikel Berkaitan

9. JUAL GAMBAR PROFESSIONAL SECARA ONLINE.

Cara lain untuk membuat penjanaan kewangan secara pasif adalah dengan menjual gambar yang ditngkap di website seperti iStockphoto  dan Shutter Stock. Ketika anda tidur, ada pelanggan luar negara yang hendak menggunakan gambar anda untuk bisnes mereka, mereka beli dan bayar kepada anda. Ini betul-betul namanya buat duit ketika tidur.

Dalam bidang ni terdapat banyak persaingan. Walaubagaimanapun, jika anda memang mempunyai hobi photography dari hanya biarkan hasil gambar disimpan tidak rugi untuk menjualnya di website tersebut.

Apa yang perlu dibuat

Jika anda series untuk mulakan pasif income ini. Fahami selok belok bidang fotografi dan perkara yang berkaitan dengan Adobe Photoshop, mahirkan dan hasilkan gambar yang berkualiti. Pergi ke website tersebut dan pamerkan. Mudah.

10. MEMBUKA KEDAI MAKAN

Bisnes kedai makan merupakan satu idea yang cukup menguntungkan. Makanan merupakan satu keperluan asasi manusia. Tambah pula dengan gaya hidup sekarang yang lebih memilih membeli makanan berbanding memasak sendiri menjadikan bisnes kedai makan menguntungkan.

Berjinak dalam satu bidang terlebih dahulu, ketahui selok belok industi makanan dan perlahan-lahan luaskan jajahan. Bermula dengan gerai kecil, dan berakhir dengan berpuluh cawangan di dalam negara merupakan satu income pasif yang diidamkan. Semua ini boleh direalisasikan dengan strategi yang betul.

Bagi yang berminat untuk membuka kedai burger, kami sarankan sebuah ebook yang ditulis oleh seorang usahawan kedai makan yang terkenal, beliau juga telah melatih ribuan orang untuk memulakan bisnes makanan, Tuan Afiq Dato’ Rusly. 

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Ebook yang ditulis beliau, anda boleh klik DISINI. Di dalam bacaan ini, anda akan mengetahui strategi-strategi penting seperti, cara hendak memilih lokasi, cara hendak menambah cawangan, mengurus pekerja, modal, dan sebagainya. Memang bermanfaat bagi siapa yang berminat.

Artikel Berkaitan

KESIMPULAN

Menjana pendapatan secara pasif memang seuatu yang tidak mustahil, tidak kira la samada anda mempunyai berjuta duit untuk dilaburkan atau tiada duit langung untuk membuat modal. Apa yang diperlukan adalah masa dan usaha. Jangan mudah percaya dengan skim cepat kaya. Percayalah, tidak ada jalan mudah untuk mendapatkan income yang stabil.

Tunggu apa lagi, pilih beberapa cara yang disebutkan di atas, cuba untuk bina pasif income anda sendiri. Tanam sekarang dan tunggu buahnya pada masa hadapan. Semoga Berjaya!

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com