CARA DAN AMALAN UNTUK MENDAPATKAN CREDIT SCORE YANG BAIK

Matlamat utama Hustleaim.com adalah untuk memberi idea dan membantu pembaca untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik dan kadang kala membuat perkongsian dengan syarikat lain yang berkongsi matlamat yang sama. Disini anda boleh ketahui lebih lanjut tentang kami.

APA ITU CREDIT SCORE?

Credit score adalah nombor yang terdiri daripada 300 hingga 850. Nombor ini akan menentukan tahap kelayakan seseorang pengguna. Semakin tinggi credit score seseorang, semakin tinggi tahap kelayakan untuk melakukan urusan kewangan dengan institusi kewangan.

Skor yang dinyatakan adalah berdasarkan sejarah kredit pengguna tersebut. Faktor yang diambil kira adalah seperti berikut:

 

Pihak pemberi pinjaman akan menggunakan credit score ini untuk menilai seseorang samada layak atau tidak. Penilaian ini penting untuk memastikan keselamatan pihak peminjam dan penerima. Suka atau tidak, credit score memainkan peranan yang penting dalam proses loan, financing atau urusan dari pihak bank.

Menurut Investopedia, credit score atau daripada 700 adalah bagus dan sudah pasti membantu untuk membuat pinjaman bank. Skor 800 keatas dikira amat cemerlang. Manakala 580 dan kebawah adalah dikira gagal. Walaubagaimanapun, ianya terpulang kepada institusi kewangan itu sendiri.

Kebiasaanya, institusi kewangan akan menilai credit score begini, penilaian ini juga berdasarkan FICO (Fair Isaac Corporation) yang mana merupakan syarikat yang memperkenalkan system ini:

  • Cemerlang: 800 – 850
  • Sangat Bagus: 740 – 799
  • Bagus: 670 – 739
  • Sederhana: 580 – 669
  • Teruk: 300 – 579

Kira dah faham apa itu credit score dan tahu secara kasar kepentingannya, jadi mari kita lihat apa yang perlu dilakukan untuk mendapatkan credit score yang bagus

AMALAN YANG PERLU DILAKUKAN UNTUK MENDAPAT CREDIT SCORE YANG BAGUS

1. BAYAR PINJAMAN TEPAT PADA MASANYA

Sejarah pembayaran pinjaman bank adalah faktor yang penting dalam menentukan credit score seseorang. Menurut credit.com, pembayaran bulanan yang tidak bayar lewat 30 hari, akan menyebabkan credit score seseorang jatuh dengan drastik. Walaupun lewat sekali sahaja, ia sudah cukup untuk mempengaruhi credit score anda.

Menurut myFICO.com, 96% daripada pengguna yang mempunyai credit score 800 membayar pinjaman yang dibuat pada masanya.

Jadi, apa yang perlu dibuat?

Walaupun anda hanya boleh membayar pinjaman secara minimum, bayarlah pada masanya kerana ia memainkan peranan yang sangat penting. Untuk memudahkan anda, lakukan pembayaran secara automatic melalui bank akaun supaya anda tidak terlepas pandang pinjaman-pinjaman yang perlu dibayar.

2. KURANGKAN PENGGUNAAN KREDIT YANG BOLEH DIGUNAKAN

Kebiasaanya, faktor kedua yang penting adalah berapa banyak hutang yang masih ada, dan dibandingkan dengan jumlah kredit yang boleh digunakan.

Menurut kajian oleh myFico, individu yang mempunyai credit score 800 hanya menggunakan 7% daripada kredit yang boleh digunakan. Kebanyakan pengguna di skor 650 akan gunakan sepenuhnya kredit yang boleh digunakan.

3. MEMPUNYAI SEJARAH KREDIT YANG PANJANG

Pengguna yang mempunyai credit score 800 secara puratanya mempunyai sejarah akaun kredit selama 11 tahun dan bagi mereka yang mempunyai kredit 650 secara purata mempunyai sejarah akaun selama 7 tahun.

Jadi, buka beberapa akaun kredit dalam satu masa boleh memendekkan purata umur suatu sejarah kad kredit. Selain itu, menutup akaun lama atau akaun yang tidak digunakan lagi juga boleh mempengaruhi credit score.

4. MEMOHON KREDIT APABILA DIPERLUKAN SAHAJA

Adalah penting untuk mempunyai kredit yang sihat, termasuklah kredit card, pinjaman, sewaan, dan pinjaman peribadi. Semua reko d ini akan memberitahu kepada intitusi kewangan untuk mempercayai anda untuk memberikan pinjaman.

5. BERHATI-HATI DALAM MEMILIH KAD KREDIT

Individu yang mempunyai kredit yang cmerlang selalunya menggunakan kredit kad yang menawarkan tawaran yang terbaik. Mereka memilih kad secara bijak.

Sebagai contoh, sesetengah institusi kadangkala menawarkan potongan harga kepada barang-barang yang tertentu jika anda mendaftar dan gunakan kad kredit mereka. Kebiasaanya kad tersebut mempunyai had kredti yang rendah, yang mana ianya boleh mempengaruhi nisbah penggunaan kredit jika kad tersebut mempunyai baki di dalamnya.

Sebagai contoh, had limit kad kredit adalah RM 10,000 dan anda gunakan sebanyak RM 3 000. Ianya berbeza dari segi nisbah penggunaan kad kredit berbanding had limit kad kredit RM 100 000 dan anda gunakan RM 3 000.

Kad yang mempunyai yuran tahunan juga perlu dielakkan, melainkan kad tersebut mempunyai banyak faedah seperti ganjaran cash-back dan faedah-faedah lain. Lagi menguntungkan, gunakan kad kredit yang menawarkan 0% kadar faedah untuk tahun pertama.

KESIMPULAN

Credit score anda adalah nombor yang mempengaruhi kewangan anda. Ianya boleh munguntungkan dan merugikan. Skor yang bagus akan memudahkan anda untuk membuat pinjaman dan mendapat kadar faedah yang rendah.

Semuanya bergantung kepada anda, selaku peminjam, untuk memastikan kredit anda kukuh dan seterusnya membuka peluang yang lebih cerah untuk membuat pinjaman apabila diperlukan.

Tinggalkan Pesanan

Ketahui lebih lanjut tentang Hustleaim.com

Tentang Hustleaim.com

Bukan Mudah Untuk Mudah
Klik Disini

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita menghargai dan menemui jalan yang senang

Tan Sri Syed Mokhtar
Share on facebook
Share on google
Share on twitter
Share on linkedin
Share on whatsapp
Share on telegram

Anda Mungkin Berminat :-

Stay Updated

Dapatkan Tips Kewangan Yang terbaru dari Hustleaim.com